Ayahhh! Sayanggg! Abanggg! Nakkk! Panasssssss. Tolong!!



Di akhirat nanti, ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:
              
 
1. Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak² perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
             
Duhai lelaki yang bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang? Adakah kau mengajarnya bersolat & berpuasa? menutup aurat? pengetahuan agama? Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah untuk menjadi bahan bakar neraka jahannam.
              

2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang yang alim di mana solatnya tidak pernah bertangguh, puasanya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama² ke dalam neraka.

Duhai lelaki yang bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang? Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika kau tidak menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yang kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana.

3. Abang²nya  
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang²nya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

Duhai lelaki yang mempunyai adik perempuan, jangan hanya menjaga amalmu, dan jangan ingat kau terlepas. Kau juga akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak jika kau membiarkan adikmu bergelumang dengan maksiat dan tidak menutup aurat.               

4. Anak² lelakinya 
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram di sisi Islam. Bila ibu membuat kemungkaran, mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Duhai anak² lelaki. Sayangilah ibumu. Nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa. Kerana ibu juga insan biasa. Tak lepas dari melakukan dosa. Selamatkanlah dia dari menjadi 'kayu api' neraka. Jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.

Lihatlah betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.
             
 
Firman Allah S.W.T
"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka di mana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu."
 

16 comments:

Anonymous said...

mintak copy

Anonymous said...

lelaki dimasukkan ke neraka kerana wanita? sory, tertanya-tanya

M@W@R Q@SeH said...

setiap tggjwb haruslah dilaksanakan dgn sebaik2 nya...nice entry :)

Cik Ai said...

nice entry,aritu dh baca entry ni share dlm fb =p

**sama2 lah kita jd diri kita tuk lelaki2 yg kita syg :)

9n0L4 said...

ye. same² lah kita jage diri kite supaya lelaki² kesayangan kite tak dihukum kerana tindak tanduk kite. ;)

Tie HT said...

wanita jadi tarikan indah di dunia...namun mungkin akan jadi tarikan ke neraka..nauzubillah..

Afasz said...

ya Allah ampunila dosaku >_<

sy sebak la bc

singgah dr blog kak tihara.

jemput n follow blog sy juga

http://afasz.blogspot.com

Afasz said...

singgah dr blog kak tihara.....follow ur blog

follow me back


singgah ke blog sy juga di http://afasz.blogspot.com

lelamaisara said...

Besar tanggungjawab lelaki,jadi same2 la kite saling bantu membantu..jage diri ye kaum wanita..:)

Miss N™ said...

jika kita terleka, lelaki di ataslah yg akan wajib mengingatkan kita..

takutnya, jika sygkan mereka, jagalah diri sebaik mungkin.. :)

9n0L4 said...

take care wanita² sume. buat lelaki, peganglah amanah & tanggungjawab anda baik² ye. ;)

eita said...

kena lebih berhati2 dalam pergaulan dan kehidupan seharian...

9n0L4 said...

betul tu. bile ditegur lelaki ksygn kite tu, amekla secara positif. mungkin mereka sedang jlnkan tugas. ;)

dya nasir said...

besar tanggungjawab seorang lelaki

9n0L4 said...

haah. name pun pemimpin kan. ketua keluarga & imam kepada makmumnya. ;)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

besar sangat tanggungjawab lelaki ni kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT by TENTANG KITA Template design by Bunga Hati Mama