Wordless Wednesday #27: Tutti Frutti Rayaaaaa !




Pemenang Teka Teka Kedai Cap Ayam & Mini Flash Mob



Ramai sudahhh yang tak sabar² nak tahu pemenang teka teka kan. Ye takkk? Hee. Maaf sangat² sebab lambat announce. Kesulitan amat dikesali. Okeylah, stret to the point. Kedai ni di Pertama Complex. Peserta² yang beri jawapan nan satu, terpantas dan menepati format sahaja, diangkat sebagai pemenang. Tak aci beri jawapan double tau, Deqla? :)

Pemenang²nya ialahhhhh jeng jeng jenggggg...

Untuk teka teka mini flash mob pulak, saya sedikit skema dan lebih complicated dari bese untuk pilih pemenang² sebabnye jawapan sudah tertera teranggg tang² pada saat 0.51-0.52 di video yang diberi kan kan kannn. Ye dakkk? Hee.

Antara yang bertuah, yang terpantas dan yang terpilih ialah:
1) ieedaz @ mama_isha (die ni lagi, huhu)

Tahniah pada sume pemenang. Hadiah kecik akan menyusul kemudian ye. Masih mood beraya ni. Takpe kan kalau hadiah tu dapat lambat. Hehehe. Ade lagi due teka teka yang belum diumumkan pemenangnya. Sabor ehhhh sume. Tengah kire bajet hadiah ni. Ampun maaf dipinta, zahir dan batin ye. (:


Kad Raya #1 dan #2



Haluuuuu. Selamat hari raya buat sume. Maaf zahir batin. Fuhhh, lame betul rasenya tinggalkan dunia blog ni. Ade yang merindu takkk? Hee. Maaflahhh ye. Seminggu beraya sakan. Tu pun belum habis lagi ziarah rumah sedare². Sekarang ni, saya nak ziarah perlahan² ke teratak korang pulak. :)

Raya tahun ni korang dapat kad raya tak? Saye dapat banyakkkkk. Huhu. Istimewanya kali ni, kebanyakan kad raya yang saya terima adalah dari teman bloggers. Kad raya pertama datangnya dari JAAkechik CORNER. Kad raya nya yang kaler grey berbunga raya tu. Dia pos sekali dengan cenderahati Penang, keychain dan pen kaler hijau tu. Terima kasih Jaa. Tinggalkan alamat di komen entri ni ye. (:

Kad raya kedua ialah dari Wanieys. Kad raya nye kaler ape ehhh? Kuning campur hijau kot. Hee. Kad raya tu basah sikit kat bahagian atas. Terkene air hujan. Tapi masih elok lagi walaupun kembang jadinya. Terima kasih ye Wanieys. Kedue² kad raya ni tak sempat saya balas. Nantilah saya fikir²kan nak balas ape. ;)


Teka Teka Shopping Raya



Korang dah shopping raya ke belum? Huhu. Saya dah 3 tahun kot tak bershopping raya. Tapi untuk tahun ni, ibu mentua saya ade sponsor kasut untuk anak dan menantunya nan due orang ini. ;)

Saya ni malu tapi mahuuu. Hehe. Saya rembat beli dua kasut, untuk raya satu dan kasut formal untuk kerja satu, satu brand Valentino & satu lagi Primavera. Sebabnya ade sale 20% setiap pasang kasut tu. Si dia dapat beli saju aje dengan normal price, brand Primavera. Tamak dakkk saya? :p

Jadi, sekali lagi saya nak ajak main teka teka. Sepi sangat blog sekarang kan. Ye takkk? Hee. Kali ni teka jumlah harga yang ibu mentua saya bayar untuk ketiga² kasut ni. Syaratnya satu je. LIKE fanpage ni. (:

KLU RASMI: 
1) 2 kasut saya itu berharga RM 100++ selepas diskaun. 
2) Jumlah tak lebih RM500.

Beri jawapan anda dengan format:
"Jumlah harga sebanyak ____________ dan saya sudah LIKE fanpage _______________"

DAH TUTUP YE. Pemenang teka² yang lepas akan diumum sedikit masa lagi. Tungguuuuuuu. ;)


Teka Teka Raya



Sume orang dah sibuk ehhh weekend ni? Huhu. Blog sunyi sepi ajeee. Nampaknye takleh nak announce lagi la pemenang teka teka yang lepas. Tunggu weekdays. Layan teka teka lagi jom. Kali ni pun senang aje. ;)

Syarat:
1) Follow blog ni
2) Follow blog sponsor: Mama Maszull

Lengkapkan ayat ni. "Aidilfitri adalah masa untuk mengeratkan lagi silaturahim dengan penuh kemesraan dan bermaaf-maafan ________________________________"

Takyah perah otak sangat nak sambung ayat di atas ye. Just terjah website ni. Anda pasti dapat isi tempat kosong tu dengan copy cat aje. Senang kan. Takyah buat entry. Beri jawapan anda dengan drop komen di entry ni. (:

Pemenang terpantas dan penuhi 2 syarat tu, boleh dapat top up raya kan mama? Hee. Lagi 3 pemenang bertuah akan dapat hadiah dari saya. !!

Tarikh tutup saya akan update kemudian. ;)


Segmen : Saya nak header free dari Eyra



Klik banner untuk join. ;)

Pantang orang nak bagi header free, sibuklah nak join. Hehe. Maklumlah, nak buat sendiri, tak reti. Huhu.

Details:
 - Ayat untuk letak dekat header : tentang saya, kamu, dia, mereka & kita ! ♥
 - Font : Nak macam font kat banner segmen ni, boleh? ;)
 - Link Blog : http://farizafairuz.blogspot.com
 - Code warna : Tak kisah. Match dgn blog ya? (:
 - Doodle/gambar : Pun tak kesah. Ala² banner segmen pun okey. Hee.
 - Nama blog : Fariza dot.com


9 Ramadhan 140* bersamaan 20 Jun 1983



Bercakap pasal amalan memberi hadiah, baru saya teringat yang saya lupe nak buat entry pasal befday si dia aritu. Hah?? Bape kali befday nak celebrate ni. Huhu. Kami memang sambut due kali setahun. Satu tahun Masihi, satu tahun Hijrah. Ulangtahun si dia jatuh pada 9 Ramadhan iaitu 29 Julai baru² ni. ;)

Coklat yang cantik kat atas tulahhh tanda ingatan saya untuk si dia. Saya buat pakatan rahsia ni dengan pemilik The Coklat Blog, Chic Na seawal lebih kurang lebih kurang 19 hari sebelum hari kejadian. Sume angka 9 kan? Kebetulan pulak. Coklat ni dipos atas nama si dia. Terima kasih pada Chic Na sebab sudi siapkan coklat ni. Jasa mu sentiasa dikenang. (:

Namun, kami hanya mampu merancang. Coklat tu sampai ke tangan penerimanya pada 31 Julai iaitu 11 Ramadhan. Tapi ade hikmahnya jugak sampai lambat sebab 28 Julai tu saya cabut gigi dan pada hari ulangtahun tu saya MC akibat bleeding. Langsung saya lupe nak wish si dia. Hadoiii lah, beria² planning bagai, tapi bila sampai mase, tak pulak wish orang tu. Teruk perangai kan. Dan kalaulahhh coklat tu sampai on time, bertambahlah derita saya melihat si dia makan coklat tu sorang². Ye dakkk? Hee.


Giveaway Craft n Crochet 2 By Tihara



Klik banner untuk join. ;)

Join di saat akhir. Tawakal aje ni sebab tak tahu jam brape tutup. Yang pasti arini last day. Tapi kebiasaannya, tutup pada saat akhir hari kan. Ye takkk? Hee.  Mungkin malam karang lah kot tutupnye. (suke² aje buat kesimpulan sendiri.)

Soooo, yang belum join, mehla berjemaah dengan saya. Join saat akhir. Sempoi je pun die punye syarat. Sub sub berdesub, dah siapppp. Hadiah² die pun menggetarkan jiwa. (:

Keputusan Simple Contest: Ibhas Nama Blog



Firstly, maaf sangat² sebab lambat announce pemenang. Banyak bende yang terjadi lately. Baiklahhh. Rasenye tak perlu cakap banyak kan. Ye takkk? Hee. Korang pun dah lame menahan sabor tunggu keputusan ni kan kannn kannnnn. Ehem². Baiki sikit sore dulu. Sakit gigi belum hilang lagi ni. Huhu. Bismillaahirrahmaanirrahiimmm. ;)

Untuk contest ni, saya mintak si dia yang jadi jurinya. Katenye, nape tak letak nama sendiri aje untuk name blog? Huhu. Kite suh die pilih, last² die pulak yang nak join sekaki untuk beri cadangan nama baru blog. Bertuah betul. Jadiii, saya amek cadangan nama yang ade name saya lah sebagai pemenang contest ni. Surat menyurat tak akan dilayan okeh.  :)
4) MissChocolate (siap buat entry lagi. TQ dear.)

Terima kasih untuk sume yang sudi meluangkan masa, fikirkan nama baru untuk blog ni. Hebat dan unik jugak cadangan² korang. Bolehlah saya pakai buat spare. Hee. Bile saya nak tukar nama blog? Belum tahu lagi. Tahniah pada yang terpilih. Tinggalkan alamat ye. (:


Teka teki Mini Flash Mob



Dekat² nak masuk hujung minggu ni, mesti orang sibuk dan tak sempat nak berblog kan. Ye dakkk? Hee. Sebelum korang sibuk, jemputlah join ye. Saya akan pilih jawapan² terpantas sebab jawapan dah pun ade terang² dalam video youtube ni. Pendek je video ni. Tak sampai 1 minit pun. Insha Allah loading cepat. ;)

Soalan: Ape 2 ayat pendek yang yang tertera pada saat ke 0:51 hingga 0:52 ?

Komen entry ni untuk beri jawapan anda. Saya belum decide berapa orang pemenang yang akan saya pilih. Bergantung pada penyertaan. Teka teka ni akan tutup bila² masa dari sekarang. Saya akan beritahu kemudian. Cepat². Oh ye, pemenang² untuk teka teka kedai cap ayam dan contest ibhas name blog dah pun ada. Tunggu nak announce je ni. (:

MAAF. DAH TUTUP YE!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT by TENTANG KITA Template design by Bunga Hati Mama