Masihkah korang ingat, entri saya berkisah belas kasihan? Jika anda belum bace, sila ke bawah okeh. ;)
Macam mana pula sikap belas majikan kepada pekerja nya? Islam menganggap semua manusia sama aje dari segi taraf dan kedudukannya. Oleh itu, majikan sebagai ketua perlulah bertolak ansur dan belas kasihan terhadap orang bawahannya yang terdiri daripada pelbagai peringkat sama ada pekerja, pelayan atau pembantu rumah.
Seorang ketua hendaklah bertimbang rasa apabila menyuruh atau meminta orang bawahannya melakukan kerja dan memaafkan mereka terhadap apa juga kesilapan kecil dilakukan. Memanglah mereka dibayar gaji. Tapi mereka juga mempunyai hak yang wajib ditunai dan mempunyai kelemahannya tersendiri.
Dalam hal ini, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Setiap hamba memiliki hak makanan dan pakaian serta janganlah dibebankan dengan amalan yang tidak mampu dilakukannya.”
(Hadis riwayat Muslim)
Berdasarkan hadis Rasulullah SAW itu, setiap pekerja perlu dilindungi dan diberi hak yang sama rata. Islam melarang keras terhadap sebarang bentuk penganiayaan dan penderaan dilakukan kepada pekerja atau golongan bawahan. Sesiapa melakukan kezaliman terhadap mereka, sesungguhnya dia melakukan amalan jahiliah yang terkutuk.
Bagi mewujudkan sebuah masyarakat harmonis dan bersatu padu, Islam sangat menganjurkan umatnya supaya berbelas kasihan terhadap golongan fakir miskin dan juga yang tidak terdaya. Semua lapisan masyarakat perlu mengamalkan sifat rahmat dan bertimbang rasa dalam mewujudkan negara aman dan sejahtera. Itulah hikmahnya berbelas kasihan sesama kita. ;)
tenkiu for sharing.. btul tu..pekerja pon mnusia biasa.. tnpa pekerja..x majulah syarikat..
ReplyDeleteAlhamdulillah wanie dpt majikan yg baik hati & bertimbang rasa malah pemurah hati pulak tu :)
ReplyDeleteya betul tu dear..saya amat2 setuju..hehehe.
ReplyDeleteSetuju sangat...syukur setakat nie baik2 saje..walaupun ada gak yg tak puas ati..huhu
ReplyDeletesetuju sgt... sesiapa yg takde sifat belas tu mmg hati kayu kot? hihi.. sdgkan dgn haiwan pun kita ada sifat belas kasihan inikan pula sesama insan...
ReplyDeletelove this XD
ReplyDeletesaya juga setuju.. majikan saya.ermm... trus trg sya sungguh tak suka..
ReplyDeletebg sy majikan perlu ada sikap timbang rasa dan prihatin yg kuat spy dpt beri keadilan utk semua pekerja. setakat ni sy sdh pernah ada bos yg betul2 baik hati.;) x tau bila lg sy dpt jmpa org mcm tu:)
ReplyDeletekat opisnie tak tahulah nak cakap.kebanykan staff yang patut dapat ihsan belasnie ibu2 ada anak kecik.cuti banyak nak pakai,anak selalu sakit.g appoiment hsptl..semuatuh kena terkecuali n majikan taklehlah berkira sangat..
ReplyDeleteTerima kasih sis.... tetapi kadang kala majikan juga jadi stress bila ada pekerja yang kerja lebih kurang saja, gaji nak besar tapi kerja sesuka hati....
ReplyDelete(luahan hati seorang majikan)
sy dulu ms bekerja, kerja dgn cinaa... so, kalu org2 melayu yg keje bwh2 ni.. biasa je lah.. xdalah nk bertimbg rasa sgt.. lgpun berlainan bangsa..
ReplyDeleteassalamualaikum fariza...betul tu sebagai majikan haruslah sentiasa peka n bertimbangrasa ngan pekerja2nya barulah majikan itu dipandang baik oleh pekerja2nya...:)
ReplyDeleteNAL sgt2 setuju..lama tak datang sini :)
ReplyDeletedulu masa kak fieda koje majikan nya cina..ermmm..sendiri mau ingat la..
ReplyDeletebos cik na selalu buli cik na tau. hehe.. tp takpe, actually dia nak cik na byk belajar. :)
ReplyDeletedok kilang skang ni,rasa cam dok bawah kuasa komunis pon ada.payah betul keje ngan orang jepun yg pride tinggi.sume tentang jepun betul dan yang malaysia salah.arghhhhh
ReplyDelete@LYAfrina
ReplyDeleteits okey. betul lah tu kan. pekerja ni aset penting dlm syarikat. ;)
@Wanieys
ReplyDeletebaguslah kalau dpt majikan yang baik. turn kite sbg pekerja la pulak kene menghargai. ;)
@Arina Shamsul
ReplyDeletesentiasa bersetuju kamu ni yang. hehe. terima kasih beri sokongan. ;)
@Lynn
ReplyDeletehuhu. tak pe kalau ade tak puas hati skit². besela tu kan. ;)
@@ deqla manjew
ReplyDeletebukan hati kayu, tapi hati batu kot. hehe. batu kan keras tu. ;)
@SyamimiNazifa
ReplyDeletehuhu. thanks ye. jgn lupe, lenkali singgah lagi tau. ;)
@~Sweet Honesty~
ReplyDeleteermm takpe cik sweety, rileks aje. huhu. jgn ditunjukkan sgt tak suke tu ye. ;)
@Misya Mialen
ReplyDeletebetul tu misya. bestnyeeeee ade gb yg baik hati. saya pun ade sorang tapi dh pencen dahhh. ;)
@wan nurul hezrina
ReplyDeletebetul tu. tak perlulah skema sgt kan. bende² cuti ni atas budu bicara sbnrnye. ;)
@Joanna Yunus
ReplyDeletebetul jugak tu kan. tu pekerja yg tak tahu dek untung. org bagi keje pun dah cukup baik. ;)
@IntaNBerliaN
ReplyDeletehuhu. pernah jugak sekali keje dgn cina, mmg ade diskriminasi. tapi kerja dorang mmg superb. ;)
@maszull
ReplyDeletewaalaikumussalam mama. tulah kan, majikan yg baik ni besenye pekerja akan respect. ;)
@NAL
ReplyDeletetau takpe. sibuk sangat ye. ade mase, datnaglah sini selalu ehhhh. ;)
@fieda
ReplyDeletesabor jelah ye. cina ni diktator sket tapi ade jugak yg baik dan okey. ;)
@Chic Na
ReplyDeletehehe. bos chic na bergurau lah tu. saje die. buli buli manje takpeee. ;)
@aReLaN
ReplyDeletehuhu. mesti macam macam pengalaman yg dpt kan. untung jugak, boleh belajar ape yg baik. ;)
just sharing... akak dah jumpa pelbagai jenis majikan.. daripada jenis yang langsung tak kisah sehinggalah majikan yang autokratik.. sampaikan fb kita pun dia tahu kita tulis apa kat status,, siap print lagi n cakap dalam meeting.. uaaaaaaaaaaaaaaaaargg... jerit kat sini .. sekarang dah terlepas daripada cengkaman majikan tu sebab bertukar balik ke paka...
ReplyDelete@Dieyna
ReplyDeletehoho. itu lah lebih tu, sampai status kat fb siap print bagai. saye mmg tak add kwn sekerja kak. huhu. ;)