Korang dah shopping raya ke belum? Huhu. Saya dah 3 tahun kot tak bershopping raya. Tapi untuk tahun ni, ibu mentua saya ade sponsor kasut untuk anak dan menantunya nan due orang ini. ;)
Saya ni malu tapi mahuuu. Hehe. Saya rembat beli dua kasut, untuk raya satu dan kasut formal untuk kerja satu, satu brand Valentino & satu lagi Primavera. Sebabnya ade sale 20% setiap pasang kasut tu. Si dia dapat beli saju aje dengan normal price, brand Primavera. Tamak dakkk saya? :p
Jadi, sekali lagi saya nak ajak main teka teka. Sepi sangat blog sekarang kan. Ye takkk? Hee. Kali ni teka jumlah harga yang ibu mentua saya bayar untuk ketiga² kasut ni. Syaratnya satu je. LIKE
fanpage ni. (:
KLU RASMI:
1) 2 kasut saya itu berharga RM 100++ selepas diskaun.
2) Jumlah tak lebih RM500.
Beri jawapan anda dengan format:
"Jumlah harga sebanyak ____________ dan saya sudah LIKE fanpage _______________"
DAH TUTUP YE. Pemenang teka² yang lepas akan diumum sedikit masa lagi. Tungguuuuuuu. ;)