Tak dapat disangkal lagi, rakyat negara kita terkenal dengan budaya hidup serta budi pekertinya yang lemah lembut dan bersopan santun. Ini menepati ajaran Islam yang sangat menggalakkan umatnya supaya bersifat mulia. Saya pasti, agama lain juga sangat mementingkan moral yang baik. Ye takkk?
Namun, sejak akhir-akhir ini kita dikejutkan dengan pelbagai kes penderaan, penganiayaan dan pembunuhan di kalangan masyarakat Malaysia. Bermula dengan kes pembuangan & penderaan anak, penganiayaan isteri atau suami, penderaan terhadap pembantu rumah, pembunuhan situ sana sini dan terbaru iaitu pelbagai demontrasi jalan yang melibatkan banyak pihak. Yang paling menyentuh hati saya ialah kekerasan yang dibuat tidak berbaloi dengan punca masalah. Begitu juga halnya dengan mahasiswa² yang bakal memerintah negara, sudah tak mampu mempraktikkan etika yang dipelajari di institusi masing². Jika kita sume sudah tidak boleh mengawal emosi untuk sesuatu hal, ape akan jadi pada negara ini kelak? Fikir²kan lah.
Rentetan peristiwa demi peristiwa menyedihkan ini, sudah cukup menggambarkan sifat kemanusiaan masyarakat Malaysia kini sudah semakin pupus. Bagi umat Islam, perbuatan penderaan, penganiayaan, pembunuhan dan kekerasan dilarang keras kerana Islam adalah agama yang bersifat rahmat iaitu belas kasihan. Islam sebenarnya membawa misi keamanan, kedamaian, keharmonian, kemesraan dan rahmat kepada seluruh isi alam membabitkan semua makhluk yang menghuni alam ini termasuk binatang. Ini ditegaskan dalam firman Allah bermaksud: “Kami tidak mengutuskan engkau (Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat kepada alam sejagat.” (Surah al-Anbia, ayat 107)
Jadi, bagi menjamin kedamaian dan rahmat terlaksana, Islam memerintahkan umatnya supaya menghiaskan diri mereka dengan sifat belas kasihan yang turut menjadi bukti kepada kesempurnaan iman seseorang kepada Allah. Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Kamu sekali-kali tidak akan dianggap beriman sehingga kamu bersifat rahmat. Ujar sahabat: Kami semua sememangnya bersifat rahmat. Lantas Baginda SAW menjawab: Bukan itu maksudku rahmatmu kepada kawan kamu, sebaliknya maksudku ialah rahmatmu kepada umum (alam sejagat).” (Hadis riwayat Tabarani)
Justeru, adalah menjadi kewajipan setiap Muslim bersifat belas kasihan dalam pergaulan seharian bersama sesiapa saja yang berada di sekelilingnya. Sifat semula jadi itu menjadikan manusia mudah berasa belas kasihan dan tersentuh apabila melihat kesusahan menimpa saudaranya dan begitu juga sebaliknya. Jika perasaan seumpama itu tidak wujud dalam diri manusia, maka ia menurunkan taraf manusia lebih teruk daripada binatang, sedangkan binatang masih lagi memiliki perasaan belas kasihan terhadap anaknya sendiri.
Dalam hal ini, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Allah menjadikan rahmat 100 bahagian, satu bahagian daripadanya sudah diturunkan ke bumi. Daripada bahagian satu inilah, sekalian makhluk dapat berbelas kasihan sesama sendiri antara satu sama lain hinggakan ada seekor binatang yang mengangkatkan kakinya kerana takut terpijak anaknya sendiri.” (Hadis riwayat Bukhari)
12 comments:
walaupon negara kita aman, ade segelintir yg bersikap ta berperikemanusiaan. hmmm. ptt ambil tindakan.
bab sedih2 ni terasa juga ..saya himpun kekuatan menyayangi kerana saya ada anak anugerahNya
Nilai kemanusiaan dah makin berkurangan... yang ada nilai pentingkan diri.. kuasa, emosi.. Malaysia dah tak aman.. educated person pun dah ramai hiang prtimbangan.. entahlah.. semoga kita semua dilindungi olehNya
sesetengah msyrkt masih kurang kesedaran.sbab tu penderaan dan penganiayaan masih berlaku. apa2 pun, kita yg ada nilai kemanusiaan dan belas kasihan jgn lh buat benda yg2 tak elok mcm tu. (:
tak tau nak komen apa.. kita cuma perlu muhasabah diri...yang baik kita kekalkan..yang buruk kita jauhkan..
@zera eira
mungkin pada zahirnya saje aman, tapi di dalam hati masing², Allah saja tahu.
@etuza
dunia sekarang sangat perlukan kekuatan itu cekgu. ;)
@Dieyna
entah lah kak. ape nak jadi agaknye. kadang org educated ni lah yg melebih². terlebih pandai kot. huhu.
@steffany daph
sesetengah pulak ade kesedaran tapi tak amek pape tindakan. semoga kita dikelilingi org² yg berhati belas. ;)
@~Sweet Honesty~
speechless eh. tu lah, bab² cenggini mmg susah sikit nak komen. ;)
harap2 sifat belas kasihan tu akan bertambah & kekal dalam diri kita semua sampai bila2. :)
@Chic Na
insha Allah. amin. itu lah sebaik²nya. ;)
Post a Comment