MEROKOK. Nak Ke Tak Nak?


Setiap tahun, berjuta² orang di seluruh dunia ni cuba untuk berhenti merokok tapi gagal. Biarpun gagal, saya tetap mahu ucapkan TAHNIAH. Sebab? Sekurang² nya anda telah cuba untuk berhenti merokok. Ye takkk? Hee. Merokok...adakah ia tabiat atau ketagihan? Mengapa ramai perokok yang berhasrat untuk berhenti merokok tetapi amat sukar sekali berjaya. Tak sampai 2 minggu, bila dah jumpa geng² perokok terus hisap rokok balik. Memang susah. Salah satu alasan utama mengapa perokok gagal untuk berhenti adalah mungkin ketidakmampuan untuk berazam sepenuh hati.

Namun, anda tidak boleh menyerah dan terus mengalah pada keadaan tersebut. Setiap individu kebiasaannya sangat mampu untuk mengubah kebiasaan merokok asalkan ada niat dan tujuan yang kuat. Anda tidak perlu tunggu lama untuk menghilangkan ketagihan anda terhadap rokok. Berikut adalah beberapa tips yang saya harap akan membantu anda dalam usaha untuk berhenti merokok.

1. Libatkan keluarga dan kawan - Niat dan usaha semata² rasanya belum cukup untuk anda berhenti merokok dengan jayanya. Dorongan, motivasi & sokongan daripada keluarga & kawan² sangat penting untuk terus membuatkan anda terus bersemangat & membantu anda dalam melawan ketagihan merokok. Orang tersayang sudah pasti akan menyokong anda untuk melawan tabiat merokok. Ye dakkk? Hee. Saya sendiri pernah melihat ayah saya berusaha untuk berhenti merokok. Sekali gagal, dan kali kedua berjaya. Alhamdulillah. :)

2. Menyertai program sukan/olahraga - Ini adalah satu cara yang sangat bagus untuk mengurangkan tabiat merokok. Tapi mesti jadualkan secara rutin. Berjalan² atau pergi ke gim bersama kawan² mungkin akan mengalihkan fikiran anda. Kalau tak ke gim pun, banyak taman rekreasi sekarang menyediakan ruang olahraga untuk orang awam. Ingat, olahraga/bersukan mampu menghilangkan stres dan membantu menyihatkan semula badan anda akibat efek oleh rokok selama bertahun-tahun. Untuk permulaan, anda boleh mula merancang program anda dengan aktiviti yang ringan terlebih dahulu. Kemudian, secara bertahap beralih lahhh pulak pada aktiviti yang lebih berat. Sikit² lama² jadi bukit. Ye takkk? Hee. Tetapi sebelum bermula, pastikan anda sudah terlebih dahulu berbincang dengan doktor/pakar tentang olahraga/sukan ni. ;))

3. Teknik pernafasan - Sekali lagi anda perlu sentiasa mengingatkan diri anda bahawa kunci kejayaan berhenti merokok terletak pada diri sendiri. Anda lahhh orang pertama yang bertanggungjawab mengawal kehendak anda untuk merokok. Salah satu cara untuk kontrol keinginan anda untuk merokok adalah dengan melakukan teknik bernafas yang dalam. Ramai orang menganggap cara ini sebagai salah satu teknik yang paling kuat dan penting, terutamanya dalam membantu fikiran untuk rileks dan mengatasi segala jenis bentuk stres. Untuk lebih berkesan, ambiklah wuduk dan mengadulah pada Allah. :)

4. Minum banyak air - Memang tidak dinafikan, air sangat membantu menyingkirkan nikotin & bahan kimia lain dari tubuh anda.  Jadi, minum air dalam jumlah yang cukup adalah sangat perlu bagi setiap perokok. Minum banyak air juga boleh membantu anda mengurangkan keinginan hati & mulut untuk merokok. Ye takkk? Hee. Satu lagi, selalu mengunyah chewing gum/gula² mint pun membantu. Dulu selalu nampak ade je benda² ni dalam kete, zaman ayah cuba berhenti merokok. ;)

5. Terapi pengganti nikotin - Akhir² ni ramai doktor yang menyarankan kepada perokok untuk mengambil tablet untuk mengurangkan efek merbahaya dari rokok. (Ape ye nama pil tu, kalau tak silap ade tengok dalam iklan TV). Betul tak gambar sebelah ni? Mengambil tablet/pil ini dipercayai dapat menghalang keinginan seseorang untuk tidak merokok. Cara ini mungkin boleh membantu perokok untuk mengatasi ketagihan nikotin & mengurangkan keinginan merokok. Haa. Apa lagi tunggu? Tanyalah pada doktor anda cepat².

6. Jauhi bahan berkait dengan rokok - Jauhi segala bahan yang boleh menggugat keazaman anda untuk berhenti merokok seperti lighter/tempat abu rokok. Sebab? Jika benda  tersebut berada di sekitar anda, tidak mustahil membuatkan anda akan terdorong untuk kembali merokok atau menimbulkan keinginan anda untuk merokok lagi. No. No. No. Hee.

7. Bulatkan azam/tekad - Jika anda sudah berniat untuk berhenti merokok, buatlah sebuah harapan dan target dalam sebuah catatan peribadi anda. Setiap kali anda berasa hampir kalah pada godaan, bukak kembali catatan peribadi tersebut untuk mengingatkan diri anda tentang tujuan asal anda. Sentiasalah berfikir secara positif. Berpeganglah pada janji & kekuatan hati anda. Tanamkan selalu dalam fikiran anda, bahawa anda mampu melawan godaan & boleh lakukan yang terbaik untuk diri anda.

Berhentilah merokok. Ingatlah orang yang tersayang!

Kalau ada yang nak tambah tips/share pengalaman, kongsikan di komen eh. TQ much much!

6 comments:

C i k P i p i T e m b a m said...

laki dan rokok sama sprti perempuan dan brlian. HHAHAHAHAAH

9n0L4 said...

hee. mcm tu eh. comel je pipi tembam ni. :p

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

nasib la husband wani xmerokok :)

Si Matatajam said...

Nak seribu daya tak nak seribu dalih..pilihannya. Tangan anda..ha ha.. Nasib baik my hubby pun tak merokok cam hubby Wanieys

mummyrinazone beauty said...

mmg susah sebenarnyakan utk tidak merokok nak2 perokok tegar..mmg tak elok untuk paru2 tapi masih adaa lagi tak jelas tentang ini..dan masih mengamalkan cara hidup tak sihat..

dah jadi mcm ketagih..mmg payah nak katakan tidak..huhu

nasiblah hubby n abah nurul tak merokok

Abang Karu said...

amaran kerajaan....merokok membahayakan kesihatan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT by TENTANG KITA Template design by Bunga Hati Mama