5 bulan sebelum majlis: Ape nak buat ?


gambar hiasan

Macam lame tak buat entri wedding plan kan. Hehehe. Entri berkaitan wedding preparation yang sebelum ni, 6 months before the day, we have to survey a lot. Right? Cewahhh. Speaking la pulak. Hahaha. Aktiviti bulan seterusnya ni iaitu 5 bulan sebelum majlis, mostly kita akan buat pilihan dan booking! :)

Okey, saye kongsikan sedikit cadangan perkara² yang perlu dibuat sepanjang 5 bulan sebelum majlis. Tu pun saya listkan ape yang terlintas di otak saye aje la ye. Moge² dapat dijadikan sedikit panduan buat bakal² pengantin. (:

1) Buat tempahan:

  • Baju nikah & resepsi termasuk aksesori
  • Mak andam/penggubah bunga & hantaran/penghias lokasi majlis
  • Penginapan untuk tetamu (keluarga suami/isteri, sanak saudara atau kawan²)
  • Cincin kawen
  • PA sistem (kalau nak, boleh lantik pengacara majlis/DJ)
  • Katerer (jika guna khidmat catering)
  • Photografer/videografer (jika mahu khidmat profesional)
  • Kek kawen (jika ada)
  • Kumpulan persembahan (silat/kompang dan lain²)
  • Kenderaan untuk majlis resepsi & majlis bertandang (jika bawak rombongan besar)
  • Destinasi bulan madu!!

2) Collect senarai tetamu.

3) Beli barang hantaran. (boleh beli satu barang sebulan, taklah terase sangat duet keluar.)

4) Buat pemeriksaan kesihatan & rawatan muka.

5) Hadiri kursus kawen. (jika belum berbuat demikian)

Cukup la tu kot 5 perkara. Jangan pening² ye. Buat dengan rileks dan bergaya. Bakal raja sehari takleh stress² sangat, nanti hilang seri muka. Hihihi. Sesape yang ade nak tambah cadangan atau nak share pengalaman, boleh drop kat komen.  Manelah tahu kan, dapat tolong dorang² yang nak kawen ni. ;)


21 comments:

Aine Ainun said...

hehehhhh..
saya dulu selagi x selesai majlis, selagi tu tak senang..dah selesai legaaaaaa=)

sitirohaida said...

sebaiknya kena prepare dari awal..senang kita nak budget..

Unknown said...

urusan ni semua kebykkan org tua yg uruskan
bakal pengantin rilex...hehe

Kayu Manis said...

persediaan awal...baca buku rumah tangga...cari ilmu he~

Chic Na said...

eh dah kena buat semua tu ke? rasa cam lama lg je 5 bulan. kalo cikna kompem dok rileks2 lagi. hikhik..

aReLaN said...

teringat lak masa kawen dulu. jadual asal kawen bulan 11 tapi jadi bulan 8. masa tu dah bulan 3. memang kelam kabut kitorang dibuatnya dalam 5 bulan tu. hohoho

si kiut lavender said...

edei...bilalah nak kawen nih...

hehehe..insyaAllah...
dengan entry ni bolehlah dijadikan panduan untuk masa akan datang..:)

Miss N™ said...

aloo..pengantin mmg xleh stress2..
tapi org keliling lak stress..
huhuhu

Cik Ai said...

Baek weding planner..
kalo ai lg sebulan kot baru nk kelam kabut,kekekee

Unknown said...

mcm jaa plak yg nak kawen... hihihi.. ni wedding adik jaa ke??

Unknown said...

tgg mia nak kawen lambat lagi laaa,,hihii

aswadz said...

byk yg kena buat drpd awal. sblm tempahan, nak kena survey sumer benda dlu kan.

QasehnyaRania said...

rindu pulak kenangan lama.hihi

Liyana Anuar said...

lagi sebulan camne lak kak..huhu~~

NAL said...

persiapan dan persediaan memang kena mula awal..

are_lin@yu said...

byk jgk tu nk kna fkr kan..huhu

Mrs Velentine said...

boleh rujuk ni untuk majlis kawen adik nnt

Kekzamanis said...

Mieza dulu gubahan hantaran buat sendiri je.. Tu pun nasib baik housemate kreatif.. Dialah yang buat.. Sangat berpuas hati dengan sentuhan dia.. =)

lelamaisara said...

tunggu alesya la lepas ni sya..tak de sape nak kawin dah dalam keluarga sye..hehehhe

Solehah Shamsuddin said...

lg 5 bln sblm, dh prepare? awalnya...

Masha Meisters said...

yang nak tunang pun dah menggelabah habis...kalau nak kahwin camne la tu hek? hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT by TENTANG KITA Template design by Bunga Hati Mama