Awesome Ramadhan Day #21 & #22



Masyarakat sekarang ni, banyak sangat buat aktiviti keduniaan. Siang hari sibuk dengan kerja² periuk nasi kita. Ye takkk? Hee. Jadi, sangat normal lah kita perlukan tidur yang cukup di malam hari kan. Tapi, sekarang ni Ramadhan sudah masuk ke peringkat akhir. Tak kira sepenat dan semengantuk mane pun, cubelah bangun malam untuk beribadah. Urus masa tidur dengan baik. Insha Allah, takde masalah punye lah nak bangun awal² pagi ataupun nak berjaga malam. Kasi can lah katil tu berehat tanpa anda. :)

Dari hadith sahih mengatakan, Allah ada bersama orang² yang berdoa di 3/4 malam iaitu lebih kurang jam 2 hingga 4 pagi setiap malam. Bayangkan lah, ruginya kalau kita tidur mase tu kan. Kita dah terlepas peluang nak berdoa dan terlepas nak mintak macam². (:


Zakat ni bukan sekadar memberi duit atau barang keperluan kepada yang miskin dan memerlukan, tapi zakat ni bertujuan untuk menyucikan hati dari sifat tamak dan pentingkan diri sendiri. Sebagaimana yang sume orang tahu, zakat ni wajib dan mesti dibayar sebelum berakhirnya Ramadhan. Tujuannya adalah untuk membantu orang miskin dan memerlukan ni membuat persiapan raya. :)

Korang dah bayar ke belum? Saya baru aje bayar hari ni. Alhamdulillah. Pada yang belum bayar tu, carilah mana² kaunter zakat di masjid, shopping mall atau di bazar pun ade. Make sure, bile kita tunaikan tanggungjawab zakat kita tu, niatlah kerana Allah dengan penuh rendah diri dan bukan untuk riak atau menunjuk². Fikirlah betapa gembiranya orang miskin dan memerlukan tu bile terima sumbangan zakat anda nanti.

Paling penting, fikirlah tentang ganjaran hebat dari Allah yang bakal anda dapat. Maklumat selanjutnya tentang zakat, boleh lah google sendiri ye. Banyak website Islam yang boleh dipercayai dan diyakini. Refer pada ustaz² yang bertauliah tau. (:


Wordless Wednesday #37: Kalimah Allah di Paka, Dungun, Terengganu pada pagi 28 Julai 2013. SUBHAANALLAH!




Awesome Ramadhan Day #19 & #20



Sejujurnya saya agak emosi tentang Rasulullah ni. Pasti anda pun begitu kan. Sebelum ni saya jahil dan tak sedar tentang pengorbanan baginda pada umat²nya, tapi bila sedikit sebanyak saya belajar, terasa begitu kerdil sekali diri ini. Begitu banyak telah baginda lakukan untuk kita. Subhanaallah!

Sepatutnya manusia pertama yang mesti kita sayang ialah Rasulullah. Lebih dari kita sayang ibu bapa dan isteri/suami kita. Kata orang, tak kenal maka tak cinta kan. Ye takkk?. Hee. Jadiii, untuk mencintai baginda, kita perlu mengenali baginda. Kenali Rasulullah di entri ni. Tapi ingat, setakat sayang aje tak cukup tau. Kita kene lah aplikasi sunnah, tunjuk ajar dan ikut contoh teladan dari baginda. ;)


Cepat mase berlalu. Sekarang sudah masuk 10 Ramadhan terakhir. Ape yang kita telah bazirkan pada 20 hari sebelum ni? Tak usah difikirkan lagi. Fokus. Fokusss untuk 10 hari terakhir ni. Ameklahhh peluang berharga ni. ;)

Sooo, ape perlu kita buat untuk 10 hari terakhir ni? Lebihkan solat, banyakkan doa, banyakkan bace Quran, banyakkan sedekah, lebih rajin ke masjid, dan kurangkan bersosial. Ape yang lebih penting ialah, pastikan dosa² kita terhapus sumenyeee. Hi-yahhh. Hee. Insha Allah. Jangan lupe cari Lailatul Qadar. (:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT by TENTANG KITA Template design by Bunga Hati Mama