Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Gulai Ayam Masak Lemak Cili Api

Hari Sabtu/Ahad adalah hari memasak. Ye takkk? Hee. Ape kata arini kita buat gulai ayam masak lemak cili api. Yelahhh saye kan sedang bercuti di Negeri Sembilan ni, duduk pulakkk di kampung. Jadi, mood lauk pun kenelah padan dengan suasana. Betul dakkk? Okey. Okeyyy. Cukup² lahhh tu intro nye. Ayuh ke dapur sekarang. Kita masakkk memasak!

Bahan-bahan
1.      1 ekor ayam (potonglah ikut suka & bersihkan)
2.      3 sudu minyak
3.      1 inci kunyit hidup (dikisar)
4.      2 inci halia (dihiris)
5.      3 cawan santan
6.      5 batang serai (diketuk/ditumbuk kasar)
7.      2 biji ubi kentang (dipotong 4 macam wedges)
8.      Sejemput cili kering (dicelur & dikisar)
9.      Segenggam cili api merah/hijau (dikisar)
10.    Sekeping asam keping
11.     Sedikit garam/gula
12.    Air (jika perlu)

Cara-cara
1.      Kisar kunyit hidup bersama cili dengan sedikit air. (cili tu tambahlah ikut pedas anda)
2.      Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar & serai hingga wangi.
3.      Masukkan ayam & garam. Gaul dan biarkan seketika.
4.      Masukkan santan. (jika santan terlalu pekat, tambahlahhh sedikit air)
5.      Kacau rata & jangan sampai pecah minyak. :)
6.      Masukkan halia, asam keping & ubi kentang. Bila kentang dah empuk, tutup api.
7.      Siappppppp!


Haa. Ade nak tanye pape takkk? Mesti ade kannn. Tahu dahhh nak tanye ape. Takde letak BAWANG eh? Betul tak korang nak tanye soalan tu? Hee. Memang takde okey. Ni masakan original orang Nogori. Saya mengintai mertua saye masak, memang takde letak bawang. Satu lagi tips, step ke-3 tadi, saya masukkan ayam & garam sekali. Agak kenape? Tak tahu?? Meh sini nak bagitau. Haa. Ayam daging ni kan kalau dibuat lauk tanpa goreng kan cepat empuk. So, bile letak garam tu nanti taklahhh jadi terlalu empuk. Jadi, mase nak gaul/kacau, taklah hancur dikerjakan ayam tu. Hee. Selamat mencuba ye.

Tomyam Udang Campak²

Hari ni kite main masak campak². Hee. Macam best takkk? Huhu. Alang² dah keluar ke mall semalam, dalam perjalanan balik rumah tuuu singgahla beli pape yang patut untuk masak makan tengah hari kannn. Masak yang simple² je. Tak payah pening² kepale nak pikir lauk yang complicated. Ape lagi, jom ke dapur la. Masakkkkk!

Bahan-bahan
1.      15 ekor udang sederhana besar (bersihkan)
2.      2 paket perencah tomyam adabi
3.      1 ulas bawang putih (diketuk)
4.      2 biji bawang merah besar (dipotong 4/8)
5.      4/5 cawan air
6.      3 helai daun limau purut
7.      1 batang serai (diketuk)
8.      5 biji cili api merah/hijau
9.      Sayur pilihan (bunga kobis/cendawan/carrot/tomato-dipotong²)
10.    Sedikit garam/gula

Cara-cara
1.      Masukkan air & perencah tomyam adabi dalam periuk. Didihkan.
2.     Masukkan semua bahan²: udang, bawang, daun limau purut, serai, cili & sayur. Reneh selama 8-10 minit.
3.      Masukkan garam/gula. Adjustlahhh ikut selera anda & kacau rata.
4.      Kalau nak lagi pedas, tambah cili api. :)
5.      Okey. Kalau dah sedap maknanyaaa dah siaplahhh. Slurppppp.
6.      Opss. Taburlah daun ketumbar bila mahu dihidangkan. (optional aje. jika suka) :p


Ade orang letak santan/susu cair untuk buat tomyam udang ni. Tu atas selera masing² la kot. Hee. Kalau korang memang suke sangattt dengan tomyam & tiap² hari pun asek² nak makan tomyam ajeee, saya cadangkan korang masak kuah tomyam ni dalam satu bekas berasingan. Segala bahan ayam/daging/seafood & sayur tu, korang potong siap² & simpan dalam peti sejuk. Bile korang nak makan, korang just panaskan ajeeee & masukkan segala bahan tu. Selamat mencuba! :))

Petola Tumis Air Ala² Sup


Hari ni saya ade masak sayur petola. Entah macam mane boleh masak eh? Hee. Tengah hari tadi la duk selongkar peti sejuk mak, nampak laa ade 1 batang sayur petola. Haaa. Sebelum petola ni rosak sejuk² duk dalam peti ni, kesian die kan. Ade baiknyeee dibuat lauk. (orang Tranung katee sayur petola ni sayur tteney. hee.) Tahu ke care nak pronounce tuuu? :p 
Okey. Okey. Toksah cakap banyak. Jom kite masakkkkk!

Bahan-bahan
1.      1 biji petola (buang kulit kerasnya, kikis sedikit kulit luarnya dan potong bulat²)
2.      1 paket kecil suhun/fuchuk (direndam sampai kembang)
3.      2 ulas bawang putih
4.      3 biji bawang merah
5.      2-3 cawan air
6.      Sesudu minyak
7.      Segenggam ikan bilis/keropok ikan
8.      Sedikit lada hitam
9.      Sedikit garam/gula
10.    1 biji telur (jika suka)

Cara-cara
1. Hiris bawang merah dan bawang putih.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan² hiris & ikan bilis. Bila dah naik bau, masukkan air secukupnya. Kacau sehingga mendidih.
3. Masukkan petola yg dah dipotong bulat. Masukkan juga suhun/fuchuk dan keropok ikan (jika ada). Kacau lagi.
4. Pecahkan telur dan kacau. (saya tak letak pun. hee.)
5. Perisakan dengan garam/gula & lada hitam.
6. Biarkan sayur masak dan empuk.(tapi jangan masak terlalu lama, nanti sayur jadi lembik & tak sedap pulak.)
7. Wokeh... Siap untuk dimakan dengan nasi atau diratah begitu sahaja.. 


Camne? Senang ajeee kan. Trylah buat. Tapi resepi ni boleh aje ekjas ikut citarasa sendiri. Main campak² je. Contohnya, saya masak pun tadi main letak je garam/gula & lada hitam tu masa tengah tumis bawang. Masuk aje sume perasa. Takde nak tunggu masukkan sayur dulu ikut step di atas ni. Hee. Orang kate, garam ni boleh wat minyak cepat panas. (nak cepat naik bau punye pasal la ni. jangan diikut. hee.) Pape pun, janji rasa sedapppp kan. Ye takkk? Hee.

Bawang & ikan bilis tu boleh je kalau nak tumbuk halus. (kalau tak suka hiris/mayang). Oh ye, kalau nak tambah sayur lain, bagi yang jenis vegetarian suke makan sayur kan, boleh aje tambah carrot/bunga kobis/cendawan. Sedap jugakkk tu. Satu lagi kan, ade orang suke letak ape tuuu, stok ikan bilis? Pendapat saya lahhh, kalau boleh elakkan. Lebih baik kita gune dari sumber yang asli. Besenye yang fastfood camtu, paham² aje laa kan. Ajinomoto pun tak usahlahhh. Tapi atas masing². Saya tak suke. Hee. Bukan ape, kurang baik untuk kesihatan. :)

Eh, tau tak fuchuk tu ape? Dari tadi duk sebut² kan. Alar, tauhu keping macam keropok tu. Tahu kan. Saje je beritahu pada yang nak tahu. Kot² ade yang tak tahu. Hee. Nak tambah ayam/daging/seafood, suka hati. Kalau suke, letak. Kalau takmo letak pun takpe. Masak ape yang ade je. Sempoiii. Selamat mencuba!

Dadih Mixed Fruits Poyo


Oh lupe! Semalam ade buat dadih. Sedap jugak makan  sejuk². Macam mane boleh tergerak hati nak buat dadih? Hee. Pemintaan dari pakcik. (pok ddare, orang tranung kate). Sesudah subuh, lebih kurang jam 6.20 pagi dapat SMS. Ingatkan Maxis hantar message cintaaa. Nasib baiklahhh bangun awal. Kalau tak, kantoi je. :p

Pakcik         : Lokasi nak dapatkan dadih kat mane? Boleh bantu?
Saya            : Buat je. Boleh makan banyok.
Pakcik         : Boleh tolong buat? Tempah khas. Tokki nak makan.
Saya            : Boleh. Tapi, trylah cari dulu mane². Kot lambat siap. Bahan tadok.

Paham ke tuu? Hee. Tepat jam 12 tengah hari, barulahhh saya kuar beli bahan. Maklumlah kete takde. Rembat kete mak. Hujannnn. Ya Allahhhh. Lebattt. Turunnye mencurah² di bumi Terengganu. Saya redah ajee. Tapi nak cari parking satu hal! Hujan lebat cenggini pun, orang ramai jugakkk shopping. Dasyat dasyattt. ;)

Sampai aje rumah terus melepak kat dapur. Beli serbuk dadih tu aje. Siap ade tulis step buat kat belakang. Hee. Nak cepat kannn. Orang tempah niii.. Jom buat!

Ni diaaa makhluk dadih. :p
Bahan-bahan
- 3 liter air
- 1 tin susu cair
- 100 gram gula ( macam mane pulakkk nak sukat. Hee)
- 1 bungkus serbuk dadih

Cara-cara
1) Masukkan air, susu cair & gula (saya bajet dalam 7 sudu besar) dalam bekas.
2) Letakkan di atas api.
3) Kacau sebati sampai mendidih. (lebih kurang 8-10 minit api sederhana)
4) Tutup api setelah mendidih. Kacau lagi selama 5 minit.
5) Masukkan serbuk dadih dan kacau sehingga rata.
6) Letak potongan² buah yang sesuai dengan perisa di setiap bekas. (jika suka)
7) Bolehlahhh letak sebatian dadih tadi dalam bekas kecik² yang comel tuuu.
8) Sejukkan dalam ref. (boleh jadi pejal dalam masa 2 jam)
9) Siappppp! :)

Tadaaaaaa, Nilahh dia dadih saya. ;))
Dapat la dalam 24 bekas. Part paling mencabar, time kacau atas api tuuu. Lame jugakkk 10 minit tau. Sakit la jugak pinggang ni. (Kacaulahh sangat kan!). Trylah buat. Senang ajeee. Adek² boleh buat untuk mak. Kakak/abang boleh buat untuk adek². Suami boleh buat untuk isteri. Sekali sekala kannn. Bile lagi nak hargai orang tersayang. Ye takkk? Hee. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT by TENTANG KITA Template design by Bunga Hati Mama