Fattabiouni ialah perkataan yang berasal dari Al-Quran menerusi firman Allah di dalam surah Al-Imran Ayat 31 sebagai mana di atas yang bermaksud ‘Ikutilah aku’. Terjemahan penuh ayat tersebut, ‘Katakanlah (wahai Muhammad), jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu.'

Apa yang lebih menarik ialah sunnah Rasulullah SAW itu mencakupi semua aspek kehidupan: Ibadah, muamalat, adab, pergaulan dan aktiviti harian. Sunnah ini sangatlahhh mudah untuk dilakukan, bahkan kadang-kadang kita sudah pun mengamalkannya tanpa kita tidak ketahui perkara tersebut ialah sunnah. Sekiranya kita berniat apa yang diamalkan itu sebagai sunnah, pasti kita akan mendapat pahala yang sangat besar.
Jangan kita lupa, manusia pertama yang wajib kita cintai adalah Rasulullah SAW. Jadi, dengan mengamalkan sunnah baginda lah, membuktikan yang kita sayang Rasulullah SAW. Malah, kita juga akan memperolehi kasih sayang Allah dan itulah merupakan matlamat yang paling tinggi.
Jangan lupa bersama Habib Mohammed Alsaggaf dalam menyebarkan sunnah Rasulullah SAW. Tonton dan amalkan sunnah itu dan sebarkan ke seluruh alam. Okey?
Bersamalah kita berlumba-lumba berbuat kebaikan. Jika ada kelapangan, saya akan share di page ini. InsyaAllah.
Bersamalah kita berlumba-lumba berbuat kebaikan. Jika ada kelapangan, saya akan share di page ini. InsyaAllah.

