Showing posts with label Kerja. Show all posts
Showing posts with label Kerja. Show all posts

Checking



Test 1 2 3. Ehem². Sound check sambil tiup habuk dan sawang². Hehehe. Hampir 2 bulan kot tak update blog, tak blogwalking. Rindu gile nak ngadap blog. Maaf ye jika ade yang mencari² author blog ni. Eh, lupe pulak nak tanye kabar. Sihat ke u ols? Saye sihat. Alhamdulillah. Cumenye tak tahu macam mane saye nak gambarkan betapa sibuknye saye tahun ni. (macamlah orang lain tak sibuk. ye dakkk? hahaha.)

Seriesly, memang saye tak menang tangan. Dengan kerja sekolah, exam budak², sukan sekolah, camping sekolah, urusan masuk rumah, preparation majlis kawen 2 orang adek, abang ipar dan 4 orang sepupu dalam mase terdekat ni, abisss tenaga dah rasenye. (ishhh dorang ni tak reti nak kawen sorang² ke? ikut turn la kan. hahaha.)

Satu hal lagi, kes title blog saye ni tak naik title baru kat bloglist u ols. Tu yang lagi menghilangkan mood nak ngadap blog tuhhh. Huhuhu. Tapi arini saye akan merangkak perlahan² ke rumah u ols. Rindu nak bace cite terbaru. ♥


Result UPSR ditangguhkan?



Semalam ade berita pasal result UPSR 2012 ditangguhkan pada minggu kedua cuti akhir persekolahan. Arini sekolah kecohhhh dengan berita ni. 21 atau 22/11 antara tarikh yang disebut². Dan akhirnyaaa sudah SAH di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia, result UPSR tahun ni bakal diumumkan pada 19/11. :)

Calon² boleh dapatkan result di sekolah masing² pada pukul 10 pagi pada hari Isnin tersebut. Jadiiii, jangan terlalu gementar ye ibu² bapa² dan juge cekgu². Dari segi positifnya, kita ade banyak masa lagi untuk mendoakan kejayaan anak² dan adek² kita. ♥

Kenapa tidak 7 atau 8/11, seperti biasa kan diumum pada hari² akhir persekolahan? Sejujurnya, saya sendiri pun kurang pasti. Mungkin sebab tahun ni cuti persekolahan bermula awal seminggu. Mungkin juge sebab Lembaga Peperiksaan sedang membuat semakan semula kerana timbul juge isu soalan bocor di sesebuah negeri yang tak boleh dinyatakan di sini. Allah sajalah yang tahu kebenarannya.


Kerja Gila, Balik Hari !



Dah boleh agak kan bile tengok gambar? Hee. Semalam saya dan rombongan sekolah gi lawatan ke Cameron Highlands. Sejujurnya, saya sangat teruja join lawatan ni sebabnya saya belum pernah sampai ke sana. Kate orang, CH sekarang dah tak sejuk macam dulu. Tapi pengalaman saya semalam, bile singgah di sebuah surau sebelum naik ke atas, terasa sejuknyaaaaaa. Cakap pun kuar asap. Bajet macam kat Korea je. Hahaha. :)

Kami bertolak agak lewat, pukul 11.30 malam. Dengan muke tak mandi, kami gi melawat BOH, dan Bee Farm. Excited gile. Abihhh borong sayur 8 peket RM10. Huhu. Saya rembat sayur yang jarang jumpe. Penuhhhh fridge dengan sayur. (:

Paling sedih, atas sebab kekangan masa, kami terpaksa cancel lawatan ke Strawberry Farm. Huhu, Frust sayaaaa. Ni sume sebab satu bas terkandas di Sungai Koyan dan dorang agak lewat sampai ke CH. Pukul 5 petang dah bergerak balik dan sampai pukul 1.30 pagi tadi. Pape pun, pengalaman pertama saya ke CH ni sememangnya sangat best. Mane taknye, 7 bekas strawberry saya bawak balik. Next time nak gi lagiiii. Hehe. 


Hadiah Birthday Yang Dah Basi 2 Bulan !



Birthday nye bulan Julai, tapi hadiah ni saya dapat bulan lepas, bulan September. Dan hari ni, bulan Oktober baru nak buat entri. Huhu. Super duper basi lah jawabnye kan. Ye takkk? Hee. Tapi biarlahhh. Saje nak update entri di kala diri ini dilanda kesibukan yang amat sangat. Tu pun sebab si Wanieys sibuk duk tanye mane la saye ni, dah 5 hari menyepi. Orang² lain mungkin duk tertanye² dalam hati ajeee kot. ♥

Yang biru dalam plastik tu, pen drive berbentuk jam tau. Sume cekgu pun dapat kot. Hehe. Pendrive sememangnya jadi satu keperluan untuk cekgu sekarang ni. Terima kasih la ye YB Dato' Sri. Tahun depan boleh bagi la iPad keee pulak kan. Haha. ;)

Niat di hati nak update entri baru bile dah abis blogwalking ke sume blog yang join segmen Lyssa baru² ni. Tapi seriesly minggu ni saya hanya sempat online 2 hingga 3 jam saje. Tu pun boleh tersembam depan lappy. Mungkin kepenatan di siang hari dan line agak semput. Huhu. Dan setakat hari ni, saya baru abis blogwalking ke 120 dari 203 peserta segmen. Ade baki 83 blog lagi. Waaaaa. Campur lagi 80 komen belum approve, jadi 163 hutang terjah.

Tu yang takut nak update entry baru tuuu, risau hutang bertambah. Adu du du du, du du du. Minggu ni sebenarnya saya sibuk dengan seminar, majlis persaraan GPK HEM, in house training, dan prepare soalan final exam. Boleh bayang dakkk sibuk nye saya?? (:


Saya Doktor Muda !



Tu diaaaaa wajah² ceria Johan Pertandingan Kuiz Doktor Muda. Hehe. Tahniah adek² sekalian. Cayalahhh. Walaupun last minute prepare, korang berjaya jugakkk. Sebagai guru pembimbing, saya amat berbangga dengan mereka. Inilah yang saya duk busy kan sangat minggu ni. Konvensyen ni dibuat pada Selasa lalu. ♥

Sebenarnya ni pertama kali kami sertai konvensyen dan pengalaman baru buat saya. Seronok betul tengok persembahan adek² dari sekolah² sekitar Kemaman untuk pelbagai pertandingan termasuk pertandingan bercerita, melukis poster, buku info kesihatan, dan pameran. Baaanyak sangat info pasal kesihatan yang dikongsi bersama. Saya rasa konvensyen ni sangat bagus jika dibuat secara terbuka untuk sume murid. (:


Haaaaa, close up sikit. Huhu. Kembang lubang hidung saya ni apabile team sekolah saya diumumkan sebagai johan pertandingan kuiz untuk konvensyen kali ni. Ingatkan kami tak dapat nombor dahhhhh. ;)


Selamat Tinggal Sekolahku



Hari ni saya dah siapkan RPH seminggu in advance. Maknenye, saya dah siapkan sampai Isnin depan tau. Ehh, RPH tu ape ye? RPH tu keje wajib cekgu hari², Rancangan Pengajaran Harian. Plan mengajar setiap hari untuk setiap kelas. Dah bawak mengadap Guru Besar dahhh pun petang tadi. Kite jumpe next week pulak ye cekgu. Hehe. ;)

Esok, luse dan tulat saya takkan jejak kaki ke sekolah. Nak gi melawat sekolah lain!


Sebenarnya, saya dilantik menjadi pegawas peperiksaan UPSR yang bakal bermula esok. Ini adalah pengalaman pertama saya sepanjang 2 tahun berkhidmat. Huihhh, berdebar pulak rasenye. Jika selama ni saya yang duk amek exam besor, kali ni saya pulak duk jage orang exam besor. Ye dakkk? Hee.

Kalau saya yang jadi pengawas exam, dan jugak sebagai cekgu, rase macam nak pecah jantung ni menunggu hari esok, calon² UPSR 2012 sudah pasti turut rasa debaran yang same kan. Best of luck buat sepupu² saya dan bloggers cilik yang bakal menghadapi UPSR esok. Berjuanglahhh hingga ke saat terakhir. Aplikasikan segala tips dan tunjuk ajar cekgu² anda selama 6 tahun tu. Insha Allah, kejayaan bakal menjadi milik anda. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT by TENTANG KITA Template design by Bunga Hati Mama