Awesome Ramadhan Day #15 & #16



Bulan Ramadhan ni bukan masa untuk tidur² dan bermalas²an macam Garfield the cat atau macam Patrick the starfish, tetapi muslim yang berpuasa sepatutnya sentiasa ceria, aktif dan positif. Ye dakkk? Hee. Tak makan minum seharian atau solat di malam hari mungkin sedikit meletihkan, tapi ianya bukanlah satu alasan untuk kita mempamerkan wajah yang tak bermaya. ;)

Tunjukkan pada masyarakat khususnya bukan Islam, yang kita puasa ni penuh bertenaga. Rasulullah pun berperang pada bulan puasa tau. Berilah salaam atau ucap selamat dan senyum! Memanglah, kita manusia ni tak lari dari masalah kan. Contohnya, sakit hati atau perubahan mood, tapi sume masalah² ni bergantung pada kita untuk uruskannya. Mengadulah pada Allah, insha Allah, Dia pasti akan tolong. Yakinlah. (:


Korang tahu tak, memberi hadiah sangat istimewa dalam Islam. Kita digalakkan untuk saling memberi hadiah sepanjang tahun dan bukan hanya untuk keraian tertentu aje. Lihatlahhh, indahnya Islam dalam menjaga ukhuwah sesama umatnya. Haa, beri² hadiah ni pun ade etika tau. Bile orang bagi hadiah tu, responlah dengan baik, ucap terima kasih. Kalau tak dapat nak balas hadiah tu, ucaplah "Jazakullahu Khair" yang bermaksud semoga Allah memberi balasan baik. ;)

Sebenarnya banyak pilihan hadiah yang boleh kita beri pada ahli keluarga, kawan², jiran dan suami/isteri. Tapi, memberi hadiah yang islamik adalah yang terbaik, contohnya beri tudung, buku peringatan/nasihat, pakaian² yang menepati syarat aurat. Sebab? Sebabbb melalui hadiah tu, kita galakkan cara hidup Islam pada orang lain. Pape pun, yang paling penting ialah memberi dengan niat ikhlasssssss. (:


39 comments:

  1. kdg2 aktiviti pun jd limited sbb fikirkan yg diri ni berpuasa. sepatutnya tak boleh mcm tu kan.

    dgn hadiah, boleh eratkan hubungan & menggembirakan org lain. so sweet. :)

    ReplyDelete
  2. haah..betul tu.. mana dpt ohsem ramadhan ne erk??

    ReplyDelete
  3. ha kan...
    always think positive tp kan bulan puasa ni lah mcm2 jadi smp kdg2 x sempay nk berpikiran positive..negative je yg dtg..hehehe

    ReplyDelete
  4. sweetnyerrr....
    nak hadiah jugak la...hehehehehe

    ReplyDelete
  5. nice entri la cikgu... betul dan sokong jek apa kata cikgu..deqla sentiasa segar kat sini wlupun hampir penuh puasa.. GSF lah katakan! :)

    ReplyDelete
  6. ya..saya setuju baru la kaum lagi tengok kita bersemangat je bila tiba ramadhan..=)

    ReplyDelete
  7. posa2 ni xleh nk malas2 dan manja diri sangat hihi.....

    betul tu beri hadiah kena ikhlas tau bukan tunggu hr keraian sajer :)

    ReplyDelete
  8. yeay, budak comot! (xpasal2 ckp kat akak comot,hehehe)

    hadiah? bagus law akak bg hadiah kat ayu,hehehe..hahaha..huhuhu....

    ReplyDelete
  9. haa..sebut pasal hadiah, baru2 ni satu family nur dapat hadiah dari anak angkat mak..

    mmg seronok.. :)

    ReplyDelete
  10. yap.. plg penting bagi dgn ikhlas.. :-)

    ReplyDelete
  11. ye... yg penting niat dan ikhlas.. tanpa harapkan ape apa balasan...=)

    ReplyDelete
  12. aah mmg sangat hepi akhir2 puasanie sbb dapat puasa penuh setakatnie..n yang pic ke2tuh nak tunjuk kat hubby bleh?hehehe

    ReplyDelete
  13. PERINGATAN SESAMA KITA JUGA SATU HADIAH..TERIMA KASIH UNTUK HADIAH ENTRY INI :)

    ReplyDelete
  14. tahun ni pose xlpr mcm tahun2 sblm nih... hee
    nak gak hadiah... hee xD

    ReplyDelete
  15. garfield yang suka tido tu je eh...hihi

    ReplyDelete
  16. suka jenguk entry khazanah ek...hehehee... segan bila jaa tgk entry dulu2 jaa...cam gampang jer penulisan..hikhik...

    ReplyDelete
  17. seeloknye kita bg org hadiah bnde yg plg kita suke kan..nice.yg penting ikhlass

    ReplyDelete
  18. Nice entry Jaa...dok pikiaq ni nak bg apa kat my parents untuk raya ni...

    ReplyDelete
  19. kalau nk beri hadiah biar dgn seikhlas hati..hehe...;-)

    ReplyDelete
  20. betul tu..bila dah memberi kenalah ikhlas..=)

    ReplyDelete
  21. azza xnak mintak hadiah tapi nak mintak duit raya hihihihi

    ReplyDelete
  22. hari2 dapat hadiaH best tu..

    ReplyDelete
  23. assalamualaikum fariza...seronoknya bila dapat hadiahkan...:)

    ReplyDelete
  24. ramadhan dah nak akhir.. Allah.. Allah... (T___T)

    ReplyDelete
  25. betul2. kroooohhhh... krooohhh...

    ReplyDelete
  26. Salam kunjungan...

    Cantik doodle yang kamu buatya.. =)

    www.shahrulhairy.com

    ReplyDelete
  27. first...agak tersentap sebab sya hanyalah bermalas-malasan diatas katil sja..hihihi

    second,,,nanak hadia..thehehehe

    ReplyDelete
  28. hadiah yang kita nak bagi tak kisah mahal atau murah yang penting ikhlas kan...HBB jaa

    ReplyDelete
  29. alahai dah komen dah tadi..tak lepas..
    walau apa pun moga selepas ramadhan ni ada peningkatan dalam diri kita insha Allah

    ReplyDelete
  30. iye.. ape salahnye kte memberi hadiah kepada mereka yang telah banyak berjasa pada kite kan... Allah sentiasa akan murahkan rezeki orang yang sentiasa mengembirakan orang lain...

    ReplyDelete
  31. assalammualaikum.
    maaf sbb lame xsinggh.. msh kenl lg kn sy.hehe

    btul tu..yg pnting niat kna ikhlas..best jg klu dpt hdiah org beri.,hehe'

    btw,slmt berpuasa..

    ReplyDelete