Showing posts with label Wedding. Show all posts
Showing posts with label Wedding. Show all posts

Blur. Busy.



Allahuakbarrr. Dah macam² bau dah dalam blog ni, debu pun berlapis². Huhuhu. Inilah 1st entri untuk tahun 2014. Dah setengah tahun daaa, actually banyak cite yang terlepas & saya tak tahu nak mulakan dari mana. Tapi dengan sekeping gambar di atas rasanya cukup la kan, sebagai kata² aluan. Hahaha. (:

Tapi kan, gambar ni sebenarnya bertarikh 16 November tahun lalu. Hehehe. Secara ringkasnya, kedue² pasangan pengantin dah pun selamat semuanya. Entri yang lepas kan bulan Oktober. Jadinye, kire okay lah update yang November punye kan? Betol takkk. Hihihi. Nanti takdelah korang terkejut sangat. :D

Inilah kami 7 beradik. Makin lama, makin bertambah. Sekarang dah jadi 11 beradik. Alhamdulillah. Kalau ada kesempatan, nanti nak bace cite korang pulak. ;)


4 bulan sebelum majlis: Ape nak buat ?


(gambar sekadar hiasan. hehehe.)

Kalau 5 bulan sebelum majlis, mostly kite banyak buat booking dan tempahan kan. Bile dah masuk 4 bulan sebelum majlis ni, mostly kita masih akan buat keje² booking. Cume boleh juge memantau perkara² yang sudah ditempah. Cewahhh. Boleh lah bergaya macam pegawai pemantauan. Hahaha. Maklum laaa bakal raja sehari kan. (:

Mungkin bagi sesetengah orang berpendapat persiapan dalam mase 6, 5 atau 4 bulan sebelum majlis ni macam terlalu awal. Tapi bagi saya, preparation awal sangat ideal dan menyenangkan lebih² lagi part booking. Kite kene ingat, bukan kite sorang aje yang nak kawen. Lagipun, kita akan ada banyak pilihan promosi yang menawarkan harga yang lebih murah. Bukankah sudah boleh jimat kalau kite grab cepat mane yang terbaik untuk kita? ;)

Okey. Jom kite check same², ape kite nak buat 4 bulan sebelum majlis:

  1. Survey, pilih dan booking kad jemputan kawen.
  2. Pantau lokasi majlis dan buat peta.
  3. Tempah/beli cenderahati untuk tetamu dan rozet* untuk ahli keluarga.
  4. Follow up baju kawen.
  5. Beli cincin kawen. (jika belum)
  6. Make sure sume kelengkapan kawen sudah ditempah.
  7. Bayar deposit sume tempahan (jika perlu)
  8. Beli hadiah* untuk parents dan orang yang terlibat dalam gotong royong keje kawen.
  9. Beli hadiah spesel* buat bakal suami/isteri. (selain hantaran)

Perkara yang saye tanda * tu option aje kot. Kalau tak nak buat pun takpe. Tu sume sekadar memberi penghargaan sebagai tanda terima kasih kite pada yang banyak membantu menjayakan majlis kita. Lain orang, lain lah penghargaannye kan. Ye dakkk? Hee.

Ape yang saya nak share, sekarang saya tengah nak tempah button badge sebagai ganti rozet untuk ahli keluarga saya. Sebagai wedding planner yang tak berbayor untuk majlis adek² saye, saye mahukan sedikit kelainan dan nak buat something yang saye tak dapat buat mase majlis saye dulu. Baru lah dapat feeling sikit. Hihihi.


5 bulan sebelum majlis: Ape nak buat ?


gambar hiasan

Macam lame tak buat entri wedding plan kan. Hehehe. Entri berkaitan wedding preparation yang sebelum ni, 6 months before the day, we have to survey a lot. Right? Cewahhh. Speaking la pulak. Hahaha. Aktiviti bulan seterusnya ni iaitu 5 bulan sebelum majlis, mostly kita akan buat pilihan dan booking! :)

Okey, saye kongsikan sedikit cadangan perkara² yang perlu dibuat sepanjang 5 bulan sebelum majlis. Tu pun saya listkan ape yang terlintas di otak saye aje la ye. Moge² dapat dijadikan sedikit panduan buat bakal² pengantin. (:

1) Buat tempahan:

  • Baju nikah & resepsi termasuk aksesori
  • Mak andam/penggubah bunga & hantaran/penghias lokasi majlis
  • Penginapan untuk tetamu (keluarga suami/isteri, sanak saudara atau kawan²)
  • Cincin kawen
  • PA sistem (kalau nak, boleh lantik pengacara majlis/DJ)
  • Katerer (jika guna khidmat catering)
  • Photografer/videografer (jika mahu khidmat profesional)
  • Kek kawen (jika ada)
  • Kumpulan persembahan (silat/kompang dan lain²)
  • Kenderaan untuk majlis resepsi & majlis bertandang (jika bawak rombongan besar)
  • Destinasi bulan madu!!

2) Collect senarai tetamu.

3) Beli barang hantaran. (boleh beli satu barang sebulan, taklah terase sangat duet keluar.)

4) Buat pemeriksaan kesihatan & rawatan muka.

5) Hadiri kursus kawen. (jika belum berbuat demikian)

Cukup la tu kot 5 perkara. Jangan pening² ye. Buat dengan rileks dan bergaya. Bakal raja sehari takleh stress² sangat, nanti hilang seri muka. Hihihi. Sesape yang ade nak tambah cadangan atau nak share pengalaman, boleh drop kat komen.  Manelah tahu kan, dapat tolong dorang² yang nak kawen ni. ;)


6 bulan sebelum majlis: Ape nak buat ?


(gambar untuk hiasan saje. hehe.)

Ade ke yang tunggu entry wedding plan? Huhuhu. Maaflah. Saya over kebizian sejak kebelakangan ni dan akibat dari itu, nikmat sihat saye kini digantung buat sementara waktu. Betul lah kate orang, bile kite sakit, hilang segala nikmat hidup. Pape pun, moge sume derita sakit saya selama seminggu ni menjadi wadah untuk menghapus segala dosa² saye. Amin, amiin, aminnn. :)

Ya Allah. Pejam celik pejam celik, rupenye dah kurang dari 6 bulan dari sekarang, rumah mak ayah saya bakal berkenduri lagi. Tak sedar langsung mase berlalu begitu cepat. Okey, untuk jangka mase 6 bulan atau lebih, sebelum majlis, apekah checklist yang perlu kite setelkan? Chect this out! (:

  1. Pilih tarikh, masa dan lokasi keramat anda. (nikah, resepsi, bertandang)
  2. Tetapkan tema majlis. (warna & konsep)
  3. Anggaran jumlah tetamu. Collect sekarang!!
  4. Plan tentatif majlis.
  5. Uruskan bajet dengan betul. Jimat, jimat, jimat. Beli yang perlu sahaja.
  6. Urusan nikah. Rujuk Pejabat Agama Islam Daerah. (saksi & kadi)
  7. Kursus kawen (jika belum)
  8. Pilih cincin kawen, mak andam, pengapit, pengacara majlis, penghias, jurufoto, penggubah hantaran. (survey, survey & survey abis-abisannn!)
  9. Bincang²kan tentang rekaan baju & barang hantaran.
  10. Plan tempat honeymoon & tempat tinggal lepas kawen.
Ade nak tambah checklist? Drop komen kat bawah entri ni ye. Sharing is caring. Selamat merancang majlis kawen anda! ♥ ♥ ♥


Ketemu jua Kekanda Ieta & Dieyna !



Taraaaaa. Ni la die spesel guest tu. Nampak dakkk? Siapekah itu?? Ya betul. Kak Dieyna, pemilik blog Di Sini Ruangku Berkongsi. Die berdiri paling kiri, di sebelah pengantin perempuan. Sangat tinggi orangnye. Yang berdiri paling kanan, di sebelah saya tu ialah teman Kak Dieyna. Sukeee sangat dapat jumpe. ;)

Terima kasih sebab sudi datang rumah ye kak. Saya tak dan nak layan akak. Huhu. Segan jugak sebenarnya mase bertentang mate tu. Maklumlah saya ni pemalu orangnye. Hahaha.


Puas hati saye sebab dapat bergambar dengan Kak Dieyna. Hee. Akak, due keping ni je la gambar kite. Nak pass kat akak macam mane ni? (:

Sorang lagi tetamu spesel ialah Kak Ieta pemilik blog Sekadar Coretan. Tapi takde gambornye sebab die jual mahal do'oh lalu (atau bahase bakunye, sangat²). Hahaha. Gambar saye derahhh (cepat/tak dan²) pulok die snap. Korang boleh tengok dan usha kat entry die --->> di sini. Nasib baik laa saya agak sibuk mase tu. Kalau tak, saye memang tak bagi balik selagi die tak bergambor dengan saye. :p


Bro's Wed Reception 17/11/12



Alhamdulillah. Akhirnya adek saya sudah pun selamat diijabkabul pada Jumaat yang lalu di rumah adek ipar, Taman Elina 1 Masjid Biru. Gambar² keraian dah pun saya upload di entry semalam. Perasaan saya bercampur², tak dapat nak luah dengan perkataan. Begini rupenye rase bile adek jadi milik orang lain. Huhuhu.

Adek saya memilih untuk bersederhana untuk majlis resepsinye. Kami sekeluarga menurut saje kemahuan die, buat majlis yang simple² aje. Mini pelamin pun buat sendiri. ;)


Majlis sepatutnya bermula pada pukul 12 tengah hari. Oleh kerana rombongan pengantin tibe agak lewat, ramai sanak saudara yang tak sempat berjumpe pengantin kerana meninggalkan majlis atas urusan yang lain.

Dorang dah berkampung di rumah kami sejak pukul 9 pagi lagi sebab sebenarnya di sebelah pagi, kami ade satu majlis yang lain. Majlis ape?? Biarlah rahsiaaaaa. Hehehe.


Tak banyak gambar yang boleh saya kongsi sebab saye pun tak dan nak menyelit. Hahaha. Sibuk sangat aritu melayan tetamu yang datang tak putus². Rasenye macam tak cukup tangan & kaki. Fuhhh, pukul 6 petang barulah saya dapat rase nasi minyak adek saya. (:

Pada firasat saya,  jumlah tetamu yang datang lebih kurang dalam 900 orang kot sebab goodies ade lagi lebih 100 selepas majlis berakhir. Azan Maghrib berkumandang sebaik saja kami selesai housekeeping. Ohhh ye, saya ade 2 orang tetamu spesel yang sudi datang merai. Next entry nanti saya cite. Okehhhh? :))


Wordless Wednesday #32: MENYELIT at Bro's Solemnization & Wedding Ceremony on 16/11/12










Spesel Invitation Delivery ♥



Stret to the point, saya dengan ini menjemput sume followers dan readers blog ni untuk hadir ke rumah saya (eh, bukan. rumah ma & pa saya) sempena Majlis Sambut Adek Ipar sepertimana butiran berikut:

Tarikh: 17 November 2012 bersamaan 3 Muharam 1434. 
Hari: Sabtu ni tau. Luse la kan. Hee.
Masa: 11 pagi hingga 5 petang.  

Terutama sekali buat bloggers yang berada di Tranung dan sekitarnya. Kalau datang tu, jangan lupe perkenal diri ye. Buat Kekanda Dieyna, Lya, Kekanda IetaShar90, Ayumi you all are warmly invited. Sape lagi yang saya tertinggal ehhhh?

Di kesempatan ini, saya ucapkan salam Maal Hijrah 1434 pada sume ye. Cepatnye mase berlalu kan. Moge tahun baru ini memberi 1001 kebahagiaan pada kite sume. :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT by TENTANG KITA Template design by Bunga Hati Mama