16 Keistimewaan Jadi Perempuan

  1. Doa perempuan itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
  2. Perempuan yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
  3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
  4. Perempuan yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasullah SAW) di dalam syurga.
  5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuannya seolah-olah dia telah memerdekakan anak Nabi Ismail.
  6. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasullullah SAW “Suaminya.” “ Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasullah SAW, “Ibunya.” Syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Ibu kan seorang perempuan, betul takkk? :)
  7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
  8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu. Ibu seorang perempuan kan? ;)
  9. Daripada Aisyah r.a “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
  10. Perempuan yang taat berkhidmat kepada suaminya dengan memelihara kehormatannya, menjaga sembahyang lima waktu & puasa di bulan Ramadan, akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab. Semua ikan-ikan di laut,burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
  11. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)
  12. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
  13. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
  14. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya. Dan apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi setiap titik susu perempuan itu jadi satu kebajikan baginya.
  15. Apabila semalaman seorang perempuan tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
  16. Rasulullah s.a.w menjelaskan betapa istimewanya nasib perempuan yang hamil jika dia meninggal dalam masa hamilnya. Allah memberikan jaminan kepada yang bersangkutan mendapatkan syurga sebagaimana janji yang Allah berikan kepada kaum lelaki yang mati syahid di medan perang untuk membela agama Allah. Kedudukan yang demikian tinggi bagi wanita yang meninggal saat melahirkan, menunjukkan betapa besar berkat yang Allah dan Rasul-Nya berikan kepada kaum perempuan.
Alangkah bertuahnya kita yang bergelar perempuan. Oleh itu, banyakkan bersyukur dan bersabar dalam menghadapi liku-liku dalam kehidupan ini. ;))


12 comments:

aini_chan said...

bangganya jd perempuan.. :)

zul hassan said...

memang bayak kelebihan wanita, maka bersyukurlah :)

eita said...

bagus betol en3 ni....rasa macam di hargai je kan sebagai seorang perempuan..

Anonymous said...

salam sy de tag kamu dlm 1 segmen..
jum join klu sudi...tq :)
http://akudankamoo.blogspot.com/2012/02/segmen-jom-blogwalking-follow.html

Lieza Nordin said...

bersyukur .. :D ^^ NICE SHARING...

Lia Irdelia said...

saya bangga saya seorang perempuan.,

M Fizan said...

wahhh..mulianya seorang perempuan... :)

purplelicios said...

mis bangga coz mis pmpuan..hargai dri sbgai prmpuan, lelaki pun kne hargai lah kita ni..hihix

misshannajr said...

bersyukur lahir sbg perempuan :)

9n0L4 said...

untung kan jadi ppuan. jgn sibuk nak jadi laki tau. hee.

Unknown said...

untungnya kita jd perempuan yer jaa..banyak kelebihannya dan eistimewaannya

jaakechik said...

bangga jaa jadik pompuan.... syukur!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT by TENTANG KITA Template design by Bunga Hati Mama