Setiap orang ade minat masing². Ye dakkk? Hee. Suke pade sesuatu. Korang tahu tak, apekah bende yang disukai Rasulullah? Ape yang Rasulullah minat?? Sabda baginda, "Perkara yang disukai oleh aku daripada dunia, wanita yang halal dan WANGIAN." ;)
Sooo, kalau korang suke pakai perfume, jangan lupe niat kerana ikut sunnah Rasulullah. Insha Allah, besar ganjarannya. Berwangi² lah untuk ketenangan jiwa dan beribadah. Yang nak bagi hantaran kawen tu, elok benorlah kalau letakkan perfume dalam list hantaran anda. Sebab? Rasulullah jadikan wangian, 1/3 dari mas kawen Fatimah. (:
Kalau korang nak tahu cerita peluh Rasulullah lebih wangi dari perfume & sunnah dalam memakai perfume, sile lah layan video ni. :D
Fakta menarik: Manusia mampu membezakan antara 5000 aroma yang berlainan. Masha Allah. Besarnya nikmat yang Allah beri pada kite. ♥
Rasai dan hayatilah bahawa sunnah ini menghubungkan kita dengan Rasulullah. Amalkanlah dan rasailah bahawa diri kita sesuatu yang disukai oleh Rasulullah. Dan ingat, ape yang disukai Rasulullah, disukai oleh Allah jua. :)