Masyarakat sekarang ni, banyak sangat buat aktiviti keduniaan. Siang hari sibuk dengan kerja² periuk nasi kita. Ye takkk? Hee. Jadi, sangat normal lah kita perlukan tidur yang cukup di malam hari kan. Tapi, sekarang ni Ramadhan sudah masuk ke peringkat akhir. Tak kira sepenat dan semengantuk mane pun, cubelah bangun malam untuk beribadah. Urus masa tidur dengan baik. Insha Allah, takde masalah punye lah nak bangun awal² pagi ataupun nak berjaga malam. Kasi can lah katil tu berehat tanpa anda. :)
Dari hadith sahih mengatakan, Allah ada bersama orang² yang berdoa di 3/4 malam iaitu lebih kurang jam 2 hingga 4 pagi setiap malam. Bayangkan lah, ruginya kalau kita tidur mase tu kan. Kita dah terlepas peluang nak berdoa dan terlepas nak mintak macam². (:
Zakat ni bukan sekadar memberi duit atau barang keperluan kepada yang miskin dan memerlukan, tapi zakat ni bertujuan untuk menyucikan hati dari sifat tamak dan pentingkan diri sendiri. Sebagaimana yang sume orang tahu, zakat ni wajib dan mesti dibayar sebelum berakhirnya Ramadhan. Tujuannya adalah untuk membantu orang miskin dan memerlukan ni membuat persiapan raya. :)
Korang dah bayar ke belum? Saya baru aje bayar hari ni. Alhamdulillah. Pada yang belum bayar tu, carilah mana² kaunter zakat di masjid, shopping mall atau di bazar pun ade. Make sure, bile kita tunaikan tanggungjawab zakat kita tu, niatlah kerana Allah dengan penuh rendah diri dan bukan untuk riak atau menunjuk². Fikirlah betapa gembiranya orang miskin dan memerlukan tu bile terima sumbangan zakat anda nanti.
Paling penting, fikirlah tentang ganjaran hebat dari Allah yang bakal anda dapat. Maklumat selanjutnya tentang zakat, boleh lah google sendiri ye. Banyak website Islam yang boleh dipercayai dan diyakini. Refer pada ustaz² yang bertauliah tau. (: