Nak Gemuk , Nak Gemuk , Gemuk!


Entri ni di claim oleh Tuan Besar. Nak gemuk eh? Nah, spesel punye dedicated. Seringkali permasalahan yang kita dengar adalah untuk menurunkan berat badan. Ye takkk? Hee. Selalu sangat kita diberi info/tips mengurangkan berat badan di iklan, TV, online, print ad dan lain-lain. Tapi, takde pulakkk tips pasal nak menaikkan berat badan. Okey. Okey. Macam tips untuk kurus, menambah berat badan ni bukanlah perkara mudah dan boleh dilakukan dengan cepat . Beberapa tips di bawah ini, saya kongsikan mungkin dapat menjadi salah satu alternatif untuk menambah berat badan ideal kita.

1. Banyakkan makan/minum sumber hidangan yang banyak mengandung karbohidrat & protein tinggi tapi rendah lemak. Contohnya, minum satu gelas susu setiap pagi & makan telur setengah masak. Kalau minum susu penambah berat badan tu lagi bagus sebab nutrisinya lebih banyak. (susu ape tuuu, weight gain eh?)  Contoh lain seperti nasi, roti gandum, pasta, ayam bahagian dada tanpa kulit, salmon, daging tanpa lemak, cereal, telur, keju, kentang, tempe, kacang, buah-buahan berkalori tinggi dan sayuran. Ada sesetengah orang tu tak gemuk sebab malas makan & makan pulakkk makanan yang sangat rendah nutrisinya. Ade ke orang macam ni eh? Huhu. (tak pun, sebab malas masak macam saya kot. hee.) Padahal kan, setiap hari metabolisma badan kita memerlukan banyak nutrisi, mineral, gizi, vitamin dan sebagainya. Ade sesetengah yang lain pulakkk, cube untuk untuk makan makanan dengan kadar yang banyak. Tak boleh la macam tu. Ye dakkk? Kenalah beringat & jangan pulak makan makanan yang banyak lemak. Nak gemuk sangat, tapi tak pasal² dapat penyakit. Oh tidak.  Tidakkk. ;)

2. Ambil supplement yang dapat menambah nafsu makan. Pastikan ianya supplement yang legal dan sehat tauuu. Pengambilan vitamin/supplement ini jugakkk penting untuk tubuh agar keperluan perkembangan tubuh kita mencukupi selain merangsang nafsu makan kita dalam membantu menaikkan berat badan yang kita inginkan. Tapi ingat, sangat penting untuk menggunakannya secara teratur. Dengan menambah dos, tidak akan mempercepat menambah berat badan kita, sebab tubuh kita hanya boleh terima nutrisi yang sesuai dengan ukuran tubuh. Rujuk pada doktor ye.

3. Menambah pola makan. Misalnya, kalau selalu tu kita makan tiga kali sehari kan? Breakfast, lunch & dinner. Tambah la jadi lima/enam kali sehari. Makan pagi, minum pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam & minum malam. Hee.  Tapi ingat! Jumlah makanan yang kita makan tu biarlahhh lebih sedikit dari yang tiga kali sehari. Kata orang, makan sedikit tapi lebih kerap dengan kandungan gizi yang cukup lengkap. Kalau makan sekali banyak, nanti akan rasa terlalu kenyang. Tak baikkk. Rasulullah tak sukaaa. Makanlah secukupnya dan bernutrisi tinggi agar badan sehat dan boleh menambah berat badan dengan cepat dan baik. :))

4. Melakukan senaman otot yang tetap. Sebab?  Senaman ini dapat membakar lemak yang ada di tubuh kita. Contohnya, skipping, push ups, pull ups, chin ups, dips, body squats & baaanyak lagi. (tak reti nak bagitau istilah BM nyeee. Hee. Sori eh) Kalau lokasi di Dungun, tepi Pantai Teluk Lipat tu ade tempat rekreasi yang sediakan sume ni. Best!. Tapi janganlah beria² sangat. Nanti makin kurus pulakkk. Sikit² amik syarat aje. Haa. Bukan nak kurus aje kene bersenam tau! Hee.

5. Bersihkan pencernaan kerana dikatakan tidak naik/turunnya berat seseorang itu banyak disebabkan oleh pencernaan yang tidak sihat. Bila keadaan ini tidak rawat, banyak makanan yang dibuang semula tanpa diserap oleh tubuh kita. Kan dah rugi aje nutrisi yang kita makan tu. Ye dakkk? Hee. Cubelah fiber /herba yang khusus agar usus kita bersih dan sehat. Saya nak tolong rekemen pun, saya tak tahuuu. Nantilah, kalau saya ade guna pape produk & berkesan pada saya, akan saya usulkan kemudian.

6. Tidur yang cukup. Ramai antara kita yang ingin menambah berat badan ni tak tahu pentingnya tidur untuk menambah berat badan! Paling baik ialah waktu rehat di waktu malam atau tidur kurang lebih 6-8 jam setiap malam. Tetapi yelahhh kan, kadang kita sibuk dengan urusan pengurusan rumah/urusan kerja pejabat yang dibawa balik ke rumah menyebabkan kita hanya tidur beberapa jam ajeee. Haa. Ada beberapa cara yang boleh saya sarankan ialah berehatlah pada waktu yang tepat. Masa rehat, rehatlahhh. Elakkan menonton TV pada waktu tidur, internet surfing, (haaaa. yang ni best. termasuk saya la tuuu. hee) main video games, membaca atau bergayut telefon. Kalau kita tidak melakukan semua ini, waktu rehat kita lebih banyak dan tentunya berat kita pun bertambah. Untuk permulaan ni, cubelah kurangkan aktiviti tersebut di waktu malam. :p

7. Disiplin. Lakukan tips di atas tanpa berputus asa. Mental kene kuat! Kurangkan stress.
Stress boleh bertambah kurus eh? Huhu. Biasanya, kalau stress ni kita lebih terdorong untuk lebih makan. Ye takkk? Hee. Tapi ada juga yang stress ni membuatkan kita tak lalu nak makan. (saya lah tuu. hee.)  Apa pun yang penting, usahakan jangan stress² ye. Ini secara umumnya untuk kesihatan kita jugak kan. Satu lagi, jangan merokok! Sebab? Duit untuk beli rokok tu ada baiknya dipakai untuk beli susu. Nak tambah berat kan kannn. :)

Kesimpulannya, usaha menambah berat badan ni perlu berterusan. Mungkin susah dilakukan bagi orang kurus yang sibuk tapi kata orang, nak seribu daya tak nak seribu dalih. Ye takkk? Hee. Saya ini bukanlahhh mahasiswa kedoktoran/ahli gizi, jadi mungkinlah ada salahnya pendapat saya. But don’t worry babies, rasenya boleh aje kan. Hee. Ade lagi tak tips lain? Kalau ade, boleh share di ruang komen. Harapnya tips di atas dapat membantu. Walaupun mungkin kita belum lakukan semuanya secara sempurna, setidaknya boleh dicuba untuk bermula dari sekarang. Selamat mencuba ye. Saya sendiri pun kurus ni. (tak suke minum susuuu. hee.) Masih berusaha menambah berat jugakkk ni. Ayuhlah berjuang bersama!

13 comments:

Shahizan Azmi said...

terima kasih :'D Tak sangka buat betul-betul pulak Hahaha kawan2 pun suruh minum susu weight gain tu. Err, patutlah tak gemuk tak sangka tidur pun kena cukup :D Haha terima kasih, menarik info ni (;

9n0L4 said...

hee. sedih aje tgk ayat nak gemukkk. nah, skrg jgn lupe minum susu & tidur cukup. ;)

purplelicios said...

xnk!! nak kurus la...eee.. hahah

9n0L4 said...

heeeeeee. nak kurus kat entri ni la dear. http://farizafairuz.blogspot.com/2011/11/nak-kurus-nak-kurus-kurus.html

Tinta Maya said...

saya nak gemuk sebab sy sanagt sekepeng macam lidi . insyaallah sya cuba tips ni . thanks for the sharing :D

9n0L4 said...

okey. selamat menjadi lebih gemuk eh aina. jgn lupe upload gambar tau. :)

Lia Irdelia said...

tips yg bagus utk saya.. hehehhe

Miss N™ said...

kak..kalau ade mesin pindahkan gemuk..nur bagi akak..hihihi

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

wani nak kurus nak kurus nak kurus nak kurussss hahaha

mummyrinazone beauty said...

nurul tak nak lah tips nie.hahaha kena buat yang terbalik dari tips nie sbb aii nak kurussssss.hahaha dah naek 3kilo nih!tensi mak!

Unknown said...

ramai dok minta nak kurus,..jaa sebaliknya yer..

IntaNBerliaN said...

tips kat ats tu rasanya semua sy buat.. kecuali bersenam... hihii

lg satu bab pencernaan tu, sy ni, kalau buang air besar.. seminggu 2 kali je.. org lain hari2 buang air besar... tp sy ni mmg dari zaman dulu, zmn blm kawen lg ada mslh ni....

buang air besar tak buang ari2 cam org lain... mkn byk tp xbuang.. adehhh

Abang Karu said...

aku malas nk bersenam...gemuk pun gemuk la ahahhaaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT by TENTANG KITA Template design by Bunga Hati Mama