#1 Ayat-ayat Quran yang boleh diamalkan...


Saya rasa kat bawah ni ada antara ayat² Al-Quran yang boleh kita jadikan amalan. Selamat beramal ye. Semoga usaha kite berhasil dan mendapat keberkatan dari Allah jua. Amin. ;)

Anak² pandai belajar :


Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu; dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak); dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud; dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu. [Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79]

Anak² lembut hati/elak panas baran :


Kami berfirman: "Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim! ". [Surah Al Anbiyaa - Ayat 69]







Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.

Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana. [Surah Al Hasyr - Ayat 22-24]

Boleh juga diaplikasi buat seluruh ahli keluarga, kawan² & sume saudara se Islam kita. (:

19 comments:

Cik Nur said...

bagus entry ni, ade satu ayat..elok di amalakn untuk jauhi dari ganguan..
cik nur surah ape..ayat dia pendek je..

kalau dalam bacaan ruqyah, ade ayat tu.. mcm nilah bunyinya lebih kurang :

Waahifzun minqulli syaitonmarid

Cik Aini Lavender's said...

suke entry ni...
sharing is caring rite =p

Tihara said...

yang surah Anbiya tu mak pesan suruh baca masa kita rasa panas..boleh jugak yea baca untuk hilang panas baran..thanks share..

yang surah Al Hasyr ni ada kawan blogger share utk amalan bg dapatkan zuriat..terima kasih kat kawan2 blogger yang banyak kongsi info n ilmu kat akak...moga diberkati semuanya..aminn :)

9n0L4 said...

@Cik Nur
macam pernah dgr ayat tu. byk kan sbnrnye ayat yg boleh amal. ;)

9n0L4 said...

@Cik Aini Lavender's
sharing is loving too. hee. slmt beramal.

9n0L4 said...

@Tihara
Insha Allah boleh. atas niat kite belaka kan kak. sharing is caring. ;)

Rapunzel Cikilolo said...

thanks for sharing :)

9n0L4 said...

@Rapunzel Cikilolo
my pleasure. selamat beramal. ;)

etuza said...

Salam semua.
Terima kasih..semoga dipermudahkan, mari beramal..

etuza said...

Entry bermanfaat, sesuai dengan saya yg terasa tercabar karektor anak2 sedang naik remaja..alhmadulillah ya

Chic Na said...

good sharing Jaa. Syukran! :)
Cik Nur kalau dh jumpa ayat tu share ya. :)

9n0L4 said...

@etuza
slmt beramal. byk² bersabar ye.

9n0L4 said...

@Chic Na
'afwan. hee. sharing is loving. ;)

eita said...

selalu amal surah al hasyr..ayat 20-24...

9n0L4 said...

@eita
alhamdulillahhh. mesti akak ni lembut je orgnye. ;)

Arina Shamsul said...

insyallah nak hafal ayat ni :) terima kasih atas perkongsian ini dear :)

9n0L4 said...

@Arina Shamsul
alhamdulillah. terima kasih kembali dear. slmt beramal & hafal ayat ni ye. ;)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

boleh hafal n dijadikan amalan..nice sharing sis :)

wan nurul hezrina said...

boleh salin nie..bagus diamalkan untuk anak2 kita jugak kan??sebenarnya mmg banyak khasiat ayat2 al-quran yang banyak kebaikannya..tinggal nak ikut atau tidak jerkan?hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT by TENTANG KITA Template design by Bunga Hati Mama