Menangguk Ikan Di Hari Rayo



Tu diaaaaaa ikan talapia ye kawan². Hehe. Nampak macam senang kan. Tapiiii kalau tak kene care menangguk tu, silap² seekor ikan pun tak dapat. Main dengan ikan ni sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi. Dari step tangkap, sampai lahhh ke step menggoreng dan step makan juge. Ye takkk? Hee.

Oh ye, lupe nak cakap. Tahun ni saya berayo korban di Jelebu. Hari pertama raye saya hanya lahhh di atas tilam dek kerana demam berpanjangan akibat diarrhea & period pain. So takdelah gambor raye nye. Ni lahhh first time saya demam selesema seminggu tak baik². Huhu. Padan la kan, 3 in 1 tuuu sekali datang. Moge² banyak juge lah dosa² saya terhapus. Aamiiinnnnn. ;)

Gi keluar menangguk ikan ni di hari raye korban ke 2. Banyak aktiviti aritu. Next entri lah ye kite cite. Seronokkkkk berayo kek kampung. ♥


Thanks to Izan Mama Mia & Sue



Phew. Masih lagi selesemaaa. Tapi kepale ni taklah seberat mase mule² dijangkiti virus. Terima kasih saya ucapkan kepada Izan Mama Mia sebab beri saya rempah ajaib. Aritu saya adalah antara yang berjaya meneka berape kali Mia tukar baju dalam sehari dengan tepat, so inilah habuan nya. Tak sangke dapat hadiah. ;)

Saya masih belum cube masak rempah ni lagi. Asek makan bungkus je minggu ni. Hehe. 


Beg syiling kecik comel ni dari Sue. Thanksss dear. Mintak maaf ye, lupe nak SMS awak. Selamat sampai minggu lepas kot. Yang ni pun saya dapat sebab hampir meneka dengan tepat harga makanan. Untung jugak main teka teki ni. Hee.

Bile sebut pasal teka teki ni, teringat pulak pemenang² teka teka saya yang masih belum dapat hadiah. Mesti korang tertungggu² kan. Ampunnnnn sangat². Terbengkalai sekejap segala aktiviti pos mengepos ni. Dalam mase due minggu ni, saya nak setel hutang² keje dengan sekolah. Saya mahu bercuti dengan tenangggg nanti. (:


Fattabiouni #5: Bersuci



Rasulullah adalah manusia yang paling cenderung kepada kesucian dan kebersihan. Kalau tak caye, selalu²lah bace sirah nabi. Walaupun Allah telah jadikan baginda seorang yang suci lagi menyucikan, tapi baginda tetap suka bersuci. ;)

Bersuci ni ade yang wajib dan juge sunat. Contoh wajib bersuci adalah ketika bersuci dari haid dan berjunub. Contoh sunat bersuci pulak adalah seperti mandi sunat Jumaat dan hari raya. Malahan, masuk ke Mekah untuk ihram dan haji pun sunat kita bersuci. (:

Mahu tahu bagaimana cara Rasulullah bersuci? Luangkan 6 minit anda, dan tontonlahhh video di bawah. Dah sudah tengok, jangan lupe beramal. ♥

video


Wordless Wednesday #31: Tengok ejaan sebegini, naik JULING lahhh mata cekgu !




Terima Kasih Chic Na & Wanieys



Lagi entry pasal hadiah befday. Huhu. Maaflah kalau menjengkelkan korang ye. Saya betul² terlupe nak tepek coklat yang dibuat dengan penuh kasih sayang oleh si dara manis, Chic Na. Coklat ni datangnya bersama tempahan coklat saya untuk si dia. Disertakan sekali brooch hijau dalam kotak Cik Ted yang comel ni. Nasib baik saya tak gigit brooch tu macam makan coklat. Haha. Lenkali nak lagi ye. Hee. Million thanks to you dear. ♥

Oh ye. Untuk pengetahuan Chic Na, si dia suke sangat coklat kurma. Abihhhhhh sume dimakannya. Saya hanye sempat makan seketoi ajeee. Hihi. Satu lagi dia suke coklat yang bertulis 'Jaa' tuuu. White chocolate campur oreo ehhhhhh? Si die curikkk coklat tu se ketoi. Pastu die mintak lagi. Haha. Sekarang ni, tinggal coklat gambor aiskrim & coklat yang bertulis 'Love' tu. Simpan nak makan raya haji nanti. Kihkih. ;)


Baru² ni Wanieys pulak bagi hadiah. Saya menanti² la jugak hadiah ni sebab kebanyakan sume geng² GSF sibuk duk update entry pasal hadiah dari Wanieys. Jeles wooooo. Hihi. Rupe²nya Wanieys pakai alamat rumah saya di Dungun. Haha. Kite ni duk menungguuuuu² melanguttttt la di Kemaman ni. ;)

Mekasihhh banyak ye Wanieys. Moge Qalief pulih dan sihat sepenuhnya seperti sediakala. Pape pun, suke sangat brooch dan beg pink tu. Haaa, satu lagi. Cukup²lahhh duk terjah entry lame blog ni ye Wanieys. Setakat 2 3 ketoi komen takpe la jugak. Ni sampai 10 ketoi, ponat den nak membalasnyeeeee. Hee.


Hadiah Birthday Yang Dah Basi 2 Bulan !



Birthday nye bulan Julai, tapi hadiah ni saya dapat bulan lepas, bulan September. Dan hari ni, bulan Oktober baru nak buat entri. Huhu. Super duper basi lah jawabnye kan. Ye takkk? Hee. Tapi biarlahhh. Saje nak update entri di kala diri ini dilanda kesibukan yang amat sangat. Tu pun sebab si Wanieys sibuk duk tanye mane la saye ni, dah 5 hari menyepi. Orang² lain mungkin duk tertanye² dalam hati ajeee kot. ♥

Yang biru dalam plastik tu, pen drive berbentuk jam tau. Sume cekgu pun dapat kot. Hehe. Pendrive sememangnya jadi satu keperluan untuk cekgu sekarang ni. Terima kasih la ye YB Dato' Sri. Tahun depan boleh bagi la iPad keee pulak kan. Haha. ;)

Niat di hati nak update entri baru bile dah abis blogwalking ke sume blog yang join segmen Lyssa baru² ni. Tapi seriesly minggu ni saya hanya sempat online 2 hingga 3 jam saje. Tu pun boleh tersembam depan lappy. Mungkin kepenatan di siang hari dan line agak semput. Huhu. Dan setakat hari ni, saya baru abis blogwalking ke 120 dari 203 peserta segmen. Ade baki 83 blog lagi. Waaaaa. Campur lagi 80 komen belum approve, jadi 163 hutang terjah.

Tu yang takut nak update entry baru tuuu, risau hutang bertambah. Adu du du du, du du du. Minggu ni sebenarnya saya sibuk dengan seminar, majlis persaraan GPK HEM, in house training, dan prepare soalan final exam. Boleh bayang dakkk sibuk nye saya?? (:


SEGMEN LYSSA FAIZUREEN | Kenapa Aku Berblog ?



Klik banner untuk join. ;)

Fuhhh. Setelah sekian lame tak join ape² segmen. Seingat saya, last join segmen bulan 8 aritu kot. Okeh, sudah cukup, cukup sudahhh. Cukup sampai di sini saje mukaddimah nye. Kanggg marah Lyssa. ;)

Kenapa saya berblog ? Kenapaa saya berblog ? Kenapaaa saya berblog ? Sebab die bestttttt. Hee. Bila sebut ayat camtu, mesti teringat satu iklan tu. Iklan Hari Merdeka 5 tahun lepas kot. Korang ingat tak iklan ni? Comel je budak tu kannn. ;)

Melalut lagi saya ni. Tapi bak kate Lyssa, taip santai-santai je. Apa yang terkeluar kat otak, muntahkan balik dalam entri. Okehhh, get ready tadah muntah ye Lyssa. Hihi. Kenapa saya berblog ehhh? Sebab saya kepingin nak jadi orang yang bermulut banyak. Boleh gitu? Hee. Saya ni sebenarnya seorang yang tak banyak cakap. Kat blog ni ajelah saya boleh pok pek pok pek, kalau in person jangan haraplah. Huhu. Most times, my thoughts come out better in writing than they do when I speak. (:

Macam mana saya boleh terjebak dalam dunia blogging ? Dorongan dari yang tersayang. Hehe. Adek² saya sumenye ade blog tau termasuk adek kecik saya yang berumur 11 tahun. Jadi, tujuan utama/asal saya berblog ni adalah untuk menerjah blog adek² saya. Nak bace ape yang dorang tulis, kot² la ade puji² kakak sulung dorang ni ke kannn. Boleh la belanja ayam goreng seketul due. Haha.

Apa yang menariknya tentang blog saya ni ? Sebenarnya, ape yang menarik tentang sesebuah blog ni sangat subjektif. Lain orang, lain citarasa nya kan, Ye dakkk? Hee. Bagi saya, mungkin dari perkongsian ilmu/info yang saya ada, menarik minat anda untuk menjadi readers saya. Kite same² la share ilmu/info yang kita tahu. ♥

Siapa yang menjadi sumber inspirasi saya dalam dunia blogging ? Lebih kurang macam idola la Lyssa ? Huhu. Sudah semestinya Lyssa laaa. (bodek tak henggat nih. hihu.)

video

p/s: Sedikit selingan iklan budak comel tu di atas ni ye. Enjoy! Takpe kan Lyssa? Jangan marah aaa. Hee. :p


Memang Allah sengaja...



* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat² yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita semakin sampai ke penghujungnya. Hari esok pun kita sendiri tak pasti sama ada menjadi milik kita atau tidak. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA, dan meninggalkan laranganNYA. ;)

PERCAYALAH, sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba-NYA yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA. ♥


Saya Doktor Muda !



Tu diaaaaa wajah² ceria Johan Pertandingan Kuiz Doktor Muda. Hehe. Tahniah adek² sekalian. Cayalahhh. Walaupun last minute prepare, korang berjaya jugakkk. Sebagai guru pembimbing, saya amat berbangga dengan mereka. Inilah yang saya duk busy kan sangat minggu ni. Konvensyen ni dibuat pada Selasa lalu. ♥

Sebenarnya ni pertama kali kami sertai konvensyen dan pengalaman baru buat saya. Seronok betul tengok persembahan adek² dari sekolah² sekitar Kemaman untuk pelbagai pertandingan termasuk pertandingan bercerita, melukis poster, buku info kesihatan, dan pameran. Baaanyak sangat info pasal kesihatan yang dikongsi bersama. Saya rasa konvensyen ni sangat bagus jika dibuat secara terbuka untuk sume murid. (:


Haaaaa, close up sikit. Huhu. Kembang lubang hidung saya ni apabile team sekolah saya diumumkan sebagai johan pertandingan kuiz untuk konvensyen kali ni. Ingatkan kami tak dapat nombor dahhhhh. ;)


Wordless Wednesday #30: Baju KURANG NORMAL pun ade ke?




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT by TENTANG KITA Template design by Bunga Hati Mama