Thanks Shafiqah for tagging. Sori banyak² eh. Ni baru nak join. Yang ke berape eh? Huhu. Dah tak terkire dahhh. SEGMEN : DREAMS BECOME TRUE. Kalau nak join, klik lolipop di atas. Okey, impian setiap orang mesti ade banyak kan. Adat lah, manusia tak kan pernah puas dengan ape yang ade. Tapi, dengan adanya impian ini, hidup kita lebih bermakna & membuatkan kita sentiasa berusaha untuk merealisasikannya. Betul takkk? Hee.
Saya teringin nak travel ke luar negara. Ade tertera di wishlist saya. Aritu impian nak naik flite dah pun tertunai. Boleh usha 1st entry saya. Antara negara yang jadi pilihan ialah Australia. Sebab? Nak jumpe & duduk dalam kocet kangaroo macam gambar kat bawah ni. Hee. Okey. Tipu. Sebenar²nya, BFF saya ade duk sane. She's doing her PhD in microbiology. Rindu die sangat!
Satu lagi tempat pilihan, New Zealand. Sebab nak tengok lembu² di sane. Okey. Okey. Tipu lagi. Hee. Sebenarnye nak gi tengok kesan gunung berapi dulu². Tapi sampai sekarang still panas & berasap. Rasenye Rotoroa name tempat tu, kalau tak silaplahhh. Yang ajaibnya, kita boleh gi dekat situ sebab suhu 50m dari tempat tu bawah suhu negatif sejuk. Subhanallah.
Masih lagi mood travel. Hee. Saya jugak teringin nak gi umrah bersama femli. Malam ni ma & pa saya akan bertolak ke Mekah. Saya tak dapat nak join dorang berdua kerana kekangan masa. Sob sob sob. Demi anak² bangsa, saya terpaksa tangguhkan impian ini. Banyak keje wehhh kat sekolah awal² tahun ni. Minggu depan pulakkk KPM/JPN nak turun ke sekolah² di Kemaman untuk pemantauan fail² panitia mata pelajaran. Mungkin juge sudah tertulis, belum rezeki saya.
Tu saje lahh kot. Kang berjela² sangat, boring orang nak bace. Ye takkk? Hee. Orang yang bertuah saya untuk ditag ialah:
5 comments:
samalah jugak dgn impiam mak dara.. mak pon teringin nak gi autralia nak tengok koala bear =)
Good Luck..
come to follow u back.. thanks.. :)
jejalan sini..
Semoga impian anda juga tercapai...Amin..!
Semoga tercapai, amin. ^^
Post a Comment