Sayangi Rasulullah Sedalamnya



Suke saya untuk join contest ni. Contest : Sayangi Rasulullah Sedalamnya. Kalau nak join jugak, klik tajuk tu okey. Buktikan cinta sayang anda pada junjungan kita. ;)

 Sikap peribadi Rasulullah yang menjadi pilihan saya untuk berkongsi di sini ialah; 

Jujur dan bijaksana
Kejujuran baginda membawa kepada gelaran al-Amin oleh masyarakat Makkah di mana ianya bermaksud yang dipercayai. Sebagai seorang yang bijaksana juga, baginda banyak menyelesaikan masalah yang timbul dalam masyarakat terutama yang melibatkan isu perkauman. 
 
Contohnya, peristiwa peletakan Hajarul Aswad kembali ke tempat asalnya selepas kejadian banjir. Mase tu, pertelingkahan sangat dasyat sehingga mereka saling mengancam untuk berperang. Masih ingat lagi tak cerita ni?
 
Okey. Saya story sket lagi. Macam mane Rasulullah buat? Baginda membentangkan kain selendangnya, kemudian mengambil Hajarul Aswad dan diletakkan ke atas kain itu. Baginda kemudiannya menyuruh setiap kabilah memegang hujung selendang. Apabila mereka mengangkat dan Hajarul Aswad itu tiba ke tempat letaknya, Baginda mengambil dan meletakkannya ke tempatnya dengan tangan Baginda. 

Dannn mereka semua berpuashati. Bijak. Bijak. Bijakkk. Ye takkk? Dengan izin Allah, Rasulullah telah mengelakkan berlakunya pertumpahan darah orang-orang Arab melalui kecerdikan dan kebijaksanaan akal Baginda. ;)

Orang yang bertuah saya untuk ditag ialah:
nurul

SALAM SAYANG ALLAH, SAYANG RASULULLAH. ♥ 

2 comments:

Mimie said...

contest yg ada pengisian.. bagus :)

9n0L4 said...

betul. tu yg join tuh. tapi takde rezeki jadi pemenang. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT by TENTANG KITA Template design by Bunga Hati Mama