Anak adalah amanah Allah !



Ingat lagi entri saya berkisah belas kasihan? Jika anda terlepas pandang, sila ke bawah okeh. ;)

Kali ni kita tengok dari konteks keibubapaan. Ibu bapa yang mempunyai anak, pasti memikul tanggungjawab yang berat dalam pendidikan dan pembentukan sahsiah anak mereka kan? Saya sendiri masih belum diberi amanah untuk memikul tanggungjawab ni. Huhu. Pape pun, ibu bapa perlu lah mempunyai sifat kasihan belas dalam proses tumbesarannya terutama proses pendidikan anak², tak kirelah secara formal atau tidak formal. Jika mereka melakukan kesilapan dan kesalahan, hendaklah tegur dan betulkan kesalahannya dengan lemah lembut dan kasih sayang, bukannya memukul dengan kekerasan. Mungkin boleh juge diaplikasi dalam konteks keguruan kot. Guru adalah ibu bapa murid di sekolah kan. Kadang² sesetengah anak² ni lebih mendengar kata gurunya daripada kata ibu bapa nya. Ye takkk? Hee. ;)

Namun, dalam keadaan tertentu, anak boleh dipukul, tetapi biarlah dengan penuh kasih sayang dan tujuan untuk mengajar ke arah kebaikan bukannya menjadikan mereka sebagai tempat melepaskan marah. Rasulullah bersabda maksudnya: “Perintahkanlah anak kamu menunaikan solat apabila mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka (dengan lemah lembut dan kasih sayang untuk tujuan mengajar) apabila mereka berumur sepuluh tahun, serta pisahkanlah tempat tidur mereka.(Hadis riwayat Abu Daud)

Anak² ni perlu dibelai, ditatang serta diasuh dengan penuh kasih sayang dan lemah lembut, bukannya dengan kekerasan yang hanya akan menyebabkan anak semakin liar dan nakal. Tengok saja video terkini yang sangat hot sampai masuk berita tu, si ibu memukul anaknya yang hanya seorang bayi yang tak mengerti apa². Wajarkah begitu?? Ya Allah, di manekah kasihan belas die sebagai ibu? Perlu diingat, gejala sosial yang semakin menjadi² dalam masyarakat mungkin salah satunya berpunca daripada kurangnya perasaan kasihan belas dan kemesraan dalam rumah mereka. Fikir²kan. 

Jadi, apabila berlaku kesilapan atau kesalahan oleh anak², ibu bapa perlu menilai semula kemungkinan itu berpunca daripada kesilapan mereka yang gagal mewujudkan keharmonian rumah tangga seperti dituntut Islam. Bagi saya, sumenye berbalik kepada ajaran agama. Insha Allah, sumenya akan baik² saja. Percaya lahhhh. Banyakkanlah muhasabah diri dan sentiasa memperbaiki yang perlu. (:

Next time, kite tengok konteks pekerja & majikan pulak eh. Tungguuuuu. ;)


58 comments:

Cikrosecute said...

hargailah ibu2 kita...

lelamaisara said...

Ibu yang melahirkan ada satu je..tiada galang gantinya...hargailah Ibu kita..:)

Liyana Anuar said...

hehe..rasa macam dalam kelas ngadap cikgu tengah mengajar pulak..huhu~~ :p

~Cik Sweety~ said...

ibu..ratu hati ku..

9n0L4 said...

@Che Rosliza Che mat
tak bace ehhhh. huhu. subjek entri ni anak tau. ;)

9n0L4 said...

@lelamaisara
dear sayang, tengok gambor je keee? hee. ;)

9n0L4 said...

@Yana Libra
haha. nakal lah yana ni. betul² ngadap pc bace entri ni eh. ;)

9n0L4 said...

@~Sweet Honesty~
huhu. yang ni lagi sorg, letih eh. tak larat bace betul² ye. ;)

Miss N™ said...

bukan senang nak memikul tanggungjawab sbagai ibu bapa ni.

dan bila ank nakal, org akan ikut ibu bapa, walaupun, ibu bapanya dah sehabis baik mdidik nak itu.

tapi nak wat mcm mana, ank degil, sebab itulah, keiaman, ilmu serta kesabaran dalam diri setiap org tu perlu.

dan bab pukul pula, mmg kbyakan ibubapa pukul ank bukan scara kasih sayang, sebaliknya ikut amarahkan..

pastu mulalah ank mberontak...!

ecehh..terpanjang pula komen ni..hihih

9n0L4 said...

@Cik Nur
hoho. komen terbaikkkkk ni. betul lah sume tu kan. kite pun belum rase lagi cmne nak didik anak. ;)

aReLaN said...

hmmm...memang anak anugerah yang tidak ternilai.sume terpulang pada ibu bapa untuk mencorak anak2 mereka.tapi zaman skang ni memang banyak cabar dalam mendidik dan membesarkan anak2.tak tau la camne nanti bila ada anak sendiri....

eita said...

bukn senang nak dapat anak...
tapi kite cuma ada anak tekak je.
huhuhu

eita said...

selamat hari guru jaaaaaaaa..

Chic Na said...

belum lg diberi tanggungjawab ni. tp tu la kan sekali fikir mmg risau jgk takut xdpt lakukan yg terbaik utk anak2 sndiri nnti. sbb da tgk byk sgt benda2 pelik berlaku skarang. boleh dipraktikkan nie. huhu.. :)

Miss N™ said...

@9n0L4 InsyaALLAH, ada rezeki nanti, cuba didik sebaik mungkin. Nur pun teringin nak ada suami dan ank.. tapi belum ketemu jodohnya..huhu

9n0L4 said...

@aReLaN
huhu. bukan senang nak dpt anak tu. so kene hargai kan. ;)

9n0L4 said...

@eita
mekasihhh. anak tekak pun kne jage jugak tu. haha. ni dah mule saket tekak. demam!

9n0L4 said...

@Chic Na
tu lah. ms depan ni tak terjangkau nak fikir. doa yg baik aje. ;)

9n0L4 said...

@Cik Nur
insha Allah. semoga bertemu jodohnya secepat mungkin. ade tu, die menyorok. ;)

Kayu Manis said...

kak akan rotan anak bila main2 ttg bila mana solatnya,tak bersungguh2,cpt mcm lipas kudung,suara yg keras bila berckp dgn adik2.

apdm said...

salam..


sy syg ibu saya ;)

nazayiena said...

Anak adalah anugerah Allah jadi nak kena cara kita sendiri bagaimana nak mencorakkannya.........

Selamat Hari guru dik....

Tie HT said...

anak-anak dan harta semuanya jadi ujian...dgn anak dan harta orang boleh jadi riak dan sombong...namun bertuah lah kpd sesiapa yg berjaya didik anak yang cemerlang dunia akhirat :)

Miss Syahbanu said...

YER..hargailah ibu kita...sesungguhnya ibu sangat bermakna dlm hidup setiap anaknya begitu juga sebaliknya..dan by the way selamat hari guru kepada semua guru2 di Msia hehe..

Unknown said...

teringin nk membelai anak sendiri...owh bila agknya rezeki deqla akn tiba....??

alin said...

menjadi ibu bapa ni banyak tanggung jawabnya. Bila dah jadi mama, barulah tahu..

Ros said...

Salam ziarah....

Cik Puan Muda Umi said...

berat tanggungjawab ibubapa ni..macam-macam yg mereka perlu lakukan untuk anak2..:)

Chic Na said...

selamat hari guru jaa. semoga terus jd pendidik yg cemerlang. :)

dya nasir said...

besar tanggungjawab ibubapa ni.. tapi yang pasal video tu..memang tak patut pukul budak yg kecik lg.. kita yang tengok yg marah..

♥ sitifarhana ♥ said...

anak mmg anugerah istimewa oleh allah kpd ibubpa..tp sdehny zaman skrg, ad jugak yg tak bersyukur..dibuang je anak tu mcm buang sampah..smga stu hari nti, sy jadi seorang ibu yang baik buat anak2 sy..insyaallah :)

fieda said...

mmg berat tanggungjawab ibu bapa dlm mendidik anak2...pastu dugaan dan cabaran pun banyak..harap kita akan menjadi ibu bapa yg terbaik la..

eita said...

MOGA CEPAT SEMBUH

Khai_Sol said...

Bersyukur sgt dpt parents Solehah yg selalu dekat dengan Allah.. Alhamdulilah,mereka adalah ibu bapa yang terbaik.. Sayang mereka walaupun ayah dah meninggal dunia=')

Cik Ai said...

ermm
ank2 ibarat kain putih,ibu bapa yg harus mencorakkan..

ai pun blum d beri Allah tuk pikul tgguingjwb ni tp insyaallah bl jodoh & tggungjwb ini d berikan akan d galas sebaiknya,amin :)

9n0L4 said...

@cinnamon.com
moge beri kesedaran pade dorang. kalau tak arini, mungkin ms dh besar nnt. ;)

9n0L4 said...

@sissyira
sume org sayang mak kan. lagi² mak yg serba serbi buat utk kite. ;)

9n0L4 said...

@Nazayiena
terima kasihhhhh. selamat mencorakkan anak ye. best of luck. ;)

9n0L4 said...

@Tihara
ye betulllll. tiap bende pro & con. atas kite yg pilih kan. ;)

9n0L4 said...

@Miss BaNu
thanks ye utk wish hari guru. jgn lupe wish kat mak juge. ;)

9n0L4 said...

@@ deqla manjew
Allah knows the best kan. same² kite menunggu ye. ;)

9n0L4 said...

@alin
bile dah merase baru la tahu kan. maka, kite lebih menghargai dorang. ;)

9n0L4 said...

@Ros
thanks, bile² singgah lagi ye. dah follow kamu. ;)

9n0L4 said...

@Cik Puan Muda Umi
besar & berat kan.nak dpt anak bkn sng, nak jage pulak bkn sng juge. ;)

9n0L4 said...

@Chic Na
terima kasih chic na atas ingatan itu. moge berkatlah doa itu. ;)

9n0L4 said...

@dyabunga
kannn? tergamak betul pukul anak gitu. mak cap ayam. huhu. ;)

9n0L4 said...

@♥ farhana ♥
pendek kate, org yg ade anak, tanak anak, org yg takde anak, nak sgt anak. ;)

9n0L4 said...

@fieda
moge akak salah sorang ibu yg hebat dan terbaikkkk la ye. ;)

9n0L4 said...

@eita
haihhhh. macam tahu² ambe saket. nampok lalu depan rumoh eh. hehe. ;)

9n0L4 said...

@Cik Penguin_Solehah
syukurlah. al fatihah adalah hadiah terbaik untuk arwah ayah solehah. selalu doa untuk die ye. ;)

9n0L4 said...

@Cik Aini Lavender's
insha Allah. kene cari ilmu dari sekarang utk bekalan. ;)

maszull said...

assalamualaikum fariza...betul tu anak2 adalah amanah bagi ibubapa oleh itu harus kita jaga mereka dengan didikan dan asuhan yg paling baik dan sempurna sekali...:)

9n0L4 said...

@maszull
tu diaaaaaaa kata² dari ibu yang hebat. untung anak² mama. ;)

kinara kinatara said...

jom join segmen kina
http://kinarakinatara-beebeey.blogspot.com/2012/05/senarai-persertasegmen-2-6-pekara.html

shahdiana said...

betul lah tu...bukan senang tau nak jadi ibu bapa ni...macam kita dah merasa baru tahu patutlah eemak & abah selalu marah sebab apa....semua mak bapak pun nak kan yang terbaik untuk anak-anak demi masa depan mereka kan...

9n0L4 said...

@kinara kinatara
insha Allah dear. nnt akan join ye. mekasih sbb jemput ehhh. ;)

9n0L4 said...

@shahdiana
tu lah kan. selalu tu org duk cite tanggungjawab anak pade mak ayah aje tapi jarang nak ckp pasal tanggungjawab ibu bape pade anak. ;)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

anak2 mmg amanah untuk ibu bapa...kena jg elok2....tanggungjawab tu penting

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT by TENTANG KITA Template design by Bunga Hati Mama