BEN ASHAARI : BLOGLIST APRIL 2012



 
Woot woot. Segmen BA lagi. Hee. BEN ASHAARI : BLOGLIST APRIL  2012. Kalau nak join jugak & nak tahu syaratnya, klik banner hensem di atas okey. ;)

Kenapa korang patut pilih blog ni? Sini ade details nya. Enjoy ye. Sebagai tanda persahabatan, klik ajeee mane² satu di bawah. Kalau baik hati, klik ar sume eh. ;))
 
Thanks ya. Kalau dah klik tu, let me know tau. Nanti ade upah nyaaa. Peace!!


Wordless Wednesday #12: Kepingin nak makan ini !




---------------------------------------------------------------------------------

16 Keistimewaan Jadi Perempuan

  1. Doa perempuan itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
  2. Perempuan yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
  3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
  4. Perempuan yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasullah SAW) di dalam syurga.
  5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuannya seolah-olah dia telah memerdekakan anak Nabi Ismail.
  6. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasullullah SAW “Suaminya.” “ Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasullah SAW, “Ibunya.” Syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Ibu kan seorang perempuan, betul takkk? :)
  7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
  8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu. Ibu seorang perempuan kan? ;)
  9. Daripada Aisyah r.a “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
  10. Perempuan yang taat berkhidmat kepada suaminya dengan memelihara kehormatannya, menjaga sembahyang lima waktu & puasa di bulan Ramadan, akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab. Semua ikan-ikan di laut,burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
  11. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)
  12. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
  13. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
  14. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya. Dan apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi setiap titik susu perempuan itu jadi satu kebajikan baginya.
  15. Apabila semalaman seorang perempuan tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
  16. Rasulullah s.a.w menjelaskan betapa istimewanya nasib perempuan yang hamil jika dia meninggal dalam masa hamilnya. Allah memberikan jaminan kepada yang bersangkutan mendapatkan syurga sebagaimana janji yang Allah berikan kepada kaum lelaki yang mati syahid di medan perang untuk membela agama Allah. Kedudukan yang demikian tinggi bagi wanita yang meninggal saat melahirkan, menunjukkan betapa besar berkat yang Allah dan Rasul-Nya berikan kepada kaum perempuan.
Alangkah bertuahnya kita yang bergelar perempuan. Oleh itu, banyakkan bersyukur dan bersabar dalam menghadapi liku-liku dalam kehidupan ini. ;))


Tips Nampak Cantik



Sume orang mahu cantik. Ye takkk? Nak cantik macam budak kat atas ni kan kan kannn. Hee. Sudah lumrah manusia suka pada kecantikan. Di sini saya kongsikan sedikit tips untuk cantik luar & dalam. ;)

1) Wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik
Cucilah wajah anda minimum 5 kali sehari dengan air wudhu'. Jangan dikeringkan tau, biarkan ajeee menitis dan kering sendiri. Then, ambillah sejadah, solat, berzikir, dan berdoa.

2) Menghilangkan stress
Banyakkanlah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh kita. Ye takkk? Sentiasalah ingat pada Allah SWT dengan zikir dan do'a.

3) Awet muda
Gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Ketika tengok cermin nak sapu bedak tu, jangan lupa bisikkan 'kata kunci' ni.



 Maksudnya: Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlakku.
 
4) Bibir cantik
Sentiasa bisikkan kalimat-kalimat Allah, berselawat, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.

5) Tubuh langsing & mulus
Diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS, selang satu hari. Puasa Hari Asyura pun sangat bagus. Makanlah makanan halal, perbanyakkan sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6) Persahabatan sejati

Sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian, kita akan dikenali dan disayangi ramai. Dalam konteks kita sebagai blogger ni, rajin²lah blogwalking, baca entri teman blogger & berbalas komen. ;)

WishlistKU tertunai lagi


 
Tiada apa lagi yang bermakna bagi seorang government servant selain diSAHkan jawatan. Alhamdulillahhh. Genap setahun setelah saya dilantik, SAH sudah perkhidmatan saya. Sekadar makluman sume, saya diposting & dilantik pada 16 Ogos 2010. Dan surat di atas menyatakan saya sudah pun sah jawatan bermula 16 Ogos 2011. Surat ajeee baru dapat. Lepas ni, mudahlahhh sikit untuk urusan rumah idaman. Yabedabeduuuuuu. Hee. 

Terima kasih SPP untuk motivasi baru ni. Tak lupe, pihak pengurusan sekolah pun banyak jugakkk berjasa. Kerani lahhh yang bersusah payah uruskan semua ni. Thanks sangat². Allah aje lah yang dapat membalasnya. Termakbul lah sudah wishlist saya yang ke-5. ;)

Sekarang, saya hanya perlu tunggu genap 3 tahun perlantikan untuk perakuan pencen pulak. Insha Allah tahun depan. Yeayyy!



Luna Shoppe's Giveaway


 
Orang yang bertuah saya untuk ditag ialah: 

Menang Giveaway 1st cik violet!



Kenal tak header di atas? Ye betulll. Ni cik violet punye. Ade join tak GA beliau bulan lepas? Oh, tak menang eh. Takpe². Kasi can lahhh kat saye kan. Huhu. Saya adalah salah sorang dari yang bertuah itu!! Kalau tak caye, tekan banner yang comel di bawah ni. ;)


Terima kasih cik violet & Syazwani Boutique untuk hadiah ni. Sori eh. Baru berkesempatan buat entri ni. Saspen sangat mase balik dari sekolah Khamis lepas, tengok² kat postbox ade surat bersampul kertas minyak. Ingatkan apela. Bukak² tengokkkkk. Wahhh. Tadaaaa.


Thanks dear! ♥ ♥



KONTES HADIAH TERINDAH & DARI SIAPA



Saya ditag oleh Nina untuk join contest ni. Thanks dear. KONTES HADIAH TERINDAH & DARI SIAPA by Aku Bukan Penulis. Beliau amat berbesar hati menjemput semua blogger untuk memeriahkan contest ni. Untuk maklumat lanjut, sila klik banner di atas atau SINI okey. ;)

 Ni lahhh dia hadiah paling terindah yang pernah saya dapat!


Cincin & roses!! Sudah pasti lahhh dari hubby tercinta. Hati ini cairrrrrrrr macam lilin weh. Speechless. Wordless. Huhu. Pape pun, hadiah yang paling² terindah ialah tuan badan yang bagi hadiah ni. Ye takkk? Hee.

Orang yang bertuah saya untuk ditag ialah:

Rahsia 13


Inilah dia rahsia solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu.


1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

10 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi/Kafir tak suke angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu 'FRIDAY the 13th', '13 Ghost' dan macam² lagi lahhh (kalau korang perasan la!!!)"
Wassalam.


Wordless Wednesday #11: Cube teka nasik ape ni?


 

Jangan Malas Mandi


Ade kajian berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Haa dengar tu, sape yang malas mandi, rugi tau! ;)

Ni ade lagi, penyelidikan yang diterbitkan dalam New England, Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. 

Satu lagi, kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Mandi air sejuk juga sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.
  
1) Mengeluarkan racun:
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

2) Jangkitan kulit:
Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

3) Selesema dan sakit kepala: 
Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Lepas tu, basuh dengan air sejuk. Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

4) Insomnia: 
Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Cara ini juga berguna bagi kaki lelah, pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

Happy 3rd Month Blogging!



Sudah 3 bulan saya berblog. Alhamdulillahhh. I'm blogging for three months! Tentang Kita ♥ sudah berumur tiga bulan. Wow. Macam tak caye je. Hee. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT by TENTANG KITA Template design by Bunga Hati Mama