Doa POWER seorang isteri !



Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash,
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu,
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu,
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu,
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku darimenyakiti perasaannya

Sekiranya...
Suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu, maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang,
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan,
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka,
Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa di hati suami

Amin, amin Ya Rabbal A'alamin..


Mampukah kita sebagai isteri, menghayati doa ni???


19 comments:

Masya said...

amin.... kalau itulah yg terbaikkkk pasti doa yg dipohon dimakbulkan....

lelamaisara said...

Aminnn....

Liyana Anuar said...

saya bukan seorang isteri lagi..huhu~~ :)

~Cik Sweety~ said...

indah..

Unknown said...

untungnya jadi isteri kan..moga2 kita terus menjadi isteri yg baik buat suami dan doa kita dimakbulkan Allah...insyaAllah..amin

Chic Na said...

belum jd isteri lg tp bila dah jd isteri boleh la diamalkan. :)

Cik Ai said...

aminn...
sgt2 beruntung =p

Nadnod Azizan said...

Amin.

Ayuni said...

hm, sye terkesima....

Tie HT said...

aamiin...moga kita semua jadi isteri yang solehah walopon berat nak memikul tggjwb tu..insya Allah

Masha Meisters said...

Amin insya'Allah..walaupun belum bergelar isteri..hehe

pet said...

indahnya :)

mummyrinazone beauty said...

aminnn aminnn.nurul pla wat entry ttg wanita..hehe mcm hari wanita plak raso!

shahdiana said...

amin...semoga awak jadi isteri yang terbaik untuk suami awak...

fardhila fawwazy blogspot said...

sdih doa ni. huhu

Miss Syahbanu said...

huhu mmg sedih doa ni..

IntaNBerliaN said...

aminn... mg kita pun mnjadi is3 yg solehah...

Si Matatajam said...

Amin... Insyaallah....hope kita dapat menjadi isteri yg solehah untuk suami masing2

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

Insyaallah semoga kita semua mampu menjadi isteri yg solehah untuk suami kita :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT by TENTANG KITA Template design by Bunga Hati Mama