Tanda tanda sebelum AJAL

Tanda 100 hari sebelum hari mati

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samaada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. 

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini, maka ini adalah peluang terbaik untuk memanafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


Tanda 40 hari sebelum hari mati


Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini, daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. 

Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari


Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari


Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan, maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. 

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari


Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir


Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

"Sesengguhnya mengingati mati itu adalah bijak."
 

28 comments:

Aine Ainun said...

Berdebar saat membaca....

Nur Zulaikha said...

ade cite 100 hari kematian..^^

Unknown said...

mati itu pasti kan? moga kita tergolong dari kalangan mereka yang menerima buku amalan dari tangan kanan... amin~

Unknown said...

ciri2 ni dtg tika seseorang tu nk meninggal sbb sakit kan? kalo kematian yg mengejut tu camne pulak? arwah ayah deqla x terduga saat dia pergi.. sbb masa tu dia sihat je.. mungkin hanya arwah dan Allah yg lebih tahu...

ZakiahPurple said...

Info Yang berguna

are_lin@yu said...

Pernah dngar tentang tanda2 ni..xsalah tv1 or tv2 pernah siarkan drama tntng ni..tp xingt tajuk tu..huhu

Cik Jannah said...

thanks for sharing the info dear. mati itu pasti dan pasti menjadi rahsia Allah swt

Tie HT said...

akak ada baca satu pertikaian ttg tanda2 ni di forum..tp bagi akak, akk tetap ambilnya sebagai peringatan..tak salah kan..nice entry :)

iyka syafika said...

nice entry..=)

9n0L4 said...

insha Allah. tanda² ni akan dirase oleh orang terpilih yg mane ajalnya sudah hampir. kite yg akan mati juge bakal rasai tande² ni sdiri.
mungkin kite tak kan perasan tanda² tersebut sampailah arwah meninggal. then, baru lah kite dpt rase perubahan arwah. besenye macam tu la kan.

Al Fatihah buat sume muslim di sana.

aliza said...

perkongsian yang berguna, semoga kita sentiasa bersedia dan cukup beklan untuk ke sana... jgn asyik nak tunggu tanda jer br nak bersedia, mana tau tanda pun x jelas...

9n0L4 said...

tu lahhh. ingat mengingati kan. saling doa sesame kite. ;)

~Cik Sweety~ said...

subhanallah..sejukk jek tapak tgn ble baca neh..

9n0L4 said...

meremang eh. huhu. semoga kite sentiasa beringat ttg mati. ;)

UniMeOw said...

mati itu psti,,tp dla difikir2,,aku masih terlalu leka dr mengingati mati..astaghfirullah..

Miss N™ said...

sentiasa ingat mati, tapi bila baca tnnda2nya, automatik meremang rasanya...

moga di ampuni segala dosa yg pernah kita lakukan.. InsyaALLAH.. :)

9n0L4 said...

Amin. Semoga kita sume sentiasa di bawah keampunan Allah. (:

Unknown said...

Semoga kita diampunkan dosa. Mohon segala urusan dimudahkan. Biar ukuhuwa terjalin saling mendoakan..agar bertambah berkat.Lantas saat itu tidak kesakitan ...amin

9n0L4 said...

Amin. Amin. Itulah gunenya ukhuwah kan cekgu. Saling mengingati & mendoakan. ;)

dya nasir said...

takut dya bace entry ni

profmie said...

thanx for the sharing......

9n0L4 said...

its okey. sharing is caring. Kalau takut, maknenye kite masih dlm nikmat Islam. Alhamdulilllah. Kite same² doa ye. ;)

Chic Na said...

menggigil baca. terima kasih krn mengingatkan. :)

9n0L4 said...

same² beringat. Al Fatihah untuk sume mukmin di sana. (:

Nour Adieb said...

iyalah,sama entry kita.Tak perasan saya :D

9n0L4 said...

@Cik Adieb
hee. takpelah. yg penting mesejnya dapat sampai pade sume org. insha Allah. ;)

fardhila fawwazy blogspot said...

takutnye..tp kmatian itu pasti..huhu..smoga kita pnjg umur utk bnykkan ibadah pdNya...

Si Matatajam said...

Pernah tk cerita pasal 100 hari sebelum kematian..mmg berdebaq sgt bila tgk...nice sharing..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT by TENTANG KITA Template design by Bunga Hati Mama