Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samaada mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini, maka ini adalah peluang terbaik untuk memanafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini, daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan, maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
"Sesengguhnya mengingati mati itu adalah bijak."
Berdebar saat membaca....
ReplyDeleteade cite 100 hari kematian..^^
ReplyDeletemati itu pasti kan? moga kita tergolong dari kalangan mereka yang menerima buku amalan dari tangan kanan... amin~
ReplyDeleteciri2 ni dtg tika seseorang tu nk meninggal sbb sakit kan? kalo kematian yg mengejut tu camne pulak? arwah ayah deqla x terduga saat dia pergi.. sbb masa tu dia sihat je.. mungkin hanya arwah dan Allah yg lebih tahu...
ReplyDeleteInfo Yang berguna
ReplyDeletePernah dngar tentang tanda2 ni..xsalah tv1 or tv2 pernah siarkan drama tntng ni..tp xingt tajuk tu..huhu
ReplyDeletethanks for sharing the info dear. mati itu pasti dan pasti menjadi rahsia Allah swt
ReplyDeleteakak ada baca satu pertikaian ttg tanda2 ni di forum..tp bagi akak, akk tetap ambilnya sebagai peringatan..tak salah kan..nice entry :)
ReplyDeletenice entry..=)
ReplyDeleteinsha Allah. tanda² ni akan dirase oleh orang terpilih yg mane ajalnya sudah hampir. kite yg akan mati juge bakal rasai tande² ni sdiri.
ReplyDeletemungkin kite tak kan perasan tanda² tersebut sampailah arwah meninggal. then, baru lah kite dpt rase perubahan arwah. besenye macam tu la kan.
Al Fatihah buat sume muslim di sana.
perkongsian yang berguna, semoga kita sentiasa bersedia dan cukup beklan untuk ke sana... jgn asyik nak tunggu tanda jer br nak bersedia, mana tau tanda pun x jelas...
ReplyDeletetu lahhh. ingat mengingati kan. saling doa sesame kite. ;)
ReplyDeletesubhanallah..sejukk jek tapak tgn ble baca neh..
ReplyDeletemeremang eh. huhu. semoga kite sentiasa beringat ttg mati. ;)
ReplyDeletemati itu psti,,tp dla difikir2,,aku masih terlalu leka dr mengingati mati..astaghfirullah..
ReplyDeletesentiasa ingat mati, tapi bila baca tnnda2nya, automatik meremang rasanya...
ReplyDeletemoga di ampuni segala dosa yg pernah kita lakukan.. InsyaALLAH.. :)
Amin. Semoga kita sume sentiasa di bawah keampunan Allah. (:
ReplyDeleteSemoga kita diampunkan dosa. Mohon segala urusan dimudahkan. Biar ukuhuwa terjalin saling mendoakan..agar bertambah berkat.Lantas saat itu tidak kesakitan ...amin
ReplyDeleteAmin. Amin. Itulah gunenya ukhuwah kan cekgu. Saling mengingati & mendoakan. ;)
ReplyDeletetakut dya bace entry ni
ReplyDeletethanx for the sharing......
ReplyDeleteits okey. sharing is caring. Kalau takut, maknenye kite masih dlm nikmat Islam. Alhamdulilllah. Kite same² doa ye. ;)
ReplyDeletemenggigil baca. terima kasih krn mengingatkan. :)
ReplyDeletesame² beringat. Al Fatihah untuk sume mukmin di sana. (:
ReplyDeleteiyalah,sama entry kita.Tak perasan saya :D
ReplyDelete@Cik Adieb
ReplyDeletehee. takpelah. yg penting mesejnya dapat sampai pade sume org. insha Allah. ;)
takutnye..tp kmatian itu pasti..huhu..smoga kita pnjg umur utk bnykkan ibadah pdNya...
ReplyDeletePernah tk cerita pasal 100 hari sebelum kematian..mmg berdebaq sgt bila tgk...nice sharing..
ReplyDelete