
Bahan-bahan
1. 15 ekor udang sederhana besar (bersihkan)
2. 2 paket perencah tomyam adabi
3. 1 ulas bawang putih (diketuk)
4. 2 biji bawang merah besar (dipotong 4/8)
5. 4/5 cawan air
6. 3 helai daun limau purut
7. 1 batang serai (diketuk)
8. 5 biji cili api merah/hijau
9. Sayur pilihan (bunga kobis/cendawan/carrot/tomato-dipotong²)
10. Sedikit garam/gula
Cara-cara
1. Masukkan air & perencah tomyam adabi dalam periuk. Didihkan.
2. Masukkan semua bahan²: udang, bawang, daun limau purut, serai, cili & sayur. Reneh selama 8-10 minit.
3. Masukkan garam/gula. Adjustlahhh ikut selera anda & kacau rata.
4. Kalau nak lagi pedas, tambah cili api. :)
5. Okey. Kalau dah sedap maknanyaaa dah siaplahhh. Slurppppp.
6. Opss. Taburlah daun ketumbar bila mahu dihidangkan. (optional aje. jika suka) :p

Ade orang letak santan/susu cair untuk buat tomyam udang ni. Tu atas selera masing² la kot. Hee. Kalau korang memang suke sangattt dengan tomyam & tiap² hari pun asek² nak makan tomyam ajeee, saya cadangkan korang masak kuah tomyam ni dalam satu bekas berasingan. Segala bahan ayam/daging/seafood & sayur tu, korang potong siap² & simpan dalam peti sejuk. Bile korang nak makan, korang just panaskan ajeeee & masukkan segala bahan tu. Selamat mencuba! :))


6 comments:
wa sedap.. !!! tapi x pandai masak :'-(
heeee. senang je main campak². cube dulu, nnt bleh pandai. :)
ni kalau bulan puasa tergugat ni... :)
sedapnyerrrrr.....nk buat la nanti
Pergh merah menyala tu..mesti terangkat tom yam ni...
saya pun suka sangat2 kalau udang...merahnyer..pedas ker jaa
Post a Comment