Aritu saye janji nak buat entry untuk wedding plan kan. Tapi ade permintaan untuk engagement plan bawah subtopik hantaran. Hehe. So, saye cube lah share sedikit sebanyak dari pengalaman saye. Kalau salah, tolong betulkan ye. Ramai kot readers yang tere dan hebak pasal ni. ;)
Kalau tak silap saye, hantaran pertunangan ni adat je kan. Boleh je kite ikut adat selagi tak melampau atau tak melanggar hukum agama. Baik pertunangan mahupun kawen, usahlah berbelanja berlebihan di luar kemampuan u ols. Tak elok membazir. Sebabbb ade baiknye, anda save duet anda untuk keperluan anda selepas majlis. (:
Saya cadangkan jumlah hantaran, 5. Sebab die di tengah² antara 1-10. Hahaha. Beruntunglah anda jika punya si dia dan femli berotak sempoi. Ye dakkk? Hee. Ade yang buat jumlah same. Contoh, 5 berbalas 5. Ade jugak yang buat jumlah berlainan. Contoh, 5 berbalas 7. Tapi sumenye berbalik pada perbincangan dan persetujuan anda berdue dan keluarga. Boleh je ekjas ikut hati anda. :)
Hantaran yang sepatutnya ade di kedue² belah pihak sangat fleksibel sebenarnya. Macam saye katekan tadi, sumenye bergantung pada anda dan keluarga. Tapi kalau anda save duet, saye boleh cadangkan beberapa contoh. Anda boleh rujuk sebagaimana di bawah:
Hantaran lelaki 1) Cincin - Tanda chup/booking. :p
pada perempuan 2) Kain - Beli la terus kain untuk baju nikah nanti. ;)
3) Makanan - kek, cookies, roti, puding, cupcakes, tat, coklat, pulut, kuih tradisional (mase ni la nak sensasikan kesedapan kuih negeri masing². hee.)
Hantaran perempuan 1) Kain - Sedondon la untuk baju nikah. (:
pada lelaki 2) Makanan - kek, cookies, roti, puding, cupcakes, tat, coklat, pulut, kuih tradisional (mase ni la nak sensasikan kesedapan kuih negeri masing². hee.)
3) Cincin/jam*(optional) - cincin untuk si dia yang dengki (die pun nak jugakkkkk. haha.)
- jam untuk ingatkan si dia, cepat² kawen. hihihi.)
Ape yang boleh disimpulkan, mostly hantaran pertunangan ni banyak benda yang manis sebagai simbol tempoh darah manis. Sweet² gitu. Eh? Ye ke ehhh. Idealogi saye aje tu. Hee. Barang kekal cukuplah satu sebagai kenangan kelak. Keperluan diri seperti perfume, telekung,towel, toiletries, make up, sejadah, songkok, samping, kain pelekat/batik dan lain², proceed lah ke hantaran kawen.
Tapi kan kalau nak lagi save, takyah tunang². Nikah kawen je terusssss. Kalau degil nak tunang jugak, buat satu majlis je skali dengan kenduri walimah. ;)