Tips Nampak Cantik



Sume orang mahu cantik. Ye takkk? Nak cantik macam budak kat atas ni kan kan kannn. Hee. Sudah lumrah manusia suka pada kecantikan. Di sini saya kongsikan sedikit tips untuk cantik luar & dalam. ;)

1) Wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik
Cucilah wajah anda minimum 5 kali sehari dengan air wudhu'. Jangan dikeringkan tau, biarkan ajeee menitis dan kering sendiri. Then, ambillah sejadah, solat, berzikir, dan berdoa.

2) Menghilangkan stress
Banyakkanlah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh kita. Ye takkk? Sentiasalah ingat pada Allah SWT dengan zikir dan do'a.

3) Awet muda
Gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Ketika tengok cermin nak sapu bedak tu, jangan lupa bisikkan 'kata kunci' ni.



 Maksudnya: Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlakku.
 
4) Bibir cantik
Sentiasa bisikkan kalimat-kalimat Allah, berselawat, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.

5) Tubuh langsing & mulus
Diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS, selang satu hari. Puasa Hari Asyura pun sangat bagus. Makanlah makanan halal, perbanyakkan sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6) Persahabatan sejati

Sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian, kita akan dikenali dan disayangi ramai. Dalam konteks kita sebagai blogger ni, rajin²lah blogwalking, baca entri teman blogger & berbalas komen. ;)

19 comments:

Top said...

betul... betul..betul...

LYSSA FAIZUREEN said...

Amboihh . Ambik gambor Lyssa ? Dush2x! kehkeh ;p

9n0L4 said...

Hee. Jangan marah aaaaaa. Nanti tak cantik. ;)

eita said...

macam upin cakap..betol betol...

Liza Razak said...

tips yg bagus untuk dipraktikkan :)

9n0L4 said...

Bersama² kite praktikkan ye. Selamat beramal. ;)

maszull said...

asssalamulaikum fariza...wah tips yg baik ni jom la kita praktikkan bersama2 yer...:)

Zierwa Zainal said...

love this entry..heh =)

Hidayu Bolia said...

nak cantik macam fariza...insya Allah moga dikuatkn hati tuk beramal cenggini:)

zul hassan said...

ayat mcm ustaz azhar pon ade gak ye.. dak???

ramai orang boleh cantik dengan makeup bagai tapi berapa ramai boleh cantik dengan perangai.....

9n0L4 said...

bila cantik dalam, insha Allah cantik di luar. ;)

Cendol said...

i likeee :)

Unknown said...

fofular kan si comel tu.

9n0L4 said...

i loikeeeeeee too. tersgt lah popular kan. ;)

dya nasir said...

i like..dya akan praktikkan

mummyrinazone beauty said...

suka sangat santapan rohani semuanya kalau diamalkan jasmanipun akan sihat=)

sal ya said...

tips yg menarik.

jaakechik said...

perkongsian yg bagus tu cikgu jaaa... :)

QasehnyaRania said...

bagus ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT by TENTANG KITA Template design by Bunga Hati Mama