Eid Mubarak 1434H/2013M



Salaam Aidilfitri buat sume. Maaf zahir batin. كل عام وٲنتم بخير تقبل الله منا ومنكم صالح الٲعمال. Allahuakbar. Arini baru dapat wish raya pada bloggers dan tengok blog. Ehh? Lain macam kan blog ni. Hahaha. Sebenarnya niat saye nak tukar name blog ni dah lame. Seingat saye, sejak tahun baru aritu kot. Dan sekarang baru lahhh tertunai. ;)

Sooo, do not close tab guys & ladies. Anda sememangnya berada di zon blog yang betui. Hehehe. Presentinggg Fariza[dot]com ♥, menggantikan Tentang Kita ♥. Harap² regular readers blog ni tetap lepak kat sini macam bese. (:


Tahun ni tema raya kami berdue, sedondon hijau. Rasenye ramai orang Tranung beraya rumah mertua tahun ni, macam saye. U ols macam mane?

Rasenye sume orang masih dalam mood raya kan. Ye takkk? Hee. Sebabnye tengok dari bloglist, mostly takde new entry. Nak blogwalking pun, lemah je semangat ni. Aura raya lagi kuat kot. Same²lah kite menghayati hari lebaran ni. Hidupkan sunat² Aidilfitri. :)

Warmest regard, Fariza & Fairuz. ♥


Masihkah ada Ramadhan ?



Akhirnya Ramadhan dah sampai ke penghujungnya. Sayu, pilu rasenye kan. Ade lagi kah Ramadhan untuk kite? Allah saje lah yang Maha Mengetahui. Kalaulah dapat dipanjangkan mase, saye tak mahu lagi Ramadhan ni berakhir. Quran pun saye belum khatam lagi ni. Moge Allah permudahkan saye abiskan bacaan untuk baki lagi 2 3 hari ni. :)

Oh ye, sepanjang Ramadhan ni saye ade layan drama best. Masihkah Ada Ramadhan. Korang ade tengok dak? Sebenarnya, ni drama tahun lepas tapi diulang semula di Astro Prima setiap Jumaat jam 10. Tahun lepas saye layan cite ni bersama keluarga. Tahun ni pun same. Memang terkekek² la saye sekeluarga lepas balik teraweh. Bukan sebab cite ni genre komedi, tapi dialog²nya boleh dikatekan 97% dalam loghat Tranung. Bangga sangat!! Hehehe.


Kisah cite ni tipikal macam bese drama melayu yang menceritakan tentang harapan seorang ibu untuk berkumpul dengan anak²nya di bulan Ramadhan. Yang menariknya, drama ni sarat dengan mesej² kekeluargaan dan pengorbanan adek beradek. Realitinya, memang berlaku pada hari ini. Saya boleh bagi 5 bintang. Sedihhh cite nye. Memang boleh menitik la air mate. Tambah² dengar loghat kampung sendiri. Lagi lah tangkap feeling saye. Sob sob sobs.

Dannn untuk pengetahuan semua, Muhammad Amirul Mazlan yang memegang watak utama sebagai Zali dalam cite ni berasal dari Kampung Baru Kerteh, Kemaman, Terengganu seorang penuntut Jurusan Diploma Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA) sudah pun meninggal dunia akibat kemalangan di Federal Highway Dekat Universiti Malaya pada tahun yang sama. Watak Zali benar² pergi bertemu Ilahi, bukan sekadar lakonannya dalam cite Masihkah Ada Ramadhan ni. Al Fatihah buat arwah.


Awesome Ramadhan Day #25 & #26



Sekarang ni budaya iktikaf ni dah jarang berlaku kot. Iktikaf ni, kite hanya tumpu pada Allah dan ibadah kita je. Cuti la sekejap dari keje² yang bese kita buat, dan lupekan seketika pasal dunia. No FB, no games. :)

Untuk beriktikaf ni, kita gi ke masjid sebelum Maghrib dan stay lah sampai Subuh. Matlamatnya hanyalah beribadah pada Allah. Masjid kan tempat suci. Jadi, di situlah tempat yang paling baik untuk kita berdoa banyak², buat solat sunat, dengar tazkirah, wirid, dan zikir. Jangan tidur pulak. ;)


Pernah tak bace status FB atau entri blog yang meminta kita doakan dia? Mesti pernah kan. Ape yang korang buat? Yeee, doakanlah untuk mereka. Mendoakan orang lain dalam doa kita adalah perbuatan yang sangat mulia kerana sebagai seorang Islam, kita sangat disarankan mengambil berat  dan bersikap baik antara satu sama lain. :)

Ada hadith sahih yang mengatakan bahawa doa yang cepat dimakbulkan Allah ialah doa saudara terhadap saudaranya yang lain tanpa pengetahuan orang yang didoakannya. Jadi, jika ada sahabat² yang meminta doa, kita patut berdoa untuk dia. Lakukannya dengan penuh keikhlasan dengan harapan doa tersebut diterima Allah. Sentiasalah berdoa untuk orang lain walaupun tak diminta berbuat demikian. (:


Awesome Ramadhan Day #23 & #24



Bile kali terakhir anda dating dengan Allah? Dah tibe masanya kita set date tau. Pentingnya sesi ni ialah kita dapat bertaubat. Sebagai manusia biasa, kite tak lepas dari buat kesilapan kan. Dannn hanya Allah lah saja yang dapat mengampunkan dosa² kita. Allah Maha Pengampun.

Ape yang perlu kita buat ialah jujur dan ikhlas sepenuhnya, sedar kesilapan dan dosa² kita. Muhasabah dan selitkan perasaan kesal membuat kesilapan itu. Paling penting, berjanji pada Allah dan diri sendiri yang kita takkan ulangi lagi kesilapan itu. Yang ni, kita kene betul² kuat tau. Dannn berterusanlah buat kebaikan. ;)


Sekarang dah kurang dari 10 hari kan. Maknenye, Lailatul Qadar bile² mase aje ni. Kite mesti, mesti cari sebab inilah satu malam yang istimewa berbanding 364 malam yang lain dan eksklusif untuk umat Muhammad s.a.w sahaja. ;)

Dikatekan malam Lailatul Qadar ni berlaku pada malam yang ganjil pada 10 Ramdhan terakhir iaitu mungkin malam ke 21, 23, 25, 27, atau 29. Anda dah jumpe kah? (:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT by TENTANG KITA Template design by Bunga Hati Mama