Sifat rahmat dalam rumahtangga



Gambor sekadar hiasan. Hehe.

Masih ingat lagi entri saya tentang belas kasihan? Jika belum bace, terjah sini eh. Sebenarnya sifat rahmat atau belas kasihan ni merangkumi semua lapisan masyarakat terdiri daripada suami isteri, ibu bapa dan anak, majikan dan pekerja, sesama ahli masyarakat Islam dan antara pemimpin dengan rakyatnya kerana Islam adalah agama untuk semua tanpa mengira kedudukan dan taraf seseorang.

Dalam konteks kekeluargaan, suami isteri perlulah bertolak ansur dan berbelas kasihan antara satu sama lain dalam menguruskan dan melancarkan perjalanan rumah tangga mereka. Bukan kah objektif perkahwinan dalam Islam itu untuk menyuburkan kasih sayang dan kemesraan antara suami isteri? Di situ lah adanya kebahagiaan sejati. Insha Allah. ;)

Allah berfirman bermaksud: “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.(Surah al-Rum, ayat 21)

Begitu lah Islam gariskan panduan hidup untuk kita contohi supaya kerukunan dan keharmonian rumah tangga dapat dicapai. Walaupun tak dinafikan, ada ketikanya rumah tangga bergolak. Ye dakkk? Hee. Namun, Islam juge sediakan panduan penyelesaiannya. Sebagai contoh, jika isteri nusyuz iaitu tidak taat atau ingkar arahan suami dalam hal kebajikan dan makruf, Islam menetapkan tiga langkah suami mengatasi masalah itu iaitu pertama nasihat, kedua berpaling tempat tidur dan yang akhirnya, memukul dengan belas kasihan. Dengan kate lain, dengan pukul manje² gitu. ;)

Haaa, ingat tu suami² dan bakal² suami sekalian, Islam tidak pernah berikan hak atau kebebasan memukul dengan kekerasan hingga mencederakan isteri atau menderakan dengan pelbagai bentuk penganiayaan. Sebaliknya Islam menyarankan suami menggunakan pendekatan berhemah dan berlemah lembut. Pasti ade hikmah di sebalik pendekatan ini yang mana kadang² kite tak dapat nampak dengan mata hati kita.


Untuk konteks yang lain, kite bukak entri lain la ye. Hehe. Bende² camni tak boleh dikongsi sekaligus. Maklumlah kite ni kan manusia yang pelupe. Kalau terima input yang terlalu banyak dalam mase yang same, susah nak melekat dalam otak. Betol takkk? Hee. (:


36 comments:

Lynn said...

Seronok bila suami tolong isteri..ringankan tulang membantu apa yg patut..tapi menyampah bile selalu tengok suami yg suka memerintah isteri seperti hamba..

lieynanilaz said...

setuju...sokong dengan entry ni...sikit2 bagi info agar terus melekat kat otak.

Unknown said...

setuju sgt... suka lelaki yg ckp lemah lembut...kita yg nk mrh trs jd x marah tau...cair pulak...haha

~Cik Sweety~ said...

sedangkan lidah lagi tergigit..ye takk..(^_^)

maszull said...

assalamualaikum fariza...betul tu kena satu2 kan kalau x semuanya x faham....n3 yg bagus buat peringatan utk semua..:)

Unknown said...

alahai sweet nye husband n wife tolong mnolong n tolak ansur. :)

nazayiena said...

Memang klu suami isteri nie kena ada tolak ansur dlm menjalani kehidupan rumahtangga yg bahagia.......

NAL said...

setuju..nice sharing~

Miss N™ said...

kalau boleh sama2 saling bantu membantu..ni asyik semuanya isteri..macam tak adil lak..huhu

9n0L4 said...

@Lynn
sweet je kan tengok berdue² buat kerja rumah. harmoni je rase. ;)

Tie HT said...

sebab marah tu kan sifat syaitan, maka berlembutlah dengan wanita yg lemah lembut ni... :)

9n0L4 said...

@lieynanilaz
huhu. sikit² lame² jadi byk kan. ;)

9n0L4 said...

@@ deqla manjew
sume org pun suke pendekatan yg lembut kan. buat kita rase dihargai & kite pun rase nak menghargai. ;)

Chic Na said...

mmg setuju sgt tu Jaa. aman bahagia hidup kalau semua orang mcm tu. in future nnti akan dipraktikkan. Insyaallah. :)

9n0L4 said...

@~Sweet Honesty~
ini kan pula suami isteri. sambung la lagi lagunye tu. hehe. ;)

eita said...

kena baca ni..sebab bakal masuk ke alam ni...
hehehhe

9n0L4 said...

@maszull
waalaikumussalam mama. same² beringat lah kan. ;)

Cik Ai said...

tu la ka,mcm tu br bleh dipnggil susah sng bsama,hepi life forever..

ermm mmg lelaki mcm ni jd idaman suma wanita kan =p

aReLaN said...

hidup rumahtangga banyak betul cabaran dia kan.hmmm..sebab tu kadang-kadang rasa takut lak nak kawen ni.

fardhila fawwazy blogspot said...

alhamdulillah dila dpt suami yg suka tlg kerja rmh..so sama2 kita berkasih syg..hehe

9n0L4 said...

@zera eira
sweet sweet je kan. comel je tengok. dan kdg² terase jugak kecomelan itu. ;)

Arina Shamsul said...

kehidupan itu terasa indah bila sudah berumahtangga.ada sidia tempat berkongsi setiap rasa..:)


semoga rumahtangga yang terbina kekal untuk selamanya :)

fieda said...

kalau cm ni barulah terasa indahnya dunia berumah tangga.

9n0L4 said...

@Nazayiena
betul tu. due² kene take part. tak padan kalau sorang je. ;)

9n0L4 said...

@NAL
selamat menjadi suami mithali yang menolong isteri buat ape saje. ;)

9n0L4 said...

@Cik Nur
yeee. same² gotong royong. suami ni kene peka la kan. ;)

9n0L4 said...

@Tihara
hehe. kerana marah itu dr syaitan, wanita yg lembut pun boleh jadi kerassssss. ini kan pule lelaki. beringat². ;)

9n0L4 said...

@Chic Na
selamat mempraktikkannya ye. pasti aman harmoni sentiasa. insha Allah. ;)

9n0L4 said...

@eita
bakal?? huhu. bile agaknye tu. jgn lupe jemput kite ye. ;)

9n0L4 said...

@Cik Aini Lavender's
hepi ending. lelaki yg pandai amek hati ppuan ni insha Alah, tak susah nak ubah ppuan itu jadi lebih baik kan. ;)

9n0L4 said...

@aReLaN
yupsss. kne byk sabar dan bertolak ansur. bende yg byk cabaran ni lah yg byk pahala. ;)

9n0L4 said...

@~ KaiSara AiMan PunYe BloG ~
baguslah tu. semoga berterusan la hendaknye ye. pandai²lah hargai suami yg ringan tulang. ;)

9n0L4 said...

@Arina Shamsul
insha Allah. amin. terima kasih. nak merase indah itu, perlu sokongan due pihak kan. ;)

9n0L4 said...

@fieda
huhu. suami idaman malaya kan. asal kan suami isteri ade usaha ke arah yang baik, insha Allah. sume indah! ;)

NAL said...

rasanya lambat lagi la akak..hehe..btw NAL suka masak :)

9n0L4 said...

@NAL
haaa. nnt boleh masakkan utk isteri. bestnyeeee. hehe. lmbt lagi pun, akan tiba jua masa nya. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT by TENTANG KITA Template design by Bunga Hati Mama