Showing posts with label Kad Raya. Show all posts
Showing posts with label Kad Raya. Show all posts

Kad Raya #15 #16 #17 dan #18 (Finale)



Sebenarnya ni entri Isnin lepas tapi saya tak dan nak publish. Maaf sangat². Saya takleh nak cancel entri ni sebab ni tanda penghargaan saya pada readers² saya. Okeh okeh okehhh. Kirenya entri ni bersempena 30 Syawal aritu, hari terakhir meraikan hari raya kan. Lets make it short. Kad raya putih melepak tu dari Masz. Simple tapi sangat cantik kadnya. Ucapan rayanya pun sempoi. Terima kasih Masz. ;)

Kad raya biru yang comel kiut miut dengan pinky girl yang kurus keding tu datang dari CIM. Ayatnya penuh dengan nilai murni, luhur, tertib dan sangat menyejukkan hati saya membacenye. Dari coretannya, saya dapat gambarkan CIM ni seorang yang sangatlah romantik. Hehe. Untung laaa suaminya. Dia pun pernah upload lagu untuk saya. (:


Kad berbunga² tu dari Cik Nur. Takyah nak diperkenalkan kot si dara sunti Cik Nur kite ni. Baikkkkk sangat orangnya. Ye takkk? Hee. Untunglaaa sape dapat. Rasenye die lah yang paling rajin terjah gambar² comel saya kat bawah header tu. Mekasihhh ye sayang. :)

Kad raya terakhir tahun ni ialah kad kartun kiut miut tu, datangnya dari Yana. Tulisan die same comel dengan kadnya. Kalau tak silap, orangnya sebaya saya tapi dah punya 3 orang anak. Anak² ibu sumenye sebab wajah permata² hati nya betul² mengikut wajah Yana. Hehe. Kalau tak caye, gi tengok sendiri lahhh ye. (:


Kad Raya #11 #12 #13 dan #14



Kad raya lagiiiii? Huhu. Jangan marah aaaaa. Dah ade pulak antara pengirim kad² raya ni tanye, mane lah die punye kad raya tak muncul². Hehe. Sooo, saya kene cepat dan pantas abiskan entry kad raya ni. Tengok tajuk entri lahhh, tu diaaaa 4 sekali masuk. Hehe. Okeylah. Yang putih suci tu datangnya dari Yana L. Pos sekali dengan ramuan istimewa. Nak tahu ape die? Kene lah gi terjah blog Yana L. ;)

Kad raya yang biru lagi menenangkan itu pulak dari Miss Banu. Dengan kate lain, peminat tegar Jozan, tegar setegar²nyaaa. Hee. Blognya penuh dengan entri berkaitan dengan aktiviti Jozan, pencapaian Jozan dan macam² lah pasal Jozan. Die jugak sangat rajin join segmen. Bagi peminat² Jozan, anda takkan menyesal singgah ke blog Miss Banu. (:


Kad raya besor berbunge² tu datangnya dari Ayu. Lame jugak saya tak lepak di blog die. Name penuhnya ialah Noor Alina Ayu, dari Perlis. Ayu ni suke sangat tepek gambar die yang bam bam kat entrinya. Hehe. Kalau nak tengok betapa ayu nya si Ayu ni, intai² lah blog die. Terserlah pipi nya yang melimpah tu. (:

Haaaa kad raya yang penuh dengan cik ted tu lahhh yang duk menanye, mane die punyeee tak publish lagi. Huhu. Deqla ni kecik molek je orangnya macam kad raya die jugak. Deqla ni kan sangat rajin taip, gunting dan menepek kot. Sebab dalam kad tu, siap printed dan digunting mengikut ayat. Alignment pun ikut macam entri blog die. Center sentiasa. Hee. Tak caye? Jomlahhh tengok blog Deqla. ;)


Kad Raya #9 dan #10



Selagi raya tak abis, selagi tulah entri kad raya ni ade. Huhu. Saya ade balance 2 hari je lagi untuk update entry kad raya. Nampaknye kene gabung lebih dari 2 kad raya untuk satu entry edisi ke 11 dan ke atas. Kalau tak, memang tak sempat kan. Okeylah, kad raya oren yang ceria di atas tu adalah dari Kak Tihara. Mekasihhh.  Moge akak cepat² dapat baby ye. Allah knows the best. Itulah yang selalu saya semat dalam hati. ;)

Ohhh ye, sekarang Kak Tihara ade buat segmen tau. Saya pun takde kesempatan lagi nak join. Sooo, pade sesiape yang masih berfikir dan terkial² nak update entry ape hari ni, bolehlah join segmen tersebut. Manelah tahu ade rezeki anda. Segmen ni ade hadiah tau. (:


Kad raya comel yang penuh dengan cik ted ni ialah dari Shu. Tulisan die kecik kiut aje. Ye takkk? Hee. Name saya pun dah jadi FARINA tu. Typing error kot. Hihi. Saya ni sampai berebut kad raya ni dengan adek kecik saya sebab name die Fareena. Perasan la die punye. Sibuk nak bukak sampul. Haha. (:

Lame dah sebenarnya saya tak jenguk blog Shu . Kad raya die ni pun saya tak dan nak balas. Kad raya Kak Tihara pun same. Maaf ye. Kalau nak tahu, Shu ni sangat kreatif orangnya dan pandai lukis doodle tau. Gi lahhh terjah blog die. ;)


Kad Raya #7 dan #8



Masih lagi cite kad raya. Raya sebulan kan. Ye takkk? Hee. Kad raya bersama brooch lip lap lip lap dan fridge magnet ni datangnya dari blogger satu negeri. Kami duk satu kampung tapi belum pernah berjumpe. Tak tahu la kot² tersentuh bahu sebelum ni. Huhu. Lagipun sekarang saya dah menetap di Kemaman. Balik ke Dungun pun sekadar hari minggu. (:

Blogger yang disebut² ni ialah Ieta. Malangnyaaa, brooch tu dah rosak bila sampai ke tangan saya. Nasib baik ade FM mengubat duka saya. Hehe. Terima kasih Kak Ieta . Saya dapat cenderahati ni sebab saya salah seorang pelumba lari harapan negara di blognya. Kalau nak jugak, gi lahhh terjah blog die. :)


Kad raya bersama key chain dan FM ni pulak datangnya dari Lela. Tak cukup dengan pos ekspress, dibungkus lagi dengan nationwide ekspress. Gembira tak terkata saya bile terima bungkusan ni. Sekali bukak, ade pulak keychain dan FM yang comey lote. Huihhh, Rase macam nak lompat meloncat. Mekasihhhhh. ;)

Celotehnye boleh tahan jugak. Tapi takleh lawan Masha lagi kot. Huhu. Saya jawab kat sini ye Lela . Hai hai, khabar saya di sini sihat. Alhamdulillah. Tahun ni saya tak buat biskut raye. Bertahun dah tak buat, tangan pun dah keras. Hee. Saya beraya di Tranung tahun ni. Hampir due minggu beraya di bumi Tranung. Merdeka day baru balik beraya di Nogori Sembilan. Tapiii kesian awak. Cuti raye 2 hari je ehhh. Hehe. (:


Kad Raya #5 dan #6



Kad raya seterusnya adalah dari Masha. Punyelahhh panjang celotehnya dalam kad tu menggambarkan kepada saya yang Masha ni periang orangnya. Kerjayanya sebagai seorang jururawat terserlah dek nasihatnya pade saya supaya menjaga gigi saya. Siap berpantun lagiii. Huhu. Mentang²la gigi saya dicabut bulan pose arituuu. Memang terkono saya kali ni. Jom tengok sedikit coretan budak bertuah ni. ;)

" Yang korek kundi, Yang merah saga, Ingat! Gigi tu nak kena jaga ! Hehe. :) "
p/s : Jangan minum ais lagi...ha ! Gula² pon...Nanti yang lain jadi mangsa dicabut...Hihi


Kad raya ni pulak dikirim dari blogger satu negeri, tapi lain daerah. Tak perlu diperkenalkan kot blogger ni sebab tersangatlahhh femesnye dengan serbuk cheese nye, iaitu Kak Dieyna. Bile kite nak jumpe ni kak? Huhu. Asek² bloggers lain je berdating kan. Takleh jadi ni. ;)

Saya kepingin nak gi beraya kat rumah die sebenarnya. Malu tapi mahu. Huhu. Sebab Kak Dieyna ni pandai dan rajin masak tau. Buktinyaaaa, banyak jugak menu best² dan sangat kene dengan selera saya yang dia kongsi di blognya. Meleleh air liur saya menengoknyeee. Hee. Jom terjahhhhh. (:


Kad Raya #3 dan #4



Mood berblog sangatlahhh ke laut di bulan raya ni. Huhu. Maaf banyak² ye. Sepanjang minggu lepas, turn ziarah family sebelah si dia pulak. Tu pun tak dan nak abis jugak. Tapi takpelah, raya sebulan kan. Ye takkk? Hee. Kad raya ketiga datangnya dari Cik Sweety. Blognya masih belum dapat diterjah. Selamat Hari Raya ye dear. Maaf zahir batin. Cepat² la online balik. Sume orang rindu awak tauuu. :)


Kad raya ke 4 pule ialah kiriman dari Si Matatajam. Dah lame jugak saya tak jenguk blog dia. Sudah ketinggalan bas saya ni. Banyakkk hutang entri dia yang belum sempat saya baca. Ampun maaf dipinta ye dear. Hee. Nanti bile ade kelapangan, pasti saya akan ke sana. Terima kasih untuk kad raya ni. (:


Kad Raya #1 dan #2



Haluuuuu. Selamat hari raya buat sume. Maaf zahir batin. Fuhhh, lame betul rasenya tinggalkan dunia blog ni. Ade yang merindu takkk? Hee. Maaflahhh ye. Seminggu beraya sakan. Tu pun belum habis lagi ziarah rumah sedare². Sekarang ni, saya nak ziarah perlahan² ke teratak korang pulak. :)

Raya tahun ni korang dapat kad raya tak? Saye dapat banyakkkkk. Huhu. Istimewanya kali ni, kebanyakan kad raya yang saya terima adalah dari teman bloggers. Kad raya pertama datangnya dari JAAkechik CORNER. Kad raya nya yang kaler grey berbunga raya tu. Dia pos sekali dengan cenderahati Penang, keychain dan pen kaler hijau tu. Terima kasih Jaa. Tinggalkan alamat di komen entri ni ye. (:

Kad raya kedua ialah dari Wanieys. Kad raya nye kaler ape ehhh? Kuning campur hijau kot. Hee. Kad raya tu basah sikit kat bahagian atas. Terkene air hujan. Tapi masih elok lagi walaupun kembang jadinya. Terima kasih ye Wanieys. Kedue² kad raya ni tak sempat saya balas. Nantilah saya fikir²kan nak balas ape. ;)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT by TENTANG KITA Template design by Bunga Hati Mama