Checking



Test 1 2 3. Ehem². Sound check sambil tiup habuk dan sawang². Hehehe. Hampir 2 bulan kot tak update blog, tak blogwalking. Rindu gile nak ngadap blog. Maaf ye jika ade yang mencari² author blog ni. Eh, lupe pulak nak tanye kabar. Sihat ke u ols? Saye sihat. Alhamdulillah. Cumenye tak tahu macam mane saye nak gambarkan betapa sibuknye saye tahun ni. (macamlah orang lain tak sibuk. ye dakkk? hahaha.)

Seriesly, memang saye tak menang tangan. Dengan kerja sekolah, exam budak², sukan sekolah, camping sekolah, urusan masuk rumah, preparation majlis kawen 2 orang adek, abang ipar dan 4 orang sepupu dalam mase terdekat ni, abisss tenaga dah rasenye. (ishhh dorang ni tak reti nak kawen sorang² ke? ikut turn la kan. hahaha.)

Satu hal lagi, kes title blog saye ni tak naik title baru kat bloglist u ols. Tu yang lagi menghilangkan mood nak ngadap blog tuhhh. Huhuhu. Tapi arini saye akan merangkak perlahan² ke rumah u ols. Rindu nak bace cite terbaru. ♥


Eid Mubarak 1434H/2013M



Salaam Aidilfitri buat sume. Maaf zahir batin. كل عام وٲنتم بخير تقبل الله منا ومنكم صالح الٲعمال. Allahuakbar. Arini baru dapat wish raya pada bloggers dan tengok blog. Ehh? Lain macam kan blog ni. Hahaha. Sebenarnya niat saye nak tukar name blog ni dah lame. Seingat saye, sejak tahun baru aritu kot. Dan sekarang baru lahhh tertunai. ;)

Sooo, do not close tab guys & ladies. Anda sememangnya berada di zon blog yang betui. Hehehe. Presentinggg Fariza[dot]com ♥, menggantikan Tentang Kita ♥. Harap² regular readers blog ni tetap lepak kat sini macam bese. (:


Tahun ni tema raya kami berdue, sedondon hijau. Rasenye ramai orang Tranung beraya rumah mertua tahun ni, macam saye. U ols macam mane?

Rasenye sume orang masih dalam mood raya kan. Ye takkk? Hee. Sebabnye tengok dari bloglist, mostly takde new entry. Nak blogwalking pun, lemah je semangat ni. Aura raya lagi kuat kot. Same²lah kite menghayati hari lebaran ni. Hidupkan sunat² Aidilfitri. :)

Warmest regard, Fariza & Fairuz. ♥


Masihkah ada Ramadhan ?



Akhirnya Ramadhan dah sampai ke penghujungnya. Sayu, pilu rasenye kan. Ade lagi kah Ramadhan untuk kite? Allah saje lah yang Maha Mengetahui. Kalaulah dapat dipanjangkan mase, saye tak mahu lagi Ramadhan ni berakhir. Quran pun saye belum khatam lagi ni. Moge Allah permudahkan saye abiskan bacaan untuk baki lagi 2 3 hari ni. :)

Oh ye, sepanjang Ramadhan ni saye ade layan drama best. Masihkah Ada Ramadhan. Korang ade tengok dak? Sebenarnya, ni drama tahun lepas tapi diulang semula di Astro Prima setiap Jumaat jam 10. Tahun lepas saye layan cite ni bersama keluarga. Tahun ni pun same. Memang terkekek² la saye sekeluarga lepas balik teraweh. Bukan sebab cite ni genre komedi, tapi dialog²nya boleh dikatekan 97% dalam loghat Tranung. Bangga sangat!! Hehehe.


Kisah cite ni tipikal macam bese drama melayu yang menceritakan tentang harapan seorang ibu untuk berkumpul dengan anak²nya di bulan Ramadhan. Yang menariknya, drama ni sarat dengan mesej² kekeluargaan dan pengorbanan adek beradek. Realitinya, memang berlaku pada hari ini. Saya boleh bagi 5 bintang. Sedihhh cite nye. Memang boleh menitik la air mate. Tambah² dengar loghat kampung sendiri. Lagi lah tangkap feeling saye. Sob sob sobs.

Dannn untuk pengetahuan semua, Muhammad Amirul Mazlan yang memegang watak utama sebagai Zali dalam cite ni berasal dari Kampung Baru Kerteh, Kemaman, Terengganu seorang penuntut Jurusan Diploma Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA) sudah pun meninggal dunia akibat kemalangan di Federal Highway Dekat Universiti Malaya pada tahun yang sama. Watak Zali benar² pergi bertemu Ilahi, bukan sekadar lakonannya dalam cite Masihkah Ada Ramadhan ni. Al Fatihah buat arwah.


Awesome Ramadhan Day #25 & #26



Sekarang ni budaya iktikaf ni dah jarang berlaku kot. Iktikaf ni, kite hanya tumpu pada Allah dan ibadah kita je. Cuti la sekejap dari keje² yang bese kita buat, dan lupekan seketika pasal dunia. No FB, no games. :)

Untuk beriktikaf ni, kita gi ke masjid sebelum Maghrib dan stay lah sampai Subuh. Matlamatnya hanyalah beribadah pada Allah. Masjid kan tempat suci. Jadi, di situlah tempat yang paling baik untuk kita berdoa banyak², buat solat sunat, dengar tazkirah, wirid, dan zikir. Jangan tidur pulak. ;)


Pernah tak bace status FB atau entri blog yang meminta kita doakan dia? Mesti pernah kan. Ape yang korang buat? Yeee, doakanlah untuk mereka. Mendoakan orang lain dalam doa kita adalah perbuatan yang sangat mulia kerana sebagai seorang Islam, kita sangat disarankan mengambil berat  dan bersikap baik antara satu sama lain. :)

Ada hadith sahih yang mengatakan bahawa doa yang cepat dimakbulkan Allah ialah doa saudara terhadap saudaranya yang lain tanpa pengetahuan orang yang didoakannya. Jadi, jika ada sahabat² yang meminta doa, kita patut berdoa untuk dia. Lakukannya dengan penuh keikhlasan dengan harapan doa tersebut diterima Allah. Sentiasalah berdoa untuk orang lain walaupun tak diminta berbuat demikian. (:


Awesome Ramadhan Day #23 & #24



Bile kali terakhir anda dating dengan Allah? Dah tibe masanya kita set date tau. Pentingnya sesi ni ialah kita dapat bertaubat. Sebagai manusia biasa, kite tak lepas dari buat kesilapan kan. Dannn hanya Allah lah saja yang dapat mengampunkan dosa² kita. Allah Maha Pengampun.

Ape yang perlu kita buat ialah jujur dan ikhlas sepenuhnya, sedar kesilapan dan dosa² kita. Muhasabah dan selitkan perasaan kesal membuat kesilapan itu. Paling penting, berjanji pada Allah dan diri sendiri yang kita takkan ulangi lagi kesilapan itu. Yang ni, kita kene betul² kuat tau. Dannn berterusanlah buat kebaikan. ;)


Sekarang dah kurang dari 10 hari kan. Maknenye, Lailatul Qadar bile² mase aje ni. Kite mesti, mesti cari sebab inilah satu malam yang istimewa berbanding 364 malam yang lain dan eksklusif untuk umat Muhammad s.a.w sahaja. ;)

Dikatekan malam Lailatul Qadar ni berlaku pada malam yang ganjil pada 10 Ramdhan terakhir iaitu mungkin malam ke 21, 23, 25, 27, atau 29. Anda dah jumpe kah? (:


Awesome Ramadhan Day #21 & #22



Masyarakat sekarang ni, banyak sangat buat aktiviti keduniaan. Siang hari sibuk dengan kerja² periuk nasi kita. Ye takkk? Hee. Jadi, sangat normal lah kita perlukan tidur yang cukup di malam hari kan. Tapi, sekarang ni Ramadhan sudah masuk ke peringkat akhir. Tak kira sepenat dan semengantuk mane pun, cubelah bangun malam untuk beribadah. Urus masa tidur dengan baik. Insha Allah, takde masalah punye lah nak bangun awal² pagi ataupun nak berjaga malam. Kasi can lah katil tu berehat tanpa anda. :)

Dari hadith sahih mengatakan, Allah ada bersama orang² yang berdoa di 3/4 malam iaitu lebih kurang jam 2 hingga 4 pagi setiap malam. Bayangkan lah, ruginya kalau kita tidur mase tu kan. Kita dah terlepas peluang nak berdoa dan terlepas nak mintak macam². (:


Zakat ni bukan sekadar memberi duit atau barang keperluan kepada yang miskin dan memerlukan, tapi zakat ni bertujuan untuk menyucikan hati dari sifat tamak dan pentingkan diri sendiri. Sebagaimana yang sume orang tahu, zakat ni wajib dan mesti dibayar sebelum berakhirnya Ramadhan. Tujuannya adalah untuk membantu orang miskin dan memerlukan ni membuat persiapan raya. :)

Korang dah bayar ke belum? Saya baru aje bayar hari ni. Alhamdulillah. Pada yang belum bayar tu, carilah mana² kaunter zakat di masjid, shopping mall atau di bazar pun ade. Make sure, bile kita tunaikan tanggungjawab zakat kita tu, niatlah kerana Allah dengan penuh rendah diri dan bukan untuk riak atau menunjuk². Fikirlah betapa gembiranya orang miskin dan memerlukan tu bile terima sumbangan zakat anda nanti.

Paling penting, fikirlah tentang ganjaran hebat dari Allah yang bakal anda dapat. Maklumat selanjutnya tentang zakat, boleh lah google sendiri ye. Banyak website Islam yang boleh dipercayai dan diyakini. Refer pada ustaz² yang bertauliah tau. (:


Wordless Wednesday #37: Kalimah Allah di Paka, Dungun, Terengganu pada pagi 28 Julai 2013. SUBHAANALLAH!




Awesome Ramadhan Day #19 & #20



Sejujurnya saya agak emosi tentang Rasulullah ni. Pasti anda pun begitu kan. Sebelum ni saya jahil dan tak sedar tentang pengorbanan baginda pada umat²nya, tapi bila sedikit sebanyak saya belajar, terasa begitu kerdil sekali diri ini. Begitu banyak telah baginda lakukan untuk kita. Subhanaallah!

Sepatutnya manusia pertama yang mesti kita sayang ialah Rasulullah. Lebih dari kita sayang ibu bapa dan isteri/suami kita. Kata orang, tak kenal maka tak cinta kan. Ye takkk?. Hee. Jadiii, untuk mencintai baginda, kita perlu mengenali baginda. Kenali Rasulullah di entri ni. Tapi ingat, setakat sayang aje tak cukup tau. Kita kene lah aplikasi sunnah, tunjuk ajar dan ikut contoh teladan dari baginda. ;)


Cepat mase berlalu. Sekarang sudah masuk 10 Ramadhan terakhir. Ape yang kita telah bazirkan pada 20 hari sebelum ni? Tak usah difikirkan lagi. Fokus. Fokusss untuk 10 hari terakhir ni. Ameklahhh peluang berharga ni. ;)

Sooo, ape perlu kita buat untuk 10 hari terakhir ni? Lebihkan solat, banyakkan doa, banyakkan bace Quran, banyakkan sedekah, lebih rajin ke masjid, dan kurangkan bersosial. Ape yang lebih penting ialah, pastikan dosa² kita terhapus sumenyeee. Hi-yahhh. Hee. Insha Allah. Jangan lupe cari Lailatul Qadar. (:


Awesome Ramadhan Day #17 & #18



Sebagai manusia yang normal, hampir setiap hari kita pasti berhadapan dengan masalah dan cabaran. Kita diuji dari sekecik² hal (contoh, internet yang lembab. huhu.) hingga ke hal yang besor². (contoh, kehilangan orang tersayang.) Sememangnya kita takleh nak lari dari sume ni kan. Ye takkk? Hee. ;)

Walaubagaimana pun, ada cara untuk menghadapinya iaitu sabar. Mungkin susah sikit tapi kene banyakkan doa. Sebagai contoh, anda cari kerja. Lepas bertungkus lumus berusaha, dapatlah interview. Apa yang terjadi ialah orang lain yang dapat kerja tersebut. Sooo? Mungkin anda rase sedih dan menangis kan. Ingatlah, anda mungkin tak dapat kerja yang anda nak tadi tu, tapi percayalah dengan perancangan Allah yang jauh lebih baik menanti anda. Bersangka baik lah pada Allah. ;)


Tafsir ni adalah pemahaman tentang maksud dan makna ayat² Quran. Kebanyakan dari kita hanya diajar untuk membaca dan menghafal ayat² Quran kan. Tapi pemahaman makne ayat² Quran pun penting tau sebab kita boleh aplikasikan nya dalam kehidupan seharian kita. Saya sendiri pun, rase susah jugak nak paham makna ayat² Quran walaupun mase sekolah dulu pernah belajar Arab. Tapi, itu bukanlah satu alasan kan. (:

Ramai antara kita menganggap Quran ni kitab jangan tu, jangan ni, tak boleh tu, tak boleh ni. Tapi sume tu tak betul tau. Quran banyak menyentuh sume aspek kehidupan manusia meliputi politik, sikap dan banyak lagi. Cerita nabi² pun ade. Best sangat. Saya paling suka cite Rasulullah. Lebih seronok kalau kita bertafsir ramai². Tapi, make sure dapatkan tafsir yang sahih ye. Sekarang ade banyak buku² tafsir Quran dan website kan. Tinggal kite ajeee nak kene usaha sikit mencari yang terbaik. ;)


Awesome Ramadhan Day #15 & #16



Bulan Ramadhan ni bukan masa untuk tidur² dan bermalas²an macam Garfield the cat atau macam Patrick the starfish, tetapi muslim yang berpuasa sepatutnya sentiasa ceria, aktif dan positif. Ye dakkk? Hee. Tak makan minum seharian atau solat di malam hari mungkin sedikit meletihkan, tapi ianya bukanlah satu alasan untuk kita mempamerkan wajah yang tak bermaya. ;)

Tunjukkan pada masyarakat khususnya bukan Islam, yang kita puasa ni penuh bertenaga. Rasulullah pun berperang pada bulan puasa tau. Berilah salaam atau ucap selamat dan senyum! Memanglah, kita manusia ni tak lari dari masalah kan. Contohnya, sakit hati atau perubahan mood, tapi sume masalah² ni bergantung pada kita untuk uruskannya. Mengadulah pada Allah, insha Allah, Dia pasti akan tolong. Yakinlah. (:


Korang tahu tak, memberi hadiah sangat istimewa dalam Islam. Kita digalakkan untuk saling memberi hadiah sepanjang tahun dan bukan hanya untuk keraian tertentu aje. Lihatlahhh, indahnya Islam dalam menjaga ukhuwah sesama umatnya. Haa, beri² hadiah ni pun ade etika tau. Bile orang bagi hadiah tu, responlah dengan baik, ucap terima kasih. Kalau tak dapat nak balas hadiah tu, ucaplah "Jazakullahu Khair" yang bermaksud semoga Allah memberi balasan baik. ;)

Sebenarnya banyak pilihan hadiah yang boleh kita beri pada ahli keluarga, kawan², jiran dan suami/isteri. Tapi, memberi hadiah yang islamik adalah yang terbaik, contohnya beri tudung, buku peringatan/nasihat, pakaian² yang menepati syarat aurat. Sebab? Sebabbb melalui hadiah tu, kita galakkan cara hidup Islam pada orang lain. Pape pun, yang paling penting ialah memberi dengan niat ikhlasssssss. (:


Perjalanan 23 Julai 2013 ! ♥



Tiada yang lebih membahagiakan bila suami jadi orang pertama wish birthday kite tepat jam 12 kan. Ye dakkk? Hee. Macam cinderella pulak rasenye. Pastu ade pulak kad ucapan dan hadiah. Huhhh, memang nak menitik airmate la. Bagi saye, itu tandanya si dia sudah bersedia dengan plan wish dan alert birthday date kite. Alhamdulillah atas nikmat ini. :)

Abaikan tangan saye yang comot tu ye. Nak jugak menyelit kat blog ni. Hihihi. Lebih membahagiakan, parents pulak SMSkan doa ucapan pada jam yang sama. Cumenye mak saya lewat 13 minit dari ayah saya. Huhuhu. Pa ma, i love you both. ♥


Rupenye tak abis lagi part touching ni. Famili saye dari Dungun datang turun ke Kemaman untuk berbuke puasa di rumah saya dengan membawa sebijik kek homemade ni. Mekasihhh kepada adek kesayangan merangkap stalker blog ni sebab susah payah buatkan kek. Juge adek ipor nan sorang, yang turut serta menjayakan keje² buat kek coklat kukus ni. :)

Saye ingatkan dorang akan beli je kek sebab selalunye memang beli la. Cehhh, perasan tu orang nak belikan kek. Hahaha. Berkat Ramadhan kot, sume nak buat sendiri aje.

Awesome Ramadhan Day #13 & #14



Sekarang dengan teknologi maklumat serba canggih ni, memudahkan kita menambah pengetahuan tentang Islam untuk improve taqwa kita kepada Allah. Banyak ceramah dan info pendek yang dapat kita capai di laman sosial kan. Ye dakkk? Hee. Tapi persoalannya, adakah kita mencari pengetahuan itu? Ingat, mencari ilmu itu wajib bagi setiap muslim dan ianya satu ibadah. ;)

Ada antara kita yang menganggap ilmu pengetahuan hanya dari buku teks sekolah. Ini SALAH. Apa yang kita belajar dari buku teks tu bukan satu²nya sumber ilmu. Yang kita duk google cari info macam² tu pun consider ilmu jugak tau. Kalaulah semudah tu kita dapat cari pengetahuan pada zaman tanpa sempadan ni, kenapa tidak kita tambah dan cari ilmu tentang Islam, tentang Allah dan tentang Rasulullah. Saya sendiri pun suka mendengar kuliah pendek di youtube. Ramai yang best - Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Kazim, Ustaz Don. (:


Okey, bila kita dah dapat banyak ilmu pengetahuan, ape yang patut kita buat? Yesss, KONGSI dan SEBARKAN pada keluarga, kawan² hatta saudara bukan Islam!! Beritahu mereka sume tentang indahnya ajaran Islam. Dan sebagai muslim, kita mesti sedar, bukan sahaja mencari ilmu yang dituntut, tapi menyebarkan ilmu juga penting. ;)

Banyak cara yang boleh kita buat untuk sebarkan ilmu terutamanya ilmu tentang Islam di zaman moden ni. Ape gunanya blog, FB, smartphones kan. Ye takkk? Hee. Contohnya, kalau kita jumpa video ceramah yang best, share aje kat link status FB kita. Manelah tahu 1 atau 2 dari 20 kawan kita yang akan tengok video tu. Tapi hati² jugak. Kang tersalah bagi ilmu pulak. Sebab sekarang ni banyak hadis palsu berleluasa.


4 bulan sebelum majlis: Ape nak buat ?


(gambar sekadar hiasan. hehehe.)

Kalau 5 bulan sebelum majlis, mostly kite banyak buat booking dan tempahan kan. Bile dah masuk 4 bulan sebelum majlis ni, mostly kita masih akan buat keje² booking. Cume boleh juge memantau perkara² yang sudah ditempah. Cewahhh. Boleh lah bergaya macam pegawai pemantauan. Hahaha. Maklum laaa bakal raja sehari kan. (:

Mungkin bagi sesetengah orang berpendapat persiapan dalam mase 6, 5 atau 4 bulan sebelum majlis ni macam terlalu awal. Tapi bagi saya, preparation awal sangat ideal dan menyenangkan lebih² lagi part booking. Kite kene ingat, bukan kite sorang aje yang nak kawen. Lagipun, kita akan ada banyak pilihan promosi yang menawarkan harga yang lebih murah. Bukankah sudah boleh jimat kalau kite grab cepat mane yang terbaik untuk kita? ;)

Okey. Jom kite check same², ape kite nak buat 4 bulan sebelum majlis:

  1. Survey, pilih dan booking kad jemputan kawen.
  2. Pantau lokasi majlis dan buat peta.
  3. Tempah/beli cenderahati untuk tetamu dan rozet* untuk ahli keluarga.
  4. Follow up baju kawen.
  5. Beli cincin kawen. (jika belum)
  6. Make sure sume kelengkapan kawen sudah ditempah.
  7. Bayar deposit sume tempahan (jika perlu)
  8. Beli hadiah* untuk parents dan orang yang terlibat dalam gotong royong keje kawen.
  9. Beli hadiah spesel* buat bakal suami/isteri. (selain hantaran)

Perkara yang saye tanda * tu option aje kot. Kalau tak nak buat pun takpe. Tu sume sekadar memberi penghargaan sebagai tanda terima kasih kite pada yang banyak membantu menjayakan majlis kita. Lain orang, lain lah penghargaannye kan. Ye dakkk? Hee.

Ape yang saya nak share, sekarang saya tengah nak tempah button badge sebagai ganti rozet untuk ahli keluarga saya. Sebagai wedding planner yang tak berbayor untuk majlis adek² saye, saye mahukan sedikit kelainan dan nak buat something yang saye tak dapat buat mase majlis saye dulu. Baru lah dapat feeling sikit. Hihihi.


Awesome Ramadhan Day #11 & #12



Normal lah bila kita seharian berpuasa, kita akan berasa lapar dan dahaga kan. Ye takkk? Hee. Ape lagi, bila azan Maghrib ajeee, for sure lahhh, perkara pertama yang kita buat ialah makan makanan kegemaran kita yang ada di depan mata tuuu. Tapi kebanyakan dari kita ni tak sedar² yang kita selalu sangat MEMBAZIR. Sesetengah kita ni jugak fikir, bila kita puasa, kita mesti makan banyak untuk cover waktu makan yang tertinggal di siang hari. Last² makan sikit je pun dah kenyang kan. ;)

Soooooo, ape jadi pada makanan yang tak abis atas meja dan dalam pinggan tuuu? Korang buang jugak dalam tong sampah. No, no, no. Ramadhan mengajar kita untuk sentiasa bersyukur tapi kita kalah dengan nafsu sendiri. Sebijik nasi, setitik air perlu kita hargai. Membazir ni kan amalan syaitan. Elakkanlah pembaziran. Takyah masak banyak, takyah beli banyak. Buffet² yang mahal tu sume pun takyah la kot. (:


Puasa di bulan Ramadhan ni sebenarnya latihan dan makanan untuk rohani kita. Sememangnya bulan ni adalah bulan yang terbaik untuk kita berhijrah kepada yang lebih baik. Namun, bila sebut tentang hijrah dan perubahan ni, sume nya bergantung pada diri kita sendiri. Allah pun tak dapat nak ubah kalau kita tak decide untuk berubah. (:

Dari duduk termenung sesaje tu, baik kita fikirkan satu perubahan yang boleh kita buat. Muhasabah diri. Memang lah kita manusia ni tak sempurna. Manusia sentiasa buat salah silap. Tapi kita boleh improve diri kita kan. ;)

Awesome Ramadhan Day #9 & #10



Tahukah anda bahawa membuang masa dengan sia² ni lebih teruk dari mati? Haa, begitulah yang dikatakan oleh Imam Ibnu Al-Qayyim. Ape sebab beliau berkata sedemikian? Sebabbbb, mati ni memisahkan kita dari dunia, manakala membazir masa ni menjarakkan kita dari Allah. Betul la tu kan. Dalam Islam, masa adalah segala²nya. Bagaimana cara kita menghabiskan masa, akan menentukan baik atau buruknya kita sebagai seorang muslim. ;)

Kita sebagai umat Islam digalakkan untuk mengunakan masa sebaik²nya di bulan yang penuh spesel ni. Manalah tahu, kebaikan yang kita buat masa ni melayakkan kita untuk masuk syurga ke kan? Insha Allah. Contonhnye, daripada tidur lepas buke pose tu, ade baiknya kita bertarawih. Daripada duduk main Farmville kat FB tu, lebih baik sebarkan info² sunnah Ramadhan. Daripada duk melepak dengan kawan², ade baiknya tadarus Quran bersama². Lu fikirlah sendiri. Ye takkk? Hee.


Sebagaimana yang kita ketahui, solat adalah perkara pertama yang dihisab di akhirat kelak. Jika baik solat kita, baik lah sume amalan kita. Kalau tak sempurna solat kita? Sendiri mahu ingatlah. Sebab tu solat ni sangat penting dalam Islam. Solat ni sebenarnya dapat membentuk diri kita dan menghindar kita dari membuat dosa serta perkara² yang mungkar. ;)

Secara peribadi, saya rasa solat ni sangat ajaib. Walaupun ade ketikanya, saya pun taklah khusyuk mane tetapi saya ingatkan diri saya bila solat tu, saya dekat dengan Allah terutamanya ketika sujud. Insha Allah, lepas ni saya akan improve lagi.

Pada sesiapa yang sempurna solatnya dan cukup 5 waktu, saya ucapkan SYABAS. Semoga Allah kurniakan ganjaran yang tak putus² kepada anda sume. Dannnn sesiapa yang masih tak cukup solatnya ataupun yang tak pernah solat, MULA SEKARANG. Ramadhan adalah masa yang terbaik. Push lahhh diri anda dan mohon ampun atas solat² yang tertinggal tu. Allah Maha Mendengar dan Maha Pengampun. (:

Kumawo Deqla, Jaakechik & Tihara ♥



Lupe nak bubuh payung ni dalam entri Terbang bertemu Deqla di Putrajaya. Hehehe. Deqla hadiahkan payung ni untuk kenang-kenangan. Sebenarnya saya ade ternampak mesin beli payung ni kat BPP tu. Pertama kali kot tengok mesin tu. Lame jugak duk menilik. Ye laaa, selame ni kan duk tengok mesin air tin/air kotak je. ;)

Nasib baik saye tak testing mesin tu. Kalau tak, due bijik la payung saye bawak balik. Hahaha. Thanks Deqla, sangat bergune bulan 12 nanti. :)


Yang ni pulak datangnya dari Jaakechik. Due skali die bagi keychain. Rasenye ni ole² dari Melaka. Sebenarnya saya dah ade keychain baju kebaya tu, tapi kalernye biru pemberian anak murid mase Hari Guru aritu. Nampaknye keychain kiut ni dah ade pasangan. Hihihi. Sukenyeeeee. Mekasih ye Jaakechik. :)

Seperti mane yang korang tengok, sampul dan nota tu dah basah kuyup. Dek kerana hujan, abisss surat² saye basoh jjerukkk. Lencun la orang KL cakap. Hee.


Yang ni pun double. Kak Tiha bagi sebab saya antara top commentors di blognya. TQ kak. Terharu sangat dapat duet Riyal ni. FM tu pun dan selamat ditepek. Hehehe.

Sekarang ni bloggers sume agak slow sikit blogwalking kan. Mungkin sebab meraikan Ramadhan. Alhamdulilah. Ataupun mungkin jugak blog saye aje kot yang tak meriah. Maklumlah, mood tuan blog ni pun ke lauttt. Huhuhu.


Awesome Ramadhan Day #7 & #8



Sememangnya sebagai orang Islam, kita seharusnya sentiasa memohon ampun kepada Allah tetapi ramai di antara kita ni tak sedar bahawa kita juga sepatutnya memberi maaf dan menjaga hubungan sesama kita. Islam sangat menitikberatkan ikatan silaturahim ni tau. Memberi dan meminta maaf ni mestilah selalu diamalkan. Bukan bulan ni aje. Tapi gunakanlah Ramadhan ini sebagai satu peluang untuk membaiki hubungan yang retak. ;)

Sebagai manusia biasa, kita tak kan dapat lari dari melakukan kesilapan. Tapiiiii, kita boleh menjadi lebih baik dari sebelum ni dan belajar dari kesilapan yang lalu. Ye dakkk? Hee. Jadi, kita mesti belajar untuk saling memberi maaf. Tak berbaloi pun kita korbankan persahabatan atau persaudaraan antara kita atas kesilapan² yang kecil. Kite ni same aje. (:


Sedekah dan amal kebajikan sangat²lahhh mulia di sisi Islam terutama bagi golongan² yang berkemampuan lebih dari yang lain. Jika kita dikurniakan rezeki yang banyak, kita sepatutnya bersyukur sebab kita bertuah, kerana dapat membantu orang lain yang tak bernasib baik. Sedekah ni tak semestinya dalam bentuk duit tapi boleh juge dalam bentuk makanan, pakaian atau keperluan asas yang lain. Pasti Allah suka pada orang gemar memberi. ;)

Memberi sedekah dalam bulan Ramadhan ni BESAR ganjarannya. Sooooo, gunelahhh peluang keemasan ni untuk bersedekah. Tapiiii, ingat. Sedekah yang terbaik ialah sedekah yang dibuat dengan seikhlas²nya dan rendah diri. Elakkan riak atau menunjuk² dengan cek yang sebesor pintu. Huhu. Mulakanlah bersedekah pada ibu ayah, datuk nenek, adik beradik, sepupu² dan ahli keluarga kita sebab itu juge sebaik² sedekah. Pastu bolehlah proceed pada anak yatim, orang tua dan orang² yang memerlukan. (:


5 bulan sebelum majlis: Ape nak buat ?


gambar hiasan

Macam lame tak buat entri wedding plan kan. Hehehe. Entri berkaitan wedding preparation yang sebelum ni, 6 months before the day, we have to survey a lot. Right? Cewahhh. Speaking la pulak. Hahaha. Aktiviti bulan seterusnya ni iaitu 5 bulan sebelum majlis, mostly kita akan buat pilihan dan booking! :)

Okey, saye kongsikan sedikit cadangan perkara² yang perlu dibuat sepanjang 5 bulan sebelum majlis. Tu pun saya listkan ape yang terlintas di otak saye aje la ye. Moge² dapat dijadikan sedikit panduan buat bakal² pengantin. (:

1) Buat tempahan:

  • Baju nikah & resepsi termasuk aksesori
  • Mak andam/penggubah bunga & hantaran/penghias lokasi majlis
  • Penginapan untuk tetamu (keluarga suami/isteri, sanak saudara atau kawan²)
  • Cincin kawen
  • PA sistem (kalau nak, boleh lantik pengacara majlis/DJ)
  • Katerer (jika guna khidmat catering)
  • Photografer/videografer (jika mahu khidmat profesional)
  • Kek kawen (jika ada)
  • Kumpulan persembahan (silat/kompang dan lain²)
  • Kenderaan untuk majlis resepsi & majlis bertandang (jika bawak rombongan besar)
  • Destinasi bulan madu!!

2) Collect senarai tetamu.

3) Beli barang hantaran. (boleh beli satu barang sebulan, taklah terase sangat duet keluar.)

4) Buat pemeriksaan kesihatan & rawatan muka.

5) Hadiri kursus kawen. (jika belum berbuat demikian)

Cukup la tu kot 5 perkara. Jangan pening² ye. Buat dengan rileks dan bergaya. Bakal raja sehari takleh stress² sangat, nanti hilang seri muka. Hihihi. Sesape yang ade nak tambah cadangan atau nak share pengalaman, boleh drop kat komen.  Manelah tahu kan, dapat tolong dorang² yang nak kawen ni. ;)


Awesome Ramadhan Day #5 & #6



Sebagai muslim yang soleh, terdapat banyak amalan baik boleh kita buat sepanjang Ramadhan ni iaitu salah satunya ialah memberi makanan untuk berbuka kepada keluarga, kawan² atau saudara Islam kita. Insha Allah, bile mane orang yang berpuasa makan makanan yang kita sediakan tu, kita akan dapat pahala puasa dia. Tapi ni bukan bermakna nilai pahala puasa dia jadi kurang tau. Kite yang dapat lebih. ;)

Mudah kan nak dapat pahala di bulan puasa ni. Ye takkk? Hee. Makanan berbuka yang dimaksudkan tu boleh jadi pape saja termasuk kurma atau sebekas air. Dannn inilah peluang kita nak tolong orang tak berkemampuan. Secara tak langsung, silaturahim dan kasih sayang sesama muslim pun dapat dieratkan. (:


Cube pulak kita tanya diri kita sendiri, benarkah kita ni berpuasa dengan erti kata sebenar? Anggota badan kita puasa jugak takkk? Haaa, biasanya salah faham orang kita ialah puasa ni tak makan dan tak minum. Ini SALAH SAMA SEKALI!! Ade tu pulak, puasa tapi tak solat. Ish². Puasa yang sebenor²nya ialah yang mane kita jaga anggota badan kita (mata, telinga, lidah, tangan, kaki) dan berbuat baik untuk menambah iman kita. (:

Dengan kata lain, anggota badan yang berpuasa ni ialah bile mana kita menjaganya dari perkara² kurang baik yang biasa kita lakukan di bulan² lain. Nanti anggota² badan ni lahhh yang akan jadi saksi kita kelak. Jage²lah, ini adalah cara yang sihat dan terbaik untuk disiplinkan diri. Ingat, Ramadhan ade 30 hari aje. ;)


Terbang bertemu Deqla di Putrajaya



Kihkihkih. Memule nak gelak dulu. Sebenarnya cite dah lame berkurun tau, tengoklah date terpampang kat atas tu. 27 Mac 2013, hari Rabu, mase ni cuti pertengahan semester sekolah yang lalu. Siap pakej dengan mase 10.30 pagi lagi tu. Details tepat lagi betui. Hehehe. Gerimis menyambut kami di Putrajaya. ;)

Niat saya ke sane atas tujuan nak submit borang apply loan rumah. Sudah pasti lah saye ke bahagian pinjaman perumahan (BPP). Tempat keje Deqla & Nurul. Hee. Pelbagai suka duka yang saya tempuh sepanjang berada di sana. Cewahhh. Sehari je pun. Sampai je kat sane, saye terus ke kaunter atas nasihat Deqla. Tak tunggu lame pun, dah sampai giliran saya. Sempat la main candy crush satu round. Hahaha.

Part kat kaunter ni lah yang paling takleh blah. Hihihi. Tapi biarlah rahsia. Terduduk saya bile dikate borang yang saye isi tu tak memenuhi kehendak BPP. Down gile. Dari jauh datang semata² nak submit borang tu, last² kene reject macam tu je. Dannnn, mase ni lah penyelamat saye, superwoman Deqla datang tolong selesaikan masalah saya. ♥


Sebelum selesai problem tu, Deqla belanje lunch dulu kat kafe. Hehehe. Cepat & pantas die bayorkan. Tak tercapai dek akal. Hahaha. Lepas makan, operasi menyelamat pun bermule. Deqla bawak geng macam Wonderpettttt. Terus direct naik ke bahagian proses. Mase ni kan, Deqla bertukar dari superwoman, jadi bodyguard pulak, yang setia menanti sampai urusan saya selesai. Haaaa, nampak takkk tu Deqla ponteng keje? Kihkihkih.

Sampai ke petang la saye kat situ. Alhamdulillah. Dapat jugak submit borang. Sebelum balik, sempat snap gambar bukti depan air pancut. Sila abaikan tudung saye yang agak kebulatan tu. Hee. Bab proses kelulusan loan pulak, heroin Nurul yang banyak membantu. Tapinye tak sempat nak jumpe sekali dengan Deqla sebab saye dimaklumkan Nurul ade kursus mase tu. Dannnn arini baru dapat surat latest dari BPP, menyatakan cek dah pun dipos kepada peguam saya. Yabedabeduuuuu.

Kalau dikire secara kasar, permohonan loan rumah government ni bolehla dikatekan memakan mase antara 3 hingga 4 bulan dari tarikh submit borang. Banyak wooo step & procedure nye. Ye laaa, bukan kite sorang je yang apply kan. Lagipun, kebanyakan maklum balas & respon melalui pos. Mekasih buat Deqla & Nurul kerana banyak menolong saya. Moge Allah mempermudah segala urusan korang berdue. ♥

Sekarang saye sedang tunggu call dari pemaju untuk penyerahan kunci rumah. Eh ehhh, panjanggggg pulak entri ni. Sori ye Deqla, sebab lambat buat entri pertemuan kite. Jangan marahhh² aaa, nanti cepat tuaaaa. (:


Awesome Ramadhan Day #3 & #4



Sume orang pun tahu berdoa kan. Ye dakkk? Hee. Bile mane kita meminta keampunan dari Allah, bile mane kite mintak kebahagiaan di kala sedih menyelubungi. Cewahhhh. Ayat sentiase tak menahan² ajeee. Huhu. Dan juge bile mane kita mintak kesihatan kerana tak tahan saket. Itu lahhh DOA. Senang kate, doa ni boleh laaa dikatekan harapan dan kehendak kita. Dannn Allah boleh bagi ape² saje. ;)

Tapiiiii, perlu diingat bahawa doa kita tu tak semestinya dimakbulkan sejurus selepas kita mintak. Yang perlu kita percaya ialah doa kita pasti akan dimakbulkan Allah. Cume bile dimakbulkan tu adalah rahsia Allah. Percayalahhh. Yakinlahhh. Soooo, contohnya kalau nak syurga/jodoh, berdoalah banyak². Jangan juge lupe berdoa untuk keluarga, kawan², dan saudara se Islam kita. Berdoalah di mane² dan bile² saje terutama di bulan Ramadhan ni. Same² kita AMIIN kan doa² kita. (:


Arini dah 4 Ramadhan kan. Korang sudah mula bertarawih ke belum? Kalau dah, bagusss! Kalau belum, boleh mulakan malam ni lepas solat Isya'. Solat tarawih ni bermula dari zaman Rasulullah lagi tau. Walaupun, solat tarawih ni hanyalah sunat, tapiiii speselnye solat sunat tarawih ni ialah hanya ade di bulan Ramadhan aje. 30 malam je pun. Sooo, jadilahhh muslim yang bijak mengambil peluang! ;)

Tak kesahla 8 rakaat ke 20 rakaat ke, yang penting kualiti solat. Tepuk dada tanya iman okehhh. Ajaklah orang terdekat korang untuk gi masjid bertarawih. Pasti 1 atau 2 jam korang terisi dengan perkara yang bermanafaat. Insha Allah. Dannn komited lah sampai ke hujung bulan, bukan minggu pertama sajeee. (:


Hepi Belated Kak Fieda!



Alhamdulillah. Selesai sudah menerjah balas segala komen yang ade. Sekarang nak wish befday Kak Fieda pulak. 22 Jun lalu, genaplah usia Kak Fieda yang ke ??. Bab² nombor ni kene tanye empunye diri la ye. Saye pun tak sure. Terjahla blog die, u ols tengok sendiri. :)

Maaf ye kak. Memang dah lewat sangat kot entri ni. Tak dapat nak wish on time aritu. Entry Jun saye pun ade satu je kot. Rekod sungguh la tahun ni. Hihihi. Pape pun, yang penting wish nye sampai kan kak. Moge sentiasa sehat dan bahagia di samping keluarga tersayang. Bile nak PM link kak? Lame dah saye menunggu ni. :p


Haaa. Yang ni pun nak menyelit jugak. Hahaha. Birthday Oppa kite, 20 Jun aritu. Same date dengan hubby Deqla. Bile coklat sampai depan mate, dengan rakusnye die bukak bungkusan. Ayat pertama yang kuar dari mulut si die, " Coklat lagiiiii. " Pastu sibuk nak susun² coklat crush tu macam nak main game. Kihkihkih. Bile dah makan, sedap katenye. ♥

Thanks buat Chicna yang susah payah design coklat ni. Memang puas hati gile la. Dah masuk 3 kali kot tempah dengan Chicna. Siap dapat repeat order lagi. Huhuhu. Pahit manis perjalanan coklat tu dari Kelantan ke Terengganu akan diingat sampai bile². Paling takleh lupe, bungkusan coklat kene bukak & dicurik seketui coklatnye. Hahaha. Agaknye comel sangat, tu yang die geram tu. (:


Awesome Ramadhan Day #1 & #2



Ramadhan ni bukan sekadar menahan lapar dan dahaga tapi Allah anugerahkan bulan mulia Ramadhan pada kita supaya kita dapat mengumpul pahala kebaikan sebanyak mungkin. Jadi, gunakanlah peluang ini untuk kita upgrade diri kita agar menjadi muslim yang lebih baik. Insha Allah. ;)

Soooo, untuk permulaan, set kan satu atau dua misi untuk diri sendiri. Bukan nak exam je kene ade misi visi. Ye takkk? Hee. Sebagai contoh, antara misi² yang boleh disenaraikan: tak tinggal solat terawih, khatam Quran, kurangkan gosip, dan pakai tudung. Pilihlah dan fikir²kanlah ape misi anda. Saya sendiri pulak, Insha Allah nak khatam Quran. Jom same² kita komited dengan misi kita sampailahhh ke akhir Ramadhan. Yukkk. (:


Jadikanlahhh Quran sebagai sahabat terbaik kita. Banyak ganjaran yang bakal kita dapat jika kita membaca Quran lebih² lagi di bulan Ramadhan yang mulia ini. Soooo, amek Quran, bace baceee baceeee. ;)

Kalau takde Quran, kita boleh dengar ayat² suci Quran melalui lappy atau smartphones. Haaa sambil² blogwalking tu kan boleh dengar. Ye dakkk? Hee. Yang mane letak lagu dalam blog tu, perdengarkanlah readers² anda dengan ayat² Quran di bulan pose ni. Insha Allah, banyak pahala nanti. (:


Ramadhan Kareem 2013 : Happy Fasting!



Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah. Ini mungkin entry pendek untuk wish sume blogger, hepi fasting ya. Hee. Maaf sangat² sebab hampir sebulan kot tak aktif berblog. Insha Allah dengan kehadiran Ramadhan ni, saya akan buat sticky post untuk entry awesome Ramadhan yang saya buat tahun lepas. :)

Harapan saya, moge entry² tersebut dapat memberi dan menambah ilmu yang kita ada. Juge dapat flash back ilmu² yang mungkin kite dah lupe.


Saye suke sangat dudel Sis Illy ni. Comel. Kan? Excited cute je celebrate Ramadhan. Hihihi. Selamat berpuasa ye sume. Maafkan segala salah silap sepanjang perkenalan kite di sini. (:

Selamat menikmati entry Ramadhan saye tau. Moge bermanfaat buat sume. Dengan bantuan dudel Sis Illy, saye yakin korang akan tertarik nak bace. Hehehe. Saye juge akan perlahan² berjalan² ke blog korang sepanjang Ramadhan ni dan jejak balas komen mane yang belum dibalas. Moge akan dapat balik la tune blogging saye. Hee. Miss u ols. ♥


Hepi Belated May!


Maaf, maaf, maaf atas kelewatan entri ni. Huhuhu. Tapi kate orang, better late than never. Ye dakkk? Hee. Ayu ooo Cik Ayu, selamat ulangtahun ye dik. Date nye 14 Mei lalu kan. Moge Ayu sentiasa sukses dalam ape jua yang diceburi. ♥

Oh ye, moge Ayu cepat² kawen. Seronok sangat dapat bace kisah cinta Ayu. Kihkihkih. Tak sangke cite kite ade persamaan yang tak kurang banyaknye. Boleh buat novel kot. ;)


Tanggal 27 Mei aritu pulak, birthday Solehah. Selamat hari lahir ye dik. Moge lebih matang dengan pertambahan usia ni. Solehah ni rajin sangat upload gambar meals seharian die kat instagram. Tahu sangat dah menu die. Berkuahkan kicap pun ade. Hihihi.

Kate orang, penggemar upload gambar makanan ni saket mental. Ade aku kesahhh, kan Solehah? Hehehe. Pedulikkk kan. (:


Haaaa. Nak menyelit sikit pasal stalker saye ni. Selamat hari jadi Cekgu Tin. Hahaha. Birthday die 25 Mei. Oleh kerana die ni suke Hello Kitty, saye bagi lah die coklat ni. Saye tempah dengan CikNa's Coklat Haven. Thanks Chicna untuk coklat yang comey lotey ni. :)

Alhamdulillahhh. Ber update jugakkk blog akhirnya. Huhuhu.


6 bulan sebelum majlis: Ape nak buat ?


(gambar untuk hiasan saje. hehe.)

Ade ke yang tunggu entry wedding plan? Huhuhu. Maaflah. Saya over kebizian sejak kebelakangan ni dan akibat dari itu, nikmat sihat saye kini digantung buat sementara waktu. Betul lah kate orang, bile kite sakit, hilang segala nikmat hidup. Pape pun, moge sume derita sakit saya selama seminggu ni menjadi wadah untuk menghapus segala dosa² saye. Amin, amiin, aminnn. :)

Ya Allah. Pejam celik pejam celik, rupenye dah kurang dari 6 bulan dari sekarang, rumah mak ayah saya bakal berkenduri lagi. Tak sedar langsung mase berlalu begitu cepat. Okey, untuk jangka mase 6 bulan atau lebih, sebelum majlis, apekah checklist yang perlu kite setelkan? Chect this out! (:

  1. Pilih tarikh, masa dan lokasi keramat anda. (nikah, resepsi, bertandang)
  2. Tetapkan tema majlis. (warna & konsep)
  3. Anggaran jumlah tetamu. Collect sekarang!!
  4. Plan tentatif majlis.
  5. Uruskan bajet dengan betul. Jimat, jimat, jimat. Beli yang perlu sahaja.
  6. Urusan nikah. Rujuk Pejabat Agama Islam Daerah. (saksi & kadi)
  7. Kursus kawen (jika belum)
  8. Pilih cincin kawen, mak andam, pengapit, pengacara majlis, penghias, jurufoto, penggubah hantaran. (survey, survey & survey abis-abisannn!)
  9. Bincang²kan tentang rekaan baju & barang hantaran.
  10. Plan tempat honeymoon & tempat tinggal lepas kawen.
Ade nak tambah checklist? Drop komen kat bawah entri ni ye. Sharing is caring. Selamat merancang majlis kawen anda! ♥ ♥ ♥


Demam Candy Crush



Ape kabor korang di sane? Hee. Saye di sini tak berape nak sehat. Bese la saket sebulan sekali. Tambah lagi dengan kerja² sekolah yang tak berkesudahan. Dah 10 hari kot saye menyepi di sini. Blogwalking jauh sekali. Maaf bebanyak ye. :)

Mesti korang pernah main game gule² comel ni kan. Ye dakkk? Hee. Untuk release tension kelambakan kerja, saye layan la jugak game ni. Tapi sekarang saye takleh nak masuk level 36. Ape perlu saye buat? Huhuhu. Bile tekan je nak masuk level tu, die kuar gambar macam kat bawah. Haihhh. Hadoi lahhh.


Naik buntu dah saye. Lagi bertambah tension rasenye. Hahaha. Sape yang boleh bantu tu, bantu la saye ye. Tolong lah bagi segala tiket pade saye. Dah kemaruk sangat nak proceed game ni. Tolonggg, tolonggggg. :D


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT by TENTANG KITA Template design by Bunga Hati Mama