Percakapan atau tutur bicara seseorang Muslim itu menggambarkan sebahagian daripada keperibadian mereka. Setuju tak dengan statement ni? Betul kan. Oleh sebab itu, wajarlah seseorang Muslim itu memelihara setiap tutur katanya agar selamat daripada fitnah ke atas dirinya mahupun fitnah ke atas orang lain dan persekitarannya.
Sesungguhnya lidah itu sememangnya lebih tajam daripada pedang. Mesti pernah dengar ungkapan ni kan. Kita perlu ingat ye sayanggg, jika tidak diuruskan dengan baik setiap tutur kata kita, ia boleh mencetuskan persengketaan pada pelbagai peringkat dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara sehingga membawa kepada perang besar! Nau'zubillah.
Oleh itu, Rasulullah SAW mengingatkan kita semua agar sentiasa berkata yang baik sahaja dan baik juga niat dan tujuannya agar setiap kata-kata yang terbit daripada lidah kita itu memberi manfaat kepada setiap yang mendengarnya. Jom kita ikuti video ni. Check it out! :))
Tutur kata yang indah adalah amal kebaikan yang besar nilainya, firman Allah:
Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. (Fussilat 41:34)
Ada juga Hadis yang berkaitan tutur kata yang baik iaitu:
“Dari ‘Adiy bin Hatim RA berkata: Nabi Muhammad saw pernah menyebutkan tentang neraka, kemudian berlindung diri darinya dan mengekspresikan dengan wajahnya. Kemudian menyebutkan neraka lalu berlindung diri darinya dan mengekspresikan dengan wajahnya. Kemudian menyebutkan neraka dan berlindung diri darinya dan mengekspresikan dengan wajahnya. Syu’bah berkata: kemungkinan dua kali, lalu saya tidak ragu. Kemudian Rasulullah saw bersabda: Takutlah neraka walaupun hanya dengan sebutir kurma, jika tidak ada maka dengan tutur kata yang baik.” (HR Al Bukhari)
Jelas dari hadis ini dapat kita ambil pengajaran bahawa kita harus berlindung diri dari neraka yang di dalamnya terdapat azab dari Allah, kembali kepada Allah untuk menghindarinya, dan menyelamatkan diri dari azab pedihnya dengan BERTUTUR KATA YANG BAIK. Tiada siapa pun mahu masuk neraka, kan? Ingatttt ye sayang, kalau kita tidak menjaga tutur kata kita, mungkin kita tak dapat nikmat syurga.
Bersempena Maal Hijrah yang mulia ini, mari kita sama² berazam, buat perkara yang baik seperti yang dinyatakan dalan entry lepas. Sebelum kita nak marah atau nak maki orang, fikirlah banyak kali. Kita perlu sentiasa ingatkan diri kita, syaitan selalu bahagia bila kita menyebut perkataan negatif. Ermm kadang² kita tak dapat lari dari marah kan? Tapi, berpada²lah. Jangan sampai maki hamun orang dengan perkataan yang tidak baik. Kita cuba kawal marah kita dan ingat Rasulullah. Semat niat di hati kita, amal sunnah baginda ni. Insya Allah, baik² saja! Pahala pun dapat. :))
7 comments:
yup..betol2.lidah adalah tajam
so lagi bagus diam dari berkata2...lebih banyak cakap lebih banyak salah..lebih banyak salah lebih banyak dosa..lebih banyak dosa neraka tempatnya..
follow u>)
hawiz & si qusowt: TQ all hensems. hee. sgt tepat skali. pandaiiii. cakap yang baik² aje. insha Allah, bertambahhh pahala. :)
erkk~ cam tau je Cik Bunny ni pendiam 0_0
hee. samela kite. pendiam sangattt. ;)
kalu nk cakap lidah tu penting kena jaga...lidah mmg tajam...hati2 penting :)
takut tgk lidah bercabang tuu...mmg kita kena jg pertuturan kita
Post a Comment