Adakah anda mengalami kesukaran untuk menenangkan fikiran dan merehatkan badan? Jika anda terlalu dibebani dengan kerja, mengejar masa ataupun menghadapi masalah, rehat adalah amat penting untuk anda untuk memulihkan semula tenaga dan kekuatan anda. Andai dibiarkan tekanan atau bebanan itu berlarutan, keadaan ini boleh memudaratkan kesihatan anda.
Orang yang mendapat rehat yang secukupnya boleh melaksanakan tugas jauh lebih baik daripada mereka yang tidak berehat. Minda dan badan yang cergas bukan sahaja boleh membuatkan anda rasa sihat dan selesa malah boleh memberi anda tenaga untuk menjalankan tugasan harian.Ye takkk? Hee.
Sooo, luangkanlah masa untuk berehat. Mulakan dengan memilih salah satu daripada 10 cara yang berikut:
1) Membaca buku² kegemaran anda boleh menolong menenangkan fikiran. Tak kisah lah buku ape pun.
2) Mendengar lagu² kegemaran anda. Biarkan muzik lunak yang berkumandang di sekeliling anda itu menjadi halwa telinga dan seterusnya membuatkan diri anda berasa tenang dan selesa. Alunan ayat² Quran atau muzik instrumental, mungkin? ;)
3) Menonton filem yang menarik di rumah ataupun pawagam, sama ada bersendirian atau berkumpulan kecil juga boleh membantu.
4) Adakan sesi karaoke bersama teman² atau keluarga anda dan menyanyilah ramai². Tetapi lakukan sesi ini pada waktu yang bersesuaian dan tidak mengganggu jiran tetangga anda jika anda melakukannya di rumah!
5) Bersenam juga merupakan salah satu cara yang baik untuk mengurangkan tekanan, contohnya, jogging, menari atau berlari. Berjalan di tepi pantai pun okey. Layan perasaan gituuu. Hehehe.
6) Anda tidak perlu membeli-belah. Cukuplah sekadar menjamu mata tengok² barangan yang dipamerkan, ia boleh memuaskan hati jugak tau. Tak caye? Gi lah window shopping! ;)
7) Bersiar-siar di taman sambil menghirup udara yang segar dan menikmati keindahan alam semula jadi ciptaan Allah. Sentiasalah memuji kebesaranNya.
8) Solat dan mendekati Allah, boleh memulihkan semangat dan memberikan ketenangan kepada anda.
9) Bersosial di internet untuk mendapatkan teman baru atau berbual dengan teman lama anda melalui telefon. Sekarang dah ade FB, twitter, watsapp, skype dan macam² lagi kan. ;)
10) Sesi gelak ketawa. Ajaklah teman² baik berkumpul untuk minum² misalnya, dan berkongsi kisah² silam yang melucukan. Tapi jangan sampai LAGHO pulak gelaknya ye. (:
51 comments:
Nice sharing dear... Akan M jadikan panduan dalam kehidupan seharian...
semua yg kat atas tu selalu gak wani buat hihihi
bestla tips2 ni. sume cik na suka. paling suka buat dgr muzik. ;)
ye... sangat suka waktu istirehat :) wauuu . thnks for share kak
bestnya kalau dapat beristirehatkan.. :)
nur hari2 minggu mcm ni, susah nak rehat2 santai..huhuh
karok tu best..walaupun sore ke laut, hentam sajalakan..yg pnting dpt release..
sesi gelak ketawa
heheheh
rehat sambil online, buka blog tak masuk senarai ke..
Nice idea..memang kalau berjam2 hadap PC bahaya juga tuk kesihatan, kekadang bahu rasa sakit, belakang rasa sakit kan..so rehat yg baik bukan sambil hadap Pc ya..
selalu gak buat. tp tidur pon oke. harhar..
NAL pernah juga buat benda2 ni.. :)
kalu part yg bc buku tu, mmg istirehat betoi la.. sbbnya, sy ni jenis bc 2 3 muka surat terus terlena.. hihii
biasa baca buku..
tak pun gi masuk hutan..
tu jelah aktiviti merehatkan badan n minda
semua jaa suka buat kalu nak rehatkan minda..tapi yg paling jaa x suka ialah no 6 tuu..hahahhaa
sye suke layan manga... hehee
rilek skit ase xD
paling suk lagu :D tp earphone rosak la pula :(
dila suka dgr lagu n tido je klu nk rehat..hihi
datang menengok cik 9nola..hehe
harini memg rehat habis...tdo tengahri tadi berjam! hehe...letih sangat xleh dikawal...
rendu kat akak! kalau zera, buat, no 2,6,7,8. :) nice one! :)
no 9 dan no 10 tu Cendol sgt sukeeee hehe
i like no 9 hehehe
angkat tangan sama mcm intan berlin=an.mmg tak suka sangat baca tapi skang majalah oklah kot..mmg suka dah baca majalah nak2 ttg anak2 n petua=)
nurul plak kalaulah penat sangat mmg tak bleh nak tido..walaupun a=dah ada chance untuk tidur=)
nice dear..paling tak a kerja dok umah ja ayu..hehe
saya suke karaoke....hahahah...selalu g nagn hubby.memang rehat otak...huuuu
semua tu, rasanya dah buat..hahha
yg lain de buat..window shopping tu x..hehe
Salam..
Lynn memang susah nak tidur kalau penat sangat...terkebil-kebil mata tu..bila baca majalah..sedar2 dah jam 3..huwa...kul 5.30 dah nak bangun...pengsan..
baik betul cara2 nie...ehehhe semoga dpt dijadikan panduan dlm kehiduaon seherian :)
selalu tengok la rehat cmne nak..klu nk sendirian better baca buku klu nk berhibur g karok
anjing tu merajuk la.. nak tahu kisah nye jom baca
http://www.nurfuzie.com/2012/06/anjing-itu-merajuk-la.html
baca bku n window shoping tu mmg best betul..tp bab baca buku tu ada ngantuk cket..hehe :)
gud info (^___^)
tq sharing tis. gd one indeed
masa ada duit sedap la buat semua tu ...
kalu tak da duit duk jer kat umah ... layan verangan
^____^
eh deqla slalu buat la semua tu..kecuali bersenam...hahaha...mmg jarang sgt...jadi cikgu pendidikan jasmani deqla boleh?? :)
Yup! CiM mmg amalkn semuanya..depends on situation. Hidup msti hepi..
nice sharing sis..
nice info!
semua info jannah buat kecuali karok. sebab tak suka karok!! hhaa
bagus2.saya masuk hari ni dah 2 hari rehat akibat keletihan ber'marathon' tapi tetap tak hilang gak lenguh.wuuuu
assalamualaikum fariza....menarik info ini jomlah kita sama2 amalkn...;)
mama tag yer...
http://maszull.blogspot.com/2012/06/segmen-up-follower-tambah-kenalan-part.html
kak fieda sama la dgn ina..nak istirehat betul2 baca jer buku mmg terus lena..
tido? bkn pilihan ka?hehe
mmg lya setuju belaka...
1. lya mmg suka baca novel..rileks rasa..
2. dgr lagu tu semestinya..dg2 layan lagu sedih +happy
3.tgk filem tu...tak jugak la..
4. lya karok dlm bilik air..dlm kete.. ngeh2
5. setuju..jogging setiap ahad.. tp ni dh lama x jogging..tu y stress tu
6. sgt2 setuju.. walaupon x beli..cuci2 mata pon..dh rsa rileks
7. itu semestinya.. sbb tu kalo sakit je..bila nak baik..mti fain bwk jln2 bg tng fikiran
8. slat..semestinya.. satu KEWAJIPAN
9.semestinya BLOG & FB laaa
10.hehe.. lya dgn asya je ni
kalau nak buat sekaligus boleh dear..buat stok rehat akan datang..hahaha
saya kalau rehat tido berjam-jam hihihi
Berehat dgn membaca mmg rehat trus smpi esk jwb ye tu.hihihi.tp bila dh laan tenet,bek2 nk berehat xjd rhat kot.hahaha.dh mcm bekerja.slmt berehat semua! :)
semua selalu sy wat:)hehe
5 ke bawah tu biasa la jugak buat.
baca buku,bersenam buat kerja rumah,solat..masak.memandu laju2..hehe
hehehe cara2 yg terbaik
sllu wat semua2 yg kat ats 2...hehe
banayak kan cara2 berehat..kalau nurul cara rehat bersama anak2lah..berjalan2 ngan depa
banyakkan cara dia.. selalunya baca buku la hehehe
Post a Comment