Dadih Mixed Fruits Poyo


Oh lupe! Semalam ade buat dadih. Sedap jugak makan  sejuk². Macam mane boleh tergerak hati nak buat dadih? Hee. Pemintaan dari pakcik. (pok ddare, orang tranung kate). Sesudah subuh, lebih kurang jam 6.20 pagi dapat SMS. Ingatkan Maxis hantar message cintaaa. Nasib baiklahhh bangun awal. Kalau tak, kantoi je. :p

Pakcik         : Lokasi nak dapatkan dadih kat mane? Boleh bantu?
Saya            : Buat je. Boleh makan banyok.
Pakcik         : Boleh tolong buat? Tempah khas. Tokki nak makan.
Saya            : Boleh. Tapi, trylah cari dulu mane². Kot lambat siap. Bahan tadok.

Paham ke tuu? Hee. Tepat jam 12 tengah hari, barulahhh saya kuar beli bahan. Maklumlah kete takde. Rembat kete mak. Hujannnn. Ya Allahhhh. Lebattt. Turunnye mencurah² di bumi Terengganu. Saya redah ajee. Tapi nak cari parking satu hal! Hujan lebat cenggini pun, orang ramai jugakkk shopping. Dasyat dasyattt. ;)

Sampai aje rumah terus melepak kat dapur. Beli serbuk dadih tu aje. Siap ade tulis step buat kat belakang. Hee. Nak cepat kannn. Orang tempah niii.. Jom buat!

Ni diaaa makhluk dadih. :p
Bahan-bahan
- 3 liter air
- 1 tin susu cair
- 100 gram gula ( macam mane pulakkk nak sukat. Hee)
- 1 bungkus serbuk dadih

Cara-cara
1) Masukkan air, susu cair & gula (saya bajet dalam 7 sudu besar) dalam bekas.
2) Letakkan di atas api.
3) Kacau sebati sampai mendidih. (lebih kurang 8-10 minit api sederhana)
4) Tutup api setelah mendidih. Kacau lagi selama 5 minit.
5) Masukkan serbuk dadih dan kacau sehingga rata.
6) Letak potongan² buah yang sesuai dengan perisa di setiap bekas. (jika suka)
7) Bolehlahhh letak sebatian dadih tadi dalam bekas kecik² yang comel tuuu.
8) Sejukkan dalam ref. (boleh jadi pejal dalam masa 2 jam)
9) Siappppp! :)

Tadaaaaaa, Nilahh dia dadih saya. ;))
Dapat la dalam 24 bekas. Part paling mencabar, time kacau atas api tuuu. Lame jugakkk 10 minit tau. Sakit la jugak pinggang ni. (Kacaulahh sangat kan!). Trylah buat. Senang ajeee. Adek² boleh buat untuk mak. Kakak/abang boleh buat untuk adek². Suami boleh buat untuk isteri. Sekali sekala kannn. Bile lagi nak hargai orang tersayang. Ye takkk? Hee. 

Nak Kurus , Nak Kurus , Kurus!


Entri ni khas buat SADDILA. Hee. Siapa yang tak nak badan kurus kan? Kurus dan sihat, bukan saja senang nak cari baju yang sesuai, malah senang nak beraktiviti, dan berkeyakinan! Ye dak? Hee. Okey. Okey. Pernah tak dengar statement ni, “Kalau kau tak makan
nasi, kau boleh kurus tau!” Tapi boleh percaya ke? Benar atau tidak, terpulang pada masing-masing. Sebab setiap orang ade metabolisme badan yang berlainan.
Bagi saya, kalau kita nak diet untuk kurus sekali pun, kita perlu jugakkk makan nasi, TAPI dalam kuantiti yang terkawal. Sebab tu ramai orang mintak “Nasi separuh, kak!” bila orang kedai tolong sendukkan. Ye tak? Hee.

Haa. Tu dah satu tips kan? Okey. Check it out. :))  

1) Kawal/kurangkan makan nasi. Tapi kan, ada sesetengah orang tu, dia makan nasi dalam jumlah yang sedikit aje pada permulaan diet, dan beberapa bulan selepas tu, tak sentuh nasi dahhh. Boleh ke macam tu eh? Alah bisa tegal biasa kot? Dasyat betul orang ni kan. Huhu. Nasi merupakan sumber karbohidrat yang penting untuk badan. Kalau takde karbohidrat, macam mana nak ada tenaga? Kita sebagai orang Malaysia, nasi ialah makanan rutin kita. Cuba tanya diri kita sendiri, “Sanggup ke aku tak makan nasi seminggu, sebulan, setahun? Sedangkan tak makan sehari pun dah gelisah, inikan setahun!” Kalau pun tak nak makan nasi, jangan lupa pelbagaikan sumber karbohirat untuk badan kita. ;) 


2) BERSENAM, contoh yang sempoi ialah skipping dan gelung rotan. Kita boleh buat di rumah aje. Kalau joging, mungkin kene cari trek yang best barulahhh syok! Hee. Macam Cik Saddila kita. Rajin tuuu berjoging. Tapi kan, ada hari-hari yang mungkin kita sibuk & tak sempat nak keluar ke port jogging. Ye dak? Haa bolehlah kita skipping/bergelek dengan gelung rotan. Biarlah orang nak gelak ke ape kan. ;)
 3) Banyakkan minum AIR MASAK/AIR PUTIH/AIR KOSONG. Same aje tiga tu kan. Hee. Sebabnya air masak ni membantu untuk meningkatkan metabolisma badan kita. Ada satu kajian dari Persatuan Perubatan Jepun tentang amalan minum air masak sejurus lepas bangun tidur. Dikatakan baaanyak penyakit yang boleh dihindari, antaranya ialah kegemukan (orang Jepun ramai kurus ke gemuk eh?) Hee. Kaedahnya, minum air lebih kurang 4 x 160ml air sebelum menggosok gigi. Bagi yang menghadapi masalah dalam berusaha minum air di awal pagi, boleh mulakan mengambil air sedikit demi sedikit sehingga mencapai jumlah sepatutnya. (Kalau tak silap saya kan, ada sunnah Rasulullah yang berkaitan. Tapi saya dah lupe. Alarr, nanti kalau dah ingat, I let you all know eh.)

4) Dengan kata lainnya,  kurangkan minum air manis terutama sekali minuman dalam tin. Gula dalam minuman tin tu sangat tinggi tau. Tapi sekarang, dalam tin ke, dalam botol ke, dalam kotak ke, same ajeee. Banyak gula ooo. Yang bergas tu lagilahhh. AIS pun kalau boleh, kurangkan. ;)


5) KAWAL NAFSU MAKAN. Sebab, ape gunanya kita penat² bersenam tapi makannya Ya Allahhh. Hee. Kurangkan fastfood/jajan/makanan ringan. (No McD, No KFC, No Pizza No DLL). Potato chip pun dikira makanan rapu tauuu. Jaga² masa melepak depan TV tuuu. Hee. Banyakkan makan sayur dan makanan yang kurang kalori seperti sup ke. Cara memasak pun mempengaruhi. Pilih yang rebus ke, stim ke. Kurangkan yang bergoreng. Haa. Macam Cik Saddila kita, maklumla orang nogori kan. Suka makan makanan yang berlemak seperti masak lomak cili api. Ye dak? Hee. Sekali sekala takpe kot.

6) Satu lagi, cuba ambik produk untuk keluarkan toksin dalam badan. Rujuk pada doktor ye. Sebab untuk kuruskan badan, ada baiknya kita menjalani proses penyingkiran toksin dalam badan terlebih dahulu supaya mudah untuk proses penyerapan vitamin. Maklumlah sebelum ni, perut dah terima macam² jenis makanan. Saya nak tolong rekemenkan pun, saya tak tahu menahu produk ape. Hee.

7) The most important thing is ISTIQAMAH. Segala usaha kita untuk aplikasi tips kurus ni perlulahhh berterusan. Sampai ke akhirnyaaaa kurus. Cewahhh. Hee. SABAR, SABAR, SABAR adalah kunci utama sebab badan bukan nak ambil masa sehari untuk kurus/gemuk. Biar lambat asalkan selamat. Memang memakan masa untuk kita kurangkan berat badan kita kan. Jadi, kita kene berazam & bertekad seiring dengan usaha. Bukan sekadar cakap atau berangan. Hee. Hati kena kering & semangat kena kuat. Chayyokk. Aja aja fighting! (tetibe jadi minah korea pulakkk) :p

    Bagi saya, tak perlulahhh terlalu kurus/keding/kecik macam saya ni. Kurangkan sekadar mendapat berat ideal dengan ketinggian kita. Pasti lebih sihat! Kalau nak tambah tips² lain, kongsi kat ruang komen eh. Apa pun, kita hanya berusaha. Yang menentukan hanya Dia yang satu. Bersamalah kita menjalani kehidupan yang sihat. Kena ingat, biar lah kurus atau tembam asalkan sihat! Ye dakkk. ;) 
     

    SEGMEN ENTRI PERTAMA AKU BERBLOG


    Harap sehat semuanya ye. Saya belum pernah join mane² segmen dekat blog. Nak update entri pun terkial² lagi. Huhu. Pagi tadi, semasa berjalan-jalan sambil melepak menikmati keindahan di blog Ku Azhar, nampaklah segmen ni di entri beliau. Katenye segmen kenalan lame FB die. Hee. Segment Entri Pertama Aku. Menarik kan? Jom join. Klik sini atau kat banner di atas ni. Insyaallah, entri, cerita dan sejarah yang dapat menarik dan memikat hati tuan punya segmen, die akan promote blog tersebut. :)

    Mengimbau kembali sejarah berblog, Layak ke dikate sejarah eh? Hee. Secara rasminya saye baru aje berblog pada bulan ni, 20.11.2011. Ya…memang saya masih merangkak² dalam bidang ini dan merupakan pendatang baru dalam dunia blog ni. Mahu tengok & baca entri pertama saye? KLIK SINI. Enjoy! :))

    Poyo takkk? Hee. Malu pun ade. Siap amek gambar tiket bagai. Ade ni simpan dalam purse buat kenangan. Apa pulak cite entri pertama korang eh? Kalau tak keberatan, mehla kongsi. Sharing is caring kan? Ye dak?? Jom join segment ni. Takde due date pun. Bila² mase aje korang boleh join. Senang kan?? Jom lerr kita sama2 kongsi cerita sejarah mula berblog. :)

    Cume satu aje, nak tanye yang ni.  

    SEO KEYWORD : entri pertama aku(search kat google)

    Serius saya tak tahu kebende. Hee. Ape ni? (maaflah, newbie la katekan) Nak tanye kat komen entry tu, maluuuuu. Sebab sume post link entry aje. Harap ada yang sudi beritahu. TQ. ;))

    Fattabiouni #2: Tutur Kata Yang Baik


    Percakapan atau tutur bicara seseorang Muslim itu menggambarkan sebahagian daripada keperibadian mereka. Setuju tak dengan statement ni? Betul kan. Oleh sebab itu, wajarlah seseorang Muslim itu memelihara setiap tutur katanya agar selamat daripada fitnah ke atas dirinya mahupun fitnah ke atas orang lain dan persekitarannya.

    Sesungguhnya lidah itu sememangnya lebih tajam daripada pedang. Mesti pernah dengar ungkapan ni kan. Kita perlu ingat ye sayanggg, jika tidak diuruskan dengan baik setiap tutur kata kita, ia boleh mencetuskan persengketaan pada pelbagai peringkat dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara sehingga membawa kepada perang besar! Nau'zubillah.

    Oleh itu, Rasulullah SAW mengingatkan kita semua agar sentiasa berkata yang baik sahaja dan baik juga niat dan tujuannya agar setiap kata-kata yang terbit daripada lidah kita itu memberi manfaat kepada setiap yang mendengarnya. Jom kita ikuti video ni. Check it out! :))

    video

    Tutur kata yang indah adalah amal kebaikan yang besar nilainya,  firman Allah:
    Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. (Fussilat 41:34)

    Ada juga Hadis yang berkaitan tutur kata yang baik iaitu: 
    “Dari ‘Adiy bin Hatim RA berkata: Nabi Muhammad saw pernah menyebutkan tentang neraka, kemudian berlindung diri darinya dan mengekspresikan dengan wajahnya. Kemudian menyebutkan neraka lalu berlindung diri darinya dan mengekspresikan dengan wajahnya. Kemudian menyebutkan neraka dan berlindung diri darinya dan mengekspresikan dengan wajahnya. Syu’bah berkata: kemungkinan dua kali, lalu saya tidak ragu. Kemudian Rasulullah saw bersabda: Takutlah neraka walaupun hanya dengan sebutir kurma, jika tidak ada maka dengan tutur kata yang baik.” (HR Al Bukhari)

    Jelas dari hadis ini dapat kita ambil pengajaran bahawa kita harus berlindung diri dari neraka yang di dalamnya terdapat azab dari Allah, kembali kepada Allah untuk menghindarinya, dan menyelamatkan diri dari azab pedihnya dengan BERTUTUR KATA YANG BAIK. Tiada siapa pun mahu masuk neraka, kan? Ingatttt ye sayang, kalau kita tidak menjaga tutur kata kita, mungkin kita tak dapat nikmat syurga.

    Bersempena Maal Hijrah yang mulia ini, mari kita sama² berazam, buat perkara yang baik seperti yang dinyatakan dalan entry lepas. Sebelum kita nak marah atau nak maki orang, fikirlah banyak kali. Kita perlu sentiasa ingatkan diri kita, syaitan selalu bahagia bila kita menyebut perkataan negatif. Ermm kadang² kita tak dapat lari dari marah kan? Tapi, berpada²lah. Jangan sampai maki hamun orang dengan perkataan yang tidak baik. Kita cuba kawal marah kita dan ingat Rasulullah. Semat niat di hati kita, amal sunnah baginda ni. Insya Allah, baik² saja! Pahala pun dapat. :))

    Learn about the month of Muharram!



    Takwim Hijrah atau Takwim Islam merupakan takwim yang digunakan di kebanyakan negara umat Islam untuk menentukan hari kebesaran Islam. The Hijiri (Islamic) calendar is very similar to the Gregorian calendar that we’d usually use and refer to in our daily lives (such as the month of January, February, etc). 

    As Muslims, we should also take note on the months of Islam! The Hijiri calendar consists of 12 months in a year, with 354 or 355 days. The calendar begins with Muharram, followed by Safar, Rab-ul Awal, Rab-ul Akhir, Jumada-Awal, Jumada-Akhir, Rajab, Sha’ban, Ramadhan, Syawal, Dhul-Qidah and ends with Dhul-Hijjah. Boleh ingat ikut susunan kan? Bagus.  :)

    Sebagaimana dinyatakan dalam Al-Quran:
    Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. [ At-Taubah 9:36]

    Muharram adalah bulan pertama dalam tahun Hijrah. The month of Muharram is special, for it is one of the 4 sacred months in the Hijiri calendar. The other 3 other sacred months other than Muharram are: Dhul-Qaidah, Dhul-Hijjah and Rejab.
    Sebagaimana dinyatakan dalam Hadis:

    The Prophet (s.a.w) said :“The year is of twelve months, four of which are sacred; three consecutive months, Dhul-Qidah, Dhul-Hijjah, and Muharram and Rejab…” [Al-Bukhari # 2511]

    As a sacred month, it’s best to increase in doing good deeds such as fasting and sadaqah! And by sacred, it signifies the importance, status and adoration of this month by Allah! In fact, good deeds done during these months will be more greatly rewarded, insyallah. :) 

    Sebagaimana dinyatakan dalam Hadis:

    The Prophet (pbuh) said: “The best month of fasting after Ramadhan is the month of Allah - Muharram” [Sahih Muslim]

    Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab, asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharam. Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w. ;))

    The day of ‘Asyura is greatly related to the story concerning Prophet Musa (or Moses a.s), where he was saved by Allah by his enemies and Firaun at the Red Sea. When Prophet Musa (a.s) was cornered by Firaun and his army, he asked Allah to help him escape.

    Sebagaimana dinyatakan dalam Hadis:

    Narrated by Ibn Abbas (r.a): The Prophet (s.a.w.) came to Madinah and found the Jews fasting on the day of ‘Asyura. He asked them: “Why are you fasting on this day?” They said: “This ia a great day, Allah saved the Prophet Musa (a.s) and the tribes of Israil from their enemies, and therefore Musa (a.s) fasted to it”. The prophet (pbuh) said: “We have more right to Musa (a.s) than you”. So he fasted on that day also and ordered the people to fast as well. [Al-Bukhari & Muslim]

    To fast on the day of ‘Asyura is the highlight of the month of Muharram. The Prophet Muhammad (pbuh) observed fasting on this day to express his gratitude to Allah, hence, we Muslims should too. ;)

    Take note
    that it is permissible to fast on the day of ‘Asyura only, but it is better to fast a day before OR after as this is a sunnah act. So, fasting of ‘Asyura can be on the 9th and 10th of Muharram OR 10th and 11th of Muharram. Ingat tauuuu!

    Did you know that the reward of fasting of the day of ‘Asyura is an expiation (deletion) of sins for the year before? Masyallah!

    Sebagaimana dinyatakan dalam Hadis:

    When the Prophet (pbuh) fasted on the day of ‘Asyura, the people told him that this is a day that the Jews and Christians honour. The Prophet (pbuh) said: “When the following year comes, Allah willing, we shall fast both of the 9th and 10th day of Muharram” (That is to be different from the Jews and the Christians). The Prophet (pbuh) however passed away before the following year. [Muslim]

    The Prophet (pbuh) said: “Fasting on the day of ‘Asyura, I hope will be an expiation of sins for the year before”. [Sahih Muslim, vol 1 # 368]

    Jangan lupe nanti kita sama² lah berpuasa okey? ;))

    Besarnya nilai BISMILLAH!


    Sambungan dari Fattabiouni Basmalah sebelum ini, suka saya berkongsi hadis Rasulullah s.a.w. ini.


    Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan sepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;


    Doa ini juga ada disebut oleh Habib Mohammed Alsaggaf dalam video Fattabiouni Basmallah. Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;

    1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
    2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
    3. Berbahaya
    4. Melarat, Bertambah Payah

    Dengan itu, jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;

    1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
    2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
    3. Selamat dari bahaya.
    4. Tidak melarat, Menjadi Senang.

    Keberuntungan beramal dengan doa ini:

    1.Terhindar Daripada Bahaya

    Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;

    • Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

    • Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

    Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.

    2.Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan

    Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.

    3.Terhindar Daripada Sihir

    Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.

    Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

    Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas di tangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

    Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.

    4.Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus

    Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

    Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

    Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.

    Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya'Allah.

    Sumber: darussyifa' & ahmad rifaie

    A must know-and-read for every Muslim!



    SYAHADAH, atau ucapan kepercayaan, adalah pernyataan kepercayaan dalam keesaan Allah dan Nabi Muhammad saw sebagai RasulNya. Mengucap dua kalimah syahadah merupakan perkara pertama Rukun Islam. This is the MOST basic duty a Muslim should do; which is to utter and believe that there is no God than Allah, and Muhammad is His Messenger.

    Sebagaimana dinyatakan dalam Al-Quran & Hadis:
    Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, beribadatlah kamu kepadaKu". [ Al-Anbiyaa' 21:25]

    Narrated by Anas (r.a.): The Prophet (s.a.w) said : “Whoever said La ilaha illallah (none has the right to be worshipped but ALLAH) and has in his heart good (faith) equal to the weight of an atom will be taken out of hell” [ Al-Bukhari : volume 001, Book 02 hadith # 044 ]

    SOLAT adalah tiang agama dan sebagai pembuktian ketaatan kepada Allah. Solat setiap 5 waktu bukan sahaja senaman untuk kesihatan fizikal tetapi juga terapi minda yang sangat menenangkan jika dilakukan dengan tertib dan berhemah. Every Muslim should know that the 5 daily prayers are not merely exercise-like movements, but it’s a holy act of worshiping Allah. Is it, undoubtedly, the dearest deed to Allah! 

    Sebagaimana dinyatakan dalam Al-Quran & Hadis:
    Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. [ Al-'Ankabuut 29 : 45 ]

    Narrated by ‘Abdullah (r.a.) : I asked The Prophet (s.a.w.) “Which deed is the dearest to ALLAH?” He replied “To perform the (daily compulsory) Salat at their (early) stated fixed times. [Al-Bukhari Vol. 01, Book 009, hadith 527 ]

    PUASA pada bulan Ramadhan adalah wajib dilakukan oleh setiap orang Islam. Setiap muslim yang mengaku beriman dengan kebesaran Allah pasti akan bergembira apabila tiba bulan Ramadhan Al Mubarak setiap tahun. Only the true believers are able to see how joyous and blessed the act of fasting is! Fasting in the month of Ramadhan is compulsory to every breathing Muslim, as it helps cleanse the soul (and the tummy from eating too much). ;)

    Sebagaimana dinyatakan dalam Al-Quran & Hadis:
    Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. [Al-Baqarah 2:183 ]

    Narrated by Abu Hurairah (r.a) : The Prophet (s.a.w.) said “Whoever observes fasting during the month of Ramadhan out of sincere faith, and hoping to attain ALLAH’s rewards, then all his past sins will be forgiven.” [ Al-Bukhari vol.001, book 002 hadith # 038 ]

    ZAKAT memberi maksud menyuburkan, membersihkan dan memperbaiki. Sebenarnya, melalui kefahaman terhadap maksud sebenar dari perkataan zakat ini sudah memberikan gambaran yang jelas tentang tujuan di sebalik pensyariatan zakat. Paying zakah helps purify the soul of a righteous Muslim. The more you give, the more you will receive in the future, and Insyallah, Allah promises that. :)

    Sebagaimana dinyatakan dalam Al-Quran & Hadis:
    Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan. [Al-Baqarah 2 : 110 ]

    Narrated by ‘Abdullah bin Amr (r.a ): A person asked The Prophet (s.a.w.) “ What sort of deeds in or (what qualities of) Islam are good? “ He replied “To feed (the poor) and greet those whom you know and those whom you don’t know.” [Al- Bukhari vol 1, book 2, hadith # 028 ]

    HAJI ke Mekah wajib dikerjakan setiap orang Islam yang mempunyai kemampuan sekali seumur hidup. Eventho’ Hajj is one of the main, basic duty of a Muslim, it is only applicable to those who is able to undertake the journey to it. The pilgrimage is indeed a holy journey, so if you haven’t done your Hajj, start planning now! :)

    Sebagaimana dinyatakan dalam Al-Quran & Hadis:
    Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk. [ A-li'Imraan 3: 97 ]

    Narrated by Abu Hurairah (r.a.) : The Prophet (s.a.w.) said “ Whoever performs Hajj for ALLAH’s sake only and does not have sexual relations with his wife, and does not do evil or sins, then he will return ( after Hajj, free from all sins) as if he was born anew .” [ Al-Bukhari Vol.2, Book 025, hadith 1521 ]

    Bukankah Islam itu sangat INDAH? ;))

    Fattabiouni #1: Bismillah

    Kita semua tahu menyebut BISMILLAH kan? Tapi tahukah kita apa maknanya & apa kelebihannya?  
    Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf. Setiap huruf yang kite bace, kite akan dapat 1 kebaikan, dan 1 kebaikan itu same dengan 10 pahala. Jadi, sekali kita membaca BISMILLLAH, kita akan dapat 190 pahala. Berapa kali sehari kita baca BISMILLAH? Dalam solat, mengaji, dan memulakan setiap rutin harian, pasti kita baca BISMILLAH kan. Bayangkan! Betapa banyaknya pahala yang Allah beri pada kite tanpa kite sedari. Sesungguhnya, sememangnya Allah itu Maha Pemurah.
    Rasulullah sangat menggalakkan umatnya supaya sentiasa menyebut BISMILLAH sebelum memulakan sesuatu kerja. Ini adalah kerana ia adalah KUNCI bagi mendapat segala kebaikan. Jom ikuti video ni. ;)
    video
    Subhanallah. Sedangkan Al-Quran yang terkandung segala firmanNya memulakan setiap surah dengan BISMILLAH, apatah lagi kita, umat Muhammad. Bersamalah kita membaca BISMILLAH sebelum buat ape saja dengan niat kerana sunnah Rasulullah. Moga dengan amalan ini, kita sentiasa dalam barakahNya. :))

    Apa ada pada 20.11.2011

    Alhamdulillahhh. Terrrcapai jua impian saya mahu punya blog sendiri. Sebenarnya kerja² buat blog ni dah bermula sejak Hari Arafah baru² ni. Cume sampai ke arini, sampai ke sudah nye takde post. So, saya decide amek berkat 20.11.2011 lahhh. :p

    Hari ni baaanyak hal yang jadi. FIRST TIME naik flite pagi ni. Percaya tak? Tu pun ade orang sponsor. KL-Terengganu je. Huhu. Orang lain kecik² dah merase. Kite baru aje. Bagi can lah kan? Terima kasih lahhh abang ipar ku. Excited kemain lagiiiii. Jakun sekejap. :)

    simpan wat kenangan. :)
    Nak dapat sekeping tiket ni bukan senang. Along dah beli tiket online. Saya just print e-tiketing dari MAS tu untuk attachment. Malam sebelumnya, kami pergi lah collect. Kebetulan malam tu nak jemput mertua balik haji di KLIA. Sementara tunggu plane dorang landing, kami naik tingkat atas. Terkebil carik kaunter untuk ditanye. Due² tolak menolak nak bukak mulut tanye. HAHA. Sudahnya, si hubby yang menanya sambil hulur printed paper e-tiket. And awek Indian ni inform suh gi kat kaunter domestic nun di hujung sane untuk self check in. Dalam kepala ni puas duk fikir, camne lah pulakkk nak self check in. :D

    Ohhh rupenye macam deposit machine aje. 13 digits. Digits mane pulak nak register ni. Mate masing² dah melilau cari orang. Malu bertanye sesat jalan kan? Hehe. Adela brader berbaju putih (tak pasti die punye post ape, training kot) tolong pergi refer. Then, datang lah sorang mamat berkot hijau. Staf yang hebat lagi POYO. Ngadap pc, checking & jot the digits down. Cekap memangla cekap tapi setiap pertanyaan kami, die jawab pakai body contact and jari telunjuk aje (muke die takde perasaan, masam macam makan oren di pagi hari). Huh, rilek ar bro. Kami first time nak fly ni. Macam² la kami tanye kannnnn. ;)

    Cukup la kot untuk first post. Sekian. :)) 

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    COPYRIGHT by TENTANG KITA Template design by Bunga Hati Mama