Kek birthday yang basi !



Geng GSF mesti dah sedia maklum kan, semalam saya bertolak balik ke Dungun. Nak merasa nikmat berbuka bersama keluarga kite jugak kan. Aritu dah merase bersama mentua dan ipar duai. Saya bertolak lepas Asar, jadi sampai Dungun ngam² aje pukul 7 petang. Huhu. Sempatla singgah beli air tebu dan murtabak. Air tebu ni kegemaran ayah dan adek² saya. ;)

Time berbuka tu, ayah saya kuarkan kek dari bawah coffee table tempat kami berbuka tu. Sampai tadi, tak pulak saya perasan ade kek kat situ. Sweet betul ayah saya sejak dua menjak ni. Hehe. Walaupun birthday saya dah basi 3 hari, ade jugak kek untuk saya. Selama ni pun, macam tak pernah kot beli kek untuk saya. Sekadar wish aje. Tahun ni, ayah saya wish lewat sehari tapi ade kek. Nikmat Ramadhan kot? (:


Mak saya pun sweet jugak tahun ni. Hehe. Saya dapat wish SMS sehari selepas birthday. "Assalamualaikum. Hepi birthday kemarin. Beberapa hari lalu, ingat. Masa tulis tarikh surat² kat opis, macam terasa ade sesuatu? Tapi pelupe pulak. Tak dapat mencari. KUCH KUCH HOTA HIR. Rupenye befday Kak Jaa." Kuch kuch hota hai tu paling tak menahan sekali. Haha. Thanksssssss MA & PA. ♥

Ehhhhhh, aritu ramai tanye pasal kedai cap ayam tu kat mane. Saya nak buat teka teka lah. Hehe. Tengok gambarnye kat entry ni. Teka lah kat mane ye. ;)
1) KLU: Shopping Mall di Kuala Lumpur
2) Like fanpage ini
3) Tinggalkan komen di entri ni dengan jawapan:
Kedai ni di_____. Saya dah like fanpage _____.


Wordless Wednesday #26: Kenangan MANTAI, sape yang lebih rajin?




23 Julai 2012M bersamaan 3 Ramadhan 1433H ♥



"happy birthday to my beloved wife, i love u so much!!! ni yo yg den mampu boghi haaaa. ;-)

Sebab kuew teow sotong ni lahhhh, saya kene marosssssss dengan si dia. Huhu. Kesnya sebab saya nak teman si dia masak kat dapur je pun. Ade ke si dia cakap, "chef nak masak ni, janganlaaaaaa kacau daun." Sabor jelahhhh. ;)

Papepun, seriesly memang sedapppp. Bukan nak memuji suami sendiri. Tapi, ohsem la sodap. Hee. Lembut aje sotong nyeee. Bila ditanye camne buat, kedekut pulak die. Tak dibagitahu pun. Grrrrr. Tahun ni takde potong² kek. Cume nye saya cuti masuk dapur, basuh dan jemur baju, dan kemas rumah. (:

Terima kasih atas sume ucapan dan doa² korang juge ye. Itulah sebaik² hadiah. Moge ape yang didoakan akan diperkenan untuk kalian jugak. Insha Allah.

Sambut Ramadhan di kampung si dia !



Ramadhan kali ini saya berhijrah ke Jelebu untuk MANTAI. Apo mantai tuhhh? Haaaa, orang nogori ni memang meriah kalau sambut bulan pose. Siap buat kenduri masak rendang daging, sup daging, masak lemak ayam kampung, dannnn bakor lemang skali. Macam nak rayo pulak rasenye. Sibuklah dari pagi sampai petang ni haaaa. ;)

Selama sudah 2 kali berpose berdua, baru tahun ni saya berkesempatan untuk balik Jelebu untuk same² memeriahkan aktiviti mantai ni. Kebetulan pulak Ahad ni MB Tranung umum cuti sempena kemenangan SUKMA baru² ni. Sooooo, dapatlah 3 hari cuti untuk weekend ni. (:


Hari ni juge genap sudah 8 bulan saya berblog. Di kesempatan ni, saya memohon maaf andai selama ni ade terkasar bahasa ataupun komunikasi saya di sini ade menyentuh hati dan perasaan korang ehhh. Selamat menyambut Ramadhan ye sume. Bersama² kita menjadikan Ramadhan kali ni lebih bermakna dan lebih baik dari tahun sebelum ni!!


Wordless Wednesday #25: Name kedai yang sempoi !




Hadiah dari PDRM !



Sabtu baru² ni, sesampai saya di Tranung dari Putrajaya, dengan surprisenyeee menjenguk ke peti surat. Lain yang ditunggu, lain pulak yang sampai. Huhu. Alhamdulillah. Rezeki dari Allah. Terima kasih yana atas hadiah yang kiut miut ni. Ade pen, ade penyepit comel, dan ade smurf. I loikeeee!! Pape pun, tulisan yana lawaaaaa sangat. Hehe.

Ape yang saya belajar dari hadiah ni ialah apabila kita memberi, lambat laun pasti kita juge akan merasa. What we give, we'll get back. Ye takkk? Hee. Bukanlah maksudnye saya nak cakap saya ni banyak memberi tapi sikap suka memberi ni patut diamalkan. Sempena Ramadhan yang bakal tiba ni, lagilah elok dijadikan amalan. Ni dikire sedekah la jugak kan. ;)

Realitinya, memberi hadiah ni adalah sunnah Rasulullah. Tahukah anda bahawa hadiah paling baik ialah barang yang kita suka/sayang? Salah satu hikmahnya ialah sudah pasti si penerima rase sukaaa dan rase dihargai kan kannn kannnnn.

Jangan pulak kita mempertikaikan keikhlasan si pemberi kerana yang layak memberi nilai ikhlas itu hanya Allah jua. (:


Segmen Ke-2 NAL : Edisi Ramadhan




Klik header untuk join. ;)

Tugasan:
Penghulu kepada sekalian bulan ialah bulan Ramadhan. Jadi, tingkatkan ibadah, kurangkan juadah, dan banyakkan sedekah. (:

Terima kasih NAL sebab sudi entend kan due segmen ni. Bukan ape, kempunan aritu 1st segmen tak dapat join. Kali ni mestilah tak nak lepas peluang menjoinkan diri. Hee.


Tutti Frutti Yang Tamak Haloba



Haaaaa. Nilah dia yang dipanggil tamak mentekedarahhh. Huhu. Abihhh sume nak ditabur atas yogurt aiskrim. 3 perisa diambiknye, coklat, oreo dan vanila. Tapi yogurt nye tak nampak kan. Ye dakkk? Hee. Sebabnye sikit² je amek buat rase. Yang banyaknye cume topping. Gaya macamlah tak pernah makan segala topping tu. ;)

Satu ni rege nya bila ditimbang dan disukat ialah RM 19.08. Takde nak main teka teka ye arini. Lain kali ajeeeee. Hehe. Senang hati la kononnya ni. Pagi tadi test² broadband, semacamnya sudah beransur elok. Kadar kelajuan nya sudah berada di tahap yang okey dan tak lagi menyakitkan hati ini. Cewahhh. Tapiiiii arini dah hari last bercuti, soooo masalah sekarang ni, masa pulak yang mencemburui. (:

Pape pun, insha Allah, akan sampai juge saya ke blog kalian ye. Blog² fevret saya tu, jage² lahhh ye. Jangan terkejut pulak bila tengok komen saya aje yang bersusun². Maklumlah, dah lame benor tertinggal ni. Hehehe.


Dapat hadiah top commentor !



Sebenarnya hadiah ni selamat saya terima pada hari Isnin lepas. Dan malam ni baru sempat nak buat entri. Terima kasih banyak ye Kak Tiha. I love you lah. Suke sangattttt. Keychain dari Tranung tu balik semule ke tempat asalnya kan. Hehe.

Sekarang ni prestasi saya mengomen agak menurun gara² broadband saya agak gile sikit bulan ni. Bese² duk paling top, lening turun merudum. Mintak maaf la ye sume. Tiap kali singgah blog korang, sempat tinggal satu komen ajeee. Aktiviti follow blog pun turut tergendala. Tak kuar² page nya. Grrrrrr.


Wordless Wednesday #24: Marathon tengok wayang !




Simple Contest: Ibhas Nama Blog !



Dah lame saya rancang kan tukar name blog ni. Sebab? Saya baru perasan dah ade blog guna name Tentang Kita ni. Ye takkk? Hee. Tapi saya tak dan mase nak fikirkan nama yang unik dan bersesuaian dengan imej blog ni. Jadiii, saya putuskan nak buat contest pencarian nama blog ni. The simple one! ;)

Syarat penyertaan:
1) Like fanpage ini
2) Share kan  entri ni di FB. Macam mane? Tekan je button Share to FB di bawah entri ni.
3) Tinggalkan cadangan nama blog pada komen entri ni bersama ID FB anda dengan details berikut:
Cadangan nama blog: ______________
dan
Saya dah LIKE fanpage _____________ !

Hadiah akan diupdate kedian. Fikir dan ibhassssss name yang best² cepat! (:

TUTUP jam 11.59pm, 12 Julai.


Penggunaan Masha Allah yang tepat



Sedarkah kita tentang penggunaan "masha Allah" dalam percakapan seharian seringkali disalahguna? Bukan ape, kadang² kita terpengaruh dengan movie², yang mana baaaanyak sangat menggunakan "masha Allah" dalam situasi yang silap. Saya perhatikan ramai di kalangan kita menggunakan lafaz "masha Allah" ketika berhadapan dengan situasi yang tidak disukai ataupun yang tidak elok. Sebagai contoh, ketika terlihat gambar² censored atau bila anak² buat perangai nakal. Ye dakkk? ;)

Tahukah kita bahawa istilah "masha Allah" ni bermaksud ALLAH THE ALMIGHTY atau ALLAH YANG MAHA AGUNG. Soooo, kita sepatutnya menggunakan istilah "masha Allah" bila kita melihat something nice seperti bayi atau kanak² yang comel, ketika menjamah makanan yang sedap, terbau wangi²an dan sebagainya.

Jadiii, kesimpulannya, penggunaan "masha Allah" ketika berhadapan dengan situasi yang tidak elok adalah salah dan tidak digalakkan. Yang patut kita lafaz ialah "Astaghfirullaahal'aziim" (Aku memohon ampun kepadamu Ya Allah) ataupun "Innaalillaah" (Kepada Allah kita kembali). Wallahulam...


Pedas rangup, pedasss ranguppp !



Akhirnyaaaaa merase jugak saya resepi KFC yang baru ni. Sebab gi jalan² ke blog korang lah buat saya terliur nak makan tau. Mane taknyeee, sume orang asek duk cite gi makan KFC je. Ye takkk? Hee. Lepas sorang dan sorang duk tayang, mane nak tahan nafsu makan ni. Bende sedap pulak tu. ;)

Ape yang boleh saya katekan, resepi baru ni memanglah mempengaruhi saya untuk memakan keraknya yang rangup tu. Selama ni si dia duk rebut kerak ayam saya, kali ni saya pulak yang rebut kerak ayam dia. Hehe. Tapi takleh lah makan selalu kan. Kate orang, kulit ayam ni tak bagus. Lemak tepu ni kan? Kalau boleh elakkan, lagi bagus kot. (:

Ehhh, perasan tak coslow nye takdeeeee kan. Huhu. Saya memang tak makan sayur & mayonis. Awal² lagi dah pindah milik. Haha. Kalau korang nak belanja saya, order bahagian ayam yang ni tau. Bahagian lain saya kurenggggg selera nak makan. Sebab? Banyak daging. Boleh gitu? ;)


PRU 13, September ni ?



"Hah?? Kau ni PM ke Jaa oiiii. Memandai kau yo. Kau sorang yo lah mengundi September ni kot. Huhu." Ingat lagi tak, sehari sebelum hari ulangtahun si dia, saya ade maklumkan di little status tu yang mana saya ade taklimat seharian di MPK kan. Ye takkk? Hee. Sebenarnya saya ade taklimat petugas PRU. Saya telah dilantik menjadi kerani pengundian pada hari kejadian nanti. ;)

Ape yang saya tahu, SPR telah diarahkan membuat persediaan rapi untuk PRU 13 bermula sejak awal tahun lagi dan diperkemas pada Jun baru² ni. Dateline yang diberi ialah pada 30 Jun. Maknenye, sekarang SPR dah pun fully prepared. Tinggal nak umum tarikh mengundi aje. Tu yang sibuk nak meramal date tuh. (:

Pesanan saya, yang mane layak mendaftar sebagai pemilih tu, gi lahhh daftar segera. Yang baru sambut sweet 21 tu ameklah peluang ni. Anda sudah layak mengundi. Saya dah pun apply untuk menjadi pengundi pos. Sebab di hari kejadian, tak mungkin saya dapat balik ke Dungun untuk mengundi. Saya akan bertugas di Kemaman. Sooooo, saya akan mengundi dulu sebelum anda! Hehehe.


Wordless Wednesday #23: Aduh du du, dia pun nak berpoket jugakkk tuh ! HAHA




Ampunkan daku



Petang semalam, saya baru aje poskan hadiah buat pemenang teka teka sempoi retak beribu² lemon. Hanya cenderahati kecil dari saya. Harapnye akan sampai lahhh ke destinasi dengan selamat. Maaflah atas kelewatan ye. Saya agak sibuk di sekolah akhir² ni, 2 minggu ni selalu ajeee balik pukul 3.30 petang. Nak gi buat urusan bank pun tak sempat. Ni kan pulak nak gi pos ofis. Hadoiii. Dugaan sungguh!

Untuk pemenang teka teka yang terbaru ni, saya belum lagi poskan hadiahnya. Sabar menunggu ye. Plan nak pos sekali harung tak menjadi pulak. Haihhh. :)


Betik ku dicurik orang !



Sepatutnya saya ade 3 betik yang masak tau. Tapi tengok² dah hilang satu. Huhu. Nak kate jatuh, takde pulak buah kat atas tanah. Ishhhh, memang sah ade orang amek!! Saya bukannye kisah sangat pun tapi at least, bagitahu lah kan. Ye dakkk? Hee. Kalau malu, tulis lah note sikit, lekat kat pokok tu. ;)


Bukan main adventure lagi saya nak dapatkan 2 bijik betik ni. Saya buat ape? Haa, saya panjat pagar rumah sebab tangan tak sampai nak capai dari bawah. Hehehe. Punyalah tak sabor tunggu si dia balik main bola!


Tadaaaaaaaa, tu diaaaaa. 3 butir ajeee bijik nyeee. Hehe. Memang manis! ;)


Ni potong cara saya. Jemput menjamu mate ajelahhh sume ye. Huhu. Nak hantar, nanti posmen pulak yang curik dulu. Sedapnyeeee makan sejuk². (:


Happy 7th Month Blogging!



Sebenarnya kan entry ni dah terlewat hampir 2 minggu. Ye lahhh, hari yang sama bila genapnya 7 bulan saya dalam dunia blog ni, ialah birthday si dia. Aritu kan seharian saya OFF layan blog. Lepas tu dah lupe ingatan nak buat entry ni sampai lahhhh arini. :)

Semalam pun saya tak update entry kan. Ye takkk? Hee. Sampai penuh komen anda² sume di entry segmen & GA saya. Punya lah nak tinggal jejak kan. Mekasihhh ye. Maaf lah sebab saya tak bersiaran semalam. Tiap bulan memang akan ade satu hari saya duk melepek je saket bulanan. Huhu.


Saya suke nombor 7 tau. Sebab? Julai adalah bulan ke 7. Tak saborrr nak makan kek ni. Hehehehe.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT by TENTANG KITA Template design by Bunga Hati Mama