Sesuai untuk yang dah berkeluarga mahupun yang masih solo.......
Ewah ewah ewahhhhh. Korang suka betul kalau bab² nak tahan lama ni. Ye takkk? Hee.
Kat bawah ni, ada petua untuk 'tahan lama'. ;)
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
KELAPA PARUT
Untuk lebih tahan lama selama 2 tahun,
Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja.
Gunakan sebelah pada 31 December 2003. Dan sebelah lagi pada 1 January 2004.
Wah...tahan sampai 2 tahun kan? Hihihi.
NASI/LAUK
Biar tahan lebih lama,
Jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria.
Sebab tu lauk cepat basi.
Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.
BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS
Kalau untuk lebih 'tahan lama',
Bayar le zakat untuk barang kemas tu atau pakai saja.
Barangan emas bila dah terlalu banyak, kena bayar zakat.
Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi, padan muka korang. Haha.
PAKAIAN
Nak tahan lama,
Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat dan elak guna washing machine.
Jangan jemur bawah mentari terik dan elak guna bleach.
Jangan bawa mandi kat beach.
Gantung bila disimpan.
Cuci guna air jeram/hujan.
Jangan bagi pinjam kat kawan!!!
Kalau nak tahan lagi lama PINJAMLAH BAJU MEMBER...
BAJU SENDIRI SIMPAN. Hehehe.
KERETA
Nak tahan lama,
Lepas beli, simpan kat garaj. Tutup elok².
Jangan bagi angin masuk. Jangan bagi abuk masuk. Jangan bagi wap air masuk.
Bayar loan bulan² sampai abis loan. Gerenti tahan lama. Hahaha.
KENYANG
Kalau nak tahan lama,
Sebelum makan - baca Bismillallah dan doa
Akhir makan - doa dan ucap Alhamdullillah...
UMUR
Umur nak tahan lama?
Banyak kan senyum, jangan fikir semua masalah.
Jangan merokok!!! (bukan sebab rokok tu bahaya tapi bazirkan duit saja,
kalau duit tak ada, banyakkan lagi masalah).
ROKOK
Rokok nak tahan lama?
Jangan hisappplah......!!!! Letak atas meja dan pandang saja.
P/S: jangan hisap benda² yang dilarang...sendiri mau ingat. :)
TIDUR
Nak tahan lama,
Takyah tidur malam
Rajin²lah tidur siang.
HUBUNGAN
Bertahan lama dalam persahabatan/hubungan,
Jujur, ikhlas dan pandai bersenda gurau. :p
Last word: SELAMAT BERTAHAN LAMA...
...................sentiasalahhh terbuka dan rasional ye. Jangan fikir yang bukan². Hehehehe.