Pada suatu ketika, seorang lelaki bertemu sahabat Rasulullah SAW, Abdullah ibn Masud dan berkata: "Wahai Ibn Masud, nasihatilah aku dengan sesuatu yang dapat meredakan kegelisahanku. Buat masa ini, jiwaku tidak tenteram, fikiranku kusut, tidurku tidak nyenyak dan seleraku hilang.
Abdullah menjawab: "Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat. Pertama, ke tempat orang membaca Al-Quran tidak kira sama ada kamu ikut membacanya atau kamu sekadar mendengar bacaan orang lain.
Kedua, kamu menghadiri majlis pengajian yang mengingatkan kamu kepada Allah. Ketiga, kamu mencari satu waktu sunyi. Contohnya, pada waktu malam, dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadah kepada Allah serta memohon kepada-Nya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kepadamu.
"Jika selepas melakukan semua ini jiwamu masih juga tidak tenteram, mintalah kepada Allah agar digantikan hatimu dengan hati yang lain kerana hati yang kamu miliki sekarang ini bukannya hatimu."
Lelaki itu pun kembali ke rumahnya dan terus mengambil wuduk dan membaca al-Quran dengan penuh khusyuk. Selesai membaca al-Quran, didapati jiwanya berubah menjadi tenang, fikirannya menjadi jernih dan kegelisahan yang selama ini melanda hatinya hilang sama sekali.
Jika kita bersolat dan berzikir dengan khusyuk, jantung berdenyut dengan kadar yang lebih rendah daripada biasa dan gelombang theta dalam otak meningkat dengan jelasnya.
Gelombang theta adalah gelombang otak yang wujud apabila seseorang berada pada saat yang sangat menenangkan, terutama ketika hampir terlena. Pada waktu itu ibadah kita meredakan tekanan dan menjadikan kita lebih tenang lagi ceria.
Semua itu akan memberi kesan positif kepada kesihatan jantung dan mampu menipiskan lemak yang menyelimuti pembuluh darah. Hormon stress yang bernama 'cortisol' juga sangat rendah di kalangan mereka yang beribadah dengan khusyuk.
(Rujukan 'Tip-Tip Cemerlang Dari al-Quran' oleh Dr Danial Zainal Bidai)
Benarlah firman Allah bermaksud: "Ketahuilah, dengan berzikir kepada Allah hati akan tenang." (Surah Ar-Ra'd, ayat 28)
mahu buat atau tidak sahaja...
ReplyDeleteAlhamdu lillah.. dapat ilmu berguna hari ni. Tq :D
ReplyDeleteterima kasih cikgu,..bagus infonya...
ReplyDeletepaling ringan dan mudah, istigfar da cukup utk redakan dan tenangkan hati. :)
ReplyDeletebetul tu. baca al-quran sgt lah menenangkan.
ReplyDeletesuka sgt Dr Danial Zainal Abidin. cara penyampaian dia menarik & senang nak faham. ;)
terima kasih.. cuba untuk sentiasa berzikir
ReplyDeletejom tenangkan hati...:)
ReplyDeleteterima kasih.. ingat mengingatkan :D
ReplyDeletememang betul. dengar ayat al-quran rasa tenang je. waktu malam yang sunyi pun buat kita rasa tenang jugak.
ReplyDeleteapa pla tak djemput kak za..dialu alukan lagitau..hehehhehe.. rindu laa..(^___^)
ReplyDeleteThanks for the share....
ReplyDeletelbh baik berkawan dengan org yang baik akalnya..insyallah akan mengikutinya..
ReplyDeletekaka..sha dtg klik nuff ya :)
kadang2 terasa jugak seperti sahabat itu, memang betul dengan bermohon kepada Allah sahaja kita dapat kembalikan ketenteraman jiwa...
ReplyDeletenice ...tq share cikgu fariza...:)
ReplyDeleteSubhanaALLAH..sesungguhnya menginggati ALLAH boleh mengubat hati jiwa.. :)
ReplyDeleteNur sedang belajar istiqomah bertemu DIA dikala waktu sunyi...insyaALLAH....
Perkongsian yang sangat bermanfat..tahuian ya...moga ada hikmanya...
ReplyDeletebetul tuh..nice entry ^_^
ReplyDeletebukan pemakann je yang mempengaruhi kadar lipid dalam darah dan pembuluh jantung kan...
ReplyDeletetips yg bagus utk kita lakukan
ReplyDeletethnx for sharing..
ReplyDeletesori lme xsinggh..lgpun sy baru abez mhs..hehe..
doakn sy berjye taw utg degree di ipta...
ibadah waktu malam tu mmg betul2 tenang rasa kerdil..arwah kawan akak selalu pesan suruh buat solat tahjud...tp akk ni byk betul kelemahan...tak sekuat dia..nice sharing jaa :)
ReplyDeletejaa lupa nak tnya, cikgu ni mgajar subjek apa? ustazah ke? sbb suka share benda2 baik cenggini..bagus!
ReplyDeletebtw, jaa tag cikgu utk contest ni : http://jaakechik-e-niaga.blogspot.com/2012/09/contest-segmen-bersama-warna-kegemaranku.html
ReplyDeleteassalamualaikum fariza....menarik nyer dpt info ini...:)
ReplyDeletenice info cikgu ;)
ReplyDeletethnk u for sharing ;)
ReplyDeletethanks ye.. mudah2an ada ketengan :)
ReplyDeletebagus ni..
ReplyDeleteapa2 saja ke jalan Allah pasti akn peroleh ketenangan yg abadi. thanks for sharing dear. =)
ReplyDeletethanks for sharing..;)
ReplyDeletenurul suka lagu2 opick banyak nasihat dalam lagu tuh.antara lagunya obat hati..yg 1st membaca Al-quran..mmg memberikan ketenangan dan bila tahu maksudnya lagi bagus..mmg cara mendekatkan diri pd Allah yang sebaiknya untuk mengubat hati
ReplyDeletemaklumat yg sangat berguna.terima kasih. :)
ReplyDelete