Rahsia Ketenangan Jiwa



Pada suatu ketika, seorang lelaki bertemu sahabat Rasulullah SAW, Abdullah ibn Masud dan berkata: "Wahai Ibn Masud, nasihatilah aku dengan sesuatu yang dapat meredakan kegelisahanku. Buat masa ini, jiwaku tidak tenteram, fikiranku kusut, tidurku tidak nyenyak dan seleraku hilang. 

Abdullah menjawab: "Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat. Pertama, ke tempat orang membaca Al-Quran tidak kira sama ada kamu ikut membacanya atau kamu sekadar mendengar bacaan orang lain

Kedua, kamu menghadiri majlis pengajian yang mengingatkan kamu kepada Allah. Ketiga, kamu mencari satu waktu sunyi. Contohnya, pada waktu malam, dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadah kepada Allah serta memohon kepada-Nya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kepadamu. 

"Jika selepas melakukan semua ini jiwamu masih juga tidak tenteram, mintalah kepada Allah agar digantikan hatimu dengan hati yang lain kerana hati yang kamu miliki sekarang ini bukannya hatimu." 

Lelaki itu pun kembali ke rumahnya dan terus mengambil wuduk dan membaca al-Quran dengan penuh khusyuk. Selesai membaca al-Quran, didapati jiwanya berubah menjadi tenang, fikirannya menjadi jernih dan kegelisahan yang selama ini melanda hatinya hilang sama sekali. 

Jika kita bersolat dan berzikir dengan khusyuk, jantung berdenyut dengan kadar yang lebih rendah daripada biasa dan gelombang theta dalam otak meningkat dengan jelasnya.

Gelombang theta adalah gelombang otak yang wujud apabila seseorang berada pada saat yang sangat menenangkan, terutama ketika hampir terlena. Pada waktu itu ibadah kita meredakan tekanan dan menjadikan kita lebih tenang lagi ceria. 

Semua itu akan memberi kesan positif kepada kesihatan jantung dan mampu menipiskan lemak yang menyelimuti pembuluh darah. Hormon stress yang bernama 'cortisol' juga sangat rendah di kalangan mereka yang beribadah dengan khusyuk.

(Rujukan 'Tip-Tip Cemerlang Dari al-Quran' oleh Dr Danial Zainal Bidai)

Benarlah firman Allah bermaksud: "Ketahuilah, dengan berzikir kepada Allah hati akan tenang." (Surah Ar-Ra'd, ayat 28)


32 comments:

  1. mahu buat atau tidak sahaja...

    ReplyDelete
  2. Alhamdu lillah.. dapat ilmu berguna hari ni. Tq :D

    ReplyDelete
  3. terima kasih cikgu,..bagus infonya...

    ReplyDelete
  4. paling ringan dan mudah, istigfar da cukup utk redakan dan tenangkan hati. :)

    ReplyDelete
  5. betul tu. baca al-quran sgt lah menenangkan.

    suka sgt Dr Danial Zainal Abidin. cara penyampaian dia menarik & senang nak faham. ;)

    ReplyDelete
  6. terima kasih.. cuba untuk sentiasa berzikir

    ReplyDelete
  7. terima kasih.. ingat mengingatkan :D

    ReplyDelete
  8. memang betul. dengar ayat al-quran rasa tenang je. waktu malam yang sunyi pun buat kita rasa tenang jugak.

    ReplyDelete
  9. apa pla tak djemput kak za..dialu alukan lagitau..hehehhehe.. rindu laa..(^___^)

    ReplyDelete
  10. lbh baik berkawan dengan org yang baik akalnya..insyallah akan mengikutinya..


    kaka..sha dtg klik nuff ya :)

    ReplyDelete
  11. kadang2 terasa jugak seperti sahabat itu, memang betul dengan bermohon kepada Allah sahaja kita dapat kembalikan ketenteraman jiwa...

    ReplyDelete
  12. nice ...tq share cikgu fariza...:)

    ReplyDelete
  13. SubhanaALLAH..sesungguhnya menginggati ALLAH boleh mengubat hati jiwa.. :)

    Nur sedang belajar istiqomah bertemu DIA dikala waktu sunyi...insyaALLAH....

    ReplyDelete
  14. Perkongsian yang sangat bermanfat..tahuian ya...moga ada hikmanya...

    ReplyDelete
  15. bukan pemakann je yang mempengaruhi kadar lipid dalam darah dan pembuluh jantung kan...

    ReplyDelete
  16. thnx for sharing..
    sori lme xsinggh..lgpun sy baru abez mhs..hehe..
    doakn sy berjye taw utg degree di ipta...

    ReplyDelete
  17. ibadah waktu malam tu mmg betul2 tenang rasa kerdil..arwah kawan akak selalu pesan suruh buat solat tahjud...tp akk ni byk betul kelemahan...tak sekuat dia..nice sharing jaa :)

    ReplyDelete
  18. jaa lupa nak tnya, cikgu ni mgajar subjek apa? ustazah ke? sbb suka share benda2 baik cenggini..bagus!

    ReplyDelete
  19. btw, jaa tag cikgu utk contest ni : http://jaakechik-e-niaga.blogspot.com/2012/09/contest-segmen-bersama-warna-kegemaranku.html

    ReplyDelete
  20. assalamualaikum fariza....menarik nyer dpt info ini...:)

    ReplyDelete
  21. thanks ye.. mudah2an ada ketengan :)

    ReplyDelete
  22. apa2 saja ke jalan Allah pasti akn peroleh ketenangan yg abadi. thanks for sharing dear. =)

    ReplyDelete
  23. nurul suka lagu2 opick banyak nasihat dalam lagu tuh.antara lagunya obat hati..yg 1st membaca Al-quran..mmg memberikan ketenangan dan bila tahu maksudnya lagi bagus..mmg cara mendekatkan diri pd Allah yang sebaiknya untuk mengubat hati

    ReplyDelete
  24. maklumat yg sangat berguna.terima kasih. :)

    ReplyDelete