Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Anda Mampu Mengubahnya !



Sana sini orang duk bercakap pasal boikot barangan Israel. Apa tindakan kita? Jadi mulai sekarang, berhati²lah membelanjakan setiap sen duet & wang kita. Jangan nanti, tanpa sedar kita menyumbang kepada dana Israel untuk membunuh umat Islam Palestin. Perhatikan betui² brand penyokong dana Israel. Sengaja saya tidak mahu attach di sini sebab terlalu banyak. Terlalu banyak. Allahurobbi.

Salah satu menarik perhatian saya ialah minuman coklat harian. Inilah masanya kita ubah & bertukar segera minuman coklat kegemaran kita selama ini. Saya mahu tawarkan dengan setiap pembelian Tamar Coco, RM1 akan disalurkan terus kepada Aman Palestin Berhad. Pilihan di tangan anda. PM untuk maklumat lanjut.

Mungkin kita tak mampu nak angkat senjata untuk melawan, tapi inilah salah satu usaha kecil kita. Jangan lupa juge selitkan doa pada masa mustajab untuk saudara² kita di sana. Semoga mereka terus kuat dan dilindungi Allah. Ya, yakinlah doa itu senjata kita. Sama² kita manfaatkan Ramadhan yang mulia ini.


Ramadhan 1435H, Julai 2014M



Assalaamualaikum. Sehat ke korang? Huhuhu. Entah ade orang ke tak, tak tahu lahhh. Readers blog ni dah lariiiii nampaknya, letih menunggu entri baru. Ye dakkk? Hee.

Pejam celik pejam celik, hari ini kite dah pun masuk 7 Ramadhan. Dah nak abisss awal Ramadhan. Cepatnya masa berlalu. Harap puasa kali ni lebih baik lah dari tahun sebelumnya. Azam tahun ni, solat tarawih kat rumah aje. Mungkin lebih afdhal begitu. Suami pun sangat galakkan sebab katanya ada segelintir perempuan ke masjid tak jaga aurat. Contoh, tak pakai stoking, lepas tu masuk dalam kereta, bukak telekung & betul²kan rambut. Huhuhu.

Zaman sekarang, masyarakat suka melebihkan yang sunat dari yang wajib. Betul takkk? ;)

Bagi saya, lelaki pun sama juge. Bulan puasa ni banyak saf nya sampai tak cukup tempat nak sujud terutama sekali waktu Isyak & solat tarawih. Tapi bila bulan tak puasa, satu saf pun jarang penuh untuk solat wajib 5 kali sehari. Same²lah kita renungkan. (:


Janji Allah buat hambaNya yang mahu bernikah. ♥


(gambar hiasan semata. hee.)

Pernah dengar dakkk orang tue² cakap, "orang yang nak kawen ni, inshaa Allah murah rezekinye.." Mesti u ols dah selalu dengar kan. Ye takkk? Hee. Tapi jangan la pulak dengan hanya niat nak kawen, korang duk diam² dalam rumah pastu korang tunggu jeee jutaan duet bertebangan jatuh ke atas ribaan korang. Hahaha.

Usaha ke arah itu sangat penting tau. Kalau takkk, membujang sampai ke sudah la gamaknye. So, u ols percaya tak cakap orang² tue tu? Bagi saya, memang ade benarnya. Sebabbb dalam al-Quran pun ade disebut. :)


''Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurnianya." (An-Nuur:33)

Dari ape yang saya paham, inilah janji Allah pada mereka² yang nak kawen. Sape² yang nak kawen dan ade niat ikhlas nak kawen kerana Allah, tapi masih belum mampu, jagelah diri dari buat maksiat. Inshaa Allah, ade lah nanti rezeki yang melimpah ruah untuk kawen. (:

Sooo, kurang²kanlahhh sikit dating² tu. Seeloknya kalau jumpe bakal suami/isteri tu, biarlah bertemankan adek ke, mak ke, kawan² ke. Elakkan berdue² di tempat sunyi, pegang² tangan atau berpeluk². Biar malu malu, biar segan segan. Malu itu sebahagian daripada iman. Teranggg² dah dalam firman Allah di atas tu, "...hendaklah menjaga kehormatan.." baru lah "..Allah memberi kekayaan.." Jage diri dulu, pastu kaya akan datanggg! ;)

Percayalahhh janji Allah ni. Elak maksiat. Kemudian segala usaha² yang u ols lakukan akan dipermudah dan masalah tak cukup duet untuk kawen akan setel juaaa. Best of luck. ♥


Sunnah Rasulullah ATAU sunnah Yahudi?



Genap 14 hari tak update blog. Huhu. Maaf ye kawan². Komen entri² tak berbalas hampir 100 jumlahnya. Makin dibalas makin bertambah pulak jumlahnyeee. Haha. Ini kan pulak nak blogwalking. Dalam mimpi lah jawabnya. Tapi saya sedang berusaha reply balas komen korang!! Thanks tau sebab sudi mengomen. ;)

Okey. Cube tengok gambar kat atas tu. Mane satu yang korang amalkan? Saya sangat tertarik dengan isu ni. Haffiz Yusuf kongsikan satu kisah daripada ustaznya. Kisahnya bermula ketika ustaznya berada di sekolah maahad. Pada ketika itu, kerajaan memberikan sumbangan buku. Ustaznya belek²lah buku yang ada dan terjumpa sebuah buku bertajuk '20 amalan sunnah yang telah dilupakan'. Alangkah terkejutnya ustaz apabila buku itu mengatakan lambang A itu adalah sunnah Yahudi!! Haaa. Korang terkezut dakkk?

Ditakdirkan Allah, ustaznya dapat sambung studi di Universiti Al-Azhar, Mesir. Lepas habis pengajian daripada syeikh di situ, ustaznya amek peluang untuk bertanya. Dilihat syeikh bersama Syeikh Yusuf Al-Qaradawi sedang duduk bersembang. 

“Syeikh, apa hukum kalau kita buat begini? (sambil membuat lambang A)
Syeikh menepis tangan ustaznya. Syeikh Yusuf Al-Qaradawi terkejut.

“Biadap kamu.” kata syeikh itu sambil menuding tangan kepada ustaznya.

“Kenapa syeikh? Kalau diikutkan kebiasaan orang Malaysia, kalau kami nak menunjukkan sesuatu, macam itulah yang kami guna.

Syeikh menggeleng kepala. “Kalau kamu nak tau, itulah amalan Yahudi yang telah diajarkan kepada kamu, warga Malaysia. Yahudi tidak akan boleh duduk senang selagi mana kamu tidak mengikut mereka. Jadi ini adalah tugas kamu untuk beritahukan hal ini kepada penduduk Malaysia.” ujar syeikh.

“Jadi, macam mana kami nak tukar daripada menggunakan lambang A itu?

“Kamu gunakanlah begini, (sambil menunjukkan seperti lambang B). Itulah sunnah Rasulullah s.a.w.

Ustaznya mengangguk dan beredar. (Sumber: Jom Berdakwah di FB)

Fuhhhh. Saya pun sebenarnya masih terkejut. Sebabnya kita sekarang kalau nak tunjukkan sesuatu dengan menggunakan lambang B, orang kata kita ni biadap. Ye takkk? Kalau betul lah, bertambah lagi perkara terbalik. Sunnah Rasulullah dikatakan biadap, yang Yahudi ajar kita kata baik. Haishhh.

Saya pun mahu bertanya kesahihan hal ni pada orang alim yang lain. Takut jugak kan kalau sebar benda yang tak sah. Main pulak ni sunnah Rasulullah. Tak boleh sebarangan. Kalau korang lebih arif pasal isu sunnah ni, share kat komen entri ni ehhhhh. (:


Memang Allah sengaja...



* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat² yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita semakin sampai ke penghujungnya. Hari esok pun kita sendiri tak pasti sama ada menjadi milik kita atau tidak. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA, dan meninggalkan laranganNYA. ;)

PERCAYALAH, sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba-NYA yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA. ♥


Penggunaan Masha Allah yang tepat



Sedarkah kita tentang penggunaan "masha Allah" dalam percakapan seharian seringkali disalahguna? Bukan ape, kadang² kita terpengaruh dengan movie², yang mana baaaanyak sangat menggunakan "masha Allah" dalam situasi yang silap. Saya perhatikan ramai di kalangan kita menggunakan lafaz "masha Allah" ketika berhadapan dengan situasi yang tidak disukai ataupun yang tidak elok. Sebagai contoh, ketika terlihat gambar² censored atau bila anak² buat perangai nakal. Ye dakkk? ;)

Tahukah kita bahawa istilah "masha Allah" ni bermaksud ALLAH THE ALMIGHTY atau ALLAH YANG MAHA AGUNG. Soooo, kita sepatutnya menggunakan istilah "masha Allah" bila kita melihat something nice seperti bayi atau kanak² yang comel, ketika menjamah makanan yang sedap, terbau wangi²an dan sebagainya.

Jadiii, kesimpulannya, penggunaan "masha Allah" ketika berhadapan dengan situasi yang tidak elok adalah salah dan tidak digalakkan. Yang patut kita lafaz ialah "Astaghfirullaahal'aziim" (Aku memohon ampun kepadamu Ya Allah) ataupun "Innaalillaah" (Kepada Allah kita kembali). Wallahulam...


Doa POWER seorang isteri !



Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash,
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu,
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu,
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu,
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku darimenyakiti perasaannya

Sekiranya...
Suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu, maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang,
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan,
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka,
Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa di hati suami

Amin, amin Ya Rabbal A'alamin..


Mampukah kita sebagai isteri, menghayati doa ni???


Majikan dan sifat bertimbang rasa


 
Masihkah korang ingat, entri saya berkisah belas kasihan? Jika anda belum bace, sila ke bawah okeh. ;)
 
Macam mana pula sikap belas majikan kepada pekerja nya? Islam menganggap semua manusia sama aje dari segi taraf dan kedudukannya. Oleh itu, majikan sebagai ketua perlulah bertolak ansur dan belas kasihan terhadap orang bawahannya yang terdiri daripada pelbagai peringkat sama ada pekerja, pelayan atau pembantu rumah.

Seorang ketua hendaklah bertimbang rasa apabila menyuruh atau meminta orang bawahannya melakukan kerja dan memaafkan mereka terhadap apa juga kesilapan kecil dilakukan. Memanglah mereka dibayar gaji. Tapi mereka juga mempunyai hak yang wajib ditunai dan mempunyai kelemahannya tersendiri.

Dalam hal ini, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Setiap hamba memiliki hak makanan dan pakaian serta janganlah dibebankan dengan amalan yang tidak mampu dilakukannya.” 

(Hadis riwayat Muslim)

Berdasarkan hadis Rasulullah SAW itu, setiap pekerja perlu dilindungi dan diberi hak yang sama rata. Islam melarang keras terhadap sebarang bentuk penganiayaan dan penderaan dilakukan kepada pekerja atau golongan bawahan. Sesiapa melakukan kezaliman terhadap mereka, sesungguhnya dia melakukan amalan jahiliah yang terkutuk.

Bagi mewujudkan sebuah masyarakat harmonis dan bersatu padu, Islam sangat menganjurkan umatnya supaya berbelas kasihan terhadap golongan fakir miskin dan juga yang tidak terdaya.
Semua lapisan masyarakat perlu mengamalkan sifat rahmat dan bertimbang rasa dalam mewujudkan negara aman dan sejahtera. Itulah hikmahnya berbelas kasihan sesama kita. ;)

 

Anak adalah amanah Allah !



Ingat lagi entri saya berkisah belas kasihan? Jika anda terlepas pandang, sila ke bawah okeh. ;)

Kali ni kita tengok dari konteks keibubapaan. Ibu bapa yang mempunyai anak, pasti memikul tanggungjawab yang berat dalam pendidikan dan pembentukan sahsiah anak mereka kan? Saya sendiri masih belum diberi amanah untuk memikul tanggungjawab ni. Huhu. Pape pun, ibu bapa perlu lah mempunyai sifat kasihan belas dalam proses tumbesarannya terutama proses pendidikan anak², tak kirelah secara formal atau tidak formal. Jika mereka melakukan kesilapan dan kesalahan, hendaklah tegur dan betulkan kesalahannya dengan lemah lembut dan kasih sayang, bukannya memukul dengan kekerasan. Mungkin boleh juge diaplikasi dalam konteks keguruan kot. Guru adalah ibu bapa murid di sekolah kan. Kadang² sesetengah anak² ni lebih mendengar kata gurunya daripada kata ibu bapa nya. Ye takkk? Hee. ;)

Namun, dalam keadaan tertentu, anak boleh dipukul, tetapi biarlah dengan penuh kasih sayang dan tujuan untuk mengajar ke arah kebaikan bukannya menjadikan mereka sebagai tempat melepaskan marah. Rasulullah bersabda maksudnya: “Perintahkanlah anak kamu menunaikan solat apabila mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka (dengan lemah lembut dan kasih sayang untuk tujuan mengajar) apabila mereka berumur sepuluh tahun, serta pisahkanlah tempat tidur mereka.(Hadis riwayat Abu Daud)

Anak² ni perlu dibelai, ditatang serta diasuh dengan penuh kasih sayang dan lemah lembut, bukannya dengan kekerasan yang hanya akan menyebabkan anak semakin liar dan nakal. Tengok saja video terkini yang sangat hot sampai masuk berita tu, si ibu memukul anaknya yang hanya seorang bayi yang tak mengerti apa². Wajarkah begitu?? Ya Allah, di manekah kasihan belas die sebagai ibu? Perlu diingat, gejala sosial yang semakin menjadi² dalam masyarakat mungkin salah satunya berpunca daripada kurangnya perasaan kasihan belas dan kemesraan dalam rumah mereka. Fikir²kan. 

Jadi, apabila berlaku kesilapan atau kesalahan oleh anak², ibu bapa perlu menilai semula kemungkinan itu berpunca daripada kesilapan mereka yang gagal mewujudkan keharmonian rumah tangga seperti dituntut Islam. Bagi saya, sumenye berbalik kepada ajaran agama. Insha Allah, sumenya akan baik² saja. Percaya lahhhh. Banyakkanlah muhasabah diri dan sentiasa memperbaiki yang perlu. (:

Next time, kite tengok konteks pekerja & majikan pulak eh. Tungguuuuu. ;)


Sifat rahmat dalam rumahtangga



Gambor sekadar hiasan. Hehe.

Masih ingat lagi entri saya tentang belas kasihan? Jika belum bace, terjah sini eh. Sebenarnya sifat rahmat atau belas kasihan ni merangkumi semua lapisan masyarakat terdiri daripada suami isteri, ibu bapa dan anak, majikan dan pekerja, sesama ahli masyarakat Islam dan antara pemimpin dengan rakyatnya kerana Islam adalah agama untuk semua tanpa mengira kedudukan dan taraf seseorang.

Dalam konteks kekeluargaan, suami isteri perlulah bertolak ansur dan berbelas kasihan antara satu sama lain dalam menguruskan dan melancarkan perjalanan rumah tangga mereka. Bukan kah objektif perkahwinan dalam Islam itu untuk menyuburkan kasih sayang dan kemesraan antara suami isteri? Di situ lah adanya kebahagiaan sejati. Insha Allah. ;)

Allah berfirman bermaksud: “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.(Surah al-Rum, ayat 21)

Begitu lah Islam gariskan panduan hidup untuk kita contohi supaya kerukunan dan keharmonian rumah tangga dapat dicapai. Walaupun tak dinafikan, ada ketikanya rumah tangga bergolak. Ye dakkk? Hee. Namun, Islam juge sediakan panduan penyelesaiannya. Sebagai contoh, jika isteri nusyuz iaitu tidak taat atau ingkar arahan suami dalam hal kebajikan dan makruf, Islam menetapkan tiga langkah suami mengatasi masalah itu iaitu pertama nasihat, kedua berpaling tempat tidur dan yang akhirnya, memukul dengan belas kasihan. Dengan kate lain, dengan pukul manje² gitu. ;)

Haaa, ingat tu suami² dan bakal² suami sekalian, Islam tidak pernah berikan hak atau kebebasan memukul dengan kekerasan hingga mencederakan isteri atau menderakan dengan pelbagai bentuk penganiayaan. Sebaliknya Islam menyarankan suami menggunakan pendekatan berhemah dan berlemah lembut. Pasti ade hikmah di sebalik pendekatan ini yang mana kadang² kite tak dapat nampak dengan mata hati kita.


Untuk konteks yang lain, kite bukak entri lain la ye. Hehe. Bende² camni tak boleh dikongsi sekaligus. Maklumlah kite ni kan manusia yang pelupe. Kalau terima input yang terlalu banyak dalam mase yang same, susah nak melekat dalam otak. Betol takkk? Hee. (:


Masihkah ada belas di hati kita?



Tak dapat disangkal lagi, rakyat negara kita terkenal dengan budaya hidup serta budi pekertinya yang lemah lembut dan bersopan santun. Ini menepati ajaran Islam yang sangat menggalakkan umatnya supaya bersifat mulia. Saya pasti, agama lain juga sangat mementingkan moral yang baik. Ye takkk?

Namun, sejak akhir-akhir ini kita dikejutkan dengan pelbagai kes penderaan, penganiayaan dan pembunuhan di kalangan masyarakat Malaysia. Bermula dengan kes pembuangan & penderaan anak, penganiayaan isteri atau suami, penderaan terhadap pembantu rumah, pembunuhan situ sana sini dan terbaru iaitu pelbagai demontrasi jalan yang melibatkan banyak pihak. Yang paling menyentuh hati saya ialah kekerasan yang dibuat tidak berbaloi dengan punca masalah. Begitu juga halnya dengan mahasiswa² yang bakal memerintah negara, sudah tak mampu mempraktikkan etika yang dipelajari di institusi masing². Jika kita sume sudah tidak boleh mengawal emosi untuk sesuatu hal, ape akan jadi pada negara ini kelak? Fikir²kan lah.

Rentetan peristiwa demi peristiwa menyedihkan ini, sudah cukup menggambarkan sifat kemanusiaan masyarakat Malaysia kini sudah semakin pupus. Bagi umat Islam, perbuatan penderaan, penganiayaan, pembunuhan dan kekerasan dilarang keras kerana Islam adalah agama yang bersifat rahmat iaitu belas kasihan.
Islam sebenarnya membawa misi keamanan, kedamaian, keharmonian, kemesraan dan rahmat kepada seluruh isi alam membabitkan semua makhluk yang menghuni alam ini termasuk binatang. Ini ditegaskan dalam firman Allah bermaksud: “Kami tidak mengutuskan engkau (Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat kepada alam sejagat.” (Surah al-Anbia, ayat 107)

Jadi, bagi menjamin kedamaian dan rahmat terlaksana, Islam memerintahkan umatnya supaya menghiaskan diri mereka dengan sifat belas kasihan yang turut menjadi bukti kepada kesempurnaan iman seseorang kepada Allah.
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Kamu sekali-kali tidak akan dianggap beriman sehingga kamu bersifat rahmat. Ujar sahabat: Kami semua sememangnya bersifat rahmat. Lantas Baginda SAW menjawab: Bukan itu maksudku rahmatmu kepada kawan kamu, sebaliknya maksudku ialah rahmatmu kepada umum (alam sejagat).” (Hadis riwayat Tabarani)

Justeru, adalah menjadi kewajipan setiap Muslim bersifat belas kasihan dalam pergaulan seharian bersama sesiapa saja yang berada di sekelilingnya. Sifat semula jadi itu menjadikan manusia mudah berasa belas kasihan dan tersentuh apabila melihat kesusahan menimpa saudaranya dan begitu juga sebaliknya.
Jika perasaan seumpama itu tidak wujud dalam diri manusia, maka ia menurunkan taraf manusia lebih teruk daripada binatang, sedangkan binatang masih lagi memiliki perasaan belas kasihan terhadap anaknya sendiri.

Dalam hal ini, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Allah menjadikan rahmat 100 bahagian, satu bahagian daripadanya sudah diturunkan ke bumi. Daripada bahagian satu inilah, sekalian makhluk dapat berbelas kasihan sesama sendiri antara satu sama lain hinggakan ada seekor binatang yang mengangkatkan kakinya kerana takut terpijak anaknya sendiri.” (Hadis riwayat Bukhari)
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT by TENTANG KITA Template design by Bunga Hati Mama