Showing posts with label Download. Show all posts
Showing posts with label Download. Show all posts

WeChat VS Whatsapp


Korang dah tahu pasal aplikasi WeChat dakkk? Hee. Free jugak macam whatsapp. Tapi yang ni, korang boleh tambah emotion sendiri kalau yang sedia ade tu tak cukup. Ade voice message, group chat & video chat. Selain itu, korang juge boleh sharing² gambar dengan kawan² melalui fungsi "Moments". ;)

Sekarang ni, majoriti pengguna WeChat di Malaysia pakai telefon Android. Jadiii, korang bolehla cari ramai kenalan yang guna WeChat sama ada di phonebook sendiri atau melalui FB korang. Boleh jugak cari kawan² baru melalui fungsi “Look Around” untuk cari pengguna WeChat yang duk dekat² dengan korang. (:

Haaa korang juge boleh ikuti perkembangan dan gambar selebriti di WeChat. Ade Daphne Iking, Ean Nasrun, Amber Chia, Hannah Tan, Elfira Loy, Mia Sara Nasuha yang comel tu dan ramai lagi kot. Jozan tak pasti ade ke tak. Hehehe. WeChat ni boleh donlot untuk Android, iPhone, Windows Phone & Nokia (Symbian). Tak pun, boleh terus ke laman web WeChat. Soooooo, GSF mahu cube takkk? Hee.

Oh ye, saye dah donlot whatsapp. Akhirnyaaa boleh jugak install free utnuk iPhone. Takyah nak beli bagai. Hahaha. GSF yang dah berrrwhatsapp dengan saye ialah Deq's Qienz & Kak Dieyna. Pantas dorang berdue ni. Deq's Qienz la yang excited bebenor. Tak nyempat² die nak add saye ke group. Okey dear, dahhh announce ni. Boleh dah add. Hihihi. ♥


1st Ever Contest By Eryn Edrina



Saye di invite oleh tuan punye contest public event group untuk join contest ni. 1st Ever Contest By Eryn Edrina. Thanks dear. Okey. Anda cume perlu statekan lagu hindustan fevret anda! Kalau nak join & nak tahu syaratnya, klik banner di atas. 

Oh my. Lame jugak la tak layan cite Bollywood. Tapi masih boleh ingat lagu² & cite² zaman awal tahun millennium. Hee. Lagu yang paling saya gemar ialah lagu Rhythms Of Mohabbatein. Sebab? Lagu ni ade 3 genre muzik. Kasual, rancak & tradisional. Then, takde lirik. Just lagu ajeee. Memang layan abis! Silap² boleh bangun menari. Hee. Tengok pada tajuk lagu pun dah tahu dari cite ape kan. Mohabbatein. Filem ni tahun 2000. Lagu² cite ni sumenye best. ;)


Download Rhythms Of Mohabbatein mp3

Satu lagi ialah lagu The Medley dari cite Mujhse Dosti Karoge. Filem ni tahun 2002. Kenapa saye minat? Sebab lagu ni campur lagu² cite bollywood yg hot² zaman dulu & zaman awal millennium. Susunan urutan lagu pun kene dengan muzik. Best!


Download mp3 The Medley 

Orang yang bertuah saya untuk ditag  ialah:

Segmen Farah Alias-Lagu Pilihan 2011




Ini adalah segmen pertame FA yang ade 815 followers. Wow. Banyak tuuu. Segmen Farah Alias-Lagu Pilihan 2011. Nak join, klik banner yang kiut di atas. Okey. Stret to the point. Lagu pilihan 2011 saya ialah Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque. Lagu & lirik sepenuhnya oleh Monoloque. (kalau tak silap saya lahhh. hee.)
 
Monoloque memang tak putus-putus menghasilkan lagu yang lain dari yang lain. Unikkk. Macam lagu pilihan saya ni, Kekanda Adinda, lagu nya memang santai, comel & sweet je. Bile dengar lagu ni kannn, rase macam nak menari pun ade. Hee. Kirenye lagu saya & hubby la ni. Pernah dengar takkk? Lagu ni adalah lagu OST untuk cerita 8 bulan. Cite Shidi & Vanida belakon tuuu. Lagu yang comel nih memang top la dekat carta radio. Jom dengar sambil menari. :p



Oh Kekanda
Jangan iri hati, Dinda naik pangkat lagi
Oh Adinda
Kanda mana dengki, malah Kanda support bini

Jadi Dinda mahu mengambil masa
Tapi Kanda mahu segera
Dinda ingin berjaya dalam kerjaya
Tapi Kanda mahu cahaya mata

Dinda belum bersedia

Kanda dah beria ria
Jadi yang mana satu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Oh Adinda, tolong jangan lekas curiga, lekas cemburu buta

Oh Kekanda, Dinda perlu berhati-hati, tak rela dikongsi

Kanda kerja overtime, terlebih masa

Itu yang Dinda harus berwaspada
Ini semua demi masa depan keluarga
Dengan Dinda atau sebaliknya

Kanda kerja malam

Dinda kerja siang
Jadi bila nak bertemu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda

Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda
Oh bagaimana? Bagaimana kita nak selesaikannya?
Apa keputusannya?

Oh Kekanda mari nyawa, kita cuba komunikasi

Oh Adinda mari sayang, kita cuba toleransi

Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan

Kanda polar kutub utara
Dinda kutub selatan
Komunikasi, sikap toleransi, itu yang kita perlu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Walau kita sering dengan cara masing-masing

Kanda yang Perdana
Dinda yang Utama
Kanda segalanya
Dindalah nyawa
Kita tetap bahagia bila bersama sama
Bahagia bersama
Bersama selamanya
Bahagia selama-lamanyaaa
 
 Download mp3 sini
 

Ombak Rindu Yang Menderu!




Selamat pagi semua. Penat semalam belum lagi terubat ni. Tak sempat nak cite semalam sebab sibuk join segmen contest. Nak tahu ape saye buat semalam? Hee. Saya berdating dengan adek perempuan saye! Girls Day Outinggg! Die nakkk sangat tengok Ombak Rindu. (nak tengok Aaron la tuuu. hee.) So, saya bawakla die pergi Mesra Mall. Tu aje lahhh TGV yang terdekat. Tepat kul 10 pagi tuuu sampai depan mall. Excited bukan main. Hee. Sebelum ni, sebenarnye kitorang dah gi mase hari ke-2 tayangan Jumaat lepas, tapi SOLD OUT! Alahai, sudahla nak cari parking kene round mall 3 kali. Kempunan macam tu ajeee. Sebab tu lahhh semalam awal kemain. Ambik early bird lagiii. :)

Sekarang ni orang memang tengah gile nak tengok filem Ombak Rindu kan. (bagi peminat filem melayu lahhh. hee.) Wayang pun still penuh & sangat susah nak dapat tiket. Ye takkk? Hee. Status di FB dan tweet di Twitter penuh dengan perkataan Ombak Rindu. Saye sendiri pun jadi teruja & nak sangat tengok Ombak Rindu. Sebab? Sebabbb saya bace novel dieee. Adek pulak berie². Haa makin menjadi² lahhh jawabnye kan. Hee. Korang ada tak yang dah tengok filem ni? Saye dah tengok! (poyo kannn. hee.) Cite pasal Ombak Rindu, secara jujurnya saye sedikit keciwaaa. Sebab jalan cerita filem Ombak Rindu lainnn dari jalan cerita Novel Ombak Rindu. Bagi yang dah baca, mesti korang rasa yang same kan kannn. Ye dakkk? Hee. :)

Then, Lisa Surihani macam kurenggg sikit lakonan die kali ni sebab kebanyakan dialog Mila (watak Lisa dalam filem) hanya menjerit. Tak brape jelas dengar dialog die. (orang Tranung kate, bbolok. hee.) Tapi takpe Lisa, I still adore you. Satu lagi, saya rasa filem ini kurenggg sesuai untuk tontonan umum (mungkin saye ni naif sikit kot? huhu.) Sebab tak sesuai? Scene di katil tu terase macam lame aje. Dup dap duppp dappp. Malu budak kecik tengok. Hee. Overall, pasangan suami isteri adalah penonton paling ideal untuk pergi menonton filem ini kerana banyak kasih sayang antara suami dan isteri ditonjolkan. Nilai kasih sayang yang tulus, kepercayaan, kesabaran & kecekalan sangat penting dalam hubungan. Pape pun, lagu OST filem ni memang best! 
Download SINI. ;))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT by TENTANG KITA Template design by Bunga Hati Mama