Anak adalah amanah Allah !



Ingat lagi entri saya berkisah belas kasihan? Jika anda terlepas pandang, sila ke bawah okeh. ;)

Kali ni kita tengok dari konteks keibubapaan. Ibu bapa yang mempunyai anak, pasti memikul tanggungjawab yang berat dalam pendidikan dan pembentukan sahsiah anak mereka kan? Saya sendiri masih belum diberi amanah untuk memikul tanggungjawab ni. Huhu. Pape pun, ibu bapa perlu lah mempunyai sifat kasihan belas dalam proses tumbesarannya terutama proses pendidikan anak², tak kirelah secara formal atau tidak formal. Jika mereka melakukan kesilapan dan kesalahan, hendaklah tegur dan betulkan kesalahannya dengan lemah lembut dan kasih sayang, bukannya memukul dengan kekerasan. Mungkin boleh juge diaplikasi dalam konteks keguruan kot. Guru adalah ibu bapa murid di sekolah kan. Kadang² sesetengah anak² ni lebih mendengar kata gurunya daripada kata ibu bapa nya. Ye takkk? Hee. ;)

Namun, dalam keadaan tertentu, anak boleh dipukul, tetapi biarlah dengan penuh kasih sayang dan tujuan untuk mengajar ke arah kebaikan bukannya menjadikan mereka sebagai tempat melepaskan marah. Rasulullah bersabda maksudnya: “Perintahkanlah anak kamu menunaikan solat apabila mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka (dengan lemah lembut dan kasih sayang untuk tujuan mengajar) apabila mereka berumur sepuluh tahun, serta pisahkanlah tempat tidur mereka.(Hadis riwayat Abu Daud)

Anak² ni perlu dibelai, ditatang serta diasuh dengan penuh kasih sayang dan lemah lembut, bukannya dengan kekerasan yang hanya akan menyebabkan anak semakin liar dan nakal. Tengok saja video terkini yang sangat hot sampai masuk berita tu, si ibu memukul anaknya yang hanya seorang bayi yang tak mengerti apa². Wajarkah begitu?? Ya Allah, di manekah kasihan belas die sebagai ibu? Perlu diingat, gejala sosial yang semakin menjadi² dalam masyarakat mungkin salah satunya berpunca daripada kurangnya perasaan kasihan belas dan kemesraan dalam rumah mereka. Fikir²kan. 

Jadi, apabila berlaku kesilapan atau kesalahan oleh anak², ibu bapa perlu menilai semula kemungkinan itu berpunca daripada kesilapan mereka yang gagal mewujudkan keharmonian rumah tangga seperti dituntut Islam. Bagi saya, sumenye berbalik kepada ajaran agama. Insha Allah, sumenya akan baik² saja. Percaya lahhhh. Banyakkanlah muhasabah diri dan sentiasa memperbaiki yang perlu. (:

Next time, kite tengok konteks pekerja & majikan pulak eh. Tungguuuuu. ;)


58 comments:

  1. Ibu yang melahirkan ada satu je..tiada galang gantinya...hargailah Ibu kita..:)

    ReplyDelete
  2. hehe..rasa macam dalam kelas ngadap cikgu tengah mengajar pulak..huhu~~ :p

    ReplyDelete
  3. ibu..ratu hati ku..

    ReplyDelete
  4. @Che Rosliza Che mat
    tak bace ehhhh. huhu. subjek entri ni anak tau. ;)

    ReplyDelete
  5. @lelamaisara
    dear sayang, tengok gambor je keee? hee. ;)

    ReplyDelete
  6. @Yana Libra
    haha. nakal lah yana ni. betul² ngadap pc bace entri ni eh. ;)

    ReplyDelete
  7. @~Sweet Honesty~
    huhu. yang ni lagi sorg, letih eh. tak larat bace betul² ye. ;)

    ReplyDelete
  8. bukan senang nak memikul tanggungjawab sbagai ibu bapa ni.

    dan bila ank nakal, org akan ikut ibu bapa, walaupun, ibu bapanya dah sehabis baik mdidik nak itu.

    tapi nak wat mcm mana, ank degil, sebab itulah, keiaman, ilmu serta kesabaran dalam diri setiap org tu perlu.

    dan bab pukul pula, mmg kbyakan ibubapa pukul ank bukan scara kasih sayang, sebaliknya ikut amarahkan..

    pastu mulalah ank mberontak...!

    ecehh..terpanjang pula komen ni..hihih

    ReplyDelete
  9. @Cik Nur
    hoho. komen terbaikkkkk ni. betul lah sume tu kan. kite pun belum rase lagi cmne nak didik anak. ;)

    ReplyDelete
  10. hmmm...memang anak anugerah yang tidak ternilai.sume terpulang pada ibu bapa untuk mencorak anak2 mereka.tapi zaman skang ni memang banyak cabar dalam mendidik dan membesarkan anak2.tak tau la camne nanti bila ada anak sendiri....

    ReplyDelete
  11. bukn senang nak dapat anak...
    tapi kite cuma ada anak tekak je.
    huhuhu

    ReplyDelete
  12. selamat hari guru jaaaaaaaa..

    ReplyDelete
  13. belum lg diberi tanggungjawab ni. tp tu la kan sekali fikir mmg risau jgk takut xdpt lakukan yg terbaik utk anak2 sndiri nnti. sbb da tgk byk sgt benda2 pelik berlaku skarang. boleh dipraktikkan nie. huhu.. :)

    ReplyDelete
  14. @9n0L4 InsyaALLAH, ada rezeki nanti, cuba didik sebaik mungkin. Nur pun teringin nak ada suami dan ank.. tapi belum ketemu jodohnya..huhu

    ReplyDelete
  15. @aReLaN
    huhu. bukan senang nak dpt anak tu. so kene hargai kan. ;)

    ReplyDelete
  16. @eita
    mekasihhh. anak tekak pun kne jage jugak tu. haha. ni dah mule saket tekak. demam!

    ReplyDelete
  17. @Chic Na
    tu lah. ms depan ni tak terjangkau nak fikir. doa yg baik aje. ;)

    ReplyDelete
  18. @Cik Nur
    insha Allah. semoga bertemu jodohnya secepat mungkin. ade tu, die menyorok. ;)

    ReplyDelete
  19. kak akan rotan anak bila main2 ttg bila mana solatnya,tak bersungguh2,cpt mcm lipas kudung,suara yg keras bila berckp dgn adik2.

    ReplyDelete
  20. salam..


    sy syg ibu saya ;)

    ReplyDelete
  21. Anak adalah anugerah Allah jadi nak kena cara kita sendiri bagaimana nak mencorakkannya.........

    Selamat Hari guru dik....

    ReplyDelete
  22. anak-anak dan harta semuanya jadi ujian...dgn anak dan harta orang boleh jadi riak dan sombong...namun bertuah lah kpd sesiapa yg berjaya didik anak yang cemerlang dunia akhirat :)

    ReplyDelete
  23. YER..hargailah ibu kita...sesungguhnya ibu sangat bermakna dlm hidup setiap anaknya begitu juga sebaliknya..dan by the way selamat hari guru kepada semua guru2 di Msia hehe..

    ReplyDelete
  24. teringin nk membelai anak sendiri...owh bila agknya rezeki deqla akn tiba....??

    ReplyDelete
  25. menjadi ibu bapa ni banyak tanggung jawabnya. Bila dah jadi mama, barulah tahu..

    ReplyDelete
  26. berat tanggungjawab ibubapa ni..macam-macam yg mereka perlu lakukan untuk anak2..:)

    ReplyDelete
  27. selamat hari guru jaa. semoga terus jd pendidik yg cemerlang. :)

    ReplyDelete
  28. besar tanggungjawab ibubapa ni.. tapi yang pasal video tu..memang tak patut pukul budak yg kecik lg.. kita yang tengok yg marah..

    ReplyDelete
  29. anak mmg anugerah istimewa oleh allah kpd ibubpa..tp sdehny zaman skrg, ad jugak yg tak bersyukur..dibuang je anak tu mcm buang sampah..smga stu hari nti, sy jadi seorang ibu yang baik buat anak2 sy..insyaallah :)

    ReplyDelete
  30. mmg berat tanggungjawab ibu bapa dlm mendidik anak2...pastu dugaan dan cabaran pun banyak..harap kita akan menjadi ibu bapa yg terbaik la..

    ReplyDelete
  31. Bersyukur sgt dpt parents Solehah yg selalu dekat dengan Allah.. Alhamdulilah,mereka adalah ibu bapa yang terbaik.. Sayang mereka walaupun ayah dah meninggal dunia=')

    ReplyDelete
  32. ermm
    ank2 ibarat kain putih,ibu bapa yg harus mencorakkan..

    ai pun blum d beri Allah tuk pikul tgguingjwb ni tp insyaallah bl jodoh & tggungjwb ini d berikan akan d galas sebaiknya,amin :)

    ReplyDelete
  33. @cinnamon.com
    moge beri kesedaran pade dorang. kalau tak arini, mungkin ms dh besar nnt. ;)

    ReplyDelete
  34. @sissyira
    sume org sayang mak kan. lagi² mak yg serba serbi buat utk kite. ;)

    ReplyDelete
  35. @Nazayiena
    terima kasihhhhh. selamat mencorakkan anak ye. best of luck. ;)

    ReplyDelete
  36. @Tihara
    ye betulllll. tiap bende pro & con. atas kite yg pilih kan. ;)

    ReplyDelete
  37. @Miss BaNu
    thanks ye utk wish hari guru. jgn lupe wish kat mak juge. ;)

    ReplyDelete
  38. @@ deqla manjew
    Allah knows the best kan. same² kite menunggu ye. ;)

    ReplyDelete
  39. @alin
    bile dah merase baru la tahu kan. maka, kite lebih menghargai dorang. ;)

    ReplyDelete
  40. @Ros
    thanks, bile² singgah lagi ye. dah follow kamu. ;)

    ReplyDelete
  41. @Cik Puan Muda Umi
    besar & berat kan.nak dpt anak bkn sng, nak jage pulak bkn sng juge. ;)

    ReplyDelete
  42. @Chic Na
    terima kasih chic na atas ingatan itu. moge berkatlah doa itu. ;)

    ReplyDelete
  43. @dyabunga
    kannn? tergamak betul pukul anak gitu. mak cap ayam. huhu. ;)

    ReplyDelete
  44. @♥ farhana ♥
    pendek kate, org yg ade anak, tanak anak, org yg takde anak, nak sgt anak. ;)

    ReplyDelete
  45. @fieda
    moge akak salah sorang ibu yg hebat dan terbaikkkk la ye. ;)

    ReplyDelete
  46. @eita
    haihhhh. macam tahu² ambe saket. nampok lalu depan rumoh eh. hehe. ;)

    ReplyDelete
  47. @Cik Penguin_Solehah
    syukurlah. al fatihah adalah hadiah terbaik untuk arwah ayah solehah. selalu doa untuk die ye. ;)

    ReplyDelete
  48. @Cik Aini Lavender's
    insha Allah. kene cari ilmu dari sekarang utk bekalan. ;)

    ReplyDelete
  49. assalamualaikum fariza...betul tu anak2 adalah amanah bagi ibubapa oleh itu harus kita jaga mereka dengan didikan dan asuhan yg paling baik dan sempurna sekali...:)

    ReplyDelete
  50. @maszull
    tu diaaaaaaa kata² dari ibu yang hebat. untung anak² mama. ;)

    ReplyDelete
  51. jom join segmen kina
    http://kinarakinatara-beebeey.blogspot.com/2012/05/senarai-persertasegmen-2-6-pekara.html

    ReplyDelete
  52. betul lah tu...bukan senang tau nak jadi ibu bapa ni...macam kita dah merasa baru tahu patutlah eemak & abah selalu marah sebab apa....semua mak bapak pun nak kan yang terbaik untuk anak-anak demi masa depan mereka kan...

    ReplyDelete
  53. @kinara kinatara
    insha Allah dear. nnt akan join ye. mekasih sbb jemput ehhh. ;)

    ReplyDelete
  54. @shahdiana
    tu lah kan. selalu tu org duk cite tanggungjawab anak pade mak ayah aje tapi jarang nak ckp pasal tanggungjawab ibu bape pade anak. ;)

    ReplyDelete
  55. anak2 mmg amanah untuk ibu bapa...kena jg elok2....tanggungjawab tu penting

    ReplyDelete