Eid Mubarak 1435H. Maaf Zahir & Batin.



Seminggu cuti raya rasanya macam tak cukup kan? Hehehe. Raya sebulan la katakan. Blog pun ditinggal sepi aje. Dah lah memang mood blogging down je setahun dua ni. Sekarang, mostly sume dah start kerja kan. Time rehat tu boleh la curi² intai blog. Nak harap mase cuti raya, memang tak lah. Ye dakkk? Hihihi. :)

Raya tahun ni saya beraya cukup sederhana aje. Turn beraya di kampung saya manfaatkan sepenuhnya untuk ziarah raya sanak saudara yang dekat. Tu pun tak abis jugak jalan² raya. Huhuhu.


Okaylah. Takde idea sangat nak tulis ape. Kihkihkih. Selamat hari raya, maaf zahir batin!! ♥


Anda Mampu Mengubahnya !



Sana sini orang duk bercakap pasal boikot barangan Israel. Apa tindakan kita? Jadi mulai sekarang, berhati²lah membelanjakan setiap sen duet & wang kita. Jangan nanti, tanpa sedar kita menyumbang kepada dana Israel untuk membunuh umat Islam Palestin. Perhatikan betui² brand penyokong dana Israel. Sengaja saya tidak mahu attach di sini sebab terlalu banyak. Terlalu banyak. Allahurobbi.

Salah satu menarik perhatian saya ialah minuman coklat harian. Inilah masanya kita ubah & bertukar segera minuman coklat kegemaran kita selama ini. Saya mahu tawarkan dengan setiap pembelian Tamar Coco, RM1 akan disalurkan terus kepada Aman Palestin Berhad. Pilihan di tangan anda. PM untuk maklumat lanjut.

Mungkin kita tak mampu nak angkat senjata untuk melawan, tapi inilah salah satu usaha kecil kita. Jangan lupa juge selitkan doa pada masa mustajab untuk saudara² kita di sana. Semoga mereka terus kuat dan dilindungi Allah. Ya, yakinlah doa itu senjata kita. Sama² kita manfaatkan Ramadhan yang mulia ini.


Sabar. Patience. Assobru.



Allahuakbarrr. Kesabaranku teruji lagi hari ini. Yang semalam sudah pun hilang sabar. Memang kurus abisss puasaku semalam. Dan hari ini aku diuji lagi. Allahhh, nape lahhh manusia ni suka pentingkan diri sendiri?

Speechless.

Dahlah pentingkan diri sendiri, langsung tak fikirkan susahnya kite. Tapi kalau dah namenye selfish, mane manusia jenis tu nak fikirkan orang. Satu, satuuu beban terletak atas bahu aku. Lepas satu, dan satu lagi hal yang aku kene buat, kene fikir.

Maaf atas penggunaan kata ganti nama aku. Entri ni sekadar nak melegakan rasa hati. Sebab dah tak tahu nak lepaskan macam mana. Kalau bercakap, konfem tak lepas sebab....

...mata dah masuk habuk. T_T


Mini Giveaway Blog HT



Saya ingin menjemput semua rakan bloggers join Mini GA Blog HT ni. Jom jommm. Klik banner untuk maklumat lanjut. :)


Ramadhan 1435H, Julai 2014M



Assalaamualaikum. Sehat ke korang? Huhuhu. Entah ade orang ke tak, tak tahu lahhh. Readers blog ni dah lariiiii nampaknya, letih menunggu entri baru. Ye dakkk? Hee.

Pejam celik pejam celik, hari ini kite dah pun masuk 7 Ramadhan. Dah nak abisss awal Ramadhan. Cepatnya masa berlalu. Harap puasa kali ni lebih baik lah dari tahun sebelumnya. Azam tahun ni, solat tarawih kat rumah aje. Mungkin lebih afdhal begitu. Suami pun sangat galakkan sebab katanya ada segelintir perempuan ke masjid tak jaga aurat. Contoh, tak pakai stoking, lepas tu masuk dalam kereta, bukak telekung & betul²kan rambut. Huhuhu.

Zaman sekarang, masyarakat suka melebihkan yang sunat dari yang wajib. Betul takkk? ;)

Bagi saya, lelaki pun sama juge. Bulan puasa ni banyak saf nya sampai tak cukup tempat nak sujud terutama sekali waktu Isyak & solat tarawih. Tapi bila bulan tak puasa, satu saf pun jarang penuh untuk solat wajib 5 kali sehari. Same²lah kita renungkan. (:


Blur. Busy.



Allahuakbarrr. Dah macam² bau dah dalam blog ni, debu pun berlapis². Huhuhu. Inilah 1st entri untuk tahun 2014. Dah setengah tahun daaa, actually banyak cite yang terlepas & saya tak tahu nak mulakan dari mana. Tapi dengan sekeping gambar di atas rasanya cukup la kan, sebagai kata² aluan. Hahaha. (:

Tapi kan, gambar ni sebenarnya bertarikh 16 November tahun lalu. Hehehe. Secara ringkasnya, kedue² pasangan pengantin dah pun selamat semuanya. Entri yang lepas kan bulan Oktober. Jadinye, kire okay lah update yang November punye kan? Betol takkk. Hihihi. Nanti takdelah korang terkejut sangat. :D

Inilah kami 7 beradik. Makin lama, makin bertambah. Sekarang dah jadi 11 beradik. Alhamdulillah. Kalau ada kesempatan, nanti nak bace cite korang pulak. ;)


Checking



Test 1 2 3. Ehem². Sound check sambil tiup habuk dan sawang². Hehehe. Hampir 2 bulan kot tak update blog, tak blogwalking. Rindu gile nak ngadap blog. Maaf ye jika ade yang mencari² author blog ni. Eh, lupe pulak nak tanye kabar. Sihat ke u ols? Saye sihat. Alhamdulillah. Cumenye tak tahu macam mane saye nak gambarkan betapa sibuknye saye tahun ni. (macamlah orang lain tak sibuk. ye dakkk? hahaha.)

Seriesly, memang saye tak menang tangan. Dengan kerja sekolah, exam budak², sukan sekolah, camping sekolah, urusan masuk rumah, preparation majlis kawen 2 orang adek, abang ipar dan 4 orang sepupu dalam mase terdekat ni, abisss tenaga dah rasenye. (ishhh dorang ni tak reti nak kawen sorang² ke? ikut turn la kan. hahaha.)

Satu hal lagi, kes title blog saye ni tak naik title baru kat bloglist u ols. Tu yang lagi menghilangkan mood nak ngadap blog tuhhh. Huhuhu. Tapi arini saye akan merangkak perlahan² ke rumah u ols. Rindu nak bace cite terbaru. ♥


Eid Mubarak 1434H/2013M



Salaam Aidilfitri buat sume. Maaf zahir batin. كل عام وٲنتم بخير تقبل الله منا ومنكم صالح الٲعمال. Allahuakbar. Arini baru dapat wish raya pada bloggers dan tengok blog. Ehh? Lain macam kan blog ni. Hahaha. Sebenarnya niat saye nak tukar name blog ni dah lame. Seingat saye, sejak tahun baru aritu kot. Dan sekarang baru lahhh tertunai. ;)

Sooo, do not close tab guys & ladies. Anda sememangnya berada di zon blog yang betui. Hehehe. Presentinggg Fariza[dot]com ♥, menggantikan Tentang Kita ♥. Harap² regular readers blog ni tetap lepak kat sini macam bese. (:


Tahun ni tema raya kami berdue, sedondon hijau. Rasenye ramai orang Tranung beraya rumah mertua tahun ni, macam saye. U ols macam mane?

Rasenye sume orang masih dalam mood raya kan. Ye takkk? Hee. Sebabnye tengok dari bloglist, mostly takde new entry. Nak blogwalking pun, lemah je semangat ni. Aura raya lagi kuat kot. Same²lah kite menghayati hari lebaran ni. Hidupkan sunat² Aidilfitri. :)

Warmest regard, Fariza & Fairuz. ♥


Masihkah ada Ramadhan ?



Akhirnya Ramadhan dah sampai ke penghujungnya. Sayu, pilu rasenye kan. Ade lagi kah Ramadhan untuk kite? Allah saje lah yang Maha Mengetahui. Kalaulah dapat dipanjangkan mase, saye tak mahu lagi Ramadhan ni berakhir. Quran pun saye belum khatam lagi ni. Moge Allah permudahkan saye abiskan bacaan untuk baki lagi 2 3 hari ni. :)

Oh ye, sepanjang Ramadhan ni saye ade layan drama best. Masihkah Ada Ramadhan. Korang ade tengok dak? Sebenarnya, ni drama tahun lepas tapi diulang semula di Astro Prima setiap Jumaat jam 10. Tahun lepas saye layan cite ni bersama keluarga. Tahun ni pun same. Memang terkekek² la saye sekeluarga lepas balik teraweh. Bukan sebab cite ni genre komedi, tapi dialog²nya boleh dikatekan 97% dalam loghat Tranung. Bangga sangat!! Hehehe.


Kisah cite ni tipikal macam bese drama melayu yang menceritakan tentang harapan seorang ibu untuk berkumpul dengan anak²nya di bulan Ramadhan. Yang menariknya, drama ni sarat dengan mesej² kekeluargaan dan pengorbanan adek beradek. Realitinya, memang berlaku pada hari ini. Saya boleh bagi 5 bintang. Sedihhh cite nye. Memang boleh menitik la air mate. Tambah² dengar loghat kampung sendiri. Lagi lah tangkap feeling saye. Sob sob sobs.

Dannn untuk pengetahuan semua, Muhammad Amirul Mazlan yang memegang watak utama sebagai Zali dalam cite ni berasal dari Kampung Baru Kerteh, Kemaman, Terengganu seorang penuntut Jurusan Diploma Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA) sudah pun meninggal dunia akibat kemalangan di Federal Highway Dekat Universiti Malaya pada tahun yang sama. Watak Zali benar² pergi bertemu Ilahi, bukan sekadar lakonannya dalam cite Masihkah Ada Ramadhan ni. Al Fatihah buat arwah.


Awesome Ramadhan Day #25 & #26



Sekarang ni budaya iktikaf ni dah jarang berlaku kot. Iktikaf ni, kite hanya tumpu pada Allah dan ibadah kita je. Cuti la sekejap dari keje² yang bese kita buat, dan lupekan seketika pasal dunia. No FB, no games. :)

Untuk beriktikaf ni, kita gi ke masjid sebelum Maghrib dan stay lah sampai Subuh. Matlamatnya hanyalah beribadah pada Allah. Masjid kan tempat suci. Jadi, di situlah tempat yang paling baik untuk kita berdoa banyak², buat solat sunat, dengar tazkirah, wirid, dan zikir. Jangan tidur pulak. ;)


Pernah tak bace status FB atau entri blog yang meminta kita doakan dia? Mesti pernah kan. Ape yang korang buat? Yeee, doakanlah untuk mereka. Mendoakan orang lain dalam doa kita adalah perbuatan yang sangat mulia kerana sebagai seorang Islam, kita sangat disarankan mengambil berat  dan bersikap baik antara satu sama lain. :)

Ada hadith sahih yang mengatakan bahawa doa yang cepat dimakbulkan Allah ialah doa saudara terhadap saudaranya yang lain tanpa pengetahuan orang yang didoakannya. Jadi, jika ada sahabat² yang meminta doa, kita patut berdoa untuk dia. Lakukannya dengan penuh keikhlasan dengan harapan doa tersebut diterima Allah. Sentiasalah berdoa untuk orang lain walaupun tak diminta berbuat demikian. (:


Awesome Ramadhan Day #23 & #24



Bile kali terakhir anda dating dengan Allah? Dah tibe masanya kita set date tau. Pentingnya sesi ni ialah kita dapat bertaubat. Sebagai manusia biasa, kite tak lepas dari buat kesilapan kan. Dannn hanya Allah lah saja yang dapat mengampunkan dosa² kita. Allah Maha Pengampun.

Ape yang perlu kita buat ialah jujur dan ikhlas sepenuhnya, sedar kesilapan dan dosa² kita. Muhasabah dan selitkan perasaan kesal membuat kesilapan itu. Paling penting, berjanji pada Allah dan diri sendiri yang kita takkan ulangi lagi kesilapan itu. Yang ni, kita kene betul² kuat tau. Dannn berterusanlah buat kebaikan. ;)


Sekarang dah kurang dari 10 hari kan. Maknenye, Lailatul Qadar bile² mase aje ni. Kite mesti, mesti cari sebab inilah satu malam yang istimewa berbanding 364 malam yang lain dan eksklusif untuk umat Muhammad s.a.w sahaja. ;)

Dikatekan malam Lailatul Qadar ni berlaku pada malam yang ganjil pada 10 Ramdhan terakhir iaitu mungkin malam ke 21, 23, 25, 27, atau 29. Anda dah jumpe kah? (:


Awesome Ramadhan Day #21 & #22



Masyarakat sekarang ni, banyak sangat buat aktiviti keduniaan. Siang hari sibuk dengan kerja² periuk nasi kita. Ye takkk? Hee. Jadi, sangat normal lah kita perlukan tidur yang cukup di malam hari kan. Tapi, sekarang ni Ramadhan sudah masuk ke peringkat akhir. Tak kira sepenat dan semengantuk mane pun, cubelah bangun malam untuk beribadah. Urus masa tidur dengan baik. Insha Allah, takde masalah punye lah nak bangun awal² pagi ataupun nak berjaga malam. Kasi can lah katil tu berehat tanpa anda. :)

Dari hadith sahih mengatakan, Allah ada bersama orang² yang berdoa di 3/4 malam iaitu lebih kurang jam 2 hingga 4 pagi setiap malam. Bayangkan lah, ruginya kalau kita tidur mase tu kan. Kita dah terlepas peluang nak berdoa dan terlepas nak mintak macam². (:


Zakat ni bukan sekadar memberi duit atau barang keperluan kepada yang miskin dan memerlukan, tapi zakat ni bertujuan untuk menyucikan hati dari sifat tamak dan pentingkan diri sendiri. Sebagaimana yang sume orang tahu, zakat ni wajib dan mesti dibayar sebelum berakhirnya Ramadhan. Tujuannya adalah untuk membantu orang miskin dan memerlukan ni membuat persiapan raya. :)

Korang dah bayar ke belum? Saya baru aje bayar hari ni. Alhamdulillah. Pada yang belum bayar tu, carilah mana² kaunter zakat di masjid, shopping mall atau di bazar pun ade. Make sure, bile kita tunaikan tanggungjawab zakat kita tu, niatlah kerana Allah dengan penuh rendah diri dan bukan untuk riak atau menunjuk². Fikirlah betapa gembiranya orang miskin dan memerlukan tu bile terima sumbangan zakat anda nanti.

Paling penting, fikirlah tentang ganjaran hebat dari Allah yang bakal anda dapat. Maklumat selanjutnya tentang zakat, boleh lah google sendiri ye. Banyak website Islam yang boleh dipercayai dan diyakini. Refer pada ustaz² yang bertauliah tau. (:


Wordless Wednesday #37: Kalimah Allah di Paka, Dungun, Terengganu pada pagi 28 Julai 2013. SUBHAANALLAH!




Awesome Ramadhan Day #19 & #20



Sejujurnya saya agak emosi tentang Rasulullah ni. Pasti anda pun begitu kan. Sebelum ni saya jahil dan tak sedar tentang pengorbanan baginda pada umat²nya, tapi bila sedikit sebanyak saya belajar, terasa begitu kerdil sekali diri ini. Begitu banyak telah baginda lakukan untuk kita. Subhanaallah!

Sepatutnya manusia pertama yang mesti kita sayang ialah Rasulullah. Lebih dari kita sayang ibu bapa dan isteri/suami kita. Kata orang, tak kenal maka tak cinta kan. Ye takkk?. Hee. Jadiii, untuk mencintai baginda, kita perlu mengenali baginda. Kenali Rasulullah di entri ni. Tapi ingat, setakat sayang aje tak cukup tau. Kita kene lah aplikasi sunnah, tunjuk ajar dan ikut contoh teladan dari baginda. ;)


Cepat mase berlalu. Sekarang sudah masuk 10 Ramadhan terakhir. Ape yang kita telah bazirkan pada 20 hari sebelum ni? Tak usah difikirkan lagi. Fokus. Fokusss untuk 10 hari terakhir ni. Ameklahhh peluang berharga ni. ;)

Sooo, ape perlu kita buat untuk 10 hari terakhir ni? Lebihkan solat, banyakkan doa, banyakkan bace Quran, banyakkan sedekah, lebih rajin ke masjid, dan kurangkan bersosial. Ape yang lebih penting ialah, pastikan dosa² kita terhapus sumenyeee. Hi-yahhh. Hee. Insha Allah. Jangan lupe cari Lailatul Qadar. (:


Awesome Ramadhan Day #17 & #18



Sebagai manusia yang normal, hampir setiap hari kita pasti berhadapan dengan masalah dan cabaran. Kita diuji dari sekecik² hal (contoh, internet yang lembab. huhu.) hingga ke hal yang besor². (contoh, kehilangan orang tersayang.) Sememangnya kita takleh nak lari dari sume ni kan. Ye takkk? Hee. ;)

Walaubagaimana pun, ada cara untuk menghadapinya iaitu sabar. Mungkin susah sikit tapi kene banyakkan doa. Sebagai contoh, anda cari kerja. Lepas bertungkus lumus berusaha, dapatlah interview. Apa yang terjadi ialah orang lain yang dapat kerja tersebut. Sooo? Mungkin anda rase sedih dan menangis kan. Ingatlah, anda mungkin tak dapat kerja yang anda nak tadi tu, tapi percayalah dengan perancangan Allah yang jauh lebih baik menanti anda. Bersangka baik lah pada Allah. ;)


Tafsir ni adalah pemahaman tentang maksud dan makna ayat² Quran. Kebanyakan dari kita hanya diajar untuk membaca dan menghafal ayat² Quran kan. Tapi pemahaman makne ayat² Quran pun penting tau sebab kita boleh aplikasikan nya dalam kehidupan seharian kita. Saya sendiri pun, rase susah jugak nak paham makna ayat² Quran walaupun mase sekolah dulu pernah belajar Arab. Tapi, itu bukanlah satu alasan kan. (:

Ramai antara kita menganggap Quran ni kitab jangan tu, jangan ni, tak boleh tu, tak boleh ni. Tapi sume tu tak betul tau. Quran banyak menyentuh sume aspek kehidupan manusia meliputi politik, sikap dan banyak lagi. Cerita nabi² pun ade. Best sangat. Saya paling suka cite Rasulullah. Lebih seronok kalau kita bertafsir ramai². Tapi, make sure dapatkan tafsir yang sahih ye. Sekarang ade banyak buku² tafsir Quran dan website kan. Tinggal kite ajeee nak kene usaha sikit mencari yang terbaik. ;)


Awesome Ramadhan Day #15 & #16



Bulan Ramadhan ni bukan masa untuk tidur² dan bermalas²an macam Garfield the cat atau macam Patrick the starfish, tetapi muslim yang berpuasa sepatutnya sentiasa ceria, aktif dan positif. Ye dakkk? Hee. Tak makan minum seharian atau solat di malam hari mungkin sedikit meletihkan, tapi ianya bukanlah satu alasan untuk kita mempamerkan wajah yang tak bermaya. ;)

Tunjukkan pada masyarakat khususnya bukan Islam, yang kita puasa ni penuh bertenaga. Rasulullah pun berperang pada bulan puasa tau. Berilah salaam atau ucap selamat dan senyum! Memanglah, kita manusia ni tak lari dari masalah kan. Contohnya, sakit hati atau perubahan mood, tapi sume masalah² ni bergantung pada kita untuk uruskannya. Mengadulah pada Allah, insha Allah, Dia pasti akan tolong. Yakinlah. (:


Korang tahu tak, memberi hadiah sangat istimewa dalam Islam. Kita digalakkan untuk saling memberi hadiah sepanjang tahun dan bukan hanya untuk keraian tertentu aje. Lihatlahhh, indahnya Islam dalam menjaga ukhuwah sesama umatnya. Haa, beri² hadiah ni pun ade etika tau. Bile orang bagi hadiah tu, responlah dengan baik, ucap terima kasih. Kalau tak dapat nak balas hadiah tu, ucaplah "Jazakullahu Khair" yang bermaksud semoga Allah memberi balasan baik. ;)

Sebenarnya banyak pilihan hadiah yang boleh kita beri pada ahli keluarga, kawan², jiran dan suami/isteri. Tapi, memberi hadiah yang islamik adalah yang terbaik, contohnya beri tudung, buku peringatan/nasihat, pakaian² yang menepati syarat aurat. Sebab? Sebabbb melalui hadiah tu, kita galakkan cara hidup Islam pada orang lain. Pape pun, yang paling penting ialah memberi dengan niat ikhlasssssss. (:


Perjalanan 23 Julai 2013 ! ♥



Tiada yang lebih membahagiakan bila suami jadi orang pertama wish birthday kite tepat jam 12 kan. Ye dakkk? Hee. Macam cinderella pulak rasenye. Pastu ade pulak kad ucapan dan hadiah. Huhhh, memang nak menitik airmate la. Bagi saye, itu tandanya si dia sudah bersedia dengan plan wish dan alert birthday date kite. Alhamdulillah atas nikmat ini. :)

Abaikan tangan saye yang comot tu ye. Nak jugak menyelit kat blog ni. Hihihi. Lebih membahagiakan, parents pulak SMSkan doa ucapan pada jam yang sama. Cumenye mak saya lewat 13 minit dari ayah saya. Huhuhu. Pa ma, i love you both. ♥


Rupenye tak abis lagi part touching ni. Famili saye dari Dungun datang turun ke Kemaman untuk berbuke puasa di rumah saya dengan membawa sebijik kek homemade ni. Mekasihhh kepada adek kesayangan merangkap stalker blog ni sebab susah payah buatkan kek. Juge adek ipor nan sorang, yang turut serta menjayakan keje² buat kek coklat kukus ni. :)

Saye ingatkan dorang akan beli je kek sebab selalunye memang beli la. Cehhh, perasan tu orang nak belikan kek. Hahaha. Berkat Ramadhan kot, sume nak buat sendiri aje.

Awesome Ramadhan Day #13 & #14



Sekarang dengan teknologi maklumat serba canggih ni, memudahkan kita menambah pengetahuan tentang Islam untuk improve taqwa kita kepada Allah. Banyak ceramah dan info pendek yang dapat kita capai di laman sosial kan. Ye dakkk? Hee. Tapi persoalannya, adakah kita mencari pengetahuan itu? Ingat, mencari ilmu itu wajib bagi setiap muslim dan ianya satu ibadah. ;)

Ada antara kita yang menganggap ilmu pengetahuan hanya dari buku teks sekolah. Ini SALAH. Apa yang kita belajar dari buku teks tu bukan satu²nya sumber ilmu. Yang kita duk google cari info macam² tu pun consider ilmu jugak tau. Kalaulah semudah tu kita dapat cari pengetahuan pada zaman tanpa sempadan ni, kenapa tidak kita tambah dan cari ilmu tentang Islam, tentang Allah dan tentang Rasulullah. Saya sendiri pun suka mendengar kuliah pendek di youtube. Ramai yang best - Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Kazim, Ustaz Don. (:


Okey, bila kita dah dapat banyak ilmu pengetahuan, ape yang patut kita buat? Yesss, KONGSI dan SEBARKAN pada keluarga, kawan² hatta saudara bukan Islam!! Beritahu mereka sume tentang indahnya ajaran Islam. Dan sebagai muslim, kita mesti sedar, bukan sahaja mencari ilmu yang dituntut, tapi menyebarkan ilmu juga penting. ;)

Banyak cara yang boleh kita buat untuk sebarkan ilmu terutamanya ilmu tentang Islam di zaman moden ni. Ape gunanya blog, FB, smartphones kan. Ye takkk? Hee. Contohnya, kalau kita jumpa video ceramah yang best, share aje kat link status FB kita. Manelah tahu 1 atau 2 dari 20 kawan kita yang akan tengok video tu. Tapi hati² jugak. Kang tersalah bagi ilmu pulak. Sebab sekarang ni banyak hadis palsu berleluasa.


4 bulan sebelum majlis: Ape nak buat ?


(gambar sekadar hiasan. hehehe.)

Kalau 5 bulan sebelum majlis, mostly kite banyak buat booking dan tempahan kan. Bile dah masuk 4 bulan sebelum majlis ni, mostly kita masih akan buat keje² booking. Cume boleh juge memantau perkara² yang sudah ditempah. Cewahhh. Boleh lah bergaya macam pegawai pemantauan. Hahaha. Maklum laaa bakal raja sehari kan. (:

Mungkin bagi sesetengah orang berpendapat persiapan dalam mase 6, 5 atau 4 bulan sebelum majlis ni macam terlalu awal. Tapi bagi saya, preparation awal sangat ideal dan menyenangkan lebih² lagi part booking. Kite kene ingat, bukan kite sorang aje yang nak kawen. Lagipun, kita akan ada banyak pilihan promosi yang menawarkan harga yang lebih murah. Bukankah sudah boleh jimat kalau kite grab cepat mane yang terbaik untuk kita? ;)

Okey. Jom kite check same², ape kite nak buat 4 bulan sebelum majlis:

  1. Survey, pilih dan booking kad jemputan kawen.
  2. Pantau lokasi majlis dan buat peta.
  3. Tempah/beli cenderahati untuk tetamu dan rozet* untuk ahli keluarga.
  4. Follow up baju kawen.
  5. Beli cincin kawen. (jika belum)
  6. Make sure sume kelengkapan kawen sudah ditempah.
  7. Bayar deposit sume tempahan (jika perlu)
  8. Beli hadiah* untuk parents dan orang yang terlibat dalam gotong royong keje kawen.
  9. Beli hadiah spesel* buat bakal suami/isteri. (selain hantaran)

Perkara yang saye tanda * tu option aje kot. Kalau tak nak buat pun takpe. Tu sume sekadar memberi penghargaan sebagai tanda terima kasih kite pada yang banyak membantu menjayakan majlis kita. Lain orang, lain lah penghargaannye kan. Ye dakkk? Hee.

Ape yang saya nak share, sekarang saya tengah nak tempah button badge sebagai ganti rozet untuk ahli keluarga saya. Sebagai wedding planner yang tak berbayor untuk majlis adek² saye, saye mahukan sedikit kelainan dan nak buat something yang saye tak dapat buat mase majlis saye dulu. Baru lah dapat feeling sikit. Hihihi.


Awesome Ramadhan Day #11 & #12



Normal lah bila kita seharian berpuasa, kita akan berasa lapar dan dahaga kan. Ye takkk? Hee. Ape lagi, bila azan Maghrib ajeee, for sure lahhh, perkara pertama yang kita buat ialah makan makanan kegemaran kita yang ada di depan mata tuuu. Tapi kebanyakan dari kita ni tak sedar² yang kita selalu sangat MEMBAZIR. Sesetengah kita ni jugak fikir, bila kita puasa, kita mesti makan banyak untuk cover waktu makan yang tertinggal di siang hari. Last² makan sikit je pun dah kenyang kan. ;)

Soooooo, ape jadi pada makanan yang tak abis atas meja dan dalam pinggan tuuu? Korang buang jugak dalam tong sampah. No, no, no. Ramadhan mengajar kita untuk sentiasa bersyukur tapi kita kalah dengan nafsu sendiri. Sebijik nasi, setitik air perlu kita hargai. Membazir ni kan amalan syaitan. Elakkanlah pembaziran. Takyah masak banyak, takyah beli banyak. Buffet² yang mahal tu sume pun takyah la kot. (:


Puasa di bulan Ramadhan ni sebenarnya latihan dan makanan untuk rohani kita. Sememangnya bulan ni adalah bulan yang terbaik untuk kita berhijrah kepada yang lebih baik. Namun, bila sebut tentang hijrah dan perubahan ni, sume nya bergantung pada diri kita sendiri. Allah pun tak dapat nak ubah kalau kita tak decide untuk berubah. (:

Dari duduk termenung sesaje tu, baik kita fikirkan satu perubahan yang boleh kita buat. Muhasabah diri. Memang lah kita manusia ni tak sempurna. Manusia sentiasa buat salah silap. Tapi kita boleh improve diri kita kan. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT by TENTANG KITA Template design by Bunga Hati Mama