Nak Kurus , Nak Kurus , Kurus!


Entri ni khas buat SADDILA. Hee. Siapa yang tak nak badan kurus kan? Kurus dan sihat, bukan saja senang nak cari baju yang sesuai, malah senang nak beraktiviti, dan berkeyakinan! Ye dak? Hee. Okey. Okey. Pernah tak dengar statement ni, “Kalau kau tak makan
nasi, kau boleh kurus tau!” Tapi boleh percaya ke? Benar atau tidak, terpulang pada masing-masing. Sebab setiap orang ade metabolisme badan yang berlainan.
Bagi saya, kalau kita nak diet untuk kurus sekali pun, kita perlu jugakkk makan nasi, TAPI dalam kuantiti yang terkawal. Sebab tu ramai orang mintak “Nasi separuh, kak!” bila orang kedai tolong sendukkan. Ye tak? Hee.

Haa. Tu dah satu tips kan? Okey. Check it out. :))  

1) Kawal/kurangkan makan nasi. Tapi kan, ada sesetengah orang tu, dia makan nasi dalam jumlah yang sedikit aje pada permulaan diet, dan beberapa bulan selepas tu, tak sentuh nasi dahhh. Boleh ke macam tu eh? Alah bisa tegal biasa kot? Dasyat betul orang ni kan. Huhu. Nasi merupakan sumber karbohidrat yang penting untuk badan. Kalau takde karbohidrat, macam mana nak ada tenaga? Kita sebagai orang Malaysia, nasi ialah makanan rutin kita. Cuba tanya diri kita sendiri, “Sanggup ke aku tak makan nasi seminggu, sebulan, setahun? Sedangkan tak makan sehari pun dah gelisah, inikan setahun!” Kalau pun tak nak makan nasi, jangan lupa pelbagaikan sumber karbohirat untuk badan kita. ;) 


2) BERSENAM, contoh yang sempoi ialah skipping dan gelung rotan. Kita boleh buat di rumah aje. Kalau joging, mungkin kene cari trek yang best barulahhh syok! Hee. Macam Cik Saddila kita. Rajin tuuu berjoging. Tapi kan, ada hari-hari yang mungkin kita sibuk & tak sempat nak keluar ke port jogging. Ye dak? Haa bolehlah kita skipping/bergelek dengan gelung rotan. Biarlah orang nak gelak ke ape kan. ;)
 3) Banyakkan minum AIR MASAK/AIR PUTIH/AIR KOSONG. Same aje tiga tu kan. Hee. Sebabnya air masak ni membantu untuk meningkatkan metabolisma badan kita. Ada satu kajian dari Persatuan Perubatan Jepun tentang amalan minum air masak sejurus lepas bangun tidur. Dikatakan baaanyak penyakit yang boleh dihindari, antaranya ialah kegemukan (orang Jepun ramai kurus ke gemuk eh?) Hee. Kaedahnya, minum air lebih kurang 4 x 160ml air sebelum menggosok gigi. Bagi yang menghadapi masalah dalam berusaha minum air di awal pagi, boleh mulakan mengambil air sedikit demi sedikit sehingga mencapai jumlah sepatutnya. (Kalau tak silap saya kan, ada sunnah Rasulullah yang berkaitan. Tapi saya dah lupe. Alarr, nanti kalau dah ingat, I let you all know eh.)

4) Dengan kata lainnya,  kurangkan minum air manis terutama sekali minuman dalam tin. Gula dalam minuman tin tu sangat tinggi tau. Tapi sekarang, dalam tin ke, dalam botol ke, dalam kotak ke, same ajeee. Banyak gula ooo. Yang bergas tu lagilahhh. AIS pun kalau boleh, kurangkan. ;)


5) KAWAL NAFSU MAKAN. Sebab, ape gunanya kita penat² bersenam tapi makannya Ya Allahhh. Hee. Kurangkan fastfood/jajan/makanan ringan. (No McD, No KFC, No Pizza No DLL). Potato chip pun dikira makanan rapu tauuu. Jaga² masa melepak depan TV tuuu. Hee. Banyakkan makan sayur dan makanan yang kurang kalori seperti sup ke. Cara memasak pun mempengaruhi. Pilih yang rebus ke, stim ke. Kurangkan yang bergoreng. Haa. Macam Cik Saddila kita, maklumla orang nogori kan. Suka makan makanan yang berlemak seperti masak lomak cili api. Ye dak? Hee. Sekali sekala takpe kot.

6) Satu lagi, cuba ambik produk untuk keluarkan toksin dalam badan. Rujuk pada doktor ye. Sebab untuk kuruskan badan, ada baiknya kita menjalani proses penyingkiran toksin dalam badan terlebih dahulu supaya mudah untuk proses penyerapan vitamin. Maklumlah sebelum ni, perut dah terima macam² jenis makanan. Saya nak tolong rekemenkan pun, saya tak tahu menahu produk ape. Hee.

7) The most important thing is ISTIQAMAH. Segala usaha kita untuk aplikasi tips kurus ni perlulahhh berterusan. Sampai ke akhirnyaaaa kurus. Cewahhh. Hee. SABAR, SABAR, SABAR adalah kunci utama sebab badan bukan nak ambil masa sehari untuk kurus/gemuk. Biar lambat asalkan selamat. Memang memakan masa untuk kita kurangkan berat badan kita kan. Jadi, kita kene berazam & bertekad seiring dengan usaha. Bukan sekadar cakap atau berangan. Hee. Hati kena kering & semangat kena kuat. Chayyokk. Aja aja fighting! (tetibe jadi minah korea pulakkk) :p

    Bagi saya, tak perlulahhh terlalu kurus/keding/kecik macam saya ni. Kurangkan sekadar mendapat berat ideal dengan ketinggian kita. Pasti lebih sihat! Kalau nak tambah tips² lain, kongsi kat ruang komen eh. Apa pun, kita hanya berusaha. Yang menentukan hanya Dia yang satu. Bersamalah kita menjalani kehidupan yang sihat. Kena ingat, biar lah kurus atau tembam asalkan sihat! Ye dakkk. ;) 
     

    21 comments:

    Saddila said...

    terharunya :'(

    dila pernah tak makan nasik sebulan lebih . okay la jugak . terasa la kurang . ringan badan ni .

    tapi after tu tak tahu kenapa stop balik . hahaha

    sekarang baru nak mula . actually semalam baru mula . hihii .
    maknanya . dah dua hari tak makan nasi :))

    terima kasih bagi tips2 dan doakan dila . terima kasih sgt :)))

    makin kuat semangat dila !!!

    9n0L4 said...

    Excited pulak tadi tengok shout box. dila ckp nak kurus nak kurus. hee. tu yang buat entry ni. best of luck eh. nanti amek la gambar sebelum selepas. mesti gempakkkk. ;)

    misz lieya said...

    Yang no 2 tu yang mls nak buat tu .. hahahha

    9n0L4 said...

    hee. malas tu bese yanggg. tak dapek den nak nnolong dooooooo. :p

    Shahizan Azmi said...

    Aku tengok semua buat tips nak kurus. Tak ada ke yang buat tips untuk gemuk ;D Wahhh, nak gemuk ;(

    9n0L4 said...

    hee. same la kite. nntkan entri tips nk gemok ye. tungguuu. :)

    Nurrul Hazieqah said...

    nice tips!! nurrul naa try :)

    firdausi said...

    Bila dah kurus memang best!

    9n0L4 said...

    hee. cube lahhhhh ye nurrul & kak fieda. ;)

    'adawiyah az-zahraa' said...

    waaah! good info ^^

    9n0L4 said...

    TQ. slmt mencube ye puteri. hee. ;)

    dya nasir said...

    dya tak boleh tak mkn nasi.. sehari mesti kena makn nasi..kalau tak selagi tu dya tak kenyang..

    Ayu Imani said...

    iman dlu kurus sgt sbb sakit bile mkn je muntah..skrg badan naik sbb effection ubat doctor..tue naik sgt..bile naik terpaksa wt aktiviti lasak yg da agak lama tnglkan..hihi..

    9n0L4 said...

    nasi kan makanan ruji kite, knfem tak boleh tinggal kan. aktiviti lasak mmg menyumbang penurunan badan. insha Allah. ;)

    Solehah Shamsuddin said...

    wah wt entry sal kuruskan badan jgk ye.hehe bagus2.mne2 tips pn ok je.tapi klu nasi tu mmg xleh nk kawal.klu xmkn msti nt pale pning.

    Wanieys a.k.a IbuQalief said...

    adeh bab xmkn nasi tu mcm tak boleh la maklum lah perut org melayu tulen ni ha...muahahaha :p

    mummyrinazone beauty said...

    tulah banyak yang takleh ikutnie..nafsu nie mmg jahatkan?hehe

    tapikan mmg 200%setuju taw kalau tak makan nasik/karohidrat/roti n makan manis2 mmg kurussss..2minggu tanpa nasipun boleh turun dah berat

    QasehnyaRania said...

    beli je incloss fellina tu. in shaa ALLAH :D

    salam maulidul rasul :D

    Zierwa Zainal said...

    zz jarang mkn nasi.. cuti hr tu jrg masak.. hehe.. so, mkn nasi pun dh kurg.. hehe

    shahdiana said...

    tula kalo ikutkan semua ni mimpi mesti boleh jadi kenyataan..tapi bab nak senam & kurang nasi tu susah btoi nak buat..asik berselera je manjang...apo nak jadi yana....

    Unknown said...

    klu taknak perot buncit, selalu buat sit-up. insyallah boleh.

    hda tgh on diet skrg! wish me luck :D

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    COPYRIGHT by TENTANG KITA Template design by Bunga Hati Mama