Hari ni saya ade masak sayur petola. Entah macam mane boleh masak eh? Hee. Tengah hari tadi la duk selongkar peti sejuk mak, nampak laa ade 1 batang sayur petola. Haaa. Sebelum petola ni rosak sejuk² duk dalam peti ni, kesian die kan. Ade baiknyeee dibuat lauk. (orang Tranung katee sayur petola ni sayur tteney. hee.) Tahu ke care nak pronounce tuuu? :p
Okey. Okey. Toksah cakap banyak. Jom kite masakkkkk!
Bahan-bahan
1. 1 biji petola (buang kulit kerasnya, kikis sedikit kulit luarnya dan potong bulat²)
2. 1 paket kecil suhun/fuchuk (direndam sampai kembang)
3. 2 ulas bawang putih
4. 3 biji bawang merah
5. 2-3 cawan air
6. Sesudu minyak
7. Segenggam ikan bilis/keropok ikan
8. Sedikit lada hitam
9. Sedikit garam/gula
10. 1 biji telur (jika suka)
Cara-cara
1. Hiris bawang merah dan bawang putih.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan² hiris & ikan bilis. Bila dah naik bau, masukkan air secukupnya. Kacau sehingga mendidih.
3. Masukkan petola yg dah dipotong bulat. Masukkan juga suhun/fuchuk dan keropok ikan (jika ada). Kacau lagi.
4. Pecahkan telur dan kacau. (saya tak letak pun. hee.)
5. Perisakan dengan garam/gula & lada hitam.
6. Biarkan sayur masak dan empuk.(tapi jangan masak terlalu lama, nanti sayur jadi lembik & tak sedap pulak.)
7. Wokeh... Siap untuk dimakan dengan nasi atau diratah begitu sahaja..
Camne? Senang ajeee kan. Trylah buat. Tapi resepi ni boleh aje ekjas ikut citarasa sendiri. Main campak² je. Contohnya, saya masak pun tadi main letak je garam/gula & lada hitam tu masa tengah tumis bawang. Masuk aje sume perasa. Takde nak tunggu masukkan sayur dulu ikut step di atas ni. Hee. Orang kate, garam ni boleh wat minyak cepat panas. (nak cepat naik bau punye pasal la ni. jangan diikut. hee.) Pape pun, janji rasa sedapppp kan. Ye takkk? Hee.
Bawang & ikan bilis tu boleh je kalau nak tumbuk halus. (kalau tak suka hiris/mayang). Oh ye, kalau nak tambah sayur lain, bagi yang jenis vegetarian suke makan sayur kan, boleh aje tambah carrot/bunga kobis/cendawan. Sedap jugakkk tu. Satu lagi kan, ade orang suke letak ape tuuu, stok ikan bilis? Pendapat saya lahhh, kalau boleh elakkan. Lebih baik kita gune dari sumber yang asli. Besenye yang fastfood camtu, paham² aje laa kan. Ajinomoto pun tak usahlahhh. Tapi atas masing². Saya tak suke. Hee. Bukan ape, kurang baik untuk kesihatan. :)
Eh, tau tak fuchuk tu ape? Dari tadi duk sebut² kan. Alar, tauhu keping macam keropok tu. Tahu kan. Saje je beritahu pada yang nak tahu. Kot² ade yang tak tahu. Hee. Nak tambah ayam/daging/seafood, suka hati. Kalau suke, letak. Kalau takmo letak pun takpe. Masak ape yang ade je. Sempoiii. Selamat mencuba!
11 comments:
amboi..pandai masak ye...bgus2!senang ur husband nt.hehehe
hee. yg senang² & simple aje tuuu, qusowt pun bleh wat. :))
sy tawu sy bley buat..hihihi
poyo jep sy ni.hik3
hihi. kalau cmtu, amer bleh la wat dadih mixed fruits poyo ni. :p
http://farizafairuz.blogspot.com/2011/11/dadih-mixed-fruits-poyo_30.html
dua2 tu makanan feveret aku ... petola dan fuchuk tu ... pi kalau da peria aku pilih peria berbanding petola ... ^_^
ooo prefer peria eh. tak pernah makan pulak peria. hee.
pandai masak rupanya kak jaa ni.. :)
main campak2 la yg jd sedap masakan tu hehe
kalau tambah ayam mesti sedap. nyumm.. :)
tak pernah masak petola style nih..boleh laa try nnt
sedap2...aku suka sayur petola... :)
Post a Comment