Jangan Malas Mandi


Ade kajian berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Haa dengar tu, sape yang malas mandi, rugi tau! ;)

Ni ade lagi, penyelidikan yang diterbitkan dalam New England, Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. 

Satu lagi, kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Mandi air sejuk juga sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.
  
1) Mengeluarkan racun:
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

2) Jangkitan kulit:
Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

3) Selesema dan sakit kepala: 
Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Lepas tu, basuh dengan air sejuk. Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

4) Insomnia: 
Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Cara ini juga berguna bagi kaki lelah, pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

10 comments:

Cik Kira said...

nice info dear ;)

aReTikZ said...

Hikmah bila membersihkan diri kan.. ^^

eita said...

bile tensen dapta mandi best je...
rasa ringan badan

dyabunga said...

thanks for sharing..hehe.. patutlah org jepun suka pergi mandi kolam air pns..

cik comey said...

memang best klu dapat berendam dalam air panas...lega sgt..hilang segala masalah....badan pun rasa lebih segar n tido lebih lena...

.........cP~ said...

Kesimpulannya, JOM MANDI!! Hakhak

maszull said...

assalamualaikum Fariza..info yg baik ...:)

9n0L4 said...

yang baik jadikan amalan kan. jage kesihatan. ;)

Trah Zain said...

suka entry ni :D keep it uo :D

wan nurul hezrina said...

mmg baguskan air sejuk bagus untuk kanak2 sebab dapat menguatkan tulang=)

nice sharing=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT by TENTANG KITA Template design by Bunga Hati Mama