Datang bulan, tak payah lah qadha' solat !



Anda wanita Islam? Jadi anda WAJIB baca ni!

Kebanyakan perempuan/wanita/muslimah tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu tentang perkara ini.
 
Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakan wanita Islam. Kenapa hal ini boleh terjadi?? Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah yang betul² pakar dalam bab 'orang² perempuan' ni hingga terpaksa merujuk kepada lelaki/ustaz² yang bernama LELAKI jugak. Ye takkkk? (:
 
Contohnya yang paling simple bila ditanya kepada kebanyakan wanita Islam,
"Adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" 

Pastinya kita akan dengar jawapan daripada kebanyakan mereka yang tak tahu menahu ni mengatakan:
"Alaa...tu soalan mudah jee. Bila 'datang period' maka solat tu tak perlulahhh qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee. Itulah yang kami belajar sejak mula² 'bergelar wanita' dulu"
 
Jika dibuat pantauan, nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa. Ye takkk? Huhu. Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid sekalipun. Hal ini boleh dirujuk dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali. Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu. ;)
 
Dalam BAB TIGA : " Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..."
Perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :

PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID:

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat Asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat Zohor dan Asar.
 
2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu Subuh, kira² sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat Maghrib dan Isya'.
 
HURAIAN MASALAH :
 
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat Asar (selepas mandi hadas)
 
2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?
- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.
 
3. Dalam perkara solat subuh pun sama :
-Perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu Subuh, kira² sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.
-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat Maghrib.
-Di atas kecuaiannya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu Maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)
-Maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah perlu bagi perempuan itu diqadha juga solat Maghribnya.

Sila rujuk: Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.

"Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)

Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!
 

25 comments:

Afasz said...

good luck

jemput ke blog sy di http://afasz.blogspot.com

Miss N™ said...

pernah dengar ceramah ustaz kazim mengenai ni..

terima kaseh sudi berkongsi kak fariza.. :)

pssst..! xsangka, tarikh lahir kita dekat..hehehe

lelamaisara said...

Info yang berguna..tq

~::Chenta::~ said...

Thansk 4 shared ..
Chenta copy yer buat tatapan Chenta ....

fieda said...

terima kasih atas perkongsian ini...

maszull said...

assalamualaikum fariza....mekacih atas info yg menarik ini....:)

M@W@R Q@SeH said...

sy pernah terbaca psl ni....good sharing...

Chic Na said...

mak pernah ajar pasal ni dulu. tq ingtkn lg skali. :)

9n0L4 said...

@Cik FaRiZaM
insha Allah. good luck utk ape tu eh? hee.

9n0L4 said...

@Cik Nur
oh ye kee. dekat macam mane tu eh. ;)

9n0L4 said...

@lelamaisara
my pleasure. same² beringat. (:

9n0L4 said...

@~::Chenta::~
okey. dipersilakan. ;)

9n0L4 said...

@fieda
same² kaseh kak fieda. sharing is caring.

9n0L4 said...

@maszull
wsalam mama. selamat beramal ye. hee.

Tie HT said...

thanks Jaa share entry ni..akak ada dengar cerita dari org yg ngaji pondok, meka kata kat sana pasal haid perempuan pun satu kitab kena telaah..terkejut dengar..betapa cetek nya ilmu di dada sebab ilmu Allah tu luas...

9n0L4 said...

@M@W@R Q@SeH
sharing is caring kan. kdg² kita selalu lupe. ;)

9n0L4 said...

@Chic Na
okey, same² ingatkan. bagusnya mak chic na. (:

Afasz said...

sy silap komen kot. hehehe.sori. sy nak komen yg segmen awk buat tu.

sy dah pernah bc n dgr ttg ni.

skrang dah amal apa yg dia kata tu,qadha solat tu

9n0L4 said...

@Tihara
tu lahhhh. rupenye byk betul ilmu yg belum kita tahu & amal kan.

9n0L4 said...

@Cik FaRiZaM
hehe. takpe. alhamdulillah. bile dah tahu, kenelah amal kan. ;)

Unknown said...

Asalam
Baru selesai baca tani ilmu feqah ni, terima kasih ya..akan saya sampaikan pada mama sebelah ni, dan ajak dia klik baca entry fiqah ni..ramai baca lagi bagus. Moga Allah beri rahmat kepada penulis blog "tentang Kita"

Unknown said...

Entry khas Tentang Wanita ..bagus ni..

eita said...

baru belajar kat kelas hari tu...
bertambah lagi ilmu lepak kat sini...

9n0L4 said...

@etuza
Amin. semoga dapat byk manfaat dari entri ni. ;)

9n0L4 said...

@eita
alhamdulillah. makin byk ilmu, makin byk la kene muhasabah diri kan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT by TENTANG KITA Template design by Bunga Hati Mama