T. I. G. A?



Saya masih lagi dalam mood wedding anniversary. Maaflah kalau korang nak muntah hijau. Hehe. Semalam pa dan ma saya ajak buat double celebration. Dorang punye anniversary arini, 30 September. Kirenye semalam celebrate dorang punye advance sehari dan saya punye dah pun basi 4 hari. ;)

Ape yang uniknye ialah tahun ni merupakan ulangtahun ke 3 buat saya dan si dia, serta ulangtahun ke 30 buat ma dan pa saya. 3 bijik coklat lava di atas itulahhh sebagai tanda. Kiut dakkk? Hee. Satu lagi, sebenarnya kan mak dan ayah si dia pun berkongsi wedding anniversary pada bulan ni jugak tau. 16 September. ♥

Jadinye, 3 couple lahhh kan. Nak jugak tu nombor 3. Huhu. Entry ni pun entry yang ke 300 !! Kalau tak caye, cubelah tambah jumlah entry saya setakat ni, dapat berape? (:


Homemade Cheezy Wedges Sesedap KFC



Lupe saya nak update entry pasal homemade potato wedges ni. Homemade lahhh sangat kan. Hehe. Rasenye ni saya buat hidangan ni mase bulan pose aritu kot untuk juadah berbuka pose. Nak publish mase tu, takut korang terrrliur pulak. Ye takkk? Hee.

Ni skali hadap je, terus hilang dalam mulut. Haha. Saya tak bercakap tentang potato wedges yang siap digoreng cantik tuuu tau. Ni pasal serbuk cheese ajaib. Maaflah sebab saye punye cheese tu cairrrrr. Hihi. Sebab cair? Terlebih air laaa. Kedekut sangat nak bubuh serbuk tu banyak sikit. Padan muke saya. Berangan la sangat nak masak cara chef !

(gambar curi. hehe)

Saya dapat sampel serbuk cheese tu dari Kak Dieyna. Die bagi free trial. Thanks ye kak. Kalau korang nak, gi lah terjah blog die. Amek hati die lebih² sket. Memang terbaik lahhh. Rase macam wedges KFC. Kak Dieyna, saya nak jual jugak boleh dakkk? Huhu.

Ehhh, kejap. Sebelum korang tanye, nape sebelah ade mayonis, sebelah lagi takde? Tahu dah korang nak tanye kan kannn kannnnn. Meh sini saya nak bagitahu. Hee. Yang takde mayonis tu, saye punye. Dan yang ade mayonis tu, si dia punye. Terpakse lah buat macam ni sebab saya tak makan mayonis. Kalau takkk, tak merasa la saye. Kan? ;)


25 September 2009 bersamaan 6 Syawal 1430H



Kalau semalam anniversary Deqla dan suami, hari ni turn saya dan suami pulak. Haihhh, cepat betul mase berlalu kan. Rase macam baru jeee kawen. Tapi hakikatnya sudah genap 3 tahun. Hee. Alhamdulillah. Sekarang pun masih lagi mood berrrhoneymoon. ♥ ♥ ♥

Dalam mase 3 tahun ni, baaaanyak sangat bende² baru yang saya belajar. Dan rasenya sampai bile² pun saya akan belajar dan takkan berhenti belajar untuk jadi yang terbaik. Insha Allah. ;)


Haaa, saya pun ade Cik Ted tau. Hihi. Si dia bagi Cik Ted ni dulu, pakai body language jeee. Mase tu, si dia datang amek saya kat Stesen Bas Seremban. Selalu tu, si dia tolong bukakkan pintu kete untuk saya tapi aritu saya bukak sendiri. Tengok² Cik Ted ade kat tempat duduk saya. Seharian lahhh saya tersenyum aritu. Kau adeee? Haha. ;)


Majlis Meriah Tapi Belanja Murah. BAGAIMANA?



Saya lampirkan 3 cara mudah sebagaimana berikut:

1) Warna tema - Warna sedondon yang menawan akan menyerlahkan lagi majlis anda. Trend sekarang, kebanyakannya memilih dua atau lebih warna dan digabung jadi 2 3 dondon lah kan. Ye takkk? Hee. Jika anda pandai pilih warna yang serasi, pasti majlis anda kelihatan meriah. Kelasss kau. Tempahlah khemah beserta hiasannya sekali dari sumber yang sama untuk lebih jimat. Mungkin lagi mudah dapat diskaun kalau sumber berkenaan adalah kenalan anda. Jika mahu lebih murah, anda boleh cari idea dan gubah hiasan anda sendiri. Why not, kan kannn kannnnn. ;)

2) Khidmat MC - Lantik seorang pengerusi majlis kerana dengan adenye MC ni, die boleh membantu anda memandu majlis dan menjadikan perjalanan majlis anda nampak lebih teratur. Tapiii, jangan tersalah lantik pulak. Rosakkk la majlis. Kot² tersilap pilih yang cakapnya merapu dan memperdengar muzik atau lagu yang terlalu kuat hingga mengganggu para tetamu untuk berborak. Tak ke nayeee tu. Jadi, mungkin anda boleh sediakan teks/point penting dan tentatif majlis untuk rujukan MC. (:

3) Cenderahati unik - Goodies untuk para tetamu juge penting tau. Anda boleh beli/create something yang kiut miut tanda terima kasih dan ingatan anda pada semua yang hadir ke majlis anda. Barang yang unik ni tak semestinya barang yang mahal. Unik tu subjektif kan. Beri lah cenderahati yang lain dari yang lain agar mereka yang menerima akan lebih menghargainya. Yang ni pun anda boleh buat sendiri. Lebih jimat. ;)

Bagi yang mahukan cara jimatkan belanja majlis, boleh rujuk ke entri ni. Atau ade sesiapa nak tambah dan berkongsi tips selain dari yang 3 di atas? Dropla komen di bawah ehhh. ((:

Kad Raya #15 #16 #17 dan #18 (Finale)



Sebenarnya ni entri Isnin lepas tapi saya tak dan nak publish. Maaf sangat². Saya takleh nak cancel entri ni sebab ni tanda penghargaan saya pada readers² saya. Okeh okeh okehhh. Kirenya entri ni bersempena 30 Syawal aritu, hari terakhir meraikan hari raya kan. Lets make it short. Kad raya putih melepak tu dari Masz. Simple tapi sangat cantik kadnya. Ucapan rayanya pun sempoi. Terima kasih Masz. ;)

Kad raya biru yang comel kiut miut dengan pinky girl yang kurus keding tu datang dari CIM. Ayatnya penuh dengan nilai murni, luhur, tertib dan sangat menyejukkan hati saya membacenye. Dari coretannya, saya dapat gambarkan CIM ni seorang yang sangatlah romantik. Hehe. Untung laaa suaminya. Dia pun pernah upload lagu untuk saya. (:


Kad berbunga² tu dari Cik Nur. Takyah nak diperkenalkan kot si dara sunti Cik Nur kite ni. Baikkkkk sangat orangnya. Ye takkk? Hee. Untunglaaa sape dapat. Rasenye die lah yang paling rajin terjah gambar² comel saya kat bawah header tu. Mekasihhh ye sayang. :)

Kad raya terakhir tahun ni ialah kad kartun kiut miut tu, datangnya dari Yana. Tulisan die same comel dengan kadnya. Kalau tak silap, orangnya sebaya saya tapi dah punya 3 orang anak. Anak² ibu sumenye sebab wajah permata² hati nya betul² mengikut wajah Yana. Hehe. Kalau tak caye, gi tengok sendiri lahhh ye. (:


Kad Raya #11 #12 #13 dan #14



Kad raya lagiiiii? Huhu. Jangan marah aaaaa. Dah ade pulak antara pengirim kad² raya ni tanye, mane lah die punye kad raya tak muncul². Hehe. Sooo, saya kene cepat dan pantas abiskan entry kad raya ni. Tengok tajuk entri lahhh, tu diaaaa 4 sekali masuk. Hehe. Okeylah. Yang putih suci tu datangnya dari Yana L. Pos sekali dengan ramuan istimewa. Nak tahu ape die? Kene lah gi terjah blog Yana L. ;)

Kad raya yang biru lagi menenangkan itu pulak dari Miss Banu. Dengan kate lain, peminat tegar Jozan, tegar setegar²nyaaa. Hee. Blognya penuh dengan entri berkaitan dengan aktiviti Jozan, pencapaian Jozan dan macam² lah pasal Jozan. Die jugak sangat rajin join segmen. Bagi peminat² Jozan, anda takkan menyesal singgah ke blog Miss Banu. (:


Kad raya besor berbunge² tu datangnya dari Ayu. Lame jugak saya tak lepak di blog die. Name penuhnya ialah Noor Alina Ayu, dari Perlis. Ayu ni suke sangat tepek gambar die yang bam bam kat entrinya. Hehe. Kalau nak tengok betapa ayu nya si Ayu ni, intai² lah blog die. Terserlah pipi nya yang melimpah tu. (:

Haaaa kad raya yang penuh dengan cik ted tu lahhh yang duk menanye, mane die punyeee tak publish lagi. Huhu. Deqla ni kecik molek je orangnya macam kad raya die jugak. Deqla ni kan sangat rajin taip, gunting dan menepek kot. Sebab dalam kad tu, siap printed dan digunting mengikut ayat. Alignment pun ikut macam entri blog die. Center sentiasa. Hee. Tak caye? Jomlahhh tengok blog Deqla. ;)


Kad Raya #9 dan #10



Selagi raya tak abis, selagi tulah entri kad raya ni ade. Huhu. Saya ade balance 2 hari je lagi untuk update entry kad raya. Nampaknye kene gabung lebih dari 2 kad raya untuk satu entry edisi ke 11 dan ke atas. Kalau tak, memang tak sempat kan. Okeylah, kad raya oren yang ceria di atas tu adalah dari Kak Tihara. Mekasihhh.  Moge akak cepat² dapat baby ye. Allah knows the best. Itulah yang selalu saya semat dalam hati. ;)

Ohhh ye, sekarang Kak Tihara ade buat segmen tau. Saya pun takde kesempatan lagi nak join. Sooo, pade sesiape yang masih berfikir dan terkial² nak update entry ape hari ni, bolehlah join segmen tersebut. Manelah tahu ade rezeki anda. Segmen ni ade hadiah tau. (:


Kad raya comel yang penuh dengan cik ted ni ialah dari Shu. Tulisan die kecik kiut aje. Ye takkk? Hee. Name saya pun dah jadi FARINA tu. Typing error kot. Hihi. Saya ni sampai berebut kad raya ni dengan adek kecik saya sebab name die Fareena. Perasan la die punye. Sibuk nak bukak sampul. Haha. (:

Lame dah sebenarnya saya tak jenguk blog Shu . Kad raya die ni pun saya tak dan nak balas. Kad raya Kak Tihara pun same. Maaf ye. Kalau nak tahu, Shu ni sangat kreatif orangnya dan pandai lukis doodle tau. Gi lahhh terjah blog die. ;)


Wordless Wednesday #29: Pernah makan biskut kapal terbang tak ?





Selamat Tinggal Sekolahku



Hari ni saya dah siapkan RPH seminggu in advance. Maknenye, saya dah siapkan sampai Isnin depan tau. Ehh, RPH tu ape ye? RPH tu keje wajib cekgu hari², Rancangan Pengajaran Harian. Plan mengajar setiap hari untuk setiap kelas. Dah bawak mengadap Guru Besar dahhh pun petang tadi. Kite jumpe next week pulak ye cekgu. Hehe. ;)

Esok, luse dan tulat saya takkan jejak kaki ke sekolah. Nak gi melawat sekolah lain!


Sebenarnya, saya dilantik menjadi pegawas peperiksaan UPSR yang bakal bermula esok. Ini adalah pengalaman pertama saya sepanjang 2 tahun berkhidmat. Huihhh, berdebar pulak rasenye. Jika selama ni saya yang duk amek exam besor, kali ni saya pulak duk jage orang exam besor. Ye dakkk? Hee.

Kalau saya yang jadi pengawas exam, dan jugak sebagai cekgu, rase macam nak pecah jantung ni menunggu hari esok, calon² UPSR 2012 sudah pasti turut rasa debaran yang same kan. Best of luck buat sepupu² saya dan bloggers cilik yang bakal menghadapi UPSR esok. Berjuanglahhh hingga ke saat terakhir. Aplikasikan segala tips dan tunjuk ajar cekgu² anda selama 6 tahun tu. Insha Allah, kejayaan bakal menjadi milik anda. ;)

Cara Menjimatkan Belanja Majlis Impian Anda !



Sekarang ni ramai bloggers sedang merancang untuk kawen kan. Tak kurang juge, yang sedang menghitung hari. Adek² saya pun tengah prepare untuk majlis dorang hujung tahun ni. Mood saya sekarang pun, sume berkait hal² kawen. Berbekalkan sedikit pengalaman lalu, di sini saya kongsikan sedikit tips. Jadi, majlis impian yang saya buat contoh di sini ialah majlis kawen. Check this out. ;)

1) Tulis bajet anda - Anda perlu ada satu buku khas untuk bajet majlis. Takyah beli buku tebal² atau mahal². Beli buku 555 tu. 20 sen aje kot. Hehe. Ape yang perlu anda buat ialah anda mesti tulis sume belanja yang anda mahukan untuk majlis impian anda. Dengan cara ini, anda akan lebih faham keseluruhan perjalanan majlis dan jumlah belanja dengan jelas. Buat mengikut kemampuan anda. Senang kan. Ye takkk? Hee. (:

2) Survey, survey dan survey - Yang ni mesti tau. Survey ni sangat penting untuk anda dapatkan pro² yang menawarkan penyediaan produk dan service berpengalaman dan harga berpatutan untuk match dengan bajet anda. Bile anda banyak buat survey, kemungkinan anda ditipu atau anda membayar harga tinggi untuk service yang sama dengan kualiti yang sama tidak akan berlaku. Hati hati. Insha Allah. (:

3) Booking pada masa sale - Amek kesempatan jualan murah. Besenye, mesti ade tawaran harga spesel sempena perayaan atau musim. Ye dakkk? Hee. Name pun offer, mesti ade diskaun kan. Contohnye, sale akhir tahun, sale hari raya, sale anniversary, sale merdeka dan banyak lagi kot. Bile anda beli time sale, bukankah anda dah jimatkan kos majlis impian anda sehingga mungkin 50%? ;)

Tu aje untuk kali ni. Beri banyak² nanti korang penat nak bace dan nak kejor untuk praktikkan. See you ols next time. Hehe.


Kad Raya #7 dan #8



Masih lagi cite kad raya. Raya sebulan kan. Ye takkk? Hee. Kad raya bersama brooch lip lap lip lap dan fridge magnet ni datangnya dari blogger satu negeri. Kami duk satu kampung tapi belum pernah berjumpe. Tak tahu la kot² tersentuh bahu sebelum ni. Huhu. Lagipun sekarang saya dah menetap di Kemaman. Balik ke Dungun pun sekadar hari minggu. (:

Blogger yang disebut² ni ialah Ieta. Malangnyaaa, brooch tu dah rosak bila sampai ke tangan saya. Nasib baik ade FM mengubat duka saya. Hehe. Terima kasih Kak Ieta . Saya dapat cenderahati ni sebab saya salah seorang pelumba lari harapan negara di blognya. Kalau nak jugak, gi lahhh terjah blog die. :)


Kad raya bersama key chain dan FM ni pulak datangnya dari Lela. Tak cukup dengan pos ekspress, dibungkus lagi dengan nationwide ekspress. Gembira tak terkata saya bile terima bungkusan ni. Sekali bukak, ade pulak keychain dan FM yang comey lote. Huihhh, Rase macam nak lompat meloncat. Mekasihhhhh. ;)

Celotehnye boleh tahan jugak. Tapi takleh lawan Masha lagi kot. Huhu. Saya jawab kat sini ye Lela . Hai hai, khabar saya di sini sihat. Alhamdulillah. Tahun ni saya tak buat biskut raye. Bertahun dah tak buat, tangan pun dah keras. Hee. Saya beraya di Tranung tahun ni. Hampir due minggu beraya di bumi Tranung. Merdeka day baru balik beraya di Nogori Sembilan. Tapiii kesian awak. Cuti raye 2 hari je ehhh. Hehe. (:


Rahsia Ketenangan Jiwa



Pada suatu ketika, seorang lelaki bertemu sahabat Rasulullah SAW, Abdullah ibn Masud dan berkata: "Wahai Ibn Masud, nasihatilah aku dengan sesuatu yang dapat meredakan kegelisahanku. Buat masa ini, jiwaku tidak tenteram, fikiranku kusut, tidurku tidak nyenyak dan seleraku hilang. 

Abdullah menjawab: "Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat. Pertama, ke tempat orang membaca Al-Quran tidak kira sama ada kamu ikut membacanya atau kamu sekadar mendengar bacaan orang lain

Kedua, kamu menghadiri majlis pengajian yang mengingatkan kamu kepada Allah. Ketiga, kamu mencari satu waktu sunyi. Contohnya, pada waktu malam, dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadah kepada Allah serta memohon kepada-Nya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kepadamu. 

"Jika selepas melakukan semua ini jiwamu masih juga tidak tenteram, mintalah kepada Allah agar digantikan hatimu dengan hati yang lain kerana hati yang kamu miliki sekarang ini bukannya hatimu." 

Lelaki itu pun kembali ke rumahnya dan terus mengambil wuduk dan membaca al-Quran dengan penuh khusyuk. Selesai membaca al-Quran, didapati jiwanya berubah menjadi tenang, fikirannya menjadi jernih dan kegelisahan yang selama ini melanda hatinya hilang sama sekali. 

Jika kita bersolat dan berzikir dengan khusyuk, jantung berdenyut dengan kadar yang lebih rendah daripada biasa dan gelombang theta dalam otak meningkat dengan jelasnya.

Gelombang theta adalah gelombang otak yang wujud apabila seseorang berada pada saat yang sangat menenangkan, terutama ketika hampir terlena. Pada waktu itu ibadah kita meredakan tekanan dan menjadikan kita lebih tenang lagi ceria. 

Semua itu akan memberi kesan positif kepada kesihatan jantung dan mampu menipiskan lemak yang menyelimuti pembuluh darah. Hormon stress yang bernama 'cortisol' juga sangat rendah di kalangan mereka yang beribadah dengan khusyuk.

(Rujukan 'Tip-Tip Cemerlang Dari al-Quran' oleh Dr Danial Zainal Bidai)

Benarlah firman Allah bermaksud: "Ketahuilah, dengan berzikir kepada Allah hati akan tenang." (Surah Ar-Ra'd, ayat 28)


Kad Raya #5 dan #6



Kad raya seterusnya adalah dari Masha. Punyelahhh panjang celotehnya dalam kad tu menggambarkan kepada saya yang Masha ni periang orangnya. Kerjayanya sebagai seorang jururawat terserlah dek nasihatnya pade saya supaya menjaga gigi saya. Siap berpantun lagiii. Huhu. Mentang²la gigi saya dicabut bulan pose arituuu. Memang terkono saya kali ni. Jom tengok sedikit coretan budak bertuah ni. ;)

" Yang korek kundi, Yang merah saga, Ingat! Gigi tu nak kena jaga ! Hehe. :) "
p/s : Jangan minum ais lagi...ha ! Gula² pon...Nanti yang lain jadi mangsa dicabut...Hihi


Kad raya ni pulak dikirim dari blogger satu negeri, tapi lain daerah. Tak perlu diperkenalkan kot blogger ni sebab tersangatlahhh femesnye dengan serbuk cheese nye, iaitu Kak Dieyna. Bile kite nak jumpe ni kak? Huhu. Asek² bloggers lain je berdating kan. Takleh jadi ni. ;)

Saya kepingin nak gi beraya kat rumah die sebenarnya. Malu tapi mahu. Huhu. Sebab Kak Dieyna ni pandai dan rajin masak tau. Buktinyaaaa, banyak jugak menu best² dan sangat kene dengan selera saya yang dia kongsi di blognya. Meleleh air liur saya menengoknyeee. Hee. Jom terjahhhhh. (:


Wordless Wednesday #28: AWAS. Grrrrr. Makan berpada pada !




HARAMkah melukis doodle?



Pernah dengar tak pasal isu lukis doodle tu haraam? Saya tertarik dengan isu ni sebab ramai juge kenalan saya baik di luar blog mahupun dalam blog, sangat suke melukis doodle. Di sini saya kongsikan satu hadis sahih sebagaimana di bawah;

"Manusia yang paling pedih seksaannya di hari Kiamat, ialah yang meniru Allah menciptakan makhluk (pelukis, penggambar adalah peniru Allah dalam menciptakan makhlukNya." HR. Bukhari dan Muslim.


Terdapat banyak khilaf mengenai isu ni sebenarnya. Saya lampirkan 4 pendapat di sini ye. Ade yang kate memang elakkan terus, ade yang kate lukis manusia/haiwan (realism - macam potrait) adalah haraam, ade yang kate kalau nak lukis, lukislah secara minima dan tak lengkap, ade juge yang kate bolehhh lukis asalkan mengikut syariah. (:

Sebagai contoh, doodle berhijab polka dot di atas ni. Cube tengok betul². Karekter die tak sempurna kan. Takde hidung, takde mulut, kepale besor, badan kecik ala² chibi. Pelukis ni amek pandangan kedua, as long as tak lukis real, insha Allah takpe. Nak kan lebih kepastian? Rujuklah stret pada ustad² ye. ;)


Kad Raya #3 dan #4



Mood berblog sangatlahhh ke laut di bulan raya ni. Huhu. Maaf banyak² ye. Sepanjang minggu lepas, turn ziarah family sebelah si dia pulak. Tu pun tak dan nak abis jugak. Tapi takpelah, raya sebulan kan. Ye takkk? Hee. Kad raya ketiga datangnya dari Cik Sweety. Blognya masih belum dapat diterjah. Selamat Hari Raya ye dear. Maaf zahir batin. Cepat² la online balik. Sume orang rindu awak tauuu. :)


Kad raya ke 4 pule ialah kiriman dari Si Matatajam. Dah lame jugak saya tak jenguk blog dia. Sudah ketinggalan bas saya ni. Banyakkk hutang entri dia yang belum sempat saya baca. Ampun maaf dipinta ye dear. Hee. Nanti bile ade kelapangan, pasti saya akan ke sana. Terima kasih untuk kad raya ni. (:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT by TENTANG KITA Template design by Bunga Hati Mama