Nak bau syurga ke takkk?



Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah bersabda, 

Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya”. [H.R. Muslim]

Maksud hadis ditujukan kepada perempuan² yang tidak menutup aurat secara sempurna. Mereka memakai pakaian yang nipis² & ketat² sehingga boleh menampakkan bentuk tubuh dan warna kulit. Pemakaian seperti ini adalah dilarang sama sekali oleh Islam terhadap para wanita kerana seolah-olah mereka bertelanjang. 

Boleh sahaja untuk memakai sanggul (kerana keperluan dan tidak berlebih-lebihan) asalkan tidak mendedahkan aurat di hadapan lelaki bukan mahramnya serta keadaan sanggul tersebut yang tidak tinggi dan keterlaluan sehingga menarik perhatian lelaki.

1. Dalam syarah sahih Muslim, Imam Nawawi mensyarahkan hadis ini dengan maksud mereka² yang disebut dalam hadis itu adalah mereka² yang membesarkan rambut mereka dengan cara melilit dengan kain iaitu jenis fesyen rambut pada masa itu dan bukanlah dimaksudkan dengan bertudung sanggul tinggi sepeti yangg diwar2kan.

2. Dr. Yusuf al-Qardhawi dalam kitab al-Halal Wal Haram berkata : ““Rasulullah s.a.w. melalui pandangan ghaibnya seolah-olah melihat kepada zaman ini, zaman di mana ada kedai² untuk menggubah rambut wanita, mencantikkannya dan mempelbagaikan fesyen²nya. Biasanya, kedai² ini diselia oleh lelaki² yang melakukan kerja mereka bagi mendapat upah. Bukan itu saja, ada juga wanita yang membeli rambut² palsu. Rambut palsu ini mereka sambungkan dengan rambut asal mereka untuk kelihatan lebih ikal, bersinar & cantik, supaya diri mereka menjadi lebih menarik dan menggoda…”

Kedua² syarahan dan tafsiran ini dengan jelas tidak mengaitkan dengan isu tudung sanggul. Ia berkaitan dengan fesyen rambut dan bukannya fesyen tudung.

TAPI, jika menyanggul tinggi dengan tujuan menarik perhatian, ianya adalah haram disebabkan niat untuk menarik perhatian itu dan bukanlah disebabkan tudung sanggul itu haram pada asalnya dan juga tidaklah ianya ada kena mengena dengan yang dimaksudkan dalam hadis.

ISLAM melarang sesuatu ada KEBAIKANNYA & bukannya untuk menyekat sesuatu yang umatnya suka. Renung²kan. Waallahulam.


42 comments:

Yasmin Aris said...

kite pun ade terbace . tak elok pakai sanggul tinggi2 nii !

hazanis said...

kadang-kadang kita tak sedar yang cara pemakaian kita banyak yang tak betui...wlaupun tanpa niat..:(

fardhila fawwazy blogspot said...

nk bau syurga..huhu..

Liyana Anuar said...

tak selesa kot pakai sanggul palsu tinggi-tinggi tu...cam berat je ~~

eita said...

orang sekarang ni sanggup beli sanggul palsu untuk pakai tudung...
macam lah mati kalau takde sanggul yang tinggi macam bonggol unta tu kan..

iyka syafika said...

hurmmm...eran gak knp org suke buat sanggul tu.pd mata sy xcntik pn sbb nmpk entah pape buat cm tu..lain la klau yg natural rmbut pjg n ikat tu..yg tu okla.xde la smpai berbonggol tggi sgt cm yg pkai pelik2 2.

Rohani Hashim said...

tapi, kalau boleh baik la takpayah pakai tinggi2 mcm ni, semcm je kan. ntahla sesetgh org ckp tudung jd cantik bila pakai tinggi2 mcm ni...hurmmmm no komen.

nauzubillah, mintak jauh dr buat mcm ni...ameen...

fieda said...

kena rendahkan lah sikit sanggul tu..

Chic Na said...

semoga kita semua dijauhkan dr tergolong dlm golongan2 ni. Amin..

~Cik Sweety~ said...

fuhh..nasib baik cik sweety tak bersanggul..huhu

Tie HT said...

seeloknya tak payah pakai tdung sanggul tinggi sebab lelaki akan imagine rambut dia plak then imagine benda lain plak..sekarang siap ada jualkan macam gumpalan kain utk dipakai dalam tudung bg tinggi kepala..tu pendapat akak, tp kalo ada org ske pakai nak kata apa kan..

Rohani Hashim said...

halluuu selamat pagi

Hidayu Bolia said...

hihihi..xsuke sanggul tinggi2 melangit sgt..cam pelik jep...huhuhu

Anonymous said...

Thanks for the sharing. Lagi pun, kalau pakai sanggul tinggi nampak pelik je.

Arina Shamsul said...

nauzubillah min zalik..

alhamdulillah bila tahu tentang hal ini dulu,tidak pernah lagi pakai sangul tinggi seperti fesyen2 sekarang ini..huhu.

sedih nengoknya..

Unknown said...

Amalkan cara bertudung yang sebenar2 ya..

Misya Mialen said...

tq for sharing;)

Miss N™ said...

jgn ingt pkara ni main2 ye.. apa yg tercatat di dalam alquran, bukan pkara yg boleh dipermain2kan..

xfaham pada mereka yg tahu, tapi masih bersanggul tggi..!

9n0L4 said...

@Yasmin Aris II
tu lahhh. lame dah bende ni kan. ;)

9n0L4 said...

@hazanis
betui tu. niat tak halalkan cara. ;)

9n0L4 said...

@~ KaiSara AiMan PunYe BloG ~
kalau nak, jaga diri ye. (:

9n0L4 said...

@Yana Libra
haah. sume nak cntik, mcm² la rekaan nya. huhu.

9n0L4 said...

@eita
haha. tulah psl, dorg yg rase mati. terang² dah jatuh haram kan.

9n0L4 said...

@iyka syafika
org skrg pelik² kan.tiap² hari ade fesyen yg ntah pape. huhu.

9n0L4 said...

@mzhany
tepat skali. sanggul kat rumah je lah. nak nampak cantik pade sape? huhu. tepuk dada. ;)

9n0L4 said...

@fieda
sepatutnya mcm tulah. serendah yg boleh. tinggi² sgt kang, org tengok terliur. :p

9n0L4 said...

@Chic Na
amin, semoga kita menjaga diri kita dan keluarga. ;)

9n0L4 said...

@~Sweet Honesty~
huhu. nasib baik juge kite tak suke sanggul kan. hadoi la org zaman skrg.

9n0L4 said...

@Tihara
org laki skrg dah tak imagine rmbut pjg kak sbb dh tahu palsu punye kot. hee. zaman dah mcm jahiliah balik.

9n0L4 said...

@Ayumi Comot
tinggi melangit mcm hape je kan. stail joyah jual kain pun ade. hihi

9n0L4 said...

@Munirah Shamsudin
my pleasure. pelik sangatkan. sape la yg duk reka tu.

9n0L4 said...

@Arina Shamsul
sedih kan tengok dorang. rase mcm nak je gi bagitau hadis ni. ;)

9n0L4 said...

@etuza
insha Allah. perlu berhati hati bertudung sbb fesyen skrg belum tentu penuhi tutup aurat.

9n0L4 said...

@Misya Mialen
okey. take care misya. hati² bertudung. ;)

9n0L4 said...

@Cik Nur
tak tahu nak cakap apelah pada yg tahu tapi still buat lagi kan.

dieyna said...

thanks sharing.. info berguna ni.. muhasabah diri sekejap.. :))

Masya said...

dulu saya pun pernah buat entry psl ni.. sbb x pastikan ape hukumnya... sekarang bile dah tau mmg x beli pun sanggul palsu tu...

9n0L4 said...
This comment has been removed by the author.
9n0L4 said...

@Masya
hati hati dlm pemakaian. ;)

9n0L4 said...

@Dieyna
sharing is caring kak. muhasabah diri sentiasa. hee.

Si Matatajam said...

M langsung tak dak sanggul ha ha...Ada gak tegur seseorang yg rapat bab sanggul ni Tp banyak plak alasan dia..hmmm M tak tau la nak nasihat camna lagi...Mtu kesian kan dia kat akhirat nnt. Tp dia tak kesian kan diri sendiri na wat camna kan..Hu hu...

Unknown said...

tak pernah bersanggul tinggi sbb rambut pendek..nasib baik laa...sekarang ramai yg suka fesyen nih...lagi dok larang lagi dok buat..depa dook ingat lawa kot ..sampai dok langgar hukum..mg mereka cpt insaff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT by TENTANG KITA Template design by Bunga Hati Mama